Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, September 06, 2011
Dia Macho... Tapi Cerewet Giler!
Salam semua,
Huhu... ini cerita betul ni. Masa cuti-cuti di musim raya, banyaklah cerita yang terkeluar dan di antaranya ialah kisah lelaki yang cerewet. Bukan cerewet sikit-sikit, tapi cerewet giler!
Adalah mamat sekor ni... orangnya boleh tahan handsome. Malah kalau tengok sekali, memang akan buat gadis tertoleh-toleh, maklumlah dia dikira sebagai berupa. Semuanya okey belaka, tetapi dalam banyak hal, payah pula dia nak dapat gadis yang melekat. Pada asalnya, ramai yang agak hairan juga, kerana melihat dia tak putus-putus jatuh cinta, tapi tak pernah menjadi. Korek punya korek, last-last tahulah kisahnya. Rupanya si mamat ni memang cerewet. Kalau masuk kereta dia, tak boleh tersilap langsung, bukan dengan awek aje, dengan kawan lelaki pun sama juga. Kalau hari hujan dan baju terbasah masa nak masuk keretanya, siaplah engkau. Dia tak bagi duduk atas kerusinya. Kena cari benda lain untuk lapik kerusi keretanya. Tak pun, tunggu dulu kat luar sampai baju kering!
Kalau di rumahnya pun sama aje. Tak boleh kotorkan apa-apa dalam rumahnya. Semuanya mesti kemas 24 jam. Kalau terbasahkan meja dia, masa itu juga dia akan ambil kain untuk mengelapnya. Kalau masuk rumah dia, tak usah haraplah nak kotorkan apa-apa. Kalau masuk toilet dia, sebaik sahaja keluar, dia akan kemaskan semula, termasuk flushkan toilet sekali lagi!
Kata member dia, awek yang kenal dengan dia semuanya takut. Kalau dia ajak makan pun, dia sangat cerewet. Kalau makanan yang dihidangkan tak sedap, masa tu juga dia panggil pelayan kedai dah suruh hantar makanan itu balik ke dapur! Aduh mak oi...
Saya biasalah dengar tentang perempuan yang cerewet, tapi memang jarang dengar lelaki yang cerewet. Tapi bila kami bersembang, rupa-rupanya memang banyak kaum lelaki yang cerewet giler!
Ada tu, baju mesti digosok dengan cara yang paling betul, macam kat kedai dobi 'Ah Seng', tak boleh tersilap side! Ada tu pula, tak suka tengok perempuan yang tak berkemas. Katanya, "Sakit mata". Hehe... bagi dia, perempuan mesti cantik dan bergaya, tak boleh comot-comot.
Dulu, pernah juga saya kenal dengan seorang mamat ni. Dia kata dia nak cari isteri yang cantik macam adik-adik perempuannya (kebetulan adik-adik perempuannya memang cantik-cantik belaka). Saya pun tunggulah juga, nak tengok bakal isterinya. Akhirnya dia berkahwinlah dan pada mata saya, isterinya itu biasa-biasa sahaja. Okeylah tu. Walaupun dia cerewet pada asalnya, dia terpaksa juga terima takdir. Bukan semuanya yang kita suka kita akan dapat.
Bagi saya, tak kisahlah lelaki atau perempuan, kalau nak cerewet pun biarlah bertempat dan tak melampau. Ada ketika kita tak boleh cerewet sangat. Janganlah kerana kita terlalu cerewet kita menyinggung pula perasaan orang lain. Tapi... lelaki cerewet memang susah nak cari pasangan, sebab banyak orang perempuan kurang gemar dengan lelaki yang cerewet. Betul tak?
Kalau tak betul, tak mengapa kerana ini sekadar pandangan saya sahaja.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)