Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 06, 2011

Curiga dan Terlalu Sensitif

Trio - Ali, Yusufia dan Firas

Salam

Pagi ini, saya masih ada mood untuk berbincang dengan anda semua. Kali ini, saya ingin menyentuh tentang beberapa sifat personaliti yang ada pada kita. Salah satu ialah sifat 'curiga'.

Kadang-kadang, memang elok juga kita sentiasa berjaga-jaga dan jangan mudah percaya pada orang lain. Tetapi, biarlah sifat itu tidak melampau, hinggakan ia mampu untuk makan diri kita sendiri. Bila kita berdepan dengan orang yang kita tak kenal atau tak berapa kenal, elok kita bersifat 'curiga' padanya. Kalau tidak, mungkin kita akan tertipu. Memang bukan perkara mudah untuk mempercayai orang lain, terutama mereka yang kita tak kenal atau kurang kenal. Kita tak tahu dengan siapa kita sedang berurusan.

Namun, dalam beberapa hal, kita tak bolehlah terlampau curiga dan terlalu suka berburuk sangka. Kadang-kadang kerana sifat kita yang terlalu percaya dengan cakap orang lain, kita akan tanamkan sifat curiga itu. Akhirnya nanti, kita yang rugi. Mungkin kerana sifat kita itu, kita tak berdaya untuk berurusan dengan orang lain dan kerana sifat kita itu juga, orang lain juga tak mahu berurusan dengan kita.

Elakkan bersikap terlalu 'suspicious'(curiga) pada orang lain.

Satu lagi sifat yang boleh melemahkan personaliti kita ialah 'too sensitive'. Sifat yang terlalu sensitif, boleh menjauhkan kita daripada orang lain. Orang yang mempunyai sifat ini, memang payah berhubungan dengan orang lain kerana dia mudah tersinggung dah mudah terasa. Kadang-kadang, apa yang dia fikirkan atau rasai itu sebenarnya mungkin tidak wujud, sekadar perasaannya sahaja. Kadang-kadang juga, dia mempunyai sifat yang suka mempercayai kata-kata orang lain yang sengaja mengambil peluang terhadap dirinya itu.

Sifat yang terlalu sensitif ini akan menjarakkan kita dengan orang lain. Bukan sekadar hal peribadi, tetapi mungkin juga hal-hal yang berkaitan dengan kerja dan profesyen kita.

Ingin saya mengingatkan diri saya ini, bahawa sifat 'terlalu sensitif' ini selalu ada pada orang yang bergelar 'penulis' dan juga orang-orang kreatif yang lain. Orang-orang seperti ini, biasanya sukar ditegur, sukar dikritik, suka terasa dengan cepat dan suka menjauhkan diri daripada orang lain.

Jadi, eloklah kalau kita berjaga-jaga dan jangan amalkan bersikap terlalu sensitif hinggakan kita tidak mampu berurusan dengan orang lain dalam apa jua hal di dunia ini.

Wallahua'lam.

PS: Di atas ini ialah gambar tiga orang hero dan heroin di rumah kami. Ali, Yusufia dan Firas. Maaflah, gambar tak terang.