Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, January 28, 2012

Sakit Datang Kerana Bercerai

                 Aktres - Demi Moore


Salam semua

Mungkin hari ini anda semua akan berehat-rehat. Memang baik untuk tubuh badan, terutama sekali bila kita kesibukan pada hari bekerja. Betul, kan? Tubuh yang stres perlukan suasana yang tenteram, agar keceriaan muncul semula. Ewah... pandai sangatlah tu!

Hehe, hari ini saya nak bersembang tentang sesuatu yang ada kaitan dengan isu entri semalam. Semalam, saya bualkan tentang subjek yang berkaitan dengan wanita yang sukses tetapi berat jodoh. Hari ini kita bualkan pula tentang wanita yang jatuh cinta lalu berkahwin kerana jodohnya dah tiba, tetapi setelah bertahun-tahun berkahwin, terpaksa pula bercerai (kerana sebab-sebab yang tertentu).

Banyak artikel yang saya baca tentang penceraian yang berlaku dalam hidup wanita yang masih mencintai pasangannya dan akibatnya setelah bercerai. Mengikut kajian dan rekod (kebanyakannya di dunia Barat), perempuan yang masih menyayangi bekas suami akan menderita dan mudah menjadi sakit bila terpaksa berpisah (bercerai hidup). Dikatakan juga, lebih banyak yang berdepan dengan masalah penyakit kronik dan berat, termasuk sakit jantung dan kanser, kerana mereka tidak dapat menanggung penderitaan yang terpaksa dilalui. Kurang makan, kurang tidur dan mungkin juga stres yang tinggi, mampu merosakkan kesihatan tubuh badan. Wallahua'lam.

Paling mengerikan, banyak yang mudah mengalami penyakit 'mental' kerana tidak mampu melalui hidup setelah bercerai. Bertambah sukar sekiranya perempuan itu sudah memasuki usia 40-an ke atas dan setelah berkahwin dalam tempoh yang lama.

Mengikut kajian itu juga, kalau dibandingkan dengan perempuan yang hidup bahagia berkahwin, mereka yang bercerai mudah berdepan dengan pelbagai penyakit dan kerana itu, mungkin lebih senang atau lebih cepat meninggal dunia kalau dibandingkan dengan kumpulan pertama tadi. Ini adalah kerana, rata-rata, wanita akan mengalami 'depression' yang berpanjangan bila bercerai, kalau tidak pandai mengawal diri.

Pun begitu, kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak bahagia tetapi masih berkahwin (tidak bercerai), juga akan mengalami stres dan menderita dan akan mengalami masalah yang sama atau lebih teruk daripada mereka yang bercerai. Wallahua'lam.

Saya membaca sebuah artikel yang menceritakan tentang aktres Demi Moore yang sedang menderita sakit akibat penceraian yang dilaluinya sejak dua bulan yang lepas. Sebelum ini, Demi Moore pernah bercerai dengan suami (atau suami-suami, saya kurang pasti) yang pernah dikahwini, tetapi kali ini, beliau menderita mungkin kerana usianya dan juga perasaan sayang yang masih ada. Sekiranya dia bercerai kerana dia sudah benci, mungkin dia tidak mengalami sengsaraan seperti apa yang dilalui ini.

Saya percaya, sebagai orang Islam, mungkin keadaan ini dapat kita kawal sekalipun terpaksa melalui tempoh-tempoh rumit seperti 'penceraian'. Mungkin kerana itu juga saya selalu mengingatkan diri saya dan juga pembaca blog saya, supaya jangan 'jatuh cinta tahap gaban' dengan sesiapa pun, kecuali Allah swt. Tidak dengan suami, kekasih, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan, harta benda dan apa saja, kerana semuanya bukan kita punya, sekadar pinjaman sahaja. Kita hanya menumpang di dunia fana dan bila-bila masa, semuanya boleh diambil pergi, termasuklah sebuah perkahwinan yang kita anggap 'bahagia' dan 'aman damai'. Sesungguhnya, tidak ada yang tidak pergi atau mati.

Jangan biarkan diri kita menderita akibat sebuah 'percintaan' yang tidak kesampaian, tak kiralah dalam tempoh usia kita yang ke berapa. Kita perlu ingat bahawa kehidupan kita ini bukan sekadar di dunia, tetapi Akhirat jua. Biarlah kita bersedia untuk kedua-duanya.

Wallahua'lam dan Wassalam.