Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, May 19, 2013

Bila Badan Rasa Tak Sihat

Assalamualaikum.

Macam yang saya katakan sebelum ini, sekarang ini bukan cuti sekolah, tapi tiap-tiap hujung minggu pasti ada jemputan kahwin. Alhamdulillah, semalam saya sempat hadir majlis perkahwinan anak-anak sepupu saya yang berlangsung di Putrajaya (dua pasang pengantin). Seperti yang saya katakan, biasanya, yang seronok tentang majlis kahwin ni kerana kita dapat berjumpa dengan sanak saudara yang datang dari dekat dan jauh.

Selepas pulang dari majlis itu, saya rasa pening kepala teramat sangat. Jadi takutlah pulak. Mula-mula tu taklah panik sangat, saya makan aje panadol, tapi tak lut! Pergi klinik (tempat yang saya biasa pergi), doktor pulak dah balik rehat. Pergi klinik satu lagi, macam itu juga. Lepas Maghrib, ikut anak-anak pergi makan-makan di luar, tapi sakit kepala tak hilang juga. Leher saya juga sangat sakit. Akhirnya pergi ke klinik lagi. Doktor kata tekanan darah saya okey. Yang masalah ialah leher saya. Stiff neck. Urat-urat bengkak. Agaknya lama berada di dalam kereta dan lama pula duduk di depan komputer. Saya sering rasa begini. Bukan leher sahaja, tetapi bahu saya, sering sakit-sakit dan bengkak kerana urat saraf penat agaknya. Apa pun, bila dah makan ubat, dah rasa lega sikit. Pagi ini, boleh duduk di depan komputer semula!

Adoi... rasa macam tak sanggup kalau tak dapat menulis. Takut lagi pening kepalaku. In sya Allah, biarlah saya berasa lega. Hari ini, saya cadang nak pergi kemas rumah kawan yang berada di sebelah rumah saya. Petang nanti, mungkin nak pergi berjumpa dengan kawan  (kawan lain) di KL.

Okeylah... semoga anda sekelian bersenang-senang dan berehat-rehat di hujung minggu.

Wassalam.

Gambar saya bersama adik, adik ipar dan sepupu-sepupu di majlis perkahwinan anak adik saya. Tema Arab.