Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Kau Ingat Novel Kau Popular Sangat Ke?



Salam

Ini ada satu cerita pendek yang baru lagi saya terima.

"Eh, kau ingat novel kau popular sangat ke? Mana ada. Kalau ada, tentu aku selalu nampak orang baca novel kau. Tapi tak ada pun!"
 
"Iyalah, takkan kau aje yang mesti ternampak. Kot orang lain nampak mana kau tahu?"

"Tak adanya. Kalau Si Minah iyalah... aku selalu terserempak dengan orang baca novel dia. Kat kedai ada, kat stesen minyak pun ada. Novel kau tak ada pun. Itu bermakna tak adalah kau hebat mana."

"Iyalah, aku pun tak kata aku ni hebat. Aku ni biasa-biasa aje. Bukan semua orang suka baca novel aku pun. Sebab tulah kot... kau tak pernah nampak orang baca novel aku."

"Sebab tu lah teori aku ni betul. Novel kau tak popular mana kalau dibandingkan dengan Minah punya."

"Ya, aku terima. Aku pun tahu bukan takat Minah aje yang lagi hebat dari aku, banyak lagi, sampai tak terkira pun. Aku ni kan aku kata memang penulis biasa-biasa je."

Haha... ini satu cerita pendek, mungkin pernah terjadi di mana-mana. Wallahua'lam.

Jahat Ke Aku ni?

                     Sekadar hiasan


Salam dan selamat pagi

Pagi tadi hujan lebat. Best! Sejuk sikit.

Okeylah, pagi ni nak bersembang tentang perasaan orang. Saya rasa biasa ni perasaan yang macam ni. Ada ketika, kita rasa memang kita tak buat salah, tetapi kita terpaksa buat sesuatu yang macam salah. Mungkin bagi orang lain, ianya sangat bersalah, cuma kita lakukan sebabkan keadaan yang meminta kita buat macam tu. Mungkin juga anda tak pasti apa yang saya nak cakap ni. Okeylah, biar saya bagi contoh.

Lebih kurang macam ni lah ya. Minah bersetuju untuk berkahwin dengan Mamat. Minah memang sukalah dengan Mamat ni kira dah lama, tapi selama ini Minah tak layan. Sebabnya ialah kerana Mamat dah ada isteri. Minah rasa memang tak baiklah nak layan suami orang. Sebelum ini, Minah pernah berusaha untuk kahwin dengan Bidin. Bidin memang suka dengan Minah, tetapi entah macam mana, tiba-tiba aje Bidin mendiamkan diri dan menyepi dan kerana itu Minah pulak rasa kecewa teramat sangat. Mamat tahu hal itu dan kebetulan Mamat pulak sedang berdepan dengan masalah dengan isterinya. Mamat sangat tak bahagia. Mamat ajak Minah kahwin. Minah pulak... berfikirlah jugak, tetapi Minah rasa Mamat memang sayang dan pedulikan dia, jadi Minah pun bersetuju untuk kahwin dengan Mamat.

Masyarakat mengutuk Minah kerana dikatakan merampas suami orang. Minah pulak tidaklah rasa yang dia jahat, sebabnya Mamat memang dah ada masalah dengan isterinya. Mamat tak nak cerita pada orang apa masalahnya sebab dia tak mahu mengaibkan siapa-siapa. Dalam keadaan seperti itu, Minah tetap akan dikutuk orang dan mungkin Mamat juga dituduh sebagai lelaki tak berhati perut! Huhu... tapi kisah dalam rumah tangga orang, mana kita tahu, kan? Kita boleh buat pelbagai andaian dan kita boleh tuduh orang itu dan ini, tetapi kita masih tak tahu apa masalah orang, kerana tak semuanya mahu diceritakan orang.

Beginilah kita sebagai manusia, kita senang buat andaian dan teori, namun kita tak akan tahu sebab-musabab yang membuat orang lakukan itu atau ini. Kita boleh anggap orang jahat, tetapi kita tak tahu siapa yang jahat sebenarnya. Kalau tak betul cara, kitalah yang jadi orang jahat kerana menganggap orang yang tak jahat itu jahat! Huhu...

Jahat ke aku ni? Mungkin inilah soalan yang akan diajukan oleh orang yang kena tuduh merampas hak orang lain. Apa sekalipun teori kita, mungkin elok kita jangan mengandaikannya.

Wallahua'lam.

Monday, January 30, 2012

Mamat Romantik Giler

Salam

Okeylah, tak adalah banyak sangat moodnya, tapi kebetulan terbacalah pulak satu artikel ni yang depa duk hantaq... hahaha, kisah mamat Siam yang romantik giler ni. Mungkin ramai pembaca blog ni dah baca dan tengok pun, tapi yang mana belum jumpa lagi, inilah kisahnya. Mamat ni ngan awek dia dah berjanji untuk berkahwin, tapi bila dah dekat dengan timenya, tiba-tiba je awek dia accident dan mati. Tapi... aduhai, mamat tu sebab dah berjanji untuk berkahwin dengan awek dia, dah mati pun dia kahwin jugak. Huhu... romantik ke psycho, tak tahulah. Apa pun, saya pun tak tahu sama ada cerita ini betul-betul ke atau tipu-tipu je, wallahua'lam. Semoga tak adalah kita yang beragama Islam sanggup buat macam ni, sekalipun cinta teramat sangat. Kalau cinta pun, biarlah ada limitnya.

Gambarnya ada kat bawah ni. Kalau depa tipu, maka cerita ini pun cerita tipulah. Kalau betul, betullah ia.



Saya Suka! Saya Suka!

           Hafiz dan Awan Nano nya


Salam pagi Isnin semua

Yeh!yeh! Awan Nano menang AJL! Hehe... saya ni sebenarnya bukan minat sangat nak tengok 'competition' macam tu, malah saya tak ada pun follow AF ke apa ke. Bila boring, saya tengoklah TV, apa-apa program pun okey. Kalau kebetulan ada drama, tengok aje. Kalau ada lagu, tengok juga. Tak ada pulak pantang-larangnya. Tetapi sebab lagu Awan Nano masuk AJL, jadi saya tengoklah. Hehe... saya suka, saya suka!

Saya seronok sebab lagu Awan Nano diangkat sebagai lagu yang terbaik buat tahun 2011. Malah Hafiz juga memenangi 'vokal' terbaik. Saya dah pun bercerita tentang kehebatan lagu ini pada entri saya yang bertarikh 12 Januari, 2012. Saya kata lirik lagu itu ada kelas! Memang ada kelas dan saya pulak yang teruja bila lagu itu mampu kalahkan yang lain, termasuk Kisah Hati nyanyian Alyah. Saya juga suka lagu Sedetik Lebih tetapi kalau lagu itu dinyanyikan Anuar Zainlah. Jac menyanyi okeylah, tapi sebutan Jac terlalu luas dan tak romantik. Anuar menyanyi dengan penuh perasaan.

Pagi ni saya belum bersedia untuk tulis apa-apa. Tengoklah sat lagi kalau ada mood, saya tulis lagi. Apa pun... hahaha... saya suka, saya suka!

Wassalam.

Sunday, January 29, 2012

ASMARA

                     Berasmaradana

              Kota Asmara - main street



Salam pagi Ahad

Hari ini kita relaks-relaks dan kita sembang-sembang tentang satu isu ringan, bukan berat, iaitu tentang perkataan ASMARA. Haha... ada yang tersipu-sipu, kan? Sebab kita orang Melayu biasanya bila dengar aje perkataan Asmara ni, kita kaitkan dengan cinta,, kasih, dan kalau nak berat lagi, cinta berahi, bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan. Bila kita kata seseorang itu sedang mabuk asmara, kita maksudkan dia sedang bergelora dengan perasaan cintanya pada seseorang. Lebih mudah kita kata 'angau'!

Keasmaraan pula membawa maksud jatuh cinta, atau berada dalam situasi bercinta. Asmaradana pula membawa maksud bercumbu-cumbuan. Dan asmaraloka pula (sebenarnya yang ini ialah perkataan sanskrit) membawa maksud alam percintaan atau dunia cinta kasih. Saya pernah guna perkataan-perkataan ini dalam novel-novel saya.

Okeylah, tapi tahu ke kita, ada juga insan-insan di dunia ini yang bernama Asmara? Kalau tidak Asmara sahaja, ada ditambah juga nama-nama lain dengannya. Biasanya nama Asmara ini dinamakan untuk anak-anak perempuan walaupun ada juga lelaki yang bernama ini. Kalau kita semak, perkataan Asmara ini berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud 'Rama-rama yang cantik' atau 'Beautiful butterfly'. Hah, pernah tahu tak?

Saya pernah mempunyai seorang kawan semasa di Universiti Malaya dulu-dulu dan namanya ialah Asmara. Orangnya sangatlah cantik, comel dan menarik dan bapanya merupakan seorang Hakim ketika itu dan mereka berasal dari Pahang. Saya juga ada seorang pembaca yang bernama Asmara juga. Dia ni orang KL, mungkin berasal dari utara kot. Tentunya saya tak pernah lupa padanya kerana mempunyai nama yang sangat unik. Kawan suami saya (lelaki) juga mempunyai nama ini, tetapi bercantum dengan nama-nama lain juga. Dia berasal dari Perlis.

