Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, January 06, 2010

Cinta Itu Buta?



Betul ke kata orang? Kalau kita jatuh cinta, biasanya hati turut jadi buta. Tak melihat apa yang ada di depan mata. Main suka gila-gila! Ah, kesiannya. Mungkin sebab itulah ramai yang sanggup kahwin lari. Kalau mak ayah tak suka, kahwinlah di tempat lain. Masa tu, kita tak peduli dah. Bagi mata kita, semuanya hebat belaka, sekalipun semua orang kata yang si dia tu tak sesuai untuk kita. Hati kita tetap tergila-gila. Itulah namanya, 'Cinta Itu Buta'!

Ada orang kata, kalau tak dapat persetujuan ibu bapa, kemungkinan besar perkahwinan juga tak akan kekal lama. Tetapi... banyak juga perkahwinan yang direstui ibu bapa, tak kekal juga. Habis tu, salah siapa?

Berbalik kepada 'Cintu Itu Buta'. Kalau kita dah suka seseorang itu, kenapa otak kita susah nak berjalan? kenapa kita jadi 'blur', tak boleh berfikir matang? kenapa kita tak boleh rasional? adakah kerana ketika itu, hati sudah mengawal perasaan, lalu fikiran jadi buntu dan kaku. Apa kata hati, itulah yang datang merasuk fikiran.

Bagi saya, kalau kita seorang perempuan, jangan sekali-kali kita turut saja rasa hati. Ikutlah akal fikiran sama. Pilihlah yang berpegang kepada agama, tak usah terasuk dek kerana rupa gayanya, duit atau mungkin layanannya. Kalau agamanya hebat, barulah kita ambil kira yang lain-lain. Kerana akhirnya nanti, apa sahaja yang dia ada, mungkin akan hilang jua. Begitu juga kepada lelaki. Carilah yang baik hati, bukan sekadar cantik dan seksi!