Assalam. Ya sungguh, walaupun tak sehangat dulu-dulu, pesta buku masih berjalan. Inilah masanya saya berjumpa dengan pembaca yang tersayang, yang datang untuk berjumpa saya. Macam yang saya katakan, rasa macam bateri baru kena 'charge'. Okeylah kan. Seronok... rasa macam hari raya. Hari Isnin pun okey jugak, walaupun tidaklah sibuk sangat, saya masih berjumpa dengan pembaca, pengedar buku dan ramai lagi yang terlibat dalam dunia buku. Yang seronoknya, bila tak sibuk sangat, dapatlah berbual, bersembang dan berkenal-kenalan dengan pembaca yang tersayang!
Okeylah... saya nak bersiap-siap untuk ke Pesta Buku Lagi! Siapa yang masih belum datang, datanglah.
Dengan pembaca - dari Facebook
Novel yang diborong pembaca saya dari Singapura.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, April 30, 2013
Sunday, April 28, 2013
Kalau Bukan Kamu, Siapa Lagi, Dong?
Saya dan pembaca-pembaca tersayang. Cilok daripada Facebook. Thank you.
Assalam
Ya sungguh. Kalau bukan kerana pembaca yang saya sayang, tidaklah saya jadi seorang penulis. Sudah sepuluh tahun saya di dunia penulisan dan saya bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan saya walaupun dari masa ke masa ada turun naiknya. Ada ombak yang datang memukul pantai... biasalah tu. Tapi saya masih di sini dan setiap tahun, saya berasa happy berjumpa dengan pembaca saya. Bukan seorang dua, tapi semua. Bagi saya, pembaca saya adalah permata hati saya. Saya sayang kamu semua! Kalau tidak kamu, siapa lagi? Hehe...
Okeylah.... mungkin saya nak bercerita sikit tentang apa yang terjadi semalam. Adalah seorang pembaca saya yang datang kompelen. Dia dah dua kali datang jumpa saya. Hari Jumaat lagi dah sampai dari Terengganu dan setiap tahun dia akan datang jauh-jauh kerana bagi saya dia memang jenis 'hardcore' lah. Alhamdulillah. Jadi bila dia bercerita tentang sesuatu yang terjadi semalam, saya turut berasa sedih. Dia berkata pada saya, "Kak Aina tiap-tiap hari ada kat sini ke?"
Saya jawab, "In syaa Allah. Tiap-tiap tahun saya datang dan biasanya saya cuba untuk datang setiap hari, kerana inilah masa saya berjumpa dengan pembaca. Kadang-kadang, tak sihat pun saya datang jugak."
Dia pun bercerita pada saya tentang seorang penulis yang mungkin berasa 'Diva' kot. Katanya kepada saya penulis (saya namakan dia WW) tak mahu melayan pembaca yang datang untuk meminta dia tanda tangan buku. Dia kata dia penat dan kerana itu dia melihatkan muka 'menyampahnya' dan macam berat untuk melayan pembaca yang datang berpusu-pusu!
Tak tahulah saya, mungkin dia ada masalah sakit tangan kot, atau mungkin mood dia tak baik. Tapi... inilah nasihat saya, sekalipun kita rasa kita hebat setinggi gunung, kita jangan lupa, gunung pun boleh meletup dan jatuh bergolek! Sebagai penulis, kita memang ada kaitan rapat dengan pembaca. Sekalipun mungkin hari ini buku kita meletop-letop macam "JK Rowlings" esok-esok kita tak tahu lagi. Seingat saya, JK Rowlings pun tak pernah berlagak dengan pembacanya. Nauzubillah.
Saya sekadar mengingatkan diri saya dan juga penulis-penulis lain. Sehebat mana kita ini, jangan lupa Tuhan itu maha melihat perbuatan kita. Tak usahlah rasa terlalu angkuh kerana rezeki kita adalah pemberian-Nya.
Wallahuaklam.
PS. Terima kasih pada pembaca yang datang dari jauh, termasuk Singapura. Maaf kepada pembaca saya yang datang dari Labuan (Linda) dan tak sempat berjumpa. In sya Allah kita jumpa lain kali.
Wassalam.
Saturday, April 27, 2013
Seronok Jumpa Yang Datang
Assalam semua...
Walaupun booth KD agak jauh ke dalam, tetapi alhamdulillah ramai juga pembaca saya yang datang semalam. Terima kasih ya. Yang belum datang tu... sudi-sudilah datang. Pagi ini, saya akan ke wedding sekejap. Kiranya pergi sebelum masa lah ni (terpaksa, beb) dan malam karang ada lagi satu wedding. Jadi... saya akan pakai apa yang saya pakai hari ini... mestilah tak boleh glamor. Janji kita pergi. Kebetulan, anak kawan baik saya akan berkahwin.
Okeylah, tak boleh tulis panjang-panjang, tapi nak ajak yang lain-lain datang ke booth KarnaDya. Mimie Afinie ada buku baru, jadi janganlah miss ek?
Kebetulan KarnaDya baru keluarkan satu set novel grafik berkonsep baru 'Readoaktive'... sangat canggih. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti trend terkini, terutama para remaja yang suka bermain-main dengan gadjet!
Jom jumpa di PWTC!
Wassalam.
Mungkin ada sesuatu yang saya nak share di blog ini. Saya dah letak pun di Facebook saya.
https://www.facebook.com/aina.emir.9?ref=tn_tnmn

Friday, April 26, 2013
Jom Pergi Pesta Buku!
Assalam.
Hari ini, saya tak sihat. Sebenarnya dah dua hari dah. Tapi, in syaa Allah, akan saya usahakan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa yang bermula pada hari ini. Saya dah berjanji dengan pembaca-pembaca saya yang rancang untuk datang hari ini. In syaa Allah, saya harap sangat-sangat agar saya lebih segar daripada semalam. Apa pun, alhamdulillah, tahun ini masuk tahun ke sepuluh saya digelar penulis. Untuk anda yang cadang untuk datang ke booth KarnaDya, kami ada satu booth di ruang legar dan empat lagi di TR3, tapi agak ke bahagian dalam sedikit (banyak kot)... jadi jangan tak jumpa pulak!
