Oh ya... memang banyak sekali cerita pesta buku ni. Saya baru saja habis berborak dengan member yang sedang sibuk bekerja. Salah satu perkara yang menarik buat saya ialah dengan kunjungan kumpulan-kumpulan tertentu. Sebelum ini memang dah ada, tetapi tahun ini bertambah lagi.
Tahun ini bertambah ramai lagi pembaca saya yang bukan Melayu yang datang berjumpa dan membeli buku baru saya.Kata mereka, mereka memang minat dengan novel-novel saya. Ada berketurunan Cina dan ada juga India dan jumlahnya memang jauh lebih ramai daripada dulu.
Begitu juga dengan kumpulan etnik yang lain, terutama sekali yang datang dari Sabah dan Sarawak. Saya juga rasa bertuah kerana ada pembaca saya yang datangnya dari Jakarta dan Bandung. Dari negara seberang, sih! Memang tak sangka sungguh. Salah seorang daripada mereka telah bertemu saya pada tahun lepas dan membeli 'AURA CINTA'. Kali ini dia datang dan memborong semua novel saya dan Mimie Afinie. Memang menyeronokkan!
Selain daripada itu, kali ini juga, peminat saya yang memakai purdah, bertambah-tambah ramai yang datang berjumpa dengan saya. Saya sangat seronok kerana mereka dapat menghayati novel saya dan tidak terasa yang novel saya tidak Islami! Syukur Alhamdulillah.
Saya berterima kasih kepada semua.
Hari ini saya cuba untuk letakkan gambar di Yemen lagi di blog saya ini, atas permintaan pembaca-pembaca saya yang sudah membaca 'MATAHARIKU'.