Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, November 03, 2014

Mencari Hikmah dan Hidayah

Assalam

"Kak... bukit ni tinggi, kak... nanti susah nak panjat." Kata lelaki muda yang bernama  Zizi.

Saya sekadar tersenyum, "In syaa Allah boleh ni. Saya biasa panjat bukit. Tinggi dari ni pun okey..."

"Iya ke, kak... kira akak ni kuatlah ya... rugget lagi..."

Saya terus tersenyum.

Kisah ini terjadi pada hari Sabtu ketika kami ke Lenggeng untuk urusan tanah yang sedang kami bersihkan. Saya dan suami, juga Nabil, kami ke sana untuk melihat pekerja-pekerja membersihkan tanah kami. Memang ada kawasan yang agak tinggi, tapi saya sangat teruja kerana di atas tanah kami itu ada mata air dan musim hujan ini dah jadi macam sungai dengan air yang sangat jernih. Memang cantik. Di kawasan atas bukit pula, ada pokok-pokok jering yang kami minta jangan dipotong.

"Encik... pokok yang besar ni kami dah cuba jatuhkan dengan mesin ni, tapi tak mahu tumbang, " Kata Dani pula.

Kali ini saya tersengih. "Pokok tu... biar aje dia. Hari tu masa saya tengok, saya dah kata dah pokok tu jangan dibuang. Pokok tu dah dengar, jadi dia tak mahulah tumbang."

Mereka semua ketawa. Suami saya juga bersetuju untuk biarkan pokok hutan itu di situ sahaja. Bagi saya, pokok itu memang cantik pun dan saya tak suka kalau kawasan tanah kami itu macam padang pasir pula nanti.

Alhamdulillah, dalam hidup kita ini, selain dari kesihatan yang baik dan rezeki yang bersih, kita mahu lakukan apa sahaja yang menjadi dekat dengan hati kita. Bagi saya, ini merupakan sesuatu yang saya suka sangat-sangat. Saya cintakan alam ini dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati dan jiwa saya sangat dekat dengan alam yang disediakan Allah di bumi ini. Saya suka pada tanaman, suka pada bukit bukau, suka pula pada air... tak kiralah sungai ke, laut ke atau kolam dan tasik. Bagi saya semua ini adalah nikmat Allah buat saya dan keluarga. Memang dari dulu lagi inilah yang menjadi cinta hati saya selain daripada melihat dunia luar. Anak-anak pun suka.

Suami saya memang suka pertanian kerana itu merupakan bidang pengajiannya dulu. Jadi dalam hal ini, kami memang ngam. Cuma suami saya tak berapa minat dengan kehidupan dalam hutan, tapi alhamdulillah dia sudah mula memahami akan keindahan alam yang sebegini.

Alhamdulillah juga, semalam iaitu pada hari Ahad, abang dan kakak ipar saya telah datang ke rumah kami. Lepas itu kami ke Seremban untuk makan tengah hari. Abang saya 'request' nak makan masakan Negeri Sembilan. Selepas itu, kami semua pergi ke Klana Resort untuk minum-minum kopi dan makan dessert. Memang seronoklah sebab semua anak-anak saya, menantu dan cucu join sekali. Kami memang seronok kalau dapat berhujung minggu sambil relaks ramai-ramai. Maklumlah, hari kerja kami semua sibuk.

Bagi saya, apa sahaja yang Allah berikan sebagai nikmat, saya bersyukur. Malah, bila Allah berikan ujian juga kita patut bersyukur kerana ujian itulah membawa hidayah dan hikmah. Semoga Allah lindungi kita dunia akhirat. Aamiin.

Wassalam.


                                                                   Famili saya
                                                                    Famili saya
                                                Syed Tawfik, anak Irfan diriba Faiz
                                           Irfan, Niloufar, suami saya dan abang saya
                                                            Hanifah dan Natasha
                                                                 Sharifah Yusufia

Syed Ali Fawaz


                             Gambar-gambar famili saya ketika berada di Klana Resort, Seremban semalam