Semoga kita akan berjumpa nanti. Wassalam.

Wednesday, April 24, 2013
Teringin Nak 'Happy'?
Assalamualaikum...
Saya percaya, ramai di antara kita ingin untuk rasa bahagia. Atau dengan mudah kita kata 'happy' lah. Siapa yang tak nak happy, kan? Selagi ada nyawa, selagi masih bernafas, kita inginkan kebahagiaan itu.
Okeylah, saya nak kongsi fakta yang saya kumpul dan percaya boleh bantu kita untuk jadi 'happy'. Tapi kita semua mesti tahu bahawa mencari kebahagiaan yang 'ultimate' ialah bila kita dekat dengan Tuhan, in syaa Allah. Apa pun, ada beberapa cara yang boleh bantu kita untuk mencapai 'kebahagiaan' yang kita inginkan. Antaranya ialah:
Buat kebaikan untuk orang lain.
Bukan susah nak buat baik pun. Macam-macam cara boleh, janji baik. Kita boleh tolong orang dalam kesusahan. Kita boleh bantu orang tua. Kita boleh bagi derma atau sedekah, walaupun sepuluh sen. Kita boleh tolong kemaskan rumah orang yang tak mampu buat macam tu. Boleh tolong orang membaca buat mereka yang tak boleh baca. Ajar orang matematiks bagi yang tak pandai sangat. Buatlah apa-apa sahaja, janji ada yang rasa senang dan happy. Orang yang menolong, akan terasa lagi 'happy'. In syaa Allah.
Sentiasa bersyukur.
Kita kena selalu bersyukur di atas semua anugerah dan nikmat Tuhan pada kita, walaupun kecil dan sedikit. Dengan bersyukur, in sya Allah kita akan berasa lega. Janganlah suka merungut. Bila kita terlalu merungut, maknanya kita tak bersyukur. Bila kita bersyukur, kita tak rasa terlalu berat sekalipun kita sedang berdepan dengan masalah.
Jangan memboros
Kita kena rajin bersedekah dan memberi pada orang lain, tetapi bukan dengan cara memboros. Memboros bermakna suka berbelanja pada benda-benda material yang keterlaluan. Misalnya membeli pakaian mahal-mahal, kasut dan tas tangan mahal-mahal, membeli perabot yang mahal-mahal. Orang yang memboros akan cepat rasa 'down'. Bila tak kena sahaja, mereka akan rasa hampa! Bersederhana itu membawa kebahgiaan buat kita. Sempoi aje!
Jadi ibu bapa
Orang yang berkahwin dan mempunyai anak-anak akan rasa 'happy' walaupun banyak masalah kerana hendak membela anak-anak bukan perkara mudah. Tetapi tanggungjawab yang dipikul itu membawa kita ke arah 'happiness'. Kanak-kanak selalu buat kita rasa seronok dan aman walaupun mungkin mereka nakal. In syaa Allah.
Mengenang Kisah silam yang seronok
Bila kita rasa 'down', kita kena selalu ingat pada kisah-kisah lama yang buat kita seronok dan suka. Pengalaman lama yang menyeronokkan ini mampu buat kita rasa 'happy' semula. Tengok gambar lama juga boleh buat kita seronok.
Mengarah kepada yang positif secara perlahan
Jangan gopoh untuk capai cita-cita. Dengan cara yang perlahan tetapi berhati-hati, kita akan rasa lebih seronok untuk mencapai cita-cita kita. Malah, kalau nak buat baik pun, jangan gopoh hingga kita jadi bosan. Dengan cara yang perlahan-lahan, kita akan berasa tenang. In syaa Allah.
Prihatin pada alam sekitar
Sayangi pokok dan tanaman. Hargai alam pemberian Tuhan. Sayangi haiwan dan tumbuhan. Semua ini dapat memberi ketenangan dan mengarah kepada rasa happy. Bunyi air juga dapat membantu. Rajin-rajinlah ke tasik, ke sungai, ke laut dan ke air terjun. Walaupun mungkin tinggal di apartmen, pastikan ada pokok hijau di rumah kita. Semua ini membantu kita untuk menghargai alam sekitar dan mendapat ketenangan jiwa.
Jaga kesihatan
Sayangi tubuh kita. Makan makanan yang baik dan sihat. Lakukan senaman. Cari udara nyaman. Segarkan jiwa kita di dalam. In syaa Allah, semua ini membantu kita untuk jadi lebih 'happy'.
Wassalam.
Monday, April 22, 2013
Sudah Sepuluh Tahun. Alhamdulillah.
In sya Allah, 26 April, 2013 (Jumaat), Pesta Buku Antarabangsa akan bermula di PWTC, selama 10 hari. Kebetulan juga, tahun ini merupakan tahun ke sepuluh saya berada di persada dunia penulisan. Karya pertama saya, 'Sesuci Cinta' telah dihasilkan pada tahun 2003. Alhamdulillah, saya sudah pun menghasilkan lebih daripda 26 buah karya, termasuk juga tiga buah skrip drama berepisod, buku kanak-kanak dan juga buku dokumentasi dan produk digital interaktif. In syaa Allah, saya akan cuba menghasilkan lebih banyak karya lagi pada masa akan datang. Sebenarnya, saya mempunyai perancangan untuk menghasilkan pelbagai produk berkaitan dengan karya seni, bukan sekadar penulisan novel sahaja. Doakan untuk saya.
Saya sertakan pelan kedudukan booth KarnaDya buat mereka yang bercadang untuk datang ke Pesta Buku yang saya maksudkan ini. In sya-Allah, saya berharap untuk berjumpa dengan anda semua. Bagi mereka yang datang berjumpa saya tiap-tiap tahun, sila maklumkan pada saya bila anda datang berjumpa dengan saya lagi. Maklumlah, kadang-kadang saya tersasul. Walaupun saya tak sempat untuk hasilkan sebuah lagi novel selepas Beautiful Asmara, saya akan buat promosi untuk drama-drama adaptasi dari novel-novel saya, di mana skripnya saya juga yang menulis. Mungkin, kita boleh bualkan tentang hal lain, termasuk perancangan saya di masa yang terdekat ini.
