Assalam
Macamlah saya dah balik ke Kuala Kangsar, sebenarnya tak pun. Tapi pada malam Sabtu (malam tadilah), sekolah saya ada gathering, jadi kami seolah-olah pulang ke Kuala Kangsar, tapi sebenarnya ada Di Kuala Lumpur sahaja. Kami bergathering di Royal Chulan di Jalan Conlay. Memang bestlah... terutama bila dapat berjumpa dengan member-member lama. Ada tu memang dah lama beno tak jumpa.
Kami juga menginap di Royal Chulan malam tadi, jadi selepas dinner, kami berbual-bual lagi sampai ke lebih 2.30 pagi. Macam-macam cerita lama yang keluar dan tak sudah-sudah kami ketawa. Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk berjumpa. Selepas Subuh, kami relaks... ada yang sebaik matahari terbit, sudah berada di kolam renang. Kebetulan, kolam renang mengadap kamar tidur kami. Tapi saya memang tak suka berenang, jadi tidaklah saya masuk ke kolam tu, walaupun panorama di kawasan itu sangat-sangat menarik.
Apa-apa pun, syukur ke hadrat Ilahi kerana membenarkan kami untuk berjumpa sekali lagi.
Wassalam.
Bersama Siew Fong dan Salmah - best friends at school
Bersama kawan-kawan sekolah
Bersama Seow Kheng and Salmah - classmates
Back to the 70s


.jpg)
