Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, June 30, 2015
Kadang-Kadang Aku Malu Jadi Penulis
sekadar hiasan
Assalam
Sebagai penulis, kadang-kadang saya berasa malu teramat sangat bila mendengar komen-komen negatif dari pembaca atau penonton drama Melayu yang diadaptasikan dari novel-novel. Memang trendnya begitu, tetapi saya turut terasa bila ada yang mengata-ngata tentang kualiti atau mesej yang hendak disampaikan melalui penulisan bahasa Melayu.
Semestinya saya rasa segan dan malu kalau mendengar komen-komen yang tak elok dari orang luar walaupun novel atau tulisan itu, juga skripnya bukan produk saya! Namun, saya terbeban dengan kata-kata buruk yang dikeluarkan oleh orang yang membaca atau menonton, seolah-olah produk itu adalah karya saya.
Saya tak tahu kenapa ada penulis yang sanggup tulis apa sahaja asalkan produk mereka akan menjadi 'pisang goreng panas'. Mereka juga tak kisah kalau dikutuk atau karya mereka bertahan buat seketika sahaja. Janji laku!
Memanglah kita nak bagi ramai yang membaca karya kita atau menonton hasil karya kita, tetapi janganlah biarkan karya kita itu tak meninggalkan apa-apa kesan positif, sebaliknya hanya negatif sahaja yang ada. Janganlah biarkan orang pandang remeh dan rendah pada kualiti karya penulis lokal. Paling sedih bagi saya, janganlah orang mempersendakan dan memperlekehkan karya kita, sekalipun mungkin ramai yang membaca atau menontonnya. Apa gunanya karya kita 'meletup-letup' tetapi 'kutukan' pun sama letupnya. Apa untungnya si tukang buat karya? Sekadar dapat lebih duit sikit... takkanlah kita kemaruk pada 'material' kot hinggakan kita menjatuhkan maruah sebagai pengkarya! Nauzubillah min zalik.
Tak kisahlah nak tulis pasal cinta atau pasal apa... tapi janganlah tulis benda yang bukan-bukan dan merepek.
Janganlah kita terpengaruh dengan trend dan terpengaruh dengan kehendak sesetengah golongan masyarakat yang mungkin mentalitinya sangat rendah. Biarlah kita sebagai penulis jaga mertabat kita, jaga maruah kita dan jaga kualiti produk kita. Biar kurang laku tak apa, asalkan kita tak mengedar hasil produk yang meninggalkan kesan negatif buat masyarakat. Jangan lupa, kita bertanggungjawab untuk memikul bebannya kalau apa yang kita buat itu membawa kesan buruk terutama buat mereka yang muda dan mentah. Kalau kita orang Islam... sedarlah!
Nak tulis pun, biarlah ada logiknya sekalipun mungkin banyak imaginasi.
Semoga di bulan Ramadhan ini, kita fikirkan hal ini... apakah kita terlalu kemarukkan duit hinggakan kita sanggup buat dan tulis apa sahaja?
Wassalam.
Monday, June 29, 2015
Semuanya Ada Harga
Assalam
Selamat pagi, semoga kita mampu untuk bekerja seperti biasa, tidak berangan-angan hari raya. Fokuslah pada kerja, itu adalah amalan ibadah yang mulia kerana kita melakukan tanggungjawab dan amanah! Allahuakbar!
Seperti yang saya katakan, hujung minggu, kami sentiasa banyak kerja. Banyak tugasan yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, kami tidak buang masa, buat semua yang perlu dilakukan. Saya ke PJ, termasuk di kawasan The Curve... mujur jumpa apa yang saya cari. Syukur. Sempat pulang ke rumah, solat Asar dan juga masak untuk buka puasa. Kalau boleh, saya tak mahu berbuka di luar, lebih selesa di rumah sahaja.
Di bulan yang baik ini, biarlah kita belajar untuk menghargai dan bersyukur di atas apa yang kita ada dan apa yang mampu kita nikmati. Mungkin ada perkara dan sesuatu yang kita lalui itu, memeritkan rasa, anggaplah itu ujian untuk membuat kita faham dan mengerti tentang segala nikmat dan hikmat anugerah Allah swt buat kita. Kalau kecil kita dapat, bersyukur, kalau besar pun kita bersyukur. Kalau tak dapat pun kita sepatutnya bersyukur juga kerana kita tak tahu apa hikmah-Nya buat kita. Jangan pula bila kita dapat, kita pun mula lupa daratan. Kita rasa hebat dan rasa yang apa kita dapat itu adalah kerana kebijaksanaan kita, kerana kalau tiada Allah swt yang memberinya, kita pasti tiada apa-apa. Subhanallah!