Dan tahu kah anda bahawa ada sebuah kota dan ia merupakan ibu negara sebuah tempat yang terletaknya di utara benua Afrika dan namanya ialah Asmara? Kota ini ialah ibu negara kepada Eritrea. Tempat ini terletak tidak jauh dari Mesir, ditepinya juga ada Sudan, ada Somalia dan Ethiopia. Kalau seberang Laut Merah pula, negara ini berjiran dengan Arab Saudi dan Yemen. Kota Asmara terletak di atas tanah tinggi dan dikelilingi padang pasir, namun cuacanya sentiasa dingin dan nyaman. Kerana itu juga, Asmara pernah dijajah oleh kerajaan Itali dan British. Asmara juga dikenali sebagai 'Little Italy' kerana mempunyai penduduk yang berketurunan Itali dan juga bangunan-bangunan menarik yang mempunyai reka bentuk Itali. Dalam bahasa Tigrinya, Asmara membawa maksud 'Made them united'.

Okeylah anak-anak murid... hehe... setakat ini sahaja pelajaran kita. Semoga anda semua dapat berkongsi ilmu ini, insya-Allah. Semoga luas lagi pengetahuan kita dan mungkin kalau ada rezeki, jom kita ke Asmara,untuk melihat sendiri keadaan tempat yang unik ini.

Wassalam.

Saturday, January 28, 2012

Sakit Datang Kerana Bercerai

                 Aktres - Demi Moore


Salam semua

Mungkin hari ini anda semua akan berehat-rehat. Memang baik untuk tubuh badan, terutama sekali bila kita kesibukan pada hari bekerja. Betul, kan? Tubuh yang stres perlukan suasana yang tenteram, agar keceriaan muncul semula. Ewah... pandai sangatlah tu!

Hehe, hari ini saya nak bersembang tentang sesuatu yang ada kaitan dengan isu entri semalam. Semalam, saya bualkan tentang subjek yang berkaitan dengan wanita yang sukses tetapi berat jodoh. Hari ini kita bualkan pula tentang wanita yang jatuh cinta lalu berkahwin kerana jodohnya dah tiba, tetapi setelah bertahun-tahun berkahwin, terpaksa pula bercerai (kerana sebab-sebab yang tertentu).

Banyak artikel yang saya baca tentang penceraian yang berlaku dalam hidup wanita yang masih mencintai pasangannya dan akibatnya setelah bercerai. Mengikut kajian dan rekod (kebanyakannya di dunia Barat), perempuan yang masih menyayangi bekas suami akan menderita dan mudah menjadi sakit bila terpaksa berpisah (bercerai hidup). Dikatakan juga, lebih banyak yang berdepan dengan masalah penyakit kronik dan berat, termasuk sakit jantung dan kanser, kerana mereka tidak dapat menanggung penderitaan yang terpaksa dilalui. Kurang makan, kurang tidur dan mungkin juga stres yang tinggi, mampu merosakkan kesihatan tubuh badan. Wallahua'lam.

Paling mengerikan, banyak yang mudah mengalami penyakit 'mental' kerana tidak mampu melalui hidup setelah bercerai. Bertambah sukar sekiranya perempuan itu sudah memasuki usia 40-an ke atas dan setelah berkahwin dalam tempoh yang lama.

Mengikut kajian itu juga, kalau dibandingkan dengan perempuan yang hidup bahagia berkahwin, mereka yang bercerai mudah berdepan dengan pelbagai penyakit dan kerana itu, mungkin lebih senang atau lebih cepat meninggal dunia kalau dibandingkan dengan kumpulan pertama tadi. Ini adalah kerana, rata-rata, wanita akan mengalami 'depression' yang berpanjangan bila bercerai, kalau tidak pandai mengawal diri.

Pun begitu, kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak bahagia tetapi masih berkahwin (tidak bercerai), juga akan mengalami stres dan menderita dan akan mengalami masalah yang sama atau lebih teruk daripada mereka yang bercerai. Wallahua'lam.

Saya membaca sebuah artikel yang menceritakan tentang aktres Demi Moore yang sedang menderita sakit akibat penceraian yang dilaluinya sejak dua bulan yang lepas. Sebelum ini, Demi Moore pernah bercerai dengan suami (atau suami-suami, saya kurang pasti) yang pernah dikahwini, tetapi kali ini, beliau menderita mungkin kerana usianya dan juga perasaan sayang yang masih ada. Sekiranya dia bercerai kerana dia sudah benci, mungkin dia tidak mengalami sengsaraan seperti apa yang dilalui ini.

Saya percaya, sebagai orang Islam, mungkin keadaan ini dapat kita kawal sekalipun terpaksa melalui tempoh-tempoh rumit seperti 'penceraian'. Mungkin kerana itu juga saya selalu mengingatkan diri saya dan juga pembaca blog saya, supaya jangan 'jatuh cinta tahap gaban' dengan sesiapa pun, kecuali Allah swt. Tidak dengan suami, kekasih, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan, harta benda dan apa saja, kerana semuanya bukan kita punya, sekadar pinjaman sahaja. Kita hanya menumpang di dunia fana dan bila-bila masa, semuanya boleh diambil pergi, termasuklah sebuah perkahwinan yang kita anggap 'bahagia' dan 'aman damai'. Sesungguhnya, tidak ada yang tidak pergi atau mati.

Jangan biarkan diri kita menderita akibat sebuah 'percintaan' yang tidak kesampaian, tak kiralah dalam tempoh usia kita yang ke berapa. Kita perlu ingat bahawa kehidupan kita ini bukan sekadar di dunia, tetapi Akhirat jua. Biarlah kita bersedia untuk kedua-duanya.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Friday, January 27, 2012

Wanita Sukses Berat Jodoh

                     sekadar hiasan


Salam semua

Dah pun hari Jumaat. Masa berlalu begitu pantas sekali, kan? Dan kerana itulah kita tak sedar bila umur sudah bertambah dan tentu sekali bagi mereka yang sangat berjaya dalam kerjaya, masa itu emas dan sangat berharga. Maklumlah, dalam masa yang ada itulah semuanya kita kena buat. Barangkali juga, kerana masa yang tak cukup, ada orang terpaksa tolak tepi tentang hal-hal yang berkaitan dengan 'cari pasangan', tumpuan utama ialah untuk career.

Mungkin apa yang saya bangkitkan ini sangat sensitif buat sesetengah orang, tapi inilah realitinya. Dalam zaman serba moden ini, memang biasa kita melihat kaum Hawa yang sudah banyak usianya tapi tak berkahwin lagi. Bertambah menjadi kalau Si Hawa tadi sangat sukses dalam hal kerjayanya. Saya sendiri mempunyai ramai rakan-rakan sekolah dan juga universiti yang sampai hari ini tak pernah berkahwin pun. Ada yang sudah memegang gelaran 'Dato' (yang Sultan bagilah) dan memegang jawatan penting, tetapi tak pernah bertemu jodoh. Inilah realitinya.

Ramai juga yang saya kenal (anak-anak kawan, rakan-rakan anak, anak-anak saudara mara dan kenalan) yang begitu keadaannya. Umur semakin tinggi setinggi jawatan yang digenggam, namun jodohnya sangat berat.

"Kot rupa tak cantik kot?" ada juga yang buat teori macam tu. Memang teori itu tak boleh pakai, sebab apa yang saya lihat tidak begitu pula. Ramai yang cantik (subjektif sebenarnya) dan berparas rupa menarik, tetapi itulah kisahnya. Misalnya, saya mempunyai dua orang anak saudara yang berparas rupa sangat menarik dan cantik, tetapi masing-masing masih belum berkahwin walaupun usia dah hampir 40.

Ada juga yang beranggapan, bila mempunyai kerjaya yang hebat, kaum Adam takut nak dekat. Mungkin juga, kan?

Ada juga yang berkata, bukanlah mereka yang begini (lanjut usia dan berkerjaya baik) berkira sangat bila mencari jodoh, tetapi mereka juga dah tak tahu nak menguruskan hal ini. Mereka jadi kekok dan takut hendak berkenalan dengan 'kaum Adam'. Mungkin juga (kalau di pejabat), kaum Adam takut untuk menghampiri mereka kerana kerjaya mereka itu! Maklumlah... kadang-kadang bukannya senang nak mengurat bos perempuan ni!

Jadinya memang banyak teori yang agak relevan. Makin tunggu makin payah jadinya. Yang paling menakutkan ialah bila tersalah pilih dalam keadaan umur sudah meningkat. Takut terkena jerat buaya dan harimau yang 'desperate' di luar sana. Memang banyak kes yang macam ni. Banyak buaya darat yang berkeliaran dan perhatikan pergerakan wanita-wanita solo yang berkerjaya tinggi ini. Siapa yang tak mahu, kan? Kalau dapat berkahwin dengan wanita yang semuanya dah complete, siap ada kereta mewah, rumah besar. Boleh duduk goyang kaki, beb!

Saya dah tengok banyak juga yang jadi macam ni. Dan mungkin kerana itu, ada yang takut untuk berkahwin. Baik duduk solo dan tak terikat dengan 'bencana alam' yang dicari sendiri. Saya ada dua orang kawan yang pernah berada dalam situasi begini. Yang satu pilih untuk berkahwin (tahulah akibatnya) dan yang satu pilih untuk tidak berkahwin (amanlah kot).

Apa-apa pun, Tuhan Maha Kaya dan Maha Adil. Ada ketika kita dapat ini, dan ada kala kita dapat itu. Jarang kita dengar seorang insan itu dapat segala-galanya dalam hidup ini. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Pun begitu, kalau itu yang kita mahukan, berdoalah banyak-banyak, insya-Allah Tuhan akan dapatkan kita seorang suami yang salleh. Ameen.

Wallahua'lam.

