Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, May 13, 2014

Kerana Ibunya, Dia Tiada Lagi

Assalam

Hari ini, pagi-pagi lagi kami sudah ke taman kami, mengemas pokok-pokok bunga dan tanaman yang lain. Satu aktiviti yang sihat sangat-sangat. Saya dan suami, kami memang suka berkebun dan sepanjang perkahwinan kami, suami saya sentiasa tunaikan permintaan saya untuk adakan sebuah taman yang kemas dan indah (bagi mata sayalah). Alhamdulillah.

Sekejap lagi, saya akan ke Batang Benar, Negeri Sembilan untuk bersama-sama rakan sekolah saya ketika di Kuala Kangsar. Mardiah adalah batch kakak saya, tetapi sejak kecil lagi kami sudah biasa. Malah, saya biasa dengan semua kawan-kawan kakak saya dan juga kawan-kawan adik saya. Jadi, bila mereka buat gathering, saya dijemput sekali. Alhamdulillah. Kebetulan, rumah Mardiah macam dalam American Ranch, memang seronok di kawasan rumahnya itu.

Okeylah, sebelum keluar, saya nak bercerita tentang satu kisah benar yang terjadi baru-baru ini, mungkin lebih kurang sebulan yang lepas. D merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Ketika berpisah dengan suaminya dulu, sekitar lima tahun yang lalu, salah seorang anaknya Y sangat-sangat terkesan. Dia kemurungan. Namun kemurungannya itu beransur pulih. Tiba-tiba tanpa disedari Y, ibunya D berkahwin lagi, tetapi secara berahsia kerana D berkahwin dengan suami orang. Y tidak tahu hinggalah suatu hari bila madu D datang menyerang D di tempat kerjanya. Rupa-rupanya madu D juga tidak tahu yang suaminya sudah buat hal dengan wanita lain. Bila tahu, dia mengamuk sakan kerana rasa tertipu. Suami D tidak dapat berbuat apa-apa tetapi untuk menceraikan D kerana katanya dia tidak tergamak untuk jadikan isteri pertamanya ibu tunggal hanya kerana mahu berkahwin dengan D.

Malangnya bila Y tahu (kini Y sudah menjadi anak bujang sekitar 18 tahun) dia mula jadi 'meroyan'. Dia mengamuk sakan dengan ibunya apatah lagi perbuatan ibunya sangat memalukannya. Mengikut kisahnya, D menikah dengan suaminya di negara seberang dan bercerai pun di sana juga. Tak sempat untuk didaftarkan di negara ini.

Y tidak mampu berdepan dengan stres dan dugaan. Semakin hari semakin dia kemurungan dan akhirnya, Y menelan ubat tidur banyak-banyak dan terus tidur tanpa bangun lagi. D terkejut bila melihat anaknya Y mati begitu kerana ketika itu, segala apa yang mahu dilakukannya, sudah tidak ada makna lagi. Kerana Y sudah pun pergi dengan penuh tragedi.

Kerana D, anaknya Y membunuh diri dan D sekarang ini sedang berada dalam keadaan yang trauma. Nauzubillah min zalik.

Semoga kita banyak bersabar dan lakukan perkara yang baik-baik buat diri dan keluarga kita. Amiin.

Wassalam.