Syukur itu adalah ubat untuk tingkatkan iman kita, ubat untuk buat kita jadi rendah diri, ubat untuk kita belajar bersabar. Malah, syukur itu adalah satu nikmat untuk kita dekatkan diri dengan Allah swt. Kalau kita bersyukur, kita tak akan lupa diri, kita tak akan cakap besar, kita tak akan tikam kawan, kita tak akan menipu diri sendiri atau orang lain, kita tak akan berlaku kejam dan zalim, kita hargai kasih sayang, kita akan berasa aman di luar dan dalam, insyaa-Allah.
Hargailah apa sahaja yang kita ada. Sedikit atau banyak, terbaik, baik atau kurang baik, belajarlah untuk bersyukur di atas apa sahaja pemberian Ilahi buat kita. Dalam pada itu, berdoalah agar kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur. Aamiin ya Rabbal alamin.
Wassalam

Sunday, June 28, 2015
Bercinta Semula
Assalam
Hari Ahad dan saya masih sibuk. Tapi tak apa... alhamdulillah, kalau mampu untuk sibukkan diri bermakna masa ada tenaga lagi. Syukur di atas nikmat ini.
Ada cerita yang saya nak sampaikan, sekadar berkongsi kisah cinta lama. Bukan kisah cinta saya tetapi kisah cinta seseorang yang saya sangat kenali.
Kisahnya begini. A dan B pernah bercinta semasa di kampus, tetapi oleh hal-hal tertentu, mereka terputus. Akhirnya masing-masing berkahwin dengan pasangan yang lain. Namun setelah bertahun-tahun lamanya, si A (lelaki) masih ingatkan B. Satu hari, A contact B. B tak sukalah sebab B bahagia berkahwin dengan pasangannya. Namun A berkata juga untuk luahkan isi hatinya. "I tahu... insyaa-Allah satu hari nanti, kita akan bertemu juga walaupun mungkin pada usia yang lebih banyak."
A sudah menjadi orang kaya kerana jawatan dan bisnesnya. B pula biasa-biasa sahaja, tetapi B merasakan dia tetap happy dengan pasangannya yang biasa-biasa itu.
Satu hari, setelah bertahun-tahun lamanya, isteri A sakit dan meninggal dunia. Tinggallah A seorang diri. A hanya punyai seorang anak lelaki yang sedang berada di luar negara. A terkapai-kapai. Entah macam mana, A terserempak dengan B. Ketika itu masing-masing sudah berumur. A tegur dan tanya khabar B. B senyum tawar. A beritahu B yang dia sudah kehilangan isterinya. B pula beritahu A bahawa dia sudah berpisah dengan suaminya. Kebetulan, suami B cuba menduakannya dan B tidak dapat menerima lalu minta dilepaskan. B tak dapat terima yang kasih sayangnya telah dikhianati suami yang selama ini kelihatan setia.
Sekarang ini, walaupun dalam usia yang tinggi, A dan B bercantum semula. Dua hati yang terpisah kembali bersama untuk teruskan kehidupan mereka. B sangat happy, walaupun suatu ketika dahulu dia pernah memarahi A, namun akhirnya dia tahu yang A sangat setia menyayanginya. Wallahuaklam.
Semoga kasih sayang mereka berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin.

Saturday, June 27, 2015
Berjihad Kawal Nafsu
Assalam
Ada macam-macam perkara yang kita boleh lakukan bila hal jihad yang kita perkatakan. Jangan ingat kalau pergi perang sahaja kita dianggap berjihad, sebenarnya banyak lagi perbuatan yang boleh dianggap sebagai berjihad. Jihad perang atau jihad luaran hanyalah untuk lindungi Islam daripada puak yang anti Islam, namun Jihad dalaman merupakan perang kita dengan segala perbuatan jahad atau maksiat. Malah Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya bahawa berperang itu hanya merupakan jihad kecil, namun jihad besar ialah bila kita melindungi diri daripada nafsu-nafsu jahat. Malah, jihad besar itulah wajib untuk kita sebagai umat Islam, kerana kalau kita gagal melawan nafsu, di situlah kita akan kecundang sebagai Muslim dan Muslimah yang asli. Wallahuaklam.
