Apakah kita sebagai penulis tak mampu menyalurkan ilmu melalui penulisan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan bombastik? Apakah kita tak dapat menyampaikan pengajaran melalui cara penulisan yang santai? Apakah penulisan yang sederhana struktur ayatnya tidak mampu kita anggapkan sebagai sastera? Adakah penulisan mereka yang menggunakan ayat-ayat berat dan mengelirukan, dikategorikan sebagai sastera dan yang lain-lain itu, dengan mudah sahaja dikategorikan sebagai picisan? Bagi saya, kata-kata seperti ini biasanya datang daripada mereka yang mindanya sudah tertutup. Bagi orang-orang seperti ini, hanya kategori tertentu atau 'genre' tertentu sahaja boleh dianggapkan 'sastera' dan yang lain-lain itu adalah hampas belaka!
Kalau inilah yang berada di fikiran mereka yang menganggap diri mereka daripada golongan 'intelek', tentu saya berasa amat sedih kerana mereka percaya, orang seperti merekalah yang mampu mengubah sistem 'pelajaran dan pembelajaran' di negara ini. Saya tak tahu bagaimana mungkin mereka akan dapat melakukannya tanpa mahu memahami terlebih dahulu masalah golongan massa yang ada di negara kita ini. Fahamkah mereka tentang 'kekosongan' yang wujud dalam jiwa golongan massa yang saya maksudkan ini? Tahukah mereka pada suatu ketika dahulu, ia itu sehingga 1980-an, buku-buku yang laris dijual adalah buku 'mat salih' kerana pada zaman itu, rakyat Malaysia rata-ratanya adalah mereka yang berpendidikan 'pengantar bahasa Inggeris'. Tetapi, perubahan telah berlaku selepas itu di mana buku-buku Melayu sudah dapat dijual dengan lebih baiknya kerana ketika itu, generasi mudanya sudah tidak pandai berbahasa Inggeris lagi.
Tetapi malangnya, bahan untuk dibaca (dalam bahasa Melayu) tidak ada, maka dengan itu, novel cintalah yang dapat membolosi pasaran. Bukan itu sahaja, tahukah mereka bahawa sebelum itu, memang banyak karya-karya picisan yang diterbitkan, yang rata-ratanya ditulis oleh penulis lelaki dan novel-novel mereka ini berkisarkan skandal seks! Habis tu, salah siapa? Sekarang ini pula (sejak lewat 1990-an), ramai penulis wanita yang memasuki bidang penulisan dan tentunya seperti biasa ramai wanita yang akan tulis untuk wanita. Seperti biasa juga, kaum wanita selesa dengan genre 'cinta', mungkin jiwa wanita rata-ratanya senang dengan sesuatu yang romantis. Tidak adil kalau ada yang menuduh bahawa 'novel cinta' adalah bahan yang tidak berilmu untuk dibaca. Jadi, kalau wanita tidak membaca novel cinta, novel apa yang patut mereka baca? Perkara ini juga bukan merupakan domain pembaca wanita di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Cuba anda lihat di sekeliling anda, buku apakah yang ada di pasaran kita? Buku masak? Buku Seni Jahitan? Buku Seni Taman? Buku fesyen? Itu juga merupakan bahan bacaan yang dikhaskan untuk wanita, dan ramai wanita yang membaca buku-buku ini selain daripada novel cinta. Wanita juga suka membaca buku agama, tetapi buku agamanya mestilah dengan menggunakan bahasa yang sederhana, bukan bahasa yang mengelirukan dan memeningkan kepala. Kalau nak tahu, memang ramai wanita yang suka baca buku di negara ini kalau dibandingkan dengan lelaki! Tak usahlah memperlekehkan pembaca wanita. Tengoklah siapa pula yang rajin belajar dan mampu berada di menara gading? Rata-rata, mereka jugalah yang membaca novel cinta. Lebih baik membaca novel cinta daripada terus tak baca apa-apa, sekadar merempit atau melepak diluar sana!
Apa yang ada untuk bahan bacaan lelaki pula? Bagi saya, kita tanyalah pada kaum lelaki soalan ini. Mungkin lelaki suka baca buku berbentuk motivasi, tetapi motivasi yang ada dijual rata-rata semuanya untuk mengajar lelaki jadi tamak, bagaimana mahu jadi cepat kaya... tak ada yang memberi tumpuan kepada pengisian 'kekosongan jiwa'. Apa yang saya lihat, penulis lelaki suka menulis perkara-perkara duniawi dan saya percaya semangat seperti inilah yang banyak mendorong orang kita berasa selesa dengan lifesyle pro-rasuah. Ini terjadi kerana kita sering disogokkan dengan perkara materialistik dan masing-masing takut kalau hidup tak punyai cukup duit. Biar jiwa kosong asal duit banyak dalam poket. Kenapa penulis lelaki tak cuba lakukan sesuatu untuk mengisi 'kekosongan jiwa' lelaki pula? Kalau ada pun, lelaki suka menulis bahan-bahan yang susah untuk dipasarkan, susah untuk menyelami jiwa pembaca. Kalau setakat menulis bahan-bahan berat dan tak berdaya untuk menyentuh perasaan sesiapa, apalah gunanya? Lebih berat, kalau hanya mampu untuk menulis yang berat-berat (Kononnya berilmu sangat) tapi tak dapat diedarkan kepada seluruh masyarakat atau tak dibaca oleh umum, hanya sekadar golongan 'intelek' tertentu sahaja, apakah hebatkah kita? Bagaimanakah agaknya ilmu yang kita heboh-hebohkan itu dapat kita kembangkan? Tidakkah mahu kita duduk dan bincangkan tentang formula yang terbaik untuk pastikan masyarakat kita mahu membaca? Janganlah kita jadi bongkak dan menganggapkan kitalah yang pandai, orang lain semuanya menulis bahan 'picisan' kalau mereka tidak sealiran dengan kita.
Saya tulis artikel ini mungkin terkilan dengan ayat-ayat yang dikeluarkan oleh beberapa orang VVIP tentang pandangan mereka, yang saya dengar baru-baru ini. Maaflah, tetapi bagi saya mereka tidak sensitif atau sekadar 'berat sebelah' kerana hanya mahu mendengar pandangan orang-orang tertentu sahaja. Bagi saya juga, kalau mereka sekadar mahu mengikut rentak 'orang-orang' ini tanpa mahu mendengar atau mahu menyelidik tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku, saya tak percaya mereka mampu mengubah soal budaya atau ilmu yang mahu mereka perkasakan!
Bayangkanlah, semasa orang-orang tertentu ini memberi ceramah di atas pentas seraya menggunakan perkataan-perkataan bombastik, (maklumlah mereka orang sastera yang dikatakan), ramai yang sudah terlelap dan terlena... belum lagi membaca buku mereka. Jadi, bagaimanakah cara yang berkesan untuk memperkasakan budaya?