Datanglah beramai-ramai untuk berpesta buku!

Sunday, April 21, 2013
Gathering
Assalam
Semalam, kami adik-beradik (anak-anak ayah saya), kami berkumpul di rumah adik saya di kawasan Gombak. Adik saya buat makan-makan dan tentulah penuh rumahnya, dengan adik-beradik, suami dan isteri masing-masing, anak-anak kami dan cucu-cucu lagi. Itu pun, tak semua ada. Ada juga yang tak dapat hadir. Apa pun, yang penting, dari masa ke masa, kami cuba kukuhkan ikatan silaturrahim. Kadang-kadang, walaupun hampir semua tinggal di Lembah Klang, tidak bermakna kami selalu berjumpa. Maklumlah, masing-masing tinggal di merata-rata tempat. Di hujung sana dan sini. Sudah tu, masing-masing juga ada urusan masing-masing. In syaa Allah, tak lama lagi akan ada majlis perkahwinan anak-anak saudara saya dan in syaa Allah, kami akan berjumpa lagi nanti.
Saya ingin kongsi foto-foto kami.
gathering - abang2, anak-anak saudara
Kakak-kakak ipar dan adik2 ipar
makan-makan
Syed Ali Fawaz
Saya dan Sharifah Niloufar
Kalut2 dengan budak2
Qabila, Laila dan Firas
Sharifah Yusufia
Kalut dengan budak-budak
Generasi muda
Makan-makan
Kecoh-kecoh
Niloufar

Thursday, April 18, 2013
Bila Banyak Duit...
Assalam
Selamat pagi dan saya doakan semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amin.
Sekarang ini, memang jarang-jarang saya update blog setiap hari. Tetapi bila-bila rasa nak update, saya pasti akan muncul.
Hari ini, saja saya nak bersembang tentang apa rasa orang yang banyak sangat duitnya.
Bukan tujuan nak mengata-ngata, tapi nak berkongsi cerita.
Ada orang banyak duit, tapi orang lain tak tahu pun. Sebabnya, orang yang ada duit ni, tak bercerita pada orang lain. Senyap-senyap aje. Malah, hidup pun sangat bersederhana. Tak suka tunjuk-tunjuk kat orang. Yang macam ni, mesti Tuhan suka, walahua'lam.
Ada orang pula, duit tak adalah banyak mana, tapi kalau boleh mahu satu dunia tahu yang dia sebenarnya banyak duit. Pukul canang sana sini. Kalau duduk berjiran, mahu rumahnya kelihatan besar dan luas dari yang lain. Pagar mesti terbesar dan terhebat! Kereta biar banyak-banyak kat depan rumah. Kalau boleh nak susun kereta mewah. Lepas tu, paling best, kita tayang dekat FB atau sekarang ni dah ada instagram, lagilah cantik!
Ada orang tu memang banyak duit dan mahu semua orang tahu dia memang banyak duit. Lagaknya mesti tunjuk tanda 'duit' di mukanya. Pakai barang-barang mahal. Kalau perempuan, biar pakai barang-barang kemas satu badan. Pakai gelang hingga ke lengan, pakai rantai bersusun-susun. Pakai cincin semua jari, besar-besar gedabak!. Adoiii! Ada tu pula, tayang kereta mewah dan mahu semua orang tahu apa kereta mewah yang dia ada.
Seganlah weh!
Ada tu pulak, memang tak berduit, tapi hidup mahu sama macam orang yang berduit. Kerjanya pergi pinjam sana dan sini. Tahu-tahu hutang dah keliling pinggang. Mestilah tak mampu nak bayar pun! Kalau nak bayar, kena pinjam lagi. Lama-lama, semua orang lari dan dia jadi sunyi! Dah jadi penyakitlah pulak!
Tapi... ada seorang teman bagi tahu saya. Teman ni memang banyak duit gila. Dia tak adalah tunjuk pada orang pun. Cuma hatinya tak tenteram. Bila ditanya kenapa, katanya dia risau masa depan anak-anaknya. Katanya lagi, dia tahu anak-anak tak tahu susah. Jadi dia takut bila dia dah mati, anak-anak akan habiskan semuanya dalam sekelip mata sahaja.
Dalam Islam, memang kita digalakkan untuk hidup bersederhana. Sekalipun banyak harta dan berduit, kita tak payah risau kalau kepala otak kita tak fikir pasal duit sahaja. Kita kena banyak bersedekah, tak boleh kedekut2 dan tak boleh miss bayar zakat! In Syaa Allah, dunia dan akhirat selamat. Wallahua'lam.
Wassalam.
Tuesday, April 16, 2013
Jom Kita Datang Nilai!
Kafe Thoyyib di Nilai
Masak lomak cili api ikan - memang sodap!
Assalam
Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang merupakan masa yang berharga buat kita semua. Okey, bangun pagi ini saya melihat kekecohan yang berlaku di kota Boston, USA malam tadi (di negara kitalah)... sekejap lagi saya akan mengintai di stesen TV Al Jazeera untuk melihat insiden itu.
Sementara itu, saya nak buat promosi untuk anda yang tak berapa kenal dengan kawasan Nilai, terutamanya Negeri Sembilan. Semenjak saya berpindah ke sini, hampir enam tahun (eh dah enam tahun kot), semangat saya dah bercampur aduk dengan semangat Negeri Sembilan ni. Sebenarnya saya memang senang dan seronok tinggal di sini. Mula-mula tu agak janggal lah jugak, maklumlah kita makan benda lain, orang kat sini pulak makan 'podeih-podeih' macam nak terbakar mulut. Tapi sekarang ni, den dah biasa dah. Cuma cakap macam orang Negeri tu, belum boleh lagi. Fahamlah jugak.
