Sekadar hiasan- tiada kena-mengena dengan entri ini.
Assalam.
Ini bukan judul novel baru saya. Oh ya, patutnya novel saya yang baru dah pun siap, tapi tak habis-habis menyemaknya. Bila nak buat kerja aje, ada sahaja kerja lain yang saya kena buat. Last-last, tak bergerak juga. Tapi tak apa... in syaa Allah, Tuhan anugerahkan tenaga dan idea untuk saya selesaikannya.
Apa pun, yang dia atas ini merupakan kisah benar yang terjadi pada seseorang. Dia masih muda lagi, masih dalam hujung dua puluhan dan dia juga seorang lelaki. Pada usia yang awal (sangat awal), dia sudah pun menikah dengan seorang wanita muda pilihan keluarga. Kerana masih muda, dia pun main ikut sahaja. Tetapi bila dah matang sedikit, dia tahu yang hatinya tidak ada pada isteri yang dikahwini itu, tetapi masih melekat pada seorang wanita yang pernah ditemui dulu. Maka, setelah kahwin buat beberapa tahun, si lelaki tadi berkahwin dengan 'awek' lamanya. Mengikut kisah, sang isteri yang merayu agar 'awek lama suami' menerima sahaja suaminya kerana katanya, "Saya tak sanggup tengok dia merana". Adoi... rupa-rupanya, isterinya itu juga pernah jatuh cinta dengan orang lain (buat seketika) dan faham apa yang ada di hati suaminya.
Macam drama TV, tetapi ia adalah realiti. Kalau ilmu agama kita tak kuat, mungkin kita payah nak kawal perasaan yang melibatkan hati dan jiwa. Sebagai ibu bapa juga, eloknya jangan memaksa anak-anak untuk berkahwin dengan orang yang mereka tak berapa suka. Kisah seperti ini pernah terjadi pada kaum kerabat saya sendiri. Mula-mula kami ingatkan sang isteri (kerabat kami) yang suka nak buat hal, rupa-rupanya sang suami masih ingat pada 'makwe lama' dan kerana itu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan.
Okeylah... saja saya bercerita, teringat pada kisah-kisah yang terjadi di sekeliling kita.
Wassalam.
