Assalam
Tentulah semua orang bercita-cita tak mahu jadi jahat termasuklah orang yang dilabel jahat, mungkin sekarang ini berada di penjara. Si pembunuh pun kalau boleh, dia juga tak mahu jadi jahat. Hehe... siapa pun sama sahaja. Tak mahu jadi jahat!
Dalam pada itu, ramai yang tak sedar yang mereka dah jadi jahat. Bukan susah pun nak jadi jahat. Malah nak jadi baik pun tak susah, semuanya terpulang pada hati kita. Baik atau jahat sebenarnya terletak pada hati kita. Dalam hati tak ada siapa yang tahu kecuali Allah swt. Kalau kita punyai niat tak baik sekalipun kita fikir yang niat kita itu konon-kononnya baik, maka tak baiklah jadinya. Sebenarnya rata-rata kita memang tahu bahawa sesuatu perbuatan itu memang tak baik, tetapi kita akan cari alasan untuk baikkan benda yang tak baik! Hah... faham? Atau pun buat-buat tak faham?
Okeylah mungkin elok kalau saya berikan contoh. Misalnya A memang tak cukup duit. Gaji A sebanyak RM3 K sebulan, tetapi perbelanjaan A melebihi RM3 K. Belum sempat hujung bulan, A dah melopong. Mulalah A pinjam sana sini. Niat di hati mahu pinjam sementara sahaja sehingga dapat gaji. Tapi bila sampai hujung bulan dan dah pun dapat gaji, A terkial-kial untuk bayar hutang. Mulalah A berikan alasan itu dan ini, konon-konon anak sakitlah, ada hutang lain yang kena bayarlah... macam-macam alasan yang datang dicipta untuk coverline. Mungkin pada asalnya A bukanlah berniat untuk jadi tak baik, tetapi akhirnya A jadi juga tak baik. Tahu-tahu si tukang pinjamkan duit jadi terkilan dan sakit hati kerana terbelit dengan tipu-helah si A tadi. Hah nampak tak macam mana kita boleh jadi tak baik? Tak baik tu maknanya jahatlah... sama sahaja, cuma kurang kasar. Padahal kalau A rancang baik-baik, gaji A pasti mencukupi. Kenalah belajar hidup seadanya, tak boleh berlagak lebih!
Masih tak faham lagi?
Okeylah saya bagi lagi satu contoh. C dan D adalah kawan sepejabat. C ni macam baiklah perangainya. Maklumlah C ada pelajaran tinggi. D pula konon-kononnya orang berilmu agama walaupun tidaklah bijak macam si C. Tapi D juga suka berlagak macho konon-konon dia lelaki hebat dan mahu C mencontohinya. Lalu D mengajak C berkenal-kenal dengan rakan-rakannya. Masalahnya C dan D adalah lelaki yang dah berkahwin dan rakan-rakan yang dikenalkan itu adalah perempuan. Bila asyik jumpa dan tersua, pasti yang baik juga boleh berubah. Masa tu si C cuba cari alasan untuk memutihkan apa yang hitam. Konon-konon pertemuannya dengan perempuan-perempuan tadi adalah untuk niat yang baik. Akhirnya si C yang bijak dan baik itu mula berubah jadi tak baik kerana tercebak dengan maksiat! Rajin keluar masuk hotel bajet untuk puaskan nafsunya. Malah, si D pula yang juga terlibat, buat-buat macam tak tahu, konon-konon mereka lakukan itu untuk kebaikan kaum Adam.
Hah... dah nampak?
Semua orang tak mahu jadi jahat, tapi sangat mudah untuk berubah. Nak tahu kenapa? Kerana itulah janji syaitan dan iblis pada Allah swt, mereka akan belitkan manusia di dunia ini kecuali segelintir sahaja!
Kalau iman kita rapuh memang mudah untuk kita tercebak jadi manusia jahat. Tak guna bagi sebarang alasan kerana kita sebenarnya sudah masuk perangkap syaitan. Mereka sedang gelak terbahak-bahak. Kita pula sedang berasa malu kerana bukan mudah untuk hilangkan segala amalan jahat yang ada dalam tindak-tanduk kita seharian.
Fikir-fikirkanlah... adakah kita mahu dilabelkan sebagai insan yang tak berakal? Atau suka ke kalau orang kata kita tak ada hati perut? Tak sedih ke? Atau kita sebenarnya memang tak berperasaan asalkan apa yang kita mahu kita dapat!
Semoga Allah lindungi kita daripada segala kejahatan yang datangnya daripada syaitan. Semoga kita sempat bertaubat, hapuskan dosa-dosa kita. Aamiin.
Wassalam.
Mencari ketenangan jiwa