Okey, promosi pertama, selain dari makan di Aunty Aini's yang pernah saya rekomen di dalam novel saya 'Pukul 3.00 Pagi', ada lagi satu tempat yang menarik sangat-sangat kalau anda nak makan masakan orang Negeri Sembilan. Tempatnya tidaklah glamor, sekadar gerai biasa sahaja, tapi... pelanggannya ramai giler! Tempatnya terletak di persimpangan menuju ke Kampung Batang Benar, tak berapa jauh dari stesen kereta api Batang Benar. Kalau nampak trafic light... di situlah dia, tak jauh dari tempat belajar memandu. Tak jauh jugak kalau hendak masuk ke highway LEKAS.
Di tempat ini, anda boleh makan pelbagai masakan lemak cili api yang dimasak fresh. Ada macam -macam ikan, termasuk masakan ikan bakar. Gulai asam pedasnya, ya Allah, beb, memang kaw habis! Ada ayam goreng dara, ada jugak masakan gulai kawah Kelantan. Kalau minum air kelapa pandan sekali, memang rasa tak nak balik rumah dah! (saja buat lawak). Tapi memang sodaplah! TERBAEK!. Di situ juga ada jual pelbagai pemanis mulut. Segala macam ada. Yang penting, harganya sangat berpatutan. Saya kata murahlah...
Lagi satu tempat terbaik kalau nak minum kopi kaw, ialah di kafe THOYYIB, yang terletak di Bandar Baru Nilai, tak jauh dari Bank Islam dan juga Hotel Alson Klana. Kopi kat kafe itu, memang sedap giler!
Okeylah... setakat ini dulu. Saya tak dapat komisyen apa pun untuk buat promosi ni, saja nak tolong orang meniagalah. Apa salah, kan? Saya suka tengok orang meniaga dan menjadi. Jom kita, datang Nilai!
Wassalam.
Sunday, April 14, 2013
Pilih Betul-Betul
Sebahagian dari lirik lagu 'Rembau Most Wanted'
Assalam semua
Saya ni bukanlah kaki dengar muzik, tapi kadang-kadang saya dengar jugak. Saya nak tahu juga perkembangan tentang semua hal di dunia ini. Tak mahulah taksub dengan satu benda dan melekat dengan itu sahaja. Baru-baru ini, saya dengar lagu baru yang berentak rap atau hip hop. Lagu nyanyian 'Waris' dan lagunya bernama 'Rembau Most Wanted'. Jangan ingat saya tak mampu dengar lagu rap, R&B, blues dan yang lain-lain. Saya boleh dengar semua. Kebetulan, saya rasa lagu slanga Negeri Sembilan yang dinyanyikan 'Waris' ni macam interestinglah pulak. Walaupun lagu itu berbahasa 'rojak', tapi macam okeylah pulak... ada lirik menarik dalam nya.
Okeylah... sebenarnya kita memang ada pilihan untuk buat apa yang kita suka. Ada orang pilih untuk dengar lagu 'Psy' penyanyi Korea berulang-ulang kali, sampai hafal. Lagu baru 'Psy' mempunyai ciri-ciri yang sama, tapi bagi saya lagu-lagunya membawa kita kepada 'mentaliti rendah', yang tak ada apa-apa makna, sekadar mengata-ngata sahaja. Tapi bayangkanlah, lagu-lagu seperti itu, mampu untuk membuat seluruh dunia terikut-ikut. Kesian, kan?
Berbalik pada kita yang hidup di negara Malaysia ini, terutamanya orang Melayu. Apakah kita berfikir tak, fikir masak-masak apa akan terjadi pada kita the next five years or ten years or fifteen years? Kali ini, siapa yang kita undi, itulah yang akan mencorakkan masa depan kita. Kadang-kadang, kita terikut-ikut dengan emosi, hinggakan kita terlupa bahawa ramai yang sedang mengatur kad dan menyusun baik-baik, agar orang Melayu akan terus terperangkap!
Undi Melayu akan berpecah tiga. Jumlah besar akan jadi ciput. Sangat mudah untuk dicampak kita ke tempat lain!
Kalau kita perhatikan betul-betul, kita sebagai orang Melayu yang mempunyai jumlah penduduk teramai, tetapi tidak mempunyai kekuatan ekonomi. Kita hidup dengan cara yang sipi-sipi, tumpang sana-sini. Sekarang ini pula, kalau tak betul gaya, kita akan terus hilang semuanya. Orang tua-tua kata, kita akan berputih mata. Semuanya kerana kita suka terikut-ikut dan kita suka beremosi. Selama ini pun, orang Melayu tak mahu bekerjasama, tak pernah mahu menyokong sesama sendiri. Orang lain melihat kelemahan kita ini dan tentunya orang sedang mengatur strategi.
Saya bukan kaki politik, tapi dalam politik, memang itu caranya. Atur strategi. Tak payah ramai orang pun tak apa, yang penting strategi mesti tepat. Bila tepat, yang lain-lain akan terjatuh dalam perangkap yang sedang diaturkan.
Jadi... kalau anda merupakan orang Melayu dan sedang fikirkan apa yang anda harus lakukan, nasihat saya ialah untuk anda ambil peluang ini berfikir secara positif untuk kebaikan anda sendiri, masa depan orang Melayu. Jangan sampai 'Melayu hilang di dunia ini'. Orang putih kata, 'Lebih baik pilih hantu yang kita dah kenal daripada hantu yang anda tak tahu. Biasanya hantu yang kita tak kenal ini, jahatnya lagi dahsyat!' Wallahuaklam.
Friday, April 12, 2013
Paling Up-To-Date
Baca buku digital
Assalam,
Kalau anda perhatikan baik-baik, hari ini, kebanyakan orang muda (termasuklah yang berusia juga), macam tak lengkap kalau bergerak tanpa gadget seperti iPad, Galaxy note dan smart phone pelbagai rupa. Malah, dirasakan seperti ketinggalan dan tidak up-to-date kalau tak guna alat-alat canggih itu. Masing-masing tak mahu dianggap sebagai tak tahu apa-apa pasal gadjet-gadjet ini.