Thursday, January 26, 2012

Bila Hatinya Berubah



Salam semua

Mungkin saya dah pun bangkitkan hal ini berkali-kali dalam blog ini, tapi apa salahnya kalau saya bincang lagi isu ini, kerana saya percaya ramai yang mengalaminya. Ditinggalkan atau mahu tinggalkan seseorang kerana dah ubah haluan. Sudah tidak serasi lagi. Hatta kalau dah bertunang atau dah menikah sekalipun, kalau hati berubah hendak buat macam mana lagi, kan? Apatah lagi kalau masih dalam proses berkenalan atau bercintan-cintun. Memang tak boleh nak paksa, kan?

Saya tahu ramai yang benci dan fobia teramat sangat untuk berada dalam keadaan di mana pasangannya berubah hati. Paling takut kalau keadaan itu terjadi tiba-tiba sahaja. Tak kisahlah perempuan atau lelaki, sama saja rasanya. Masing-masing tak suka untuk ditinggalkan, tambah pula kalau diri masih teramat sayangkannya.

"Maaflah... I terpaksa buat macam ni. Entahlah, I tak tahu kenapa, tapi nampaknya kita memang tak ada jodoh." Itulah alasannya, tak ada jodoh. Sebenarnya dia memang ada sebab yang lain, tapi mungkin susah untuk dia berterus terang. Kalau masih berkawan dan terpaksa putus kerana dia ubah fikiran, masih okeylah kot, sekalipun hati tetap sakit. Ada yang mungkin akan merana. Kalau ada yang serius sayangkannya, mungkin akan frust menonggeng, tak dapat menerima hakikat dirinya kena tinggal!

Kalau dah bertunang pula, mungkin akan menjejaskan famili juga. "Mana nak letak muka?" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh ibu dan bapa.

Bertambah malang kalau sudah berkahwin, tiba-tiba pasangan hilang rasa sayangnya. Apakan daya? Takkan kita terus nak memaksa. Macam mana nak paksa orang suruh sayang kita juga kalau dia dah tak mahu? Boleh bahagia ke?

Kenapa orang boleh berubah hati? Mesti bersebab, kan? Takkan saja-saja kot? Tak mungkin. Mungkin dia bosan dengan keadaan, dengan personaliti, dengan ahli keluarga, atau mungkin juga dia marah dengan apa yang pernah terjadi dalam tempoh perkahwinan atau persahabatan. Mungkin juga ada rahsia yang tersorok, dan kini dia dapat tahu lalu tak dapat menerimanya!

Paling sakit kalau dia berubah hati kerana jatuh cinta dengan orang lain! Yang itu... aduhai...boleh jadi gila, beb!

Memang ramai yang tak dapat menerima keadaan di mana pasangannya berubah hati kerana sayangkan orang lain dan tidak dirinya lagi. Keadaan ini juga berlaku kerana sebab-sebab tertentu, tak mungkin tiba-tiba saja dia boleh jatuh cinta dengan orang lain dan terlupa pada diri kita. Huh!

Kadang-kadang kita boleh terima alasannya dan kadang-kadang tak boleh. Tapi... kalau orang dah tak sukakan kita, nak buat macam mana lagi?

Terima ajelah...

Walahua'lam

Wednesday, January 25, 2012

Siapa Tak Nak Ke Syurga?

             Sekadar hiasan - ini bukan syurga


Salam pagi Rabu

Semoga anda semua bertenaga semula setelah berehat selama empat hari. Mungkin ada yang masih bercuti lagi, kan? Encik suami saya bercuti lagi sebab syarikat dia tutup minggu ni. Saya suka, saya suka! Hehe... adalah dia temankan saya di rumah ni.

Okeylah... teringatlah pulak cerita pasal nak pergi syurga ni. Saya tak tahulah orang lain, tetapi saya selalu fikirkan hal ini. Kita hidup untuk apa? Untuk cari kemewahan dan keseronokan sekadar di dunia sahaja ke? Tentulah tidak, kan? Sebab kita juga tahu, tak ada siapa pun di dunia ini yang hidup tapi tak mati-mati. Semuanya akan mati, sekalipun makan macam-macam benda dan buat macam-macam benda supaya kita sihat dan lambat mati. Apa sekalipun yang kita lakukan pada diri, kita tetap akan mati juga. Cuma masanya saja yang kita tak tahu, hanya Tuhan yang menentukannya.

Ada orang, siang dan malam fikirkan macam mana nak cari duit banyak supaya dia bahagia di dunia ni. Huhu... kotlah kita boleh bahagia sebabkan duit saja, kan? Habis tu... macam mana pulak dengan depa yang tak berduit tu? Huhu... semua orang teringinkan itu. Happy. Tak ada siapa pun yang nak hidup tapi tak happy, kan? Dan banyak orang fikir, happy tu kita boleh capai kalau kita banyak duit. Iya ke tu?

Kenapa kita tak nak fikir cara lain pula untuk jadi lebih happy? Kita semua nak ke syurga, kan? Jadi, kenapa kita tak nak fikir ke arah itu? Buat benda yang baik, amalkan apa sahaja yang Tuhan suruh kita buat, termasuk menjaga ibu bapa kita dengan baik, ahli keluarga kita dengan baik, walaupun mungkin kita tak banyak duit. Apa sahaja yang kita lakukan itu, buat dengan baik kerana Allah swt. Bila kita ingat pada Tuhan, kita susah nak buat benda tak elok, betul tak?

Kita tak lakukan rasuah, atau 'kutip tol' (terma baru untuk rasuah), kita tak curi tulang, kita tak mengumpat, kita tak tabur fitnah, kita tak bunuh dan membunuh saja-saja, kita tak minum arak, kita tak berjudi, tapi kita rajin salat, kita rajin berzakat dan bersedekah (walaupun tak banyak duit), kita berpuasa (bila masanya dan juga lain-lain masa), kita rajin mengaji dan faham al-Quran, kita berdoa dan berzikir (ingat pada Tuhan), kita tolong orang dalam kesusahan, kita amanah, kita sayang pada keluarga kita dan jiran kita... macam-macam yang kita buat yang mampu kita lakukan atas nama Allah swt.

Tak apalah kalau kita tak punyai banyak duit, kerana kadang-kadang bila kurang duit kita, banyak lagi masa yang kita tumpukan pada Akhirat. Kalau banyak duit, takut tak ada masa untuk Akhirat, sebab duk sibuk dengan Dunia.

Setiap pagi bila kita bangun, ada tak kita fikir tentang persediaan kita di dunia ini, selagi kita masih bernafas lagi, semoga apa sahaja yang kita lakukan, kita sebenarnya sedang bersiap sedia untuk ke Syurga?

Siapa yang tak nak ke Syurga? Semua nak, kan?

Kebetulan semasa saya ke Utara, saya melihat perkembangan seorang insan ini (ada kena-mengena dengan saya). Dulu-dulu, dia terbabit dengan alam dadah. Kerana itu juga, insan ini pernah hidup tak seperti manusia. Sampaikan isterinya pun terpaksa lakukan bukan-bukan untuk cari duit. Semuanya dilakukan kerana mahu cari kesenangan di dunia, hinggakan ahli keluarga yang lain takut dan akhirnya hina dia. Alhamdulillah, setelah puas hidup tak seperti manusia, dia berubah 360 darjah. Sejak mungkin empat tahun yang lalu, dia sudah cuba kembali ke pangkal jalan. Perlahan-lahan, dia mencari jalannya, agar suatu hari nanti mampu untuk ke Syurga jua. Mula-mula tu, tak ada siapa pun yakin yang dia akan kekal jadi manusia, tetapi alhamdulillah, dia sudah nampak akan kebahagiaan yang pernah hilang daripada hidupnya. Memang contrast giler! Dulu, semua orang takut nak jumpa dia. Sekarang ni, semua orang seronok nak jumpa dia.

Insya-Allah, sama-samalah kita beri peluang dan semangat kepada mereka yang tersesat jalannya. Sama-samalah juga kita berusaha agar jalan yang kita lalui ini merupakan jalan yang insya-Allah membawa kita ke Syurga bila Akhirat tiba. Ameen.

Wassalam.

Tuesday, January 24, 2012

Rombongan Cik Kiah Berjalan-Jalan

Salam dan selamat pagi semua,

Haha, macam cikgu pulak dah, apa pun, yeh, yeh, dah balik! Seronok update blog selepas tiga hari tak menulis. Dan ini merupakan entri saya yang ke 1101. Cantik, beb!

Saya baru je balik dari utara. Kami pergi sampai ke Padang Besar dan juga ke Wang Kelian, sempat masuk ke negara seberang, iaitu di Thailand... tapi kat sempadan je lah sebab tak bawak paspot. Bila tiba di Wang Kelian, hari dah lewat, jadi pihak polis yang jaga kat situ bertanya kami, "Tak nak masuk seberang? Sempat lagi ni... boleh masuk gitu aje, tak payah paspot." Jadi kami pun apa lagi, teruslah masuk. Seronoklah pulak, rasa macam masuk kat pekan cowboy tetapi penduduknya orang Siam dan bercakap bahasa Siam. Sempat juga beli periuk... hehe, walaupun tak bercadang nak beli. Saya beli sebab emak saya yang beria-ia suruh beli, mungkin kat rumah saya tak banyak periuk kecil.