Jom kita cuba sebaik mungkin untuk mengawal diri daripada segala nafsu jahat seperti gilakan material, minum arak, berzina, berjudi, ambil dadah, rasuah, mencuri, bersikap zalim, kedekut bakhil dan segala sifat negatif yang mampu membuat kita jadi manusia yang lemah di dunia dan akhirat.

Friday, June 26, 2015
Tak Baca, Dengarlah...
Assalam
Hari Jumaat dah... alhamdulillah kita masih di sini lagi.
Kalau anda tak sempat nak baca al-Quran, atau tak pandai membacanya kerana sebelum ini tak ada siapa pun yang mengajar anda, mungkin anda boleh sahaja mendengar orang lain membacanya sambil anda buat kerja atau berada di dalam kereta. Mendengar pun dapat pahala. Tak susah pun, kalau tak ada CD atau apa-apa yang lain, boleh sahaja mendengarnya dari Youtube. Insya-Allah, walaupun sedikit usahanya, kalau niat yang baik, Allah swt tetap berikan ganjaran. Semoga kita tak pernah lupa untuk mencari nikmat akhirat.

Thursday, June 25, 2015
Kalau Aku Kaya...
Assalam
Alhamdulillah dah masuk hari kelapan kita berpuasa. Semoga Allah swt permudahkan segalanya, aamiin.
Kelmarin, kami berbual-bual setelah tunaikan solat maghrib, kami minum air dan merasa sedikit juadah pemanis mulut. Anak bongsu saya bercerita tentang temannya yang merupakan anak orang kaya.
"Dia duduk di kondo yang mengadap KLCC. Itu rumah dia, bukan rumah mak ayah dia. Bayangkanlah... umur masih muda. Rumah dia tu, harganya dah berjuta-juta." Cerita anak saya itu.
"Wah... seronoknya. Setiap hari dapat mengadap twin towers. Dapat tengok bintang dengan lebih dekat lagi kot..." saya sekadar tersenyum. "Iyalah... untung nasib dia kot, dapat mak ayah yang loaded."
Sesungguhnya kita rasa cemburu kalau kita melihat kepada mereka yang ada segala-galanya dari segi material, kerana rata-rata kita gandingkan kebahagian dengan soal material. Ada duit mesti bahagia dan seronok! Mungkin kot. Tapi Allah maha adil... tak mungkin kita akan dapat segala-galanya, mungkin sekadar material kita mampu, tetapi hal lain belum tentu. Banyak hal lain yang ada kaitan dengan kehidupan kita, misalnya kasih sayang, kepercayaan, kelegaan, dihormati... dan macam-macam lagi yang tak dapat dijual atau beli.
Apa-apa pun, kita renung-renungkan pula pada mereka yang betul-betul tak punyai apa-apa atau tak punyai tempat untuk berlindung, tak punyai makanan untuk dimakan. Malah, ramai yang tak pergi sekolah kerana keadaan mereka yang terhimpit. Dilaporkan bahawa 60 juta pelarian di seluruh dunia dan mereka ini kebanyakannya adalah orang Islam. Mereka tak ada tempat untuk berlindung, tak punyai harta, tak punyai apa-apa dan sedang bergantung pada belas ikhsan orang lain.
Bayangkanlah kalau kita hidup begitu, tak tahu lagi apa yang akan berdepan bila bangun pagi untuk mengadap hari. Tak tahu lagi sehingga bila umur masih ada. Terpaksa menumpang di sana sini, terpaksa tunggu dan tunggu!
Jadi... kalau kita punyai sesuatu, walaupun mungkin kecil, ada tempat berlindung, ada makanan untuk dimakan, ada pakaian untuk kita pakai, ada tempat untuk kita duduk, ada buku untuk kita baca... sepatutnya kita ucapkan kesyukuran kita. Janganlah merungut-rungut. Terlampau ramai di luar sana yang sebenarnya teringin untuk berada di tempat kita.
Sesungguhnya, sekalipun kita ada atau tak ada, bersyukurlah kerana Allah telah izinkan kita untuk berada di dunia ini, untuk merasa sebuah kehidupan. Manis atau pahit, ia tetap merupakan anugerah Ilahi buat kita dan semuanya adalah hikmah buat kita. Kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita akan diberkati-Nya. Apa yang kita mahukan bukan sekadar senang di dunia, tetapi senang di akhirat. Itu jauh lagi utama buat kita yang beriman. Allahuakbar.
