Assalam
Dah banyak hari saya tak update blog. Agak sibuklah sikit, tak sempat nak buka laptop ni. Apa-apa pun, alhamdulillah, saya masih bernafas lagi.
Beginilah kita kan, kadang-kadang apa sahaja yang kita mahukan kita dapat, kadang-kadang banyak benda yang macam payah nak dapat. Bila kita jadi orang perempuan, kadang-kadang ujian datang sangat berbeza daripada lelaki. Namun Allah SWT dah jadikan orang perempuan kadang-kadang lebih kuat daripada lelaki. Kerana itu mungkin, Allah jadikan perempuan ibu untuk melahirkan anak-anak. Bila perempuan dapat melalui sakit dan perit mengandung selama 9 bulan dan kemudian melahirkan anak-anak, insyaa Allah, Tuhan dah jadikan wanita itu lebih kuat daripada kaum Adam. Mungkin secara fizikalnya lelaki itu lagi kuat, tetapi daripada segi emosi dan perasaan, kadang-kadang kaum Hawa jauh lagi kuat daripada lelaki.
Jadi orang perempuan juga, kita kena berhati-hati. Kadang-kadang jangan terlalu ikutkan emosi dan perasaan. Mungkin kerana terlalu ikutkan rasa hati, akhirnya kita mampu untuk makan hati diri sendiri. Wallalhuaklam.
Biasanya juga, rata-rata lelaki akan merasakan bahawa diri mereka jauh lagi kuat daripada wanita, tetapi pada hakikatnya mereka boleh jadi sangat lemah. Mereka mudah tertipu dan terpedaya. Mereka juga mudah dipengaruhi dan mudah mengasihani. Memang ada lelaki yang bukan jenis begitu, mungkin ada yang hatinya keras macam kayu, tetapi rata-rata, mereka dijadikan Tuhan kuat fizikal tetapi lemah pula emosinya.
Mungkin ada yang membaca entri ini tidak bersetuju dengan pendapat saya, tetapi percayalah, inilah kehidupan kita sebenarnya.
Gambar-gambar ini kami ambil ketika berada di Melaka.
Jadi orang perempuan kadang-kadang kita tak boleh terlalu yakin dengan apa yang kita mahukan. Tak semua yang kita mahu kita akan dapat. Mungkin lelaki juga begitu. Mungkin jauh lebih baik sekiranya kita fikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk lakukan sesuatu dalam hidup yang melibatkan hati dan emosi, terutama antara lelaki dan wanita. Kadang-kadang kita tak dapat membaca apa yang terbentang di depan kita. Bila kita dijadikan Tuhan sebagai wanita, mungkin kita perlu terima hakikat bahawa ada ketika, kita tak mampu dapat apa yang orang lain ada. Kita terimalah hidup ini seadanya kerana Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik buat kita. Wallahuaklam. Mungkin pada hati kita, ini lebih baik daripada itu, tetapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Wassalam.