Okeylah... nak cerita sikit perjalanan kami ke utara pada hari Sabtu tu. Letih teramat sangat. Manakan tidaknya, perjalanan selama 10 jam. Kami bertolak jam 7.00 pagi, sampai jam 5.00 petang. Kaki pun cramp dan tengkuk saya sakit. Semuanya kerana trafik yang sesak. Sampai aje, kami berehat buat seketika dan lepas tu kami semua makan malam di Kuala Perlis. Makan Sea Food, beb... kat sana memang first class! Dahlah sedap, murah pulak tu. Rombongan kami seramai 23 orang (Rombongan Cik Kiah), tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pulang ke hotel (kami tinggal di Kangar), siap lepak lagi kat tepi hotel, ada tempat yang disediakan, namanya Kafe Santai. Jadi kami bersantai lagi sambil minum-minum dan tengok 'bola' kat screen besar.

Malam tu, ada dua kereta mewah tiba di pekarangan hotel. Satu Lamborghini dan satu lagi Ferrari (dua-dua yang latest kepunyaan sepasang suami isteri- orang Melayu dari Pulau Pinang) - apa lagi semua orang siap ambil gambar lagi. Saya seronok tengok je. Banyaknya duit orang, kan?

Esoknya, lepas aje breakfast kat hotel, melayan yang kecil-kecil mandi kat swimming pool. Kemudiannya kami bersiap untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu kami yang diadakan di Padang Besar (kat dewan Kastam). Seronoknya ke majlis itu, sebab dapat berjumpa kaum kerabat kami terutama yang tinggal di utara. Emak sayalah yang paling seronok, kerana semua itu adalah sanak saudaranya. Sepupu-sepupu kami semuanya datang, dari Johor pun ada, dari KL pun ramai, tapi paling ramai tentulah dari utara (kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Makan kenduri kat sana pun lain sikit, siap ada gulai (karilah tu) daging campur rebung. Oish... sedap, beb! Tapi yang paling best, dapat makan bubur pulut hitam yang dibuat oleh emak saudara saya! Best in the world. Adik saya dengan Encik Suami saya makan sampai dua mangkuk besar!

Lepas tu kami melepak di Padang Besar... kedai dan bazarnya. Dapatlah beli beras pulut, pulut hitam dan juga beras Siam (tak banyaklah beb, sebab kalau banyak nanti kena tangkap pulak). Habis ronda kat situ, barulah kami semua ke Wang Kelian. Balik dari Wang Kelian sempat pulak naik ada satu bukit ni, dan dapat tengok view Perlis dari atas. Huh, yang tu memang Terbaik punya. Ada gunung, ada hutan, ada tasik... memang bagus!

Malam tu kami makan di Restoran D'Dapur Ibuku. Kat restoran tu, dia orang beri kami satu bilik khas. Buat bising pun okey, sebab orang kat luar tak dengar. Makan pun best, ada abang pelayan (nama dia Faizal) yang tukang melayan kami semua. Terbaik!

Balik dari situ, kaum kerabat kami datang ke hotel(lebih kurang 13 orang) dan kami bersantai lagi, ramai-ramai kat Kafe Santai sambil sambung berborak-borak dengan ahli keluarga yang datang. Mereka pulang jam 12 malam, tapi kami lepak lagi sampai ke satu pagi.

Hari Isnin... masa untuk pulang, tapi pagi tu masa kami breakfast kat coffee house ada pulak satu kejadian yang mengalutkan. Seorang pengunjung hotel (taukeh berketurunan Cina) jatuh dan kena stroke. Mujurlah adik saya (lelaki) sempat sambut sebelum dia terus jatuh ke bawah dan kami ramai-ramai tolong dia. Anak saya telefon ambulans. Lepas tu orang hotel pulak pergi cari anak dia yang sedang bersiap di atas. Ambulans datang dan ambil dia. Rupa-rupanya taukeh tu (seorang dato') hendak menyambut tahun baru di Kangar dengan kaum kerabatnya. Kesianlah pulak.

Lepas check out, kami ke Kuala Perlis sekali lagi. Kali ini pergi makan Laksa Kuala Perlis yang famous tu. Kami makan kat kedai Mak Su (kat tengah pekan). Siap dapat makan pulut udang lagi (pulut panggang). Jadi... semuanya complete. Yang tak dapat makan hanyalah pulut mangga, sebab mangga harum manis belum bermusim.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pekan Rabu Alor Star. Beli-beli makanan kering, lepas tu makan pulak ais kacang. Lepas tu turun lagi dan malam kami singgah di Tapah, makan nasi goreng di Rest House Tapah (nostalgia). Siap selesaikan solat kami dan terus kembali ke destinasi. Alhamdulillah, Rombongan 'Cik Kiah' selamat sampai. Semoga Tuhan izinkan kami berjalan-jalan seperti itu lagi. Itu merupakan Rombongan 'Cik Kiah' yang ketiga.

PS. Ada beberapa foto yang saya letakkan di sini untuk tatapan anda.

Wassalam.

                    Yang atas Ali dan bawah Firas


 Gambar pengantin (yang perempuan anak sepupu saya -Sharifah Nurfatin)

       Wang Kelian - di bahagian Siam

       Juga Wang Kelian - pekan koboi

        Panorama Perlis dari atas bukit

Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina



Salam semua

Selamat Tahun Baru Cina buat semua pembaca berketurunan Cina. Pagi-pagi esok saya akan ke Padang Besar bersama ahli keluarga untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu saya yang tinggal di sana. Kami akan bermalam di Kangar, insya-Allah... dah lama tak ke sana.

Malam ni saya tak ada mood nak bercerita... alahai dah penat bebeno... huhu. Cuma nak minta kita sama-sama berjaga-jaga bila berada di jalan raya. Semoga kita selamat pergi dan balik ke destinasi masing-masing.

Huh, dah tak sabar nak makan laksa Kuala Perlis... huhu teringat novel saya yang berjudul 'Matahariku', kot-kot berjumpa dengan Eyyad dan Syakirah semasa di sana nanti.

Selamat malam, okey. Wassalam.

Deja Vu



Salam Pagi Jumaat

Saya memang suka bunyi perkataan 'Deja Vu' ni... bunyi best dan canggih... hehe. Okeylah, harap-harap anda yang membaca blog ini tahu apa benda 'deja vu' ni... sebenarnya ia merupakan satu keadaan yang terjadi pada kita seperti yang pernah kita alaminya, seolah-olah bermimpi. Lebih kurang macam tu lah! Pernah tak anda merasakan keadaan seperti itu?

Kadang-kadang bukan sekali, tetapi berkali-kali. Sesuatu itu berlaku, mungkin hal kecil aje, tapi kita rasa macam kita dah pernah rasa atau laluinya sebelum itu, tapi kita tak tahu bila dan mungkin ia sekadar dalam fikiran kita sahaja.

Semalam, saya mengalaminya ketika bermain-main dengan cucu-cucu saya. Budak-budak ni pergi mengangkut botol-botol air mineral dari kotak di belakang dan bawa botol-botol itu ke depan (ruang tamu), satu-satu, hingga habis satu kotak. Sebenarnya itulah pertama kali mereka lakukannya, tetapi saya rasa macam pernah melihat mereka lakukan itu sebelum ini. Hah, deja vu!

Sememangnya begitu, akan ada sahaja yang membuat kita ingatkan sesuatu seolah-olah perkara itu pernah berlaku suatu ketika dahulu dan ia merupakan satu nostalgia dalam kotak memori kita. Aduhai...

Okeylah, tak apa pasal deja vu ni, ini saya nak kisahkan pasal penulisan pula. Huhu... tension, beb. Saya asyik dapat e-mel bertanya, "Bila nak siap novel terbaru Kak Aina ni?" Dan saya tahu ramai juga yang search kat blog saya mencari novel terbaru saya. Kalau anda juga seorang penulis macam saya, tentu anda juga berasa tension kan, kalau ada yang mengingatkan anda, "Hey, bila nak siap ni?"

Doakanlah supaya saya dapat siapakan secepat mungkin. Tapi, sayang oi... memang tensionlah terutama sekali bila nak pastikan apa yang kita tulis tu ada kelainan dan betul-betul sedap! Macam mana ni? Hehe... cita rasa orang lain-lain maa...

Tak apalah, saya akan usahakan yang terbaik yang mampu saya lakukan. InsyaAllah, semoga Tuhan berikan saya zatnya. Ameen.

PS: Pagi tadi hujan lebat gila. Saya suka, saya suka! Malam nanti kalau sempat saya akan updatekan blog ni, sebab hujung minggu (mulai Sabtu pagi sampai hari Isnin) saya akan berada di utara. Jadi, tak adalah saya dapat update blog ni.

Wassalam.

Thursday, January 19, 2012

Takut Dengan Bujang Terlajak

                    Sekadar hiasan


Salam

Beberapa entri yang lepas, saya banyak kisahkan masalah orang perempuan. Pagi ini, saya nak beralih pulak. Nak sembang pasal lelaki, bukan lelaki biasa-biasa tetapi mereka yang masih bujang tapi dah berumur pulak. Hehe... dah berumur berapa agaknya? Mungkin lebih dari 37 atau awal 40-an, masih bujang lagi. Huhu... banyak ke yang macam ni? Tak tahulah ya, tapi rasa-rasanya macam banyaklah jugak... walaupun mungkin tak seramai wanita yang masih solo.

Apa pun, saya ada lah dengar cerita, banyak wanita agak takut juga nak bercinta dengan lelaki yang dianggap sebagai terlajak ni. Sebab utamanya, mereka beranggapan lelaki yang begini tentunya cerewet gila, sebab tu lah tak kahwin-kahwin. Lelaki begini dikatakan memilih sangat, nak tunggu bidadari turun dari langit. Huh!

