Assalam
Ya saya dah pun kembali dari bercuti di Uzbekistan. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat Allah swt kerana memberi peluang buat kami (saya, suami, anak perempuan dan cucu) untuk melihat sebuah negara yang penuh dengan tinggalan sejarah Islam. Sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita pergi ke negara Uzbekistan (sekiranya mampu) untuk melihat sesuatu yang paling menarik, serta menimba ilmu dan melalui pengalaman yang tak mungkin kita dapat lupakan.
Semoga Allah swt memberi kemudahan kepada kita, insyaa-Allah.