Assalam
Semoga kita mendapat barakah di hari Jumaat ini. Apa-apa pun, sajalah nak kongsi satu tip untuk anda yang menggemar pokok tanaman. Kalau nak siram pokok, jangan siram lewat petang atau malam hari, kerana pokok mudah kena penyakit 'fungus' atau kulat pokok. Dulu, saya memang kerap siram di lewat petang hinggalah abang saya beritahu tentang hal ini. Semoga pokok-pokok saya tidak rajin berkulat lagi, insyaa-Allah.
Okeylah, saya akan sambung cerita tentang Morocco. Nampaknya memang ada yang datang ke blog saya untuk membaca tentang lawatan saya ke Morocco ini. Saya sambung cerita di Fes. Fes juga merupakan sebuah bandar sejarah dan banyak tempat-tempat yang dilindungi UNESCO. Kami dibawa untuk meronda-ronda sekitar bandar Fes yang mempunyai lorong-lorong kecil tipikal bandar-bandar bersejarah. Memang seronok sangat. Sambil itu, kami menyinggah juga di kedai-kedai yang menjual pelbagai aneka kerja tangan orang Morocco termasuklah siramik, barangan kulit, sutera kaktus dan macam-macam lagi. Sangat unik dan berpatutan harganya. Kebetulan, saya memang penggemar barangan seramik serta poteri. Memang Fes mampu membuat saya teruja!
Dua malam kami di kota Fes dan meratalah kami dibawa untuk melancong. Memang ramai pelancong dunia Barat di kota Fes dan tempat-tempat lain di Morocco. Memang segelintir sahaja orang Asia termasuk rombongan kami.
Hotel kami di Fes juga menyediakan sarapan pagi yang sangat sedap. Saya suka melepak di ruang lobi hotel itu kerana mereka sentiasa memasang pewangi yang sangat sedap bau nya.
Satu lagi yang istimewa di Morocco ialah produk kecantikan termasuk serum, sabun, krim dan pewangi memang sangat istimewa kerana Morocco mengeluarkan produk seperti kaktus, argan (Hanya di Morocco sahaja yang ada) bunga limau dan juga bunga ros. Saya memang suka dengan produk sebegini yang tidak menggunakan barangan chemical.
Selepas dua hari dua malam di Fes, kami berhijrah lagi. Kali ini perjalanannya sangat jauh. Kami merentasi kawasan pergunungan dan ada tempat yang kami temui sama seperti kawasan di Switzerland dan alhamdulillah pada hari itu kami merasa turunnya salji. Kami juga berhenti di tepi jalan untuk bermain salji ketika salji turun. Walaupun sejuk gila, kami semua tak kisah kerana teramat teruja. Salji memang tiada dalam agenda perjalanan kami, tetapi Allah izinkan salji untuk turun buat kami semua. Walaupun saya dan suami dah biasa sangat-sangat dengan salji, kami juga turut teruja.
Selepas itu, kami mengarah ke kawasan Gurun yang merupakan sebahagian daripada Gurun Sahara. Kami menghala ke kawasan Merzouga Dunes untuk bermalam di Gurun Sahara.
Saya sambung lagi di entri lain pula.
Wassalam.
Masih di Fes ketika melawat kota itu
Bangunan di lorong-lorong kecil
Lorong-lorong di kota Fes
Kota Fes
Hiasan Tajen
Buah kurma
Buah oren
Masih di Fes
Membuat barangan kulit secara tradisional
Mardasah di Fes
Gerai buah-buahan
Baragan seramik kesukaan saya
Dalam perjalanan ke Gurun, berhenti di pekan yang serupa pekan di Switzerland
Di pekan ala-ala Switzerland
Berlatarkan singa buatan
Dalam perjalanan ke gurun
Dah ada salji
Kawasan tinggi yang dipenuhi salji
Cuaca dingin. Suhu 2 darjah selsius sahaja
Berlatarkan salji
Sempat berhenti untuk main salji
Bergambar dengan Hadi, pemandu kami
Teruskan perjalanan
Bertambah banyak salji walaupun di bulan March
Berhenti untuk makan tengah hari di sebuah hotel, dalam perjalanan.
Sempat bergambar lagi walaupun sejuk menggigil!