Assalam
Semoga anda mulakan minggu ini dengan semangat yang tinggi, bersyukur dengan apa sahaja yang anda ada, lakukan apa-apa jua di atas nama Tuhan kita agar kita mendapat barkat dan hidayah-Nya, Amin.
Semalam, seperti yang saya katakan, kami habiskan masa mengemas kawasan luar rumah kami dan kemudiannya kami ke Pavilion untuk meraikan Jehad. Jehad merupakan antara pelajar-pelajar Yemen yang sangat rapat dengan kami. Orangnya yang berbahasa dan berbudi tinggi, sopan dan saya berani katakan yang dia sangat baik. Jehad membawa temannya Nabil dan sebelum ini pun kami sudah mengenali Nabil. Kami bertemu di pusat beli belah Pavilion (antara tempat favourite saya) dan kami makan tengah hari yang agak lewat di Tony Romas kerana kami semua bersetuju untuk memilih restaurant Barat. Biasanya kami akan makan di restaurant Arab (ada juga restaurant lain) bila kami keluar dengan budak-budak Arab. Apa-apa pun, bersembang dengan Jehad selalu menyeronokan kerana Jehad pandai bercerita. Dia merupakan graduan bidang arkitek. Jehad juga selalu menyampaikan salam ibunya buat saya (saya tak pernah jumpa dengan ibu Jehad).
Lepas itu, kami lepak-lepak di Pavilion buat seketika sebelum pulang ke rumah untuk solat Maghrib. Alhamdulillah, semoga kita lakukan yang terbaik dunia dan akhirat. Kadang-kadang orang tanya saya, kenapa saya sangat prihatin pada pelajar-pelajar Yemen di Malaysia? Jawapannya ialah kerana rata-rata bagi saya, orang Yemen ni sangat baik budi bahasanya dan ketika saya di sana, mereka melayan saya macam 'raja'. Lagipun, pelajar-pelajar ini merupakan musafir yang datang ke negara kita untuk menuntut ilmu. Jarak Yemen dengan negara kita sangat jauh dan untuk ke kampung mereka juga tidak mudah. Setiap kali mereka datang ke negara kita, pastinya 2 atau 3 hari dihabiskan di perjalanan sahaja. Kebetulan juga, datuk nenek ibu saya berasal dari Yemen, begitu juga dengan datuk nenek suami saya.
Sebetulnya, kami juga pernah bermusafir di negara orang dan tentunya kami faham perasaan mereka. Tak rugi kalau kita buat baik pada mereka yang juga baik. Alhamdulillah.
Wassalam.
Makan-makan di Tony Romas
Nabil kami, Nabil dari Yemen dan Jehad
Yang ini ialah pilihan saya - saya suka ikan
Meraikan Jehad sambil makan-makan
Bunga orkid di pavilion yang menarik minat saya




