Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, October 14, 2012

Orang Kaya Berbudi Bahasa

                  Bugshan Group - sekadar hiasan

Salam

Seperti yang saya katakan, malam tadi kami ada majlis perkahwinan di KL. Kebetulan pula, teman kami dari Saudi Arabia tiba dan mahu berjumpa dengan saya dan suami. Jadi, terpaksa kami pendekkan kehadiran kami di majlis perkahwinan (Chinese wedding) yang kebetulan berlangsung di Hotel Westin dan bergegas pula ke Hotel Mandarin Oriental yang terletak tidak terlalu berjarak (nasib baik). Kami bertemu dengan rombongan Sheikh Abdullah Bugshan, yang suatu ketika dahulu kami bertemu di Yemen. Mereka pergi ke negara China dan dalam perjalanan pulang, mereka singgah di Malaysia. Sheikh Bugshan singgah untuk jumpa penuntut-penuntut Hadhramaut yang belajar di Malaysia di bawah tajaannya.

Malam tadi juga, selepas makan malam (kami tak join pun makan malam sebab ada di majlis perkahwinan), sekitar jam 10.00, ada pula majlis samrah (muzik dan tarian Arab Hadrami) dan ketika itulah kami join mereka. Seperti biasa, saya merupakan 'the only lady'. Sempat saya berbual dengan Ali Sulaiman yang turut datang bersama Sheikh Abdullah Bugshan, dan Ali yang sepatutnya menjadi pengurus Resort Heyd Al Jazeel di Hadhramaut (macam novel saya Matahariku), terpaksa bekerja di Movernpick Hotel di Mekah (dekat jam besar Mekah), kerana katanya di Yemen masih tidak aman dan tak dapat jalankan resort itu buat sementara waktu.

Seronok sangat-sangat dapat berjumpa dan berbual dengan Ali (dia macam anak saya) dan begitu juga dengan dia, sangat teruja untuk berjumpa kami. Kata Ali kepada kami, dia suka berada di Mekah, kerana sentiasa berpeluang untuk solat di depan Kaabah. Syukur... dan aduhai... kami pun rasa macam nak sangat pergi ke Mekah lagi (tapi tak duduk kat Movernpicklah - mahal giler). Jam satu pagi barulah kami tinggalkan Mandarin Oriental. Masa kat hotel itu, saya terpaksa order mee goreng mamak pulak, sebab tak kenyang (kerana saya tak makan sangat masa kat majlis perkahwinan tu).

Okeylah, sebenarnya ada sesuatu yang Ali Sulaiman maklumkan kepada kami yang merupakan sesuatu yang mengejutkan juga, mungkin lain kali saya bercerita pulak.

Bagi anda yang tak familiar dengan nama Sheikh Abdullah Bughshan tu... dialah merupakan Arab kaya yang saya ambil untuk novel saya 'Matahariku' dan anak saudara dialah saya jadikan hero novel saya itu. Pengalaman 'first hand' dengan orang kaya macam Skeikh Bughshan (travel dengan private jet (kapal terbang sendiri)) itu memberi saya peluang dan ilham untuk novel itu. Untuk makluman anda, Sheikh Bugshan sangat rendah diri walaupun kaya raya. Mungkin anda boleh baca entri-entri lama saya (ketika saya ke Yemen) untuk membaca kisahnya.

Take care dan wassalam.