Tapi... ramai yang dah ada gadjet canggih tapi sebenarnya tak canggih mana kalau pengisian gadjet-gadjet mereka itu sekadar dipenuhi dengan 'game', atau sekadar untuk semak Facebook! Memang tak canggih. Masih dianggap sebagai tak up-to-date kalau dibandingkan dengan masyarkat dunia Barat dan juga negara-negara Asia seperti Jepun, China dan Korea.
Alat-alat canggih ini diguna oleh mereka yang canggih untuk mengumpul informasi, termasuklah membaca bahan-bahan digital. Bertambah canggih kalau anda yang mempunyai alat canggih ini menggunanya sebaik mungkin dan antara perkara yang up-to-date semestinyalah untuk membaca. Bukan sekadar baca novel, tetapi buku-buku ilmiah, kamus dan majalah. Termasuk buku-buku interaktif. Bayangkanlah kalau gadget anda mempunyai bahan-bahan bacaan seperti itu. Barulah anda boleh dianggap canggih dan up-to-date!
Tak nak baca benda berat, baca yang ringan. Tak nak baca buku Melayu, bacalah buku Inggeris atau bahasa lain.
Tapi jangan salah faham ya... bila kita bercerita tentang bahan pembacaan digital, kita bukan bercakap tentang bahan 'PDF' yang failnya besar kedabak! Kalau baca e-book melalui 'PDF' memang masih ketinggalan! Anda kena baca digital yang jenis 'e-pub'.
Kalau anda nak tahu, trend membaca bahan-bahan digital sekarang ini sudah naik tinggi mendadak! Masing-masing sedar bahawa mereka tidak boleh ketinggalan lagi. Tambah pula yang sudah ada gadjet-gadjet canggih.
Kalau anda masih membawa novel 'fizikal' bertimbun-timbun di tangan, memang sah anda masih belum cukup canggih! Yang canggih bila anda sudah pandai membaca novel digital! Bertambah canggih kalau semua bahan membaca anda adalah dalam bentuk digital e-pub!
Saya sekadar mengingatkan anda semua untuk belajar mencari jalan untuk ke hadapan. Memang akan ada yang berkata bahawa dia hanya selesa membaca buku biasa. Tapi, anda dah cuba ke baca bahan digital ni? Kalau tak cuba, memanglah tak tahu. Bila dah cuba, barulah tahu betapa mudah dan praktikal gila!
Kalau nak cuba, jom pergi ke:
Kedai Buku e-book
Mula-mula, anda boleh cari yang percuma dan baca!
Okeylah... semoga kita berubah untuk menjadi mereka yang betul-betul 'up-to-date!
Wassalam.
Thursday, April 11, 2013
Susah Nak Buat Keputusan
Antara mamat Izue Islam dengan Johnny Depp.... ada persamaan ke?
Assalamualaikum semua
Bila anda buntu, pernah tak minta nasihat dengan orang lain? Kalau anda mempunyai ramai kawan, mungkin anda akan bertanya dengan seorang, seorang. Lepas tu, apa yang akan terjadi? Si A kata macam ni, Si B pulak kata macam tu. C kata begini, D pula tak bersetuju dan kata begitu. Akhirnya apa yang akan terjadi? Anda jadi keliru dan bertambah buntu. Betul tak?
Tapi... kalau kita duduk diam-diam pun, mungkin kita runsing atau rimas kerana asyik fikirkan hal itu. Pun begitu, kita tahu yang kita perlu lakukan sesuatu, tak boleh biarkan begitu saja. Kepala otak semakin celaru. Pening, pening dan pening.
Sebenarnya, memang kita pening sebab kita yang serabutkan kepala otak kita tu. Sepatutnya, kita tak payah runsing sangat. Kita relakslah sekejap. Kalau ada peluang, kita cari bahan untuk membaca untuk dapatkan idea. Kadang-kadang tak perlu tanya siapa-siapa pun, kerana sebenarnya juga, kita yang akan buat keputusannya. Tanya pada hati dan ikut gerak hati, tapi fikiran mesti waras. Jangan pula main syok sendiri. Bila kita nak buat keputusan, fikirkan semua yang negatif dan positifnya. Jangan pulak kita tipu diri sendiri.
Kadang-kadang, memang tak perlu bertanya dengan orang lain, kecuali kalau orang lain itu adalah ibu bapa kita. Biasanya ibu bapa akan beri nasihat yang ikhlas dan biasanya juga ibu bapa mahu yang terbaik buat anak-anak.
Kalau jawapan yang kita perlu cari itu sangat besar dan berat, elok kita buat solat sunat istikharah, biar Allah SWT memberi jalannya. Sebaik-baiknya kita buat banyak kali, bukan sekadar sekali sahaja.
Apa pun, ingatlah... apa-apa keputusan yang kita nak buat, kita juga yang kena buat. Kitalah yang bertanggungjawab di atas diri kita itu.
Wassalam.
Wednesday, April 10, 2013
Mengundi Masa Pesta Buku.
Assalam
Apa nak buat, kan... hari mengundi jatuh pada hari terakhir pesta buku iaitu pada 5 haribulan Mei 2013. Adoiii... mesti ramai juga yang terkantoi ni... maklumlah pada hari terakhir pesta buku, mesti ramai yang terpaksa balik kampung kerana mengundi di kampung. Mungkin hari Sabtu lagi dah kena balik kampung...
Nak buat macam mana, kan? Inilah yang dinamakan rezeki. Ada rezeki, adalah, kalau tak ada pun, mungkin ada di lain waktu dan dengan cara yang berlainan. Allah SWT maha kaya dan maha pemurah. Kita hanya boleh berdoa sahaja. Kebetulan juga, banyak juga majlis perkahwinan yang 'clash' dengan tarikh mengundi. Apa pun, jomlah kita mengundi. Jadilah rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya. Jangan pulak buat tak tahu dan memilih untuk tidak mengundi. Rugi tu. Sejak saya 21 tahun, saya dah mula mengundi, sampailah sekarang. Saya miss sekali sahaja (mungkin dua kali kot), sebab saya berada di luar negara ketika itu. Nak buat macam mana, kan?