Biasanya juga, lelaki yang dah terlajak ni, mereka juga dah stabil dari segi ekonominya dan kerana itu bertambah cerewetlah jadinya. Kalau pergi ke rumah lelaki yang dah banyak umur tapi tak kahwin-kahwin, rumah mereka mengalahkan rumah orang yang berkeluarga. Mesti kemas, tersusun dan bersih teramat sangat! Yang tu lah yang menakutkan.

Lagi satu sebab yang menakutkan banyak orang perempuan, ialah mereka suka berfikir-fikir benda-benda negatif yang menyebabkan 'cik abang' tu tak kahwin-kahwin. Ada yang merasakan bahawa lelaki yang 'kureng benda tu' yang payah nak kahwin, kerana dikatakan tahap nafsunya juga rendah. Hoi! Tak baik tu kalau main tuduh-tuduh. Oish, bukan tuduh, beb, saja nak cakap apa yang selalu menjadi isu orang perempuan bila terasa macam nak jatuh cinta dengan abang bujang terlajak ni.

"Mesti ada yang something wrong ni," itulah anggapan orang ramai pada lelaki yang bujang terlajak ni. Bagi orang ramai, memang tak normal kalau 'gesa' nak kahwin tu tak datang-datang bagi kaum lelaki. Sebab itulah juga ada kaum perempuan yang berkira-kira kalau nak memilih calon yang 'terlajak umur' ni.

Sebenarnya bagi saya, mesti ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan ada lelaki yang payah nak cari teman hidup. Kadang-kadang kerana sibuk nak cari duit, atau mungkin sibuk belajar, hal-hal seperti nak cari isteri ni diketepikan. Ada juga kes-kes putus cinta yang membuatkan kaum lelaki jadi putus asa dan payah nak percaya pada kaum Hawa.

Jadi... eloklah kalau kita jangan cepat sangat membuat teori sendiri tentang lelaki yang umurnya dah meningkat tapi tak kahwin-kahwin lagi. Mesti ada sebab yang konkrit yang menjadi alasannya. Sebaiknya, kita kenal dulu budi mereka sebelum kita membuat keputusan untuk melabel mereka itu atau ini. Entah-entah, inilah dia yang merupakan calon yang terbaik buat kita.

Wallahua'lam.

Wednesday, January 18, 2012

Bila Bercinta, Jangan Over Sangat

                             Angau


Salam semua

Apa yang jangan over sangat ni? Hehe... ini ada kaitan dengan orang yang berkasih sayang. Saya tumpukan lebih pada kaum Hawa. Jangan terlalu beremosi bila terasa diri dilamun cinta. Jangan sayang seseorang itu dengan tiada hadnya... huhu. Mesti ada had! Eh, kenapa pulak? Bukan ke elok kalau kita sayang dengan tiada hadnya? Entahlah... saya takut bila dengar ada wanita yang terlalu sayangkan pasangannya hinggakan apa sahaja yang dilakukan oleh pasangannya, dia tetap sanggup. Kena tampar okey, kena terajang pun okey, kena maki-hamun pun okey, diperabiskan duitnya... janji dia ada di sisinya.

Sayang apa namanya tu?

Kalau dia sayangkan kita, dia takkan buat kita begitu. Tak akan bagi kita penampar, tak akan jadikan kita bola dan jauh sekali dimaki-hamunnya kita. Itu, barulah kita kata sayang. Kalau sekalipun sayang macam tu pun, kita tetap kena adakan hadnya.

Apa pasal nak ada had-had ni?

Sebabnya... kita ni manusia. Apa-apa pun boleh berlaku. Kita boleh berubah hati, kita boleh sakit dan mati, dia boleh pergi dan tiba-tiba tinggalkan kita, dia boleh cari pengganti, dia juga boleh kahwin lebih dari satu... haha... macam-macam boleh jadi.

Kalau kita tak boleh terima semua tu, aduhai... eloklah kita jangan jadi manusia, jadilah ayam ke atau kucing. Tak paham semua tu. Tahu nak sayang aje dan ikut tuannya pergi mana saja!

Saya jadi bingung bila tengok ada wanita yang tak boleh terima hakikat bahawa 'si dia' dah tak sayangnya lagi. Wanita ni tak percaya, tak boleh terima dan hidup terus-terusan macam orang gila! Memang padah. Buat apalah kita bodohkan diri sampai macam tu sekali?

Alahai... 'Si Dia' tu macam mana sangat hebatnya? Macam dewa ke? macam hero cerita Hindustan ke?

Tak usah! Tak usah!... itulah nasihat saya. Jangan 'gilakan' diri kita dan jadi macam orang 'meroyan', seolah-olah kit akan mati tanpa 'cinta' si dia.

Buat buang beras aje kalau kita menangis tak henti-henti, makan tidak, tidur pun tidak!

Kalau anda dapat pasangan yang tak boleh pakai macam tu, katakan saja 'Boleh blah' lah. Anda tak perlukan lelaki yang tak tahu menilai cinta, kasih dan sayang anda.

Sebab itulah saya kata, jangan over sangat bila kita sayang seseorang itu. Biar ada hadnya.

Bercinta dengan manusia, tak akan sama macam bercinta dengan Allah swt.

Renung-renungkanlah.

Wallahua'lam.

Tuesday, January 17, 2012

Isteri Nombor Satu Atau Dua - Yang Mana Lagi Istimewa?

                Nombor satu atau dua?

 Salam

Saya sambung perbincangan daripada entri semalam. Kalau semalam, saya mengisahkan tentang calon yang merupakan suami orang, hari ini pula, saya akan bercerita tentang kedudukan isteri dalam status poligami. Biar kita cerita tentang keadaan di mana rumah tangga itu ada dua orang isteri sahaja, tidak lebih. Sebab bila lebih daripada dua, ceritanya mungkin berbeza, walaupun mungkin juga ada persamaan.

Biasanya, mereka yang merupakan isteri pertama akan berkata bahawa mereka diabaikan oleh suami bila suami berkahwin lagi. Maklumlah, biasanya juga isteri kedua lebih muda (ada yang jauh lagi muda) dan kerana itu, mungkin juga akan mengada-ngada, meminta macam-macam hinggakan suami jadi pening kepala. Fokus suami mungkin berubah kepada sesuatu yang baru (tapi mungkinkah untuk selamanya?).Ada juga yang sanggup meminta suami menceraikan isteri pertama kerana mereka tak mahu berkongsi. Hoi! Berat tu. Dalam keadaan seperti ini, tentulah kedudukan isteri pertama sangat menyedihkan kerana terpaksa menanggung pelbagai beban, termasuk beban emosi.

Namun dalam hal ini, mungkin juga kedudukan isteri pertama tidak terjejas apa-apa. Ada para suami yang sangat prihatin dan ambil berat tentang isteri pertama dan anak-anaknya, walupun berkahwin satu lagi. Dalam keadaan seperti ini, isteri kedua mungkin tidak menjadi sangat istimewa di mata dan hati suami. Jadi, isteri kedua tak boleh mengada-ngada dan demand macam-macam kerana suaminya itu mungkin tak akan layan. Banyak juga kes di mana selepas berkahwin lagi satu, sang suami jadi menyesal dan kerana itu memilih untuk tinggalkan isteri kedua.

Kalau kita perhatikan betul-betul, memang payah untuk kita nyatakan kepada umum, siapa yang boleh jadi lebih istimewa, isteri pertama atau kedua. Kalau kebetulan kedua-dua sang isteri mendapat seorang suami yang 'first class', hal-hal begini tak akan terjadi. Kedua-dua isteri akan dilayan dengan saksamanya. Ada lelaki yang membeli baju yang sama untuk kedua-dua isteri, mungkin warnanya berbeza. Mungkin semuanya sama saja. Yang mana ada lebih anak, mungkin perbelanjaan akan menjadi lebih lagi.

Giliran tidur pun disamaratakan. Dua malam di sana, dua malam juga di sini. Tidak lebih di sana dan tidak juga kurang di sini. Bila tiba hari raya, mungkin semuanya dibawa sama, atau mungkin juga digilir-gilirkan.

Pun begitu, manusia tetap manusia. Mungkin niatnya ada, tapi tidak pula ditunaikan. Tambah pula kalau ada yang berkahwin lagi, secara senyap-senyap. Tentulah ada yang tak puas hati, terutama isteri kedua yang akan selalu diabaikan kerana dia merupakan 'isteri rahsia'. Huhu...

Paling sedih, bila kedua-dua isteri tak ngam dan sentiasa berperang. Bukan sekadar perang mulut, tetapi perang secara fizikal. Akan memudaratkan lagi, bila dimasukkan sekali kerja-kerja khurafat untuk melemahkan orang di sebelah sana, mungkin termasuk suaminya sekali. Haha... ada yang berani pergi cari bomoh untuk buat perkara-perkara syirik seperti 'makan nasi kangkang' (saya nak tulis pun rasa macam ngeri), atau apa yang dipanggil 'Tepuk bantal' (yang ni saya baru tahu tentangnya). Adoi... beginilah jadinya bila ada yang terdesak untuk mendapat perhatian sang suami. Bertambah takut bila ada yang merasakan bahawa semua di dunia ini adalah 'hak' nya. Nauzubillah.

