Assalam
Tahu kan apa makna jelak? Jelak tu samalah ertinya dengan bosan atau boring atau fed up! Hahaha... kadang-kadang memang kita mudah jelak dengan benda-benda yang kita selalu buat. Kalau asyik buat yang sama saja, kita pun naik bosan dan kerana itu kita pun nak buat benda yang berbeza.
Hah... tak apalah kot... sekarang ini orang ramai mula kecoh2 takut ekonomi negara jatuh merudum. Malah ekonomi dunia pun sedang jatuh merudum dek kerana ekonomi yang lembab dan juga kerana harga minyak yang jatuh teruk. Maknanya, kita sebagai manusia janganlah lupa daratan sekalipun duk buat bisnes oil and gas meletup-letup, kerana bisnes oil and gas pun mampu jatuh tergolek! Malah, buat apa pun mampu tergolek sekalipun meletup-letup! Kuasa Allah swt.
Kadang-kadang kita jelak melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, seolah-olah mereka sangka segala-galanya mampu bertahan! Hah... bank yang gah besar pun mampu jatuh tergolek dik oi! Tahu-tahu kita dah tak ada kerja! Malah, mana-mana pun mampu tutup dan jatuh merudum, tak kiralah kita makan gaji atau buat bisnes. Kalau bisnes tergolek, nak makan gaji pun tak dapat. Kerja 'gomen' pun boleh terbongkang kalau dah 'gomen' pun tak ada duit.
Jadi... fikir-fikirkanlah... jangan sampai lupa daratan!
Wassalam