Sebagai rakyat Malaysia, kitalah yang menentukan hala tuju negara kita ini. Kalau kita memilih untuk tidak mengundi, itu bermakna yang kita tak ambil peduli. Tak betul tu. Dalam pada itu, kita juga kena fikirkan baik-baik, jangan main dengar cakap orang lain. Jangan tersilap langkah. Kadang-kadang kerana dengar sangat cakap orang, kita akan terjun seperti si luncai dengan labu-labunya!
Selama ini, saya tak pernah taksub dengan mana-mana parti politik. Setiap kali mengundi, saya akan fikirkan masa depan negara dan juga anak cucu kita. Jangan terikut-ikut sangat hinggakan satu hari nanti kita berputih mata!
Okeylah, bukan niat saya untuk berpihak pada siapa-siapa, cuma pinta saya agar kita semua fikirkan yang terbaik untuk anak bangsa. In syaa Allah, sama-sama kita berdoa agar negara kita sentiasa selamat.
Wassalam.
Tuesday, April 09, 2013
Semua Tak Sama
cilok dari yahoo
Assalamualaikum,
Hari ini saya berada dalam mood 'jiwang', teringat pada lagu-lagu lama yang pernah saya suka. Di antaranya ialah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan PADI dari Indonesia yang berjudul. 'Semua Tak Sama'. Amboi, sukanya lagu Indonesia. Lagu Malaysia pun banyak yang saya suka apa. Tak apalah... jom kita dengar lagu ini.
https://www.youtube.com/watch?v=nafFyN-6mlk
Liriknya....
Dalam benakku lama tertanam
sejuta bayangan dirimu
Redup terasa cahaya hati
Mengingat apa yang telah engkau berikan
Waktu berjalan lambat mengiring
dalam titian takdir hidupku
Cukup sudah aku tertahan
dalam persimpangan masa silamku
Coba tuk melawan getir yang terus kukecap
Meresap ke dalam relung sukmaku
Coba tuk singkirkan aroma nafas tubuhmu
Mengalir mengisi laju darahku
Semua tak sama .. tak pernah sama
Apa yang kusentuh apa yang kukecup
Sehangat pelukmu .. selembut belaimu
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu
Apalah arti hidupku ini memapahku dalam ketiadaan
Segalanya luruh lemah tak bertumpu
Hanya bersandar pada dirimu
Ku tak bisa, sungguh tak bisa
mengganti dirimu dengan dirinya
Sampai kapan kau terus bertahan
Sampai kapan kau tetap tenggelam
Sampai kapan kau mesti terlepas
Buka mata dan hatimu relakan semua

Monday, April 08, 2013
Kalau Nak Jadi Penulis...
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini, ramai juga penulis-penulis muda yang menghubungi saya untuk dapatkan tip-tip menulis. Sebenarnya, kalau tengok entri-entri lama saya di blog ini, memang banyak tip-tip yang saya berkongsi dengan pembaca blog ini. Mungkin boleh search di blog saya dengan mengguna key word 'penulisan'. Pasti banyak yang keluar nanti. Jadi, kalau anda nak cuba, dipersilakan.
Sebenarnya, tidak ada satu cara yang boleh kita gunakan untuk penulisan. Ia bergantung pada individu dan stail masing-masing. Inilah dikatakan kerja kreativiti. Kalau kita ikut cara orang, mungkin tidak menonjollah identiti kita. Tiap-tiap penulis ada cara mereka tersendiri. Kalau kita rajin ikut-ikut orang, takut hilang pula identiti kita.
Saya selalu percaya bahawa seorang penulis yang mampu bertahan lama adalah penulis yang mampu menulis pelbagai perkara, bukan asyik-asyik tulis kisah yang sama. Kalau kita berpusing-pusing pada isu yang nak seakan-akan, pembaca akan malas nak membaca lagi buku kita kerana baginya, semua macam nak sama. Serupalah macam nyanyian. Kalau penyanyi asyik menyanyi lagu macam nak serupa, maka orang akan jadi bosan. Kadang-kadang, bila keluar lagu yang agak lain sikit, mula-mula tu mungkin susah nak bagi orang suka, tapi bila dah lama akan jadi segar.
Begitulah dengan tulisan. Kadang-kadang, ada benda yang kita tulis tak berapa ngam dengan pembaca tertentu, tetapi kita jangan risau sebab pembaca ni, masing-masing ada selera tersendiri. Tapi, bila mereka dah kenal sangat dengan penulisnya, mereka akan mampu menerima ceritanya walaupun tidak berapa ngam dengan selera mereka.
Sebagai penulis novel, kita juga perlu cari bahan-bahan yang sesuai untuk pembaca semua golongan. Biar yang muda baca okey, yang tua pun boleh masuk. Kalau kita hanya tulis untuk yang muda, yang 'matured' tak mahu baca buku kita. Kalau asyik tulis untuk yang golongan matang sahaja, yang muda pula takut nak baca buku kita.
Okeylah, sekadar berkongsi apa-apa ilmu yang mungkin ada, yang dapat saya 'share' dengan anda yang minat untuk jadi penulis. Lagi satu cara, ialah untuk rajin mencuba. Kalau ada pertandingan, masuklah. Kalau kita asyik tertunggu-tunggu, tahu-tahu dah hilang semua peluang yang ada.
Wassalam.
Saturday, April 06, 2013
Best Tinggal di Kampung
Cilok dari Yahoo
Assalam.