Saya bukan berniat untuk menakutkan siapa-siapa, sekadar mengingatkan kita semua (termasuk saya juga), agar apa sahaja yang mahu kita lakukan, biarlah kita buat kerana Allah swt., termasuklah kalau nak berkahwin lebih daripada satu. Semoga kita lakukannya dengan cara yang baik, agar yang berada dalam keadaan itu akan berasa aman damai. Insya-Allah. Kita kena ingat, apa sahaja yang kita lakukan bukan kerana Allah swt, maka tak lamalah riwayatnya. Kalau kahwin lagi secara senyap-senyap, maknanya banyak penipuan dan kita kena ingat Allah tak suka siapa-siapa yang menipu. Munafik namanya. Tak akan ada barkat pada perbuatan yang menipu. Maka akan dapatlah padahnya nanti. Bila kita menipu, kita akan sanggup laku apa sahaja, sebab dosa lain pun sama status dengan dosa menipu. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan pembohongan kerana perbuatan ini adalah perbuatan orang yang zalim, yang tidak diredhai Allah swt.



Wassalam.

Monday, January 16, 2012

Kalau Calon Merupakan Suami Orang

               Pinjam dari Yahoo


Salam

Saya percaya, jarang-jarang kita bertemu dengan kaum Hawa yang sememangnya niatnya mahu mencari suami orang sebagai suaminya. Bukan tak ada, tapi jarang yang kita dengar atau kita tahu. Kebanyakan akan cuba mengelak kerana tahu kesusahan yang bakal ditempuhi. Bukan semuanya susah, tapi jarang yang kita dengar tak susah.

Hahaha... kalau nak diikutkan, ada ke siapa-siapa yang berkahwin dan tak pernah melalui sebarang kesusahan atau kepayahan? Malah, tak kiralah berkahwin dengan suami orang atau dengan orang bujang... mesti ada aje masalahnya? Betul, tak? Kalau nak diikutkan, mana ada orang hidup di dunia ni yang tak ada masalah? Kalau ada yang berkata dia tak ada masalah, memang kelentonglah tu!

Maknanya, tak kira kita kahwin ke tidak, kahwin dengan suami orang atau dengan janda, kahwin dengan orang bujang atau anak dara, semuanya sama saja, mesti ada sahaja masalahnya. Cuma... bila berkahwin dengan suami orang, lebih banyak masalah yang akan timbul. Memang kita akan dengar tentang kisah-kisah 'gempaq' yang menceritakan bahawa rumah tangga boleh aman damai walaupun suami mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ada dua mungkin, ada tiga dan empat.

Saya sendiri merupakan produk keluarga poligami dan pernah hidup dalam suasana mempunyai lebih daripada seorang ibu (tiga sebenarnya). Saya tak mahu komen apa-apa tentang keadaan itu kerana ini kisah lama, mungkin tak relevan dengan masa kini.

Pun begitu, sebagai manusia yang menumpang di dunia fana ini, siapalah kita untuk tahu apa akan terjadi sebenarnya. Kita semua akan lakukan perancangan, namun kalau tiba-tiba sahaja kita terpaksa berdepan dengan keadaan untuk berkahwin dengan suami orang, nak buat macam mana lagi? Boleh ke kita menafikan takdir? Mampukah seorang wanita menolak takdir Tuhan? Bolehkah kita melarikan diri daripada sesuatu yang merupakan ketentuan-Nya?

Dalam kes-kes tertentu, mungkin itulah nasib kita dan mungkin juga itu merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Insya-Allah, kadang-kadang kita terpaksa menerimanya dengan baik dan redha. Kalau naiwatu kita ikhlas, insya-Allah juga sekalipun terpaksa berkahwin dengan suami orang, ia merupakan sesuatu yang 'the best'.

Oi oi... mesti ada yang marah kat saya ni. Relaks lah... saya pun tak suka, tapi benda ini tak pernah diharamkan, makruh pun tidak. Tetap halal kalau dijalankan dengan baik. Tak payahlah kita kata tentang 'adil' dan 'tidak', kerana dalam kisah dan kes biasa pun, kalau lelaki tak mahu berlaku adil, masih sama juga masalahnya. Jadi... sebenarnya bukan soal itu yang harus kita risaukan. Apa pun... saya tidaklah menggalak anda semua pergi mencari suami orang untuk dijadikan suami sendiri... sekadar bercerita tentang keadaan di mana anda tak dapat mengelakkannya.

Tapi... memang jadi masalah besar kalau sang perempuan yang tergedik-gedik pergi menggatal dengan suami orang! Itu memang bodoh namanya kerana akhirnya nanti sang perempuan akan menerima akibatnya. Sekalipun tak haram berkahwin dengan suami orang, kadang-kadang yang halal boleh jadi haram kalau caranya yang diguna itu tak halal! Yang itu kita kena ingat. Janganlah kerana nak sangat kahwin dengan suami orang, kita sanggup lakukan apa saja! Kalau diajak mutaah, kita pun terus ikut. Kalau mutaah tu betul tak apa, kalau tak betul... dah jatuh berzina pula... wallahuaklam. Apa-apa pun, kalau jadi perempuan kita wajib berjaga-jaga jangan sampai kita menganiaya orang lain atau kita yang teraniayai.

Wallahua'lam.

Sunday, January 15, 2012

Abang A.A.

                       Abang Aaron yang seksi


Salam

Pagi ni memang best. Tak hujan dan setakat ini belum panas dan burung-burung berkicauan melagu-lagukan dendangan indah... hehe... mood nak menulis tu ada, beb, itulah yang suka ni.

Apa pun, pagi ni kita nak bersembang tentang abang yang sorang ni, 'Mat Singapura' yang dah lama datang KL ni untuk cari rezeki. Abang kita yang sorang ni, dah kahwin dan dah ada tiga orang cahaya mata (kalau tak silaplah), namun... masih hot, beb! Inilah yang dikatakan hot papa!

Siapa kata bila dah kahwin, tak boleh jadi popular? No hal lah, beb. Yang penting, muka mesti best, tubuh badan sihat dan seksi, kelakuan pun agak cantik-cantik... orang Malaysia mesti suka. Inilah yang terjadi dengan Abang Aaron Aziz kita. Awek mana yang tak kenal dia? Kalau boleh, kebanyakan gadis-gadis kat Malaysia ni, termasuk yang kat Singapore dan Brunei... semua nak cari suami yang ala-ala Abang A.A. ni. Best, beb... kata depa, tengoklah cara dia layan bini dia, siap peluk-peluk and kissing-kissing lagi... hehe. Kalau orang Arab, semua ni tak kisah dah... biasa, beb! Orang Melayu aje yang kurang biasa. Tapi tak apa, bukan itu yang kita nak sembangkan.

Kenapa 'awek'2 , termasuk bini2 orang dan juga makcik2, semua suka kat Abang A.A. ni? Apa yang menarik sangat (mujurlah saya pun tak gila sama - hehe, no offence, Aaron) pada cik abang ni? Muka dia ke, badan dia ke? Mata dia ke? Lakonan dia ke? Hahaha... saya percaya Abang A.A. ni ada pakej kot, pakej yang boleh tambat hati wanita Malaysia. Sebab tulah berpusu-pusu pengarah2 filem dan drama berebut-rebut nak ambil dia sebagai hero depa! Huh! Ni yang bahaya ni... takut sat lagi, asyik muka Abang A.A. lah asyik kat TV and mana-mana. Confused, beb!

Kalau kita ambil satu-satu karakter menarik yang ada pada Abang Aaron kita ni dan kita keluarkan, mungkin dia tu biasa aje. Muka dia? Ada lagi hero yang lagi kacak (tak payahlah kita sebutkan kat sini kot- sebenarnya sangat subjektif), kalau badan dia pulak... sekarang ni memang trend, pelakon lelaki semua masuk gym buat exercise (kalau dulu mana ada) kasi body jadi tegap dan nampak seksi (cuba abang-abang kita pun buat macam tu, mesti seksi juga maa), dan kalau lakonan pulak, ramai yang boleh berlakon terutama mereka yang dah lama berlakon... huhu. Pakej tu memang tak ramai yang ada semua. Kadang-kadang handsome dan badan pun tegap, tapi berlakon 'kureng'. Kadang tu pandai berlakon, tapi 'kureng' seksi. Hahaha... kalau tanya saya, pelakon asal dari Singapura yang sekor lagi tu pun seksi... Abang Ady Putra kita tu, siap ada lesung pipit lagi...

Haiya, apa pasal pelakon dari Singapura bagus2 maa?

Okeylah... saja je bawak tajuk ni, buat santai-santai di hari Ahad. Harap-harap kita semua dirahmati Allah swt, selamat dunia akhirat.

Ameen dan Wassalam.

Saturday, January 14, 2012

Misteri Awek Menangis Dalam Lif

                         Awek Siam


Salam Pagi Sabtu

Hari ini hari relaks, sebab saya tak pergi mana-mana, cadang nak duduk rumah dan menulis banyak-banyak. Tapi pagi ni nak bercerita sikit. Saya memang jarang-jarang cerita hantu, sebab Alhamdulillah, kalau diikutkan, saya tak adalah takut sangat ngan hantu ni, hehe... walaupun kat Malaysia banyak betul orang buat filem hantu... banyak sangat hantunya kot! Dikatakan banyak sungguh cerita hantu yang akan masuk ke panggung tahun ini...

Saya bukannya nak cerita pasal hantu kat panggung, tapi kisah yang diceritakan anak bongsu saya Si Nabil.  Dia tu bukanlah berani sangat macam anak kedua saya Irfan, tapi tak jugak jenis takut. Kira okeylah...

