Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, June 04, 2012

Pakej Kehidupanku

     Saya dan teman-teman - happy shocking pink!

Salam

Musim cuti sekolah ni, agaknya ramai juga yang bercuti, kan? Eloklah tu, kalau ada cuti memang bagus berehat-rehat dengan keluarga. Inilah masanya kita nak rapatkan kasih sayang dengan anak-anak dan adik-adik. Kalau sibuk bekerja memang tak ada masa untuk itu semua. Kita kena ingat, hidup ini bukan sekadar untuk cari material sahaja, hidup juga adalah untuk memenuhkan keperluan rohani kita. Insya-Allah, kita cubalah 'balance' kan agar kita tidak hidup dalam kerugian.

Kita cuba gunakan aset yang kita ada sebaik mungkin. Hari ini saya nak bercerita tentang kaki saya. Kaki kanan saya ada problem sikit kerana selama ini saya gunakan kaki kanan untuk tampung segala pressure, tapi sekarang ini, saya cuba alihkan pressure kepada kaki kiri pula, agar kaki kanan saya jadi kuat semula. Inilah yang saya katakan kita kena pandai 'balance' kan segala aset yang kita ada, agar hidup kita jadi lagi mudah diuruskan. Insya-Allah.

Suatu ketika dahulu (saya pernah cerita dalam blog ini), semasa saya awal remaja, perasaan rendah diri pada saya amat tinggi, hinggakan saya sering kali menjauhkan diri saya daripada orang ramai. Kalau tetamu datang ke rumah, saya tak akan keluar. Kalau keluar pun hanya buat seketika sahaja. Saya banyak habiskan masa membaca buku dan duduk di bahagian atas rumah. Saya tak ambil kisah tentang orang lain, saya banyak buat hal saya sahaja. Saya berperasaan begitu kerana saya beranggapan bahawa saya mempunyai kekurangan bila dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Dari segi wajah saya, warna kulit saya, susuk tubuh saya... saya rasa sangat kekurangan. Namun perlahan-lahan, saya belajar untuk terima diri saya seadanya. Perlahan-lahan juga saya belajar untuk bersyukur dengan apa sahaja yang saya ada.

Alhamdulillah, sudah lama saya tinggalkan perasaan rendah diri itu. Sekarang ini saya tidak pernah tidak bersyukur kerana saya percaya apa sahaja yang Tuhan berikan pada saya adalah yang terbaik. Mungkin pada pandangan orang lain saya tidak kaya, tidak hebat, tidak berpangkat, tidak ada kuasa... mungkin banyak kekurangannya. Namun, saya tetap senang dengan apa adanya. Yang tidak hebat, tidak berpangkat, tidak kaya itu, amat menyenangkan hati saya. Saya bersyukur di atas nikmat yang Tuhan berikan ini. Zat menulis banyak membuatkan saya rasa bahagia. Anak-anak dan cucu-cucu menggembirakan hati saya. Suami yang ambil berat dan sentiasa berada di sisi saya dan keluarga amat menyenangkan jiwa saya. Ibu, kakak, abang, adik-adik, semua anak saudara juga turut buat saya rasa 'penuh'. Syukur alhamdulillah, saya tidak rasa akan kekurangannya.

Apa yang saya alami dan lalui mungkin tidak sama dengan orang lain, namun saya percaya bahawa pakej yang Allah SWT berikan ini adalah yang terbaik buat kehidupan saya.

Saya sentiasa berdoa agar Tuhan izinkan saya untuk terus menulis, berikan saya semangat dan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan, ringankan segala rasa sakit, tunjukkan saya jalan yang lurus untuk ke pintu syurga. Amin.

Wassalam.