Di hujung minggu... a'ah, saya cuba relaks-relaks aje. Semalam, pergi jalan-jalan dengan kakak saya ke rumah kawannya yang terletak tidak jauh dari rumah saya (rumah dia di Batang Benar). Kami pergi ke rumah 'ranch' kawan kakak saya yang bernama Mardiah. Memang klasik bangat! Tanah dia ada empat ekar. Rumah dia... ala-ala kat US tu... siap ada kolam (bukan kolam mandi) lagi. Ada tempat kuda (tapi kuda dah tak ada), ada tempat kereta-kereta klasik (suami dia suka simpan kereta klasik). Di depan tanah dia, ada ladang buah naga (orang lain punyalah). Memang bestlah tempat dia tu. Bila petang, angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Walaupun cuaca panas, masih enak sangat.
Kebetulan, saya pergi dengan kakak saya sahaja sebab masa tu suami saya ke Jay Bee. Jadi hari ini, saya ajak suami saya pergi lagi. Sebenarnya nak suruh dia tengok... hehe. Lepas tu, kami pun ke Lenggeng, pergi tengok tanah kami yang terbiar dah lama dah. Tengok-tengok, dah ada ladang nangka madu berekar-ekar kat situ. Adoiii... bestnya. Tanah yang kami beli tu, ada macam sungai kecil kat tepi tu. Sekarang ni macam hutanlah sikit. Bila tengok tanah orang dah buat ladang, suami saya pun bersemangatlah nak buat sesuatu. Hehe... kadang-kadang memang macam tu lah kan, kena tengok apa orang lain buat, barulah kita pun datang semangatnya. Sebenarnya, suami saya dah lama sibuk. Tiap-tiap hujung minggu ada aktiviti. Itu yang tak sempat nak buat apa-apa pun.
Sebenarnya juga, saya ni memang suka tanah kampung. Saya berangan-angan, satu hari nanti nak duduk di kampung saja. Ada sebuah rumah sederhana, tapi ada pokok-pokok buah di keliling rumah. Teringat masa saya budak-budak dulu. In syaa Allah, saya berdoa agar Tuhan makbulkan doa saya. Saya selalu teringin nak duduk di tepi sungai, macam tempat-tempat orang asli yang saya selalu pergi. Masa di Lenggeng tadi, sempat saya berbual dengan orang-orang kampung kat situ. Tempat saya sekarang ni di Nilai, tak adalah jauh sangat dari Lenggeng tu.
Okeylah... esok nak pergi makan kenduri, majlis perkahwinan anak rakan kami. Jaga diri semua dan wassalam.

Friday, April 05, 2013
Ingatkah Kita Pada Mereka?
Foto Allahyarham ayahnda saya. Gambar ini saya cilok dari FB adik saya.
Assalam
Pernah tak anda rasa nak menangis sesangat? Tiba-tiba saja rasa sayu dan pilu. Rasa macam tidak dihargai mungkin, atau tak rasa penting. Kadang-kadang memang kita rasa macam tu, kan? Kita rasa macam orang lain tak kisahkan kita. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing dan kita pula berasa kosong. Kalau ada yang bertanya khabar pun, sebabkan ada hal lain. Mungkin itu merupakan perasaan yang normal kot. Sekali-sekala kita akan rasa begitu.
Kadang-kadang kita teringat pula pada mereka yang sudah tiada lagi di dunia ini. Orang yang kita sayang tetapi hanya tinggal memori sahaja.
Memang saya selalu ingatkan kawan-kawan yang sudah tiada, yang tinggalkan saya buat selama-lamanya. Ada kawan-kawan yang pernah rapat dengan kita, tetapi hari ini mereka tiada lagi untuk mendengar luahan hati kita.
Saya sentiasa ingatkan arwah kawan-kawan dalam doa seharian. Begitu juga dengan Allahyarham ayahnda saya, yang tak pernah saya lupa dalam doa selepas solat. Kalau ada lagi ayah saya, umurnya ialah 116 tahun. Arwah nenek saya... saya selalu ingat pada dia... nenek saya pandai buat kuih Melayu dan rajin bersihkan periuk belanga. Arwah ayah saudara saya yang selalu datang ke rumah saya, kini dia sudah tiada. Ibu dan ayah mertua, yang suka masakkan untuk kami. Setiap kali teringatkan mereka semua, in syaa Allah saya akan hadiahkan al-Fatihah, semoga roh mereka tenang di alam barzakh.
Adakah kita ingat pada orang tua kita, atau kita rasa terlalu sibuk hinggakan tiada ruang untuk mereka?
Memang sedih kalau kita ingat-ingatkan, kerana masyarakat hari ini, terlalu sibuk mencari bahan duniawi, kadang-kadang terlupa untuk memberi masa kepada orang tua. Kadang-kadang, anak-anak risaukan hal duit, hal anak-anak mereka, hal suami atau isteri, hal ipar duai, tapi tiada masa untuk ditumpukan pada mak dan ayah yang masih hidup, apa tah lagi mereka yang sudah tiada lagi. Bagi mereka, 'their time is over'. Wallahua'lam.
Wassalam.
Thursday, April 04, 2013
Kisah Dulu-Dulu
Gambar saya dengan cik gu sekolah
Assalam semua
Masing-masing tertanya-tanya bila hari mengundi. Sudah ada ura-ura mengatakan hari mengundi mungkin jatuh pada 27 April. Tapi tak tahu lagilah kan... harap-harap tidak, sebab Pesta Buku Antarabangsa bermula pada 26 April. Takut payah pulak.
Apa pun, jom kita sembang isu lain.
Semalam, sempat saya bersembang-sembang dengan kawan-kawan lama. Teringat kawan-kawan masa di sekolah dulu. Ada macam-macam cerita. Kisah 'boyfriend'2 lama... sampai nak tergelak lah kami bercerita. Ada tu, masa sekolah dulu, kawan-kawan tak tahu pun yang orang mereka kenal tu merupakan 'pakwe' kawan-kawan kami juga. Sekarang ini barulah terbongkar. Maklumlah, dulu-dulu, semuanya berahsia. Malu kalau orang tahu. Tak macam sekarang. Masing-masing nak tayang boyfriend mereka. Kalau boleh, biar satu dunia tahu. Siap tampal kat facebook lagi, siap panggil 'baby' lah, ayang lah dan macam-macam lagi. Kalau jadi kahwin, tak apalah, tapi kalau terputus di tengah jalan... alahai... mesti segan, kan?