Anak saya ni belajar di Multi Media University kat Cyberjaya. Dia berulang-alik dari rumah setiap hari, tapi petang hari Khamis tu, dia singgah kat rumah kawan dia yang menyewa di sebuah kawasan (apartmen) berdekatan dengan kawasan universiti (tak payahlah saya sebutkan nama kawasan tu). Dia pergi dengan seorang teman lagi. Sesampainya di tingkat bawah untuk naik ke atas, kedua-duanya terdengar bunyi suara perempuan minta tolong dari lif (ada dua lif) sebelah, "Tolong, Tolong..." siap diketuk-ketuknya pintu lif. Lif itu tersangkut di tingkat empat. Tiba-tiba lif yang lagi satu tiba di tingkat bawah dan terbuka. Ada makcik cleaner yang keluar (rakyat Indonesia) dan dia berkata, "Ada awek sangkut kat tingkat empat."

Anak saya dan kawannya menaiki lif yang cleaner tu keluar dan teruskan perjalanan ke atas, ke tingkat lapan. Makcik cleaner tu kata dia akan memanggil maintainance man yang menjaga pasal lif tu. Sampai di tingkat lapan, mereka berdua (anak saya dan kawannya tadi), bercerita pada teman-teman lain yang menyewa apartmen di atas. "Ya ke? Ada awek tersangkut ke? Jom pergi tengok!" Masing-masing sibuk nak pergi tengok.

Mereka berjalan kaki ke bawah, ke tingkat empat. Di luar pintu lif, mereka mendengar suara orang menangis. Jadi mereka pun rasa kasihan dan bertanya, "Are you okay in there?" Tetapi tak ada suara yang menjawab. Mereka bertanya lagi tapi senyap sepi. Maintainance man pun tiba dan baru bercadang nak buka pintu lif dengan kunci, bila tiba-tiba lif itu berjalan semula dan terus turun ke tingkat bawah. Anak saya dan kawan-kawanya terus mengintai dari tingakt atas (macam ada kawasan kosong yang terbuka dan boleh nampak lif itu). Lif itu berhenti di tingkat bawah dan pintunya terbuka tapi tak ada siapa-siapa yang keluar. Maintainance man tadi tekan butang lif dan lif naik semula ke tingkat empat. Maintainace man tu buka pintu lif dengan kunci sebab pintu lif tidak buka dan bila terbuka, lif itu kosong sahaja. Masing-masing terkejut dan memandang sesama sendiri. Maintainance man (orang India) berkata kepada mereka, "Awak tak payahlah guna ini lif," lalu ditutupnya dan berjalan kaki ke tingkat bawah. Wajahnya kelihatan cuak giler!

Kata anak saya, kawan-kawannya biasa balik rumah masing-masing hari Jumaat, tetapi petang itu, kawan-kawannya yang sewa di apartmen itu semua angkat beg masing-masing untuk pulang ke rumah walaupun hari itu hari Khamis. Hahaha... mereka tidak tahu bunyi siapa yang mereka dengar yang duduk di dalam lif di bangunan itu!

Saya sekadar mengulangi cerita anak saya itu, tidak berniat untuk menakutkan siapa-siapa. Malah, saya tak kata pun ada hantu dalam lif itu. Suatu misteri. Semuanya wallahua'lam, hanya Tuhan yang tahu.

Friday, January 13, 2012

Lelaki Lembut - Okey Apa

                             Okey Apa


Salam Pagi Jumaat

Entri kali ini bukan bertujuan untuk bercerita tentang apa-apa yang kontroversi, sekadar untuk mengisahkan sahaja. Ada seorang kenalan bertanya saya, "Tak apa ke kalau saya kahwin dengan mamat yang lembut?"

Kalau bertanya dengan orang kita, banyak yang  'gerun' untuk bercerita tentang hal ini berdepan-depan. Kalau di belakang, okey saja. Siap ada macam-macam nama yang diberikan untuk lelaki yang agak lembut. Sotonglah... oouish... tak baiknya. Apa-apa pun, bagi saya mereka ni macam kita juga, manusia biasa. Ada hati dan ada perasaan. Jangan pula kita ingat, bila lelaki itu dikatakan lembut, mereka tak mampu untuk menjadi 'keras'! Huh! Saya bukan bercakap apa-apa yang lucah, tetapi sekadar untuk menggambarkannya.

Dulu, masa saya kerja, saya kenallah dengan mamat ni. Dia memang jenis lembut teramat sangat. Wajahnya licin (kalah orang perempuan), siap putih gebu lagi. Satu ketika itu, dia menghilangkan diri ke United Kingdom dan hidup di sana sebagai seorang perempuan. Tetapi, mungkin dia menyesal, dia pulang ke Malaysia ni dan mula bertaubat dan cuba lakukan perubahan. Datuknya pula ingin membantu dan mahu sangat-sangat melihat cucu lelakinya berubah. Datuknya mencarikan jodoh untuknya, seorang gadis bertudung litup. Mamat lembut tadi, mula berubah dan selepas kahwin, alhamdulillah... mereka hidup macam orang normal yang lain, siap dapat tiga orang cahaya mata. Yang menariknya, mamat ni memang rajin giler. Untunglah isterinya dan tentulah dia bahagia.

Itulah yang saya perhatikan. Rata-rata, lelaki lembut sangat rajin. Rumah mereka cantik dan bersih. Diri mereka juga begitu. Bayangkanlah anda berkahwin dengan lelaki lembut... huhu... mungkin tak menyesal kot. Jadi bagi saya, kalau anda terfikir untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki lembut... apa salahnya? Jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki macho tetapi pemalas dan mempunyai perangai yang tak boleh pakai!

Wallahua'lam.

Thursday, January 12, 2012

Awan Nano - Liriknya Kelas!

                  Budak comel berambut afro


Salam

Ya, semalam saya bercerita tentang 'Awet', hari ni pulak tentang 'Awan'. Dua-dua juga bermula dengan 'A'. Musim 'A' kot.

Okeylah, saya ni bukannya fan si budak comel yang bernama Hafiz tu walaupun saya akui mamat yang berambut keriting afro ni mempunyai suara yang mantap. Vokal dia memang hebat bagi remaja yang menyanyi, payah nak dapat suara yang macam ini.

Pagi ini saya nak bersembang tentang lirik lagu (komposernya ialah M.Nasir) yang dibawa si budak comel ni. 'Awan Nano', bunyinya macam tak serius, sebab ada mainan yang berbunyi sama. Nama 'Nano' tu memang bunyi macam tak serius... hehe. Saya dah lama dengar lagu ni dan tahu lagu ini dah banyak kali diangkat sebagai salah satu lagu yang bagus. Tetapi bagi saya, yang paling menarik tentang lagu ini ialah liriknya. Dulu, saya dengar aje, sebab tidak peka pada liriknya. Lepas tu, saya dengar betul-betul liriknya, saya jadi kagum. Sekarang ini, memang payah nak dapat lagu yang mempunyai lirik yang indah macam ni. Tentang kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa. Lagu ini membawa kita untuk mengingatkan anak-anak agar tidak memandang sepi dan remeh tentang apa yang ibu bapa lakukan kepada anak-anaknya. Melindungi anak-anak seperti 'Awan Nano'.

Syabas kepada Saudara Buddhi Hikayat kerana berjaya melakarkan lirik lagu 'Awan Nano' seindah itu. Memang cantik dan sesuai sekali untuk dibawa oleh budak Hafiz berambut afro tu! Bagi mereka yang tak pernah lihat liriknya, saya letakkan dibawah ni (bukan semualah).

AWAN NANO

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu




Wassalam.

Wednesday, January 11, 2012

Awet Muda, Beb!

Contoh lelaki Melayu awet muda - Nassier Wahab


Salam,

Pagi ni lambat sikit update blog ni. Ada masalah talian pulak dah. Harap2 lepas ni okey.

Haha... cerita pasal awet muda ni, memang menarik sekali buat orang perempuan. Siapa yang suka kalau dikatakan kelihatan tua dari usia sebenar? Memang tak syok, kan? Kalau ada yang kata, "Mana ada aku kisah," huhu... mungkin tipu kot. Apa pun, memang macam-macam yang boleh kita perkatakan tentang hal ini. Hal awet muda ni.

Baru-baru ini, semasa saya hadir majlis perkahwinan anak teman sekolah suami saya, memang ramailah teman-teman sekolah lama suami saya yang hadir. Yang menariknya, antara teman-temannya itu, ada yang kelihatan sangat tua (jauh lagi tua dari usia sebenar), tapi... ada juga yang kelihatan sangat muda, seolah-olah tak berganjak umurnya... huhu. Menarik, kan? Tentu kita tertanya-tanya juga, dia makan apa tu?

Kadang-kadang, ada orang awet muda sebab dah keturunan dia macam tu. Atuk, ayah... semua jenis nampak muda walaupun dah tua. Sama juga bagi orang perempuan, memang ada yang payah nak nampak tua. Dah memang genetiknya begitu.

Tapi... ada juga yang berusaha keras, buat macam-macam cara untuk maintain kelihatan muda. Kalau yang jenis tak takut tu, siap pakai 'susuk' lagi. Susuk emas lah dan macam-macam lagi walaupun dikatakan perbuatan itu 'syirik'. Itu kalau yang suka jumpa bomoh atau mengamalkan ilmu turun-temurun. Di zaman moden ni, ada yang sibuk dengan 'botox', terpaksalah cucuk botox sampai hari-hari, walaupun kalau ikutkan prosidur yang betul, tak bolehlah macam tu. Ramai jugak yang guna khidmat 'plastic surgery' untuk dapatkan 'kemudaan' pada wajah. Tak mahu kelihatan garis-garis tua di muka. Ada tu, semua pun pakai, plastic surgery buat, botox pun tibai, susuk pun letak juga. Memang tak mahu langsung nampak tua! Hehe...

