Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, April 17, 2012

Pukul 3.00 Pagi... Novel Terbaru Saya

 Salam

Insya-Allah, inilah rupa dan judul novel terbaru saya. Bagi pengikut dan pembaca saya, insya-Allah novel ini akan berada di booth KarnaDya ketika Pesta Buku di PWTC bermula pada 27 April ini. Semoga anda menyukainya, insya-Allah.

Wassalam.


PS: Sinopsisnya boleh tengok di Facebook KarnaDya, ok.

Alam Siber Yang Banyak Bencana



Salam dan Selamat Pagi

Cik abang saya dah pun ke Jay Bee, jadi saya duduk di rumah ajelah... hehe. Dia ada kerja... tak apa.

Okeylah, pagi ni saya nak berborak tentang dunia siber lagi. Maklumlah, orang kata kalau tak tahu pasal hal dunia siber ni, macam katak duduk bawah tempurunglah, kan? Ada juga orang kata, kalau tak ada FB seolah-olah kita ni ketinggalan zaman! Huhu, saya tak kisah. Bagi saya, setiap apa yang kita nak buat mesti ada tujuannya. Kalau takat buat untuk ada saja, tak guna juga, kan?

Memang dah berkali-kali saya ceritakan tentang hal-hal ini terutama bagi mereka yang ada akaun Facebook. Kita ada akaun FB kerana nak berinteraksi, kan? Samalah dengan akaun-akaun lain macam Twitter tu. Yang eloknya tentang laman-laman sosial ni ialah bagi mereka yang nak meniaga, memang sangat berkesan. Senang nak buat promosi. Kalau nak bual-bual dengan member pun okey jugak. Tapi banyak orang memang tak tahu nak guna laman-laman sosial ni. Saya pun tak tahulah kenapa ya. Ada tu, memang itulah tempat untuk luahkan perasaan. Okey jugak, cuma bila kita luahkan perasaan tu, janganlah sampai mengaibkan diri sendiri. Itu dah jadi kes sewel namanya. Ini kata seorang blogger yang saya baca entri dia. Dia kata, ada orang nak cerita semua kat FB tu sampaikan terasa macam letak seluar dalam dia kat FB. Daripada orang tak tahu dia tu macam mana, sampai orang semua tahu betapa buruk perangai dia. Iyalah, kalau dah jaja segala-galanya.

Ada tu, suka menayang macam-macam kat FB. Gambar-gambar sensasinya sengaja di letak. Konon-konon nak bagitahu orang yang dia tu seksi, padahal dia tu sebenarnya memang bangang! Mana tak bangangnya, kalau dah tunjuk gambar seksi kat FB, maka ramailah 'mamat gatal' kat luar sana yang datang mencari. Tak bodoh ke namanya?

Ada pulak tu, suka ceritakan aktiviti-aktivitinya. Lagi bangang. Daripada orang tak tahu dia tu siapa, orang jadi tahu. Ingat macho sangat kot, padahal itu menunjukkan kebodohannya.

Saya tak tahulah kenapa ramai sangat yang tak boleh fikir baik dan buruk. Sebenarnya Facebook ni telah dibina oleh seorang pemuda berketurunan Yahudi. Biasalah Yahudi ni kan, lebih suka kalau manusia di alam ini terperangkap dalam perbuatan yang jahil dan tentunya ramai yang begitu. Cuma orang bijak sahaja yang tahu mengguna segala kemudahan yang ada di alam maya. Kalau tak pandai... macam-macam boleh jadi.

Samalah jugak dengan laman Youtube. Memang ada yang best, tapi ada jugak yang biul! Saya meluat betul kalau terserempak dengan ceramah agama yang disampaikan oleh 'ustaz-ustaz' bijaksana, yang bagi ceramah sambil buat lawak giler! Yang ini memang saya tak faham sungguh. Konon nak berdakwah, tapi pergi buat lawak-lawak bodoh dan ramai-ramai pakat tergelak macam nak pecah perut! Konon-kononnya itulah cara efektif untuk bagi orang dengar ceramah agama. Ya Tuhan... saya tak boleh bayangkan Nabi junjungan kita buat macam tu semasa baginda berdakwah kepada umat Arab yang jahil hampir 2,000 tahun yang lalu. Sampai bila agaknya kita harus percaya bahawa kalau tak ada lawak jenaka, orang Melayu tak mampu untuk berfikir?!

Semoga kita sama-sama berfikir tentang hal-hal ini. Jangan biarkan mereka diluar sana merosakkan lagi minda, akal fikiran kita. Wallahua'lam.

Wassalam.