Assalam semua
Alhamdulillah hari ini adalah hari Isnin, semoga kita semua bersedia untuk bekerja dengan penuh amanah. Janganlah bila Isnin tiba sahaja, kita mula dengan mengambil cuti emergency. Monday blues adalah satu sifat buruk yang kerap ada pada manusia. Janganlah begitu okey.
Sebenarnya dalam hidup ini kita kena amalkan perbuatan yang baik-baik, termasuk keikhlasan dalam bekerja kerana kalau kita tak ikhlas dengan bekerja sambil lewa sahaja, maknanya kita tak amanah dan bila kita tak amanah, kita dibayar gaji... apa makna gaji itu? Maknanya apa yang kita dapat itu dah jadi kurang bersih, betul tak? Kalau kita makan rezeki yang tak bersih, macam mana ya?
Biarlah kita jadi manusia yang jujur dan juga manusia yang sabar. Allah sangat sayang pada mereka yang sabar. Sabar dalam semua keadaan termasuk ketika mencari rezeki. Tak rugi kalau kita belajar untuk bersabar.
Saya sekadar mengingatkan diri saya juga kerana kadang-kadang kita memang lemah dalam hal untuk bersabar ini. Kita tak boleh bersabar bila mood kita tak baik. Tapi bila kita memahami keadaan, mungkin kita mampu untuk praktiskan kesabaran. Setiap apa yang terjadi itu pasti ada sebabnya, setiap ujian yang datang pasti juga ada hikmahnya. Kita hanya perlu mengguna taktik untuk mengawal kesabaran kita. Kalau hilang sabar pun, biar jangan lama-lama. Cepat-cepat kita kawal keadaan dan beristighfar semoga Allah berikan kita kekuatan. Yang penting kita jangan putus berdoa pada Ilahi. Allah suka bila hamba-Nya rajin mendoa pada-Nya. Maknanya kita akui akan kelemahan kita dan Kebesaran-Nya.
Semalam, saya dan keluarga relaks-relaks di rumah sambil menanti anak saya pulang dari Cambodia. Hari sebelum itu, saya dan kakak saya kami membuat acar buah mengikut resepi arwah ibu saya. Biasanya ibu saya yang membuat dan edarkan pada ahli keluarga. Tanpa ibu saya, kami adik beradik kenalah berusaha untuk teruskan warisan arwah ibu saya. Alhamdulillah kami berjaya untuk melakukannya. Seperti yang dirancangkan, kami juga berjaya buat kuih keria@kuih gelang bersira gula melaka. Memang hebat. Saya letakkan gambar untuk kita share.
Wassalam.
Kuih keria bersalut gula melaka
Acar buah warisan arwah umi kami



