Assalam
Dah seminggu kot cuaca di Malaysia agak dingin. Pernah ketika kami di kawasan Lenggeng, cuaca hanya sekitar 21 darjah Celsius dan pada malamnya hingga ke 18 darjah Celsius. Sejuk tu. Kami di sana terpaksa pakai 'sweater' atau baju sejuk. Bukan selalu nak merasa macam tu, kan? Alhamdulillah dapatlah orang Malaysia rasa cuaca yang seperti musim Summer atau Spring ni. Tapi katanya, banyak hasil sayur rosak sebab selalu hujan. Maknanya harga sayur akan naik pula. Tak cukup dengan harga ikan yang melambung, dah sayur pun naik juga. Nasihat saya ialah pakatlah ramai-ramai tanam sayur sendiri.Sedikit itu dan sedikit ini, jadi tak payah beli. Kalau tak ada tanah pun boleh, buatlah secara vertical pulak, maknanya naik ke atas. Nanti saya tunjuk di bawah ni.
Memang adat dunia begitu, ada sahaja turun naik nya dan ada sahaja perubahannya. Kita sebagai manusia, sepatutnya belajar untuk bersyukur. bayangkan mereka yang sedang hidup dalam dunia yang berperang atau negara miskin yang serba tak ada. Bagaimana? Memang kita tak dapat bayangkan macam mana nak makan, macam mana nak tidur, kan? Dan jangan ingat kat Malaysia ni tak ada orang yang hidup serba tak ada. Ramai yang tak mampu buat apa-apa. Bila sejuk, nak berselimut pun tak ada selimutnya. Memang sedih. Mujurlah Allah tak turunkan suhu kesejukan hingga 4 atau 5 darjah Celcius. Memang ramai yang akan terjejas teruk, seperti di Bangladesh. Bila cuaca menurun hingga ke 7 darjah Celcius, ramai yang sakit dan mati akibat tak tahan dengan kesejukan yang melanda mereka.
Apa-apa pun, bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersemangat tinggilah untuk teruskan perjuangan kita agar hidup kita lebih cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin.
Contoh tanam sayur secara vertical.