Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 02, 2012

Ooops Malu You!

Salam semua

Sungguh ni, saya dah keletihan. Sepatutnya saya relaks-relaks kat rumah, tapi tak apalah yong... saya pergi ke pesta jugak.

Semalam, di booth Karnadya, Ahadiat Akasha (penulis hebat you) datang melepak dengan kami (saya dan Mimie Afinie), seronok pulak kami bergambar-gambar dengan dia. Amboi you... seronok bukan main kami! Sempat pulak Ahadiat mengajar Cik Mimie kita macam mana nak tulis skrip. Saya dah banyak kali suruh Mimie cuba, tapi dia kata tak reti. Ni... amboi Mimie... dah tahu dah dia.

Semalam, Pesta Buku memang kesibukan. Ramai sungguh yang datang. Budak sekolah pun ada. Dah berapa tahun dah, budak-budak sekolah agama memang rajin datang beli buku. Agaknya duk kat hostel kadang-kadang menjemukan kot. Apa pun... thanks to all.

Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada 'hard core' kami yang tak pernah miss dan jemu untuk datang berjumpa kami setiap tahun. Semoga kita di panjangkan umur, diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Nanti, bolehlah kita berjumpa lagi. You all semua (bahasa apa ni ek?) tak usah malu lah ya. Kami ni bukan selebriti... hanya sekadar penulis biasa-biasa sahaja. Kalau datang ke booth kami, tak usahlah segan-segan. Tak usah malu-malu. Memang saya tahu ada yang nak jumpa kami tapi... ooops malu you!

Okeylah, nanti saya letak lagi gambar kat blog ni. Malam tadi tak sempat nak masukkan kat komputer saya ni. Okey... bye2, sayonara... Chioau! jumpa lagi sayang... intan payung... huhu.

Wassalam.

   Mimie, saya, Fauziah Ashari dan pembaca
                            KLCC
      Mimie, saya dan pembaca