Assalam
Semalam memang tak sempat nak update blog. Sebabnya pagi-pagi lagi saya diberitahu yang menantu saya dah pun bersalin secara pembedahan. Maka bertambahlah seorang lagi cucu kami Kali ini, Faiz anak sulung kami, dapat perempuan pula. Alhamdulillah. Ali dah ada adik dan nama adiknya ialah Sharifah Nabeehah. Simple sahaja.
Selesai Subuh, saya dah suami terus bersiap dan terus ke Bangi untuk melihat menantu dan cucu baru kami. selepas itu, kami terus ke KL sebab saya ada mesyuarat dengan sebuah stesen TV tentang proposal drama berepisod baru adaptasi dari novel saya. Kali ini novel yang lain pula. Saya akan maklumlah 'detail' nya sebaik sahaja kami dapat 'hitam putih' dari stesen TV itu, in syaa Allah. Dari feedback semalam, kelihatan sangat positif, tetapi saya tak mahu 'over confident'.
Selepas itu, suami saya ke ofisnya. Saya tunggu dan lepak. Lepas tu kami lepak di IKEA pula. Apa yang dicari tak dapat, lain pula yang saya beli... huhu...
Lewat petang, kami ke hospital semula untuk sekali lagi melihat menantu dan baby baru. Anak-anak yang lain juga turut hadir sekali termasuklah besan kami. Memang riuh rendah. Sempat pula saya berjumpa doktor di hospital swasta itu untuk dapatkan rawatan kaki saya yang terlanggar anak tangga. Hehe... Kami makan malam bersama-sama di sebuah restoran berdekatan.
Hari ini, saya akan ke hospital sekali lagi tengah hari nanti. Wal hasil, memang kesibukanlah kami sekeluarga.
Okeylah semua, in syaa Allah kita akan berjumpa lagi. Apa yang saya boleh kata ialah syukur ke hadrat Ilahi di atas apa jua yang Allah berikan. Semoga kita selamat dunia akhirat, aamiin.
Wassalam.
PS. Belum ada gambar baby dalam fail saya. Maaf