Mungkin orang sekarang tak macam orang zaman saya dulu-dulu. Kami sentiasa segan. Kalau boleh, tak naklah orang tahu ada orang minat kat kita. Kalau di sekolah tu, kami cakap berbisik-bisik. Tak adalah baik sangat... tapi tak lah nakal giler! Nakal cara kamilah. Cara yang lebih sopan kot, walaupun masa zaman kami tu, kami semua tak bertudung. Siap pakaian sekolah masih pakai skirt lagi. Tapi, biasanya mak ayah tak risau sangat, sebab rata-rata, kami jauh lagi baik daripada budak-budak sekarang. Kami dulu-dulu, tak pandai macam-macam, sebab tak di expose seperti budak-budak sekarang. Zaman kami tak ada gadget-gadget yang boleh membuatkan kami serba tahu. Tapi... secara serius, kami jauh lagi 'matured' dan 'bijak' dari budak-budak zaman sekarang. Sorrylah, yang... orang kata, kami jauh lagi bijak dalam kekurangan. Mungkin suasana yang membuatkan kami begitu.
Kata salah seorang kawan lama, orang dulu-dulu jauh lagi rajin daripada budak-budak sekarang. Orang sekarang buat apa pun, mesti nak kira duit dulu. Tak adalah lagi rasa 'ikhlas' tu. Kalau nak tolong, tak mahu tolong 'free', mesti nak berbayar! Alahai...
Mungkin anda tak bersetuju, tapi cuba anda tengok di sekeliling anda semua. Betul tak apa yang saya katakan ni? Wallahua'lam.
Wassalam.
Wednesday, April 03, 2013
Bila Kita 'Skip' Nama
Assalam
Rajin tak kita hubungi rakan dan kenalan lama?
Atau kita memang tak ada masa?
Sebenarnya... masa sentiasa ada, yang tak ada ialah cara kita menguruskannya. Itulah yang kurang kot. Tapi, bila dapat hubungi kawan-kawan lama, memang seronok. Mesti ada banyak benda yang nak dibualkan. Betul tak?
Bila masa agaknya anda sekelian menghubungi kawan-kawan?
Kadang-kadang apa yang saya buat ialah dengan melihat senarai nama-nama yang ada di telefon bimbit saya. Nama mereka yang jarang saya 'contact', akan saya hubungi mereka. Kata 'Assalam' pun dah cukup dah, atau pun 'Hai'. Setidak-tidaknya dia tahu kita ingat pada dia. Tak naklah tunggu sampai ada apa-apa baru kita nak 'contact'. Tak best lah macam tu.
Sebagai manusia biasa, memang ada nama-nama dalam senarai hand phone kita tu yang kita tak minat nak hubungi. Faham-fahamlah, kan? Mungkin hal kecil aje, tapi kadang-kadang bila dah tak berkenan tu, eloklah jangan besarkan yang kecil. Biarkan sahaja. Bila dah 'cool' nanti, bolehlah hubungi lagi.
Betul tak? Masa kita tengok senarai nama orang-orang yang kita kenal tu, memang ada nama yang kita sengaja 'skip'! Malas nak contact lagi, oleh kerana sebab-sebab tertentu. Huhu... sedihnya.
Okeylah, saja aje nak luahkan perasaan pada pagi ini. Tak ada apa pun... masih ramai yang saya sayang. Semoga anda jaga diri.
Wassalam.
Tuesday, April 02, 2013
Bagi Hadiah Bukan Free!
Sekadar Contoh
Assalam semua
Anda pernah dengar tentang gangguan seksual? Biasanya dikaitkan dengan suasana di pejabat di mana terdapat lelaki dan wanita yang bekerja di tempat yang sama. Biasanya juga, yang mengganggu adalah bos-bos lelaki dan yang kena ganggu ialah staf wanita di bawah pengawasannya. Apa mat salih kata sebagai 'take advantage' atau ambil kesempatan. Bila manusia merasakan diri mempunyai kuasa, inilah jadinya, boleh buat sesuka hati!
Tapi anda jangan cepat melatah pulak. Dalam hal ini, memang sang lelaki yang berakhlak macam buaya dan 'gatal', suka mengganggu semua wanita muda, terutamanya yang cantik menarik dan tak kira status. Anak dara ke, janda ke atau isteri orang. Malangnya, dalam hal ini juga, wanita-wanita yang jadi mangsa, mudah kena perangkap. Biasanya, lelaki-lelaki sang buaya akan mengguna strategi memberi hadiah. Walaupun kecil, tapi kalau sang wanita menerimanya, maka kes gangguan seksual akan terhangus dengan sendirinya!
Tapi saya memang tak faham, kalau sebagai wanita, kita suka menerima hadiah orang, apatah lagi kalau yang memberi itu merupakan 'sang buaya'. Takkan lah tak perasan kot kenapa lelaki-lelaki ini suka nak bagi hadiah? Tapi kalau perempuan jenis materialistik, mereka akan 'take advantage' juga.
So adik-adik, berjaga-jagalah... kalau dah ambil hadiah orang, jangan ingat free-free saja... mesti ada udang di sebalik mee goreng!
Untuk makluman anda semua, yang merancang untuk bercuti ke Sri Lanka (saya pernah kata bahawa negara itu sangat best!), buat masa ini, saya nasihatkan anda untuk tangguhkan niat anda. Saya dimaklumkan bahawa buat masa ini, mereka yang bukan beragama Buddha, tidak selamat berada di negara itu kerana buat masa ini ada kumpulan ekstremis Buddha yang sedang menganiayai mereka yang beragama lain, termasuk Muslim, Kristian dan Hindu. Jadi... carilah tempat lain untuk bercuti!

Subscribe to:
Posts (Atom)