Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, January 03, 2014

Kalau Kena Ugut...

Assalam

Hari ini hari Jumaat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT di dunia dan akhirat. Semalam, bagi saya hari sangatlah panas... terpaksa duduk dalam aircond lama-lama. Biasanya saya tak suka aircond, tapi kalau dah tak tahan kepanasan, terpaksalah buka juga. Harap-harap hari ini tak teruk sangat, insyaaAllah.

Okeylah, ada member bercerita pada saya. Katanya, ada orang ugut dia, konon-konon nak malukan dia kalau dia tak lakukan seperti apa yang orang itu (si tukang ugut) mahukan. Jadi, saya pun bertanyalah balik. "You nak buat macam mana ni?"

"Kalau dia buat apa-apa sengaja untuk mengecohkan keadaan, I akan repot polis. Kalau benda tu agak menjadi-jadi, I akan bawa dia ke mahkamah selepas buat polis report. I tak mahu dia ingat macam I takut sangat dengan dia."

Saya sekadar tersenyum sahaja. Mungkin memang begitu kot kalau ada yang tak puas hati atau sakit hati, mereka akan mengugut kita, konon-konon nak malukan kita. Tapi, iyalah seperti apa yang member saya katakan, kalau benda itu tak ada asas, tak ada bukti yang kukuh untuk mempertahankan kemahuannya, memang elok kalau kita buat laporan polis. Mungkin elok jugak kalau kita bagi tahu mak ayah dia, ahli keluarganya tentang kelakuan buruknya itu. Jangan biar dia ingat dia boleh buat apa sahaja hinggakan mahu mengugut orang lain. Memang saya juga setuju, kalau kita rasakan bahawa perkara ini boleh mengaibkan kita atau merosakkan maruah kita, sangat elok kalau kita seretnya ke mahkamah.

Dalam hidup kita, janganlah kita biarkan orang lain ambil kesempatan untuk menakut-nakutkan kita. Dia boleh menakutkan kita kerana dia ingat kita takut. Tapi kalau dia tahu yang kita sebenarnya tak takut, mungkin dia juga akan berfikir panjang sebelum mengambil tindakan untuk lakukan sesuatu yang akhirnya nanti akan menyusahkan hidupnya. Malah, mungkin akan menjejaskan kerjayanya. Bayangkanlah kalau rakan-rakan dan majikan di tempat kerjanya tahu akan kelakuan buruknya itu, pasti dia akan berasa malu. Bertambah malu kalau ahli keluarga juga turut tahu. Bukan hanya ibu bapa dan adik-beradik, mungkin juga anak-anak. Adoiii...

Dalam Islam, kalau ada orang yang sengaja mahu menganiayai kita, kita juga mempunyai hak untuk pastikan bahawa diri kita terlindung. Jangan biarkan orang lain lakukan sesuka hatinya. Lagipun... apa sekalipun yang kita lakukan, kita kena ingat bahawa Allah SWT melihat perbuatan kita itu.

Wassalam.

                             Sekadar hiasan