Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, April 08, 2011

Lelaki Yang Macam Mana Best?

Buat Cuci Mata Saja

Salam

Saya rasa saya pernah bincangkan soalan seperti ini di entri-entri saya sebelum ini. Tapi, tak ingat entri yang mana. Yang pasti, soalan ini sangat penting buat mereka yang sedang mencari.

Ada orang kata, lelaki yang romantiklah yang best. Tapi... perkataan romantik itu sebenarnya sangat 'blur'. Bukan hitam putih biasa-biasa. Nak kata kelabu pun tak sure sangat. Mungkin terpulang pada cita rasa masing-masing. Tapi kalau saya katakan bahawa hampir semua wanita inginkan lelaki yang pandai melayan, tentu anda (perempuanlah) bersetuju, kan?

Penting ke, lelaki itu handsome ke tidak? Ada kawan saya pernah kata bahawa dia tak pernah pandang pada rupa. Asal sahaja lelaki itu baik hati. Kata dia lagi, kalau pun handsome , nak buat apa? Bukan boleh kenyang dengan melihat wajahnya sahaja. Hehehe... kelakarlah pulak.

Tapi... kenapa kita suka tengok pada yang handsome, walaupun kita tahu kita tak akan dapat punya...

huhu... saja nak cuci mata kot. Lagipun... boleh percaya sangat ke pada yang handsome ni?

Ada seorang teman tu pula kata, dia kalau boleh nak cari yang 'alim-alim' macam ustaz. Biar tak kacak mana pun tak apa, asalkan imannya kuat.

Huhu... yang ini pun saya rasa agak mengelirukan. Dah banyak kali juga saya mendengar cerita dan juga terjumpa, lelaki yang kelihatan 'warak', tetapi dia juga mempunyai karakter 'playboy'. Pantang tengok wanita yang berdahi licin. Iyalah... kata dia, mana ada salah. Kan ada kuota empat orang? hehe... Kalau sanggup dimadu, okey saja...

Dari dulu sampai sekarang, saya masih berpegang teguh pada lelaki yang jenis 'sedang-sedang'. Sedang pada paras rupanya. Sedang pada personalitinya. Sedang-sedang pada kesenangannya. Biar dia juga ambil berat dalam hal agama. Yang penting... "Dia sayang aku". Kalau dia tak sayang... susahlah. Huhu.

Apa pun... semuanya sangat subjektif. Mata dan hati kita semuanya berbeza, tak pernah sama. Kerana itu juga ada macam-macam manusia di dunia ini. Tuhan Maha Besar... dan kita disediakan berpasangan.

Carilah... pasti kita akan berjumpa dengan yang paling sesuai dengan diri kita. Insya-Allah.