Bagi saya, yang paling menariknya, kalau kita boleh nampak muda dan tubuh badan juga turut sihat dan kuat! Malah, akal fikiran pun bagus... tak nyanyuk. Macam tu baru lah best. Ada orang kata, kita boleh maintain sihat dan awet muda, kalau makan makanan yang baik-baik, termasuklah ulam-ulam dan sayur-sayuran. Buat baik pada orang lain dan senyum selalu. Juga senaman yang tak henti-henti dan paling hebat kalau kita juga rajin membaca, terutama sekali membaca al-Quran.

Tapi juga... sekalipun awet muda tahap gaban pun, kalau dah sampai masa kita untuk tinggalkan dunia ini, kita akan pergi juga. Jadi... buatlah yang baik-baik, agar kita sentiasa rasa baik, tak kira bila sekalipun kita pergi nanti. Insya-Allah.

Tuesday, January 10, 2012

Fanatik

                     Sekadar hiasan


Salam semua

Oh ya, bukan lagu yang pernah dipopularkan adik-beradik KRU yang ingin saya katakan, tetapi tentang suatu tabiat yang payah dipinggirkan kerana terlalu taksub dengan 'hal' itu. Orang putih kata 'beyond normal limits'. Maksudkan keghairahan yang ada pada seseorang dalam satu-satu hal itu. Mungkin hobinya, mungkin kepercayaan dan macam-macam lagi. Bila dah percaya dan suka sesuatu itu, dah tak boleh ditepis lagi. Huh!

Kadang-kadang, ada orang fanatik dengan cintanya. Haha... bukan sekadar cinta dengan manusia, mungkin juga dengan barang dan perbuatan. Ada orang gila beli beg tangan dan kerjanya itulah. Setiap bulan bila dapat gaji aje, habis sebahagian besar gajinya diguna untuk beli tas tangan, pada hal tas tangannya dah berlambak dan tak terpakai pun. Ada juga yang gila kasut. Begitulah tabiatnya, pantang melihat kasut yang ada desain baru, mesti hendak dibelinya. Bukan sekadar suka membeli sahaja, tetapi kerjanya juga membelek-belek barang-barang itu. Asyik-asyik pergi tengok koleksinya itu. Bila lapang sahaja, dia akan mengelap dan mengilatkan kasut atau tas tangannya, pada hal mungkin banyak kerja lain yang boleh dilakukannya.
 Maknanya dia terlalu 'cintakan' barang-barangnya itu. Dia fanatik kepada kasut atau tas tangannya.

Begitu juga orang gila bola. Mereka terlalu fanatik dengan kumpulan kegemaran, misalnya Liverpool atau Manchester United. Bila kalah 'game', mungkin sampai tak lalu makan. Malah, sanggup beli baju yang harganya mahal. Siang bola, malam pun bola. Kalau boleh nak aje kahwin dengan bola!

Begitu juga bila sudah jatuh cinta dengan 'insan' yang bergelar pasangan. Inilah yang dikatakan jadi 'sasau', siang malam teringat pada si 'minah' atau si 'mamat' yang baru menjadi cinta hatinya. Ke mana saja dia pergi, hendak ditayangkan gambarnya. Malam teringat kat dia, siang pun macam tu. Sikit-sikit hantar SMS, "Bie, where are you? I miss you lah." Memang dah jadi angau.

Sama juga dengan mereka yang tiba-tiba sahaja dah tahu pasal agama. Dulu-dulu dia agak jahil, tapi bila dah terketuk dan tersedar, dia juga jadi macam orang mabuk kepayang. Pastinya solat tak tinggal (satu perkara baik), tetapi dia juga akan pergi sana sini bercerita tentang kehebatannya, sedangkan baginya semua orang tak betul! Semua orang baginya akan masuk ke neraka, tetapi dia masuk syurga. Adoi...

Suatu ketika dahulu, saya pernahlah bertemu dengan kawan lama dan dia mengajak saya untuk ke rumah kakaknya. Saya pun pergilah kerana saya dapat berita yang kakaknya baru kematian anak. Bila tiba di rumah kakaknya itu, saya terkejut. Rupa-rupanya dia dah jadi macam bomoh (dia dan suaminya) dan ketika itu sedang berubat orang. Selepas itu pula, dia memberi syarahan kepada saya tentang 'ilmu' yang dituntut itu. Katanya, kalau tak 'join' kumpulan dia, saya tak merasalah masuk ke syurga, kerana hanya kumpulan dia sahaja yang telah diberi zat untuk berkomunikasi dengan Tuhan dan akan masuk ke syurga nanti. Malah, dia boleh berkomunikasi dengan orang yang dah mati, termasuklah anaknya yang baru mati itu.

Selepas saya tinggalkan rumahnya, saya tidak pernah pergi lagi. Saya memang cabut lari!

Bagi saya ketika itu, saya melihat suatu kedaan 'fanatik' yang ada pada pasangan suami isteri itu terhadap 'ilmu' yang mereka tuntut. Saya bukan pakar untuk mengatakan mereka sedang amalkan ilmu sesat, tetapi apa yang mereka lakukan itu memang menggerunkan saya.

Wallahua'lam.

Monday, January 09, 2012

Filem Melayu Hebat, Yang Macam Mana?

 Salah satu filem yang orang Melayu suka tengok


Salam Pagi Isnin

Pasti ramai yang bergelar ibu dan ayah kesibukan dengan rutin harian. Hujung minggu merupakan masa yang dinantikan, dapat berehat dan beriadah dengan ahli keluarga. Itulah masanya untuk kita tumpukan buat keluarga. Apa-apa pun, bila masa kita bekerja, pastikan juga kita bekerja dengan cemerlang, tidak curi tulang. Bekerja juga merupakan ibadah, kerana kita dituntut untuk mencari rezeki, bukan duduk-duduk goyang kaki.

Okeylah, pagi-pagi macam ni, saya tak berniat untuk membebel tetapi untuk sama-sama naikkan semangat. Buatlah apa sahaja yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Kadang-kadang, tidak semua yang kita rancang itu menjadi, tetapi yang penting kita sudah usahakannya. Insya-Allah, setiap apa sahaja yang baik itu kita lakukan, ada ganjarannya. Kalau tidak serta-merta, mungkin suatu hari kelak.

Pun begitu, ada kala bila kita bangun pagi, kita rasakan mentari tak akan muncul untuk hari itu. Semuanya akan jadi gelap, sekalipun di luar sana sangat terang-benderang. Tak apa, sekalipun rasa begitu. Kita perlu ingat, bukan kita seorang yang kadang-kadang rasa macam tu. Ramai lagi di luar sana. Jadi, bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini dan bersyukur kerana Tuhan masih benarkan kita berada di bumi ini.

Hujung minggu, saya sempat juga membaca laporan tentang filem-filem Melayu yang menjadi dan yang tidak menjadi di sepanjang tahun 2011. Nampaknya untuk tahun 2012 ni, dah bersusun filem-filem Melayu yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam. Saya memang tak adalah nak pergi tengok wayang, tapi bila ada kesempatan, saya tengoklah juga apa-apa yang saya boleh melalui saluran lain.

Sajalah saya nak beri pandangan saya tentang filem-filem Melayu ni. Biasanya memang macam tu, bila ada aje filem yang menjadi, akan bersusun filem yang serupa di belakangnya. Misalnya kalau ada cerita hantu yang best, akan ada lagi cerita hantu yang seakan-akan itu. Adoi... lepas tu, mesti dah jadi tak best! Sama juga dengan cerita-cerita aksi, bila ada yang menjadi, maka ikut lagi dan lagi, lepas tu tau-tau dah tak jadi!

Sekarang ini mungkin banyaklah novel-novel yang akan dibawa ke panggung pula. Sudah jadi trend nampaknya, cuma orang yang bikin filem ni kena berjaga-jaga. Apa sahaja yang hendak dilakukan, biarlah ada perubahan, jangan main ikut aje. Lagi satu, kalau nak buat filem ni, kena juga tengok 'taste' penonton yang rajin masuk ke panggung ni. Bukan semuanya suka apa saja. Mereka juga memilih. Kalau kecoh kata sedap, ramai yang ikut sama. Tapi kalau awal-awal dah kata macam boring... jawabnya habislah!

Filem yang macam mana agaknya sedap untuk ditonton? Kalau tanya saya, saya kata semua filem boleh jadi sedap, tapi apa sekalipun yang hendak dilakukan, pastikan filem itu ada jalan ceritanya. Cerita mesti menarik, ada mesej yang berkesan. Pelakon juga mesti yang betul-betul pandai berlakon, bukan main tibai aje. Hal-hal lain seperti muzik latar dan latar tempat juga jadi penting. Kalau background membosankan... habislah! Maknanya keseluruhannya mesti nampak interesting. Kalau nak buat cerita lawak, pastikan bukan lawak bahlul! Orang dah jemu dan jelak.

Tak perlulah saya sebutkan filem apa yang saya tengok sepanjang 2011, tetapi memang ada yang saya tengok. Biasanya saya tengok bila orang kata best. Nak tahu juga apa yang bestnya.

Okeylah... orang yang bikin filem harus sedar bahawa penonton semakin matang dan mahukan yang the best, jadi janganlah buat cincai2 aje, asal boleh kaut untung.

Nampaknya setakat ini dulu ulasan saya... hahaha... macam pelapor sukanlah pulak...

Wassalam.