Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, August 25, 2015

Kena Ambil Tahu

Assalam

Tadi pagi kawan saya mesej, katanya: 'U nak pergi tak rumah Maziah? Kita plan nak pergi petang ni.'

Maziah itu adalah kawan seprogram kami ketika di Universiti Malaya. Maziah ialah seorang Datin kerana suaminya Dato'. Kebetulan, suaminya juga kawan kami tetapi dalam bidang pengajian yang berbeza.

Maziah dan suaminya berjumpa ketika di kampus dulu. Malah, kami memang close sejak dulu lagi. Maklumlah sama-sama orang Perak. Suaminya yang kami panggil 'Charlie' adalah orang Seberang Perai. Charlie tak berapa sihat. Memang niat di hati teringin untuk ke rumah mereka yang terletak di Putrajaya tetapi saya banyak sangat tugasan, tak sempat kot untuk ke sana petang ini.

Baru dapat call tadi dari Cik Abang saya yang sedang berada di Lenggeng, "You nak ikut I tak datang sini lagi petang ni? I nak gi ofis sekarang tapi kejap lagi nak balik ke Lenggeng."

Huhu... memang banyak kerja. Tak tahulah saya sempat ke tidak untuk ke Lenggeng petang ini. Kalau sempat, saya akan pergi nanti. Maknanya suami saya kena balik ke Nilai, atau mungkin saya bawa kereta sendiri. Kalau ikutkan hati, memang malas nak drive. Malangnya anak-anak saya semuanya sibuk.

Beginilah kita kan, ada ketika masa menjadi begitu padat sekali. Mula-mula saya rancang juga nak ke UKM pagi ini, konon-konon nak dengar ceramah dan lepas tu nak lepak dengan kawan-kawan, tetapi nampaknya memang tak sempat. Jadi saya batalkan niat itu. Sejak akhir-akhir ini memang saya tak punyai masa yang banyak untuk 'socialise'. Banyak benda saya tak dapat lakukan. Insyaa-Allah, bila dah lapang nanti, saya akan 'catch up' semula. Saya rindu pada kawan-kawan dan rindu untuk 'socialise' semula.

Dalam pada itu, bimbang di hati tetap ada kerana ekonomi negara sedang terkesan dek kesan mata wang negara, begitu juga dengan turunnya harga minyak. Mungkin ada yang tak ambil kisah, tetapi kita kena sama-sama beringat kerana kalau negara terjejas kita semua akan terkena juga. Jadi... berhati-hatilah. Jangan buat tak peduli dan tak mahu ambil tahu. Jangan ralit untuk seronok-seronok sahaja hingga terlupa untuk ambil hal tentang hal-hal seperti ini. Kita sama-sama kena ambil tahu.

Wassalam.


                                       Cantik tak entrance macam ni? Saya ambil kat Google