Memang seronok untuk pandang ke atas, tetapi jangan lupa untuk pandang juga ke bawah, kerana itu akan mengisafkan kita, lalu membuat kita jadi manusia yang bersyukur. Insyaa-Allah.
Wassalam.
Sebuah kehidupan - sekadar hiasan

Wednesday, June 24, 2015
Ruginya!
Assalam
Saya tak tahu kenapa tetapi memang ramai yang jadi malas untuk bekerja bila masuk bulan Ramadhan. Konon-konon badan letih dan tak bermaya. Nauzubillah min zalik. Maknanya 'defeat the purpose' lah ni...
Allah hadiahkan kita bulan Ramadhan untuk jadikan diri lebih baik daripada biasa, kerana di bulan ini, sepatutnya kita kerjakan amal ibadah yang lebih untuk pungut pahala juga yang lebih, bukan untuk kurangkan kerja. Kerja itu juga adalah amal ibadah, kecuali kalau kita bekerja di tempat yang tidak sepatutnya atau buat kerja-kerja yang haram.
Jadi, kenapa boleh jadi malas untuk buat kerja?
Kalau dah malas buat kerja di siang hari, takkanlah rajin nak buat ibadah di malam hari? Selalunya kalau orang yang malas ini, pasti tumpuannya ialah pada makanan. Maknanya bila buka puasa mahu makan yang enak dan lebih-lebih. Lepas tu, pasti terbongkang! Esok... pergi kerja masih malas. Mungkin bertambah malas. Kerja sampai pukul sepuluh, dah hilang mood. Pukul dua dah fikir untuk balik rumah. Astaghfirullah...
Betapa ruginya kita kalau itu yang kita jadikan amalan di bulan Ramadhan. Sudahlah tak amanah kerana buang masa tapi dibayar gaji.
Semalam saya dengar anak-anak saya merungut kerana semua meeting yang diaturkan selepas jam 3.00 petang dibatalkan, kerana pihak sana tak mahu kerja lepas pukul tiga. Konon-konon minda mereka tak berjalan akibat keletihan! Nauzubillah.
Betapa ruginya kita bila kita jadikan ini tabiat untuk bulan yang sepatutnya menjadi gilang-gemilang untuk kita.
Janganlah jadi malas di bulan Ramadhan.
Rugi sungguh kalau kita tidak tingkatkan amal ibadah termasuk waktu bekerja. Janganlah guna waktu pejabat untuk bershopping di dalam ofis atau bersembang-sembang kosong bercerita tentang nak raya atau bergosip tentang selebriti yang baru bercerai!
Janganlah rugikan diri kita.
Ringgit Malaysia semakin meruncing, bermakna kita akan berdepan dengan masalah ekonomi yang teruk. Jadi... janganlah sibuk nak goyang kaki!

Tuesday, June 23, 2015
Maafkan Bila Dia Minta Maaf
Assalam
Salam Selasa buat semua, semoga hari ini lebih baik daripada semalam, insyaa-Allah.
Di hari baik dan bulan yang baik, eloklah kita berbual tentang yang baik-baik. Dalam pada itu, sesungguhnya sebagai insan yang lemah, pasti kita pernah lakukan kesilapan dan kesalahan. Tak mungkin kita dilahirkan sebagai 'Perfect person' kerana, sehebat mana sekalipun manusia itu, tiada yang sempurna. Bermakna memang tiada yang tak buat silap dan kesalahan dalam hidupnya.
Pun begitu, sekiranya ada yang lakukan kesalahan dan kesilapan kepada anda, tetapi dia meminta maaf pada anda dan menyesal di atas perbuatannya yang lepas, memang eloklah kita sebagai manusia yang beriman, turut memaafkannya. Itu lebih baik daripada tidak mahu memaafkannya.
Kadang-kadang manusia melakukan kesalahan dan kesilapan kerana tidak sedar bahawa dirinya dirasuk oleh syaitan dan iblis. Seperti yang saya sentuhkan sebelum ini, syaitan dan iblis berada di mana-mana sahaja untuk merasuk manusia dan manusia itu memang mudah dirasuk syaitan. Paling malang kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang kita menjadi rapat dan teman kepada syaitan atau iblis yang bertopengkan manusia. Kita sangkakan itulah teman kita, teman yang kita boleh percaya, tahu-tahu dialah syaitan yang menjelma sebagai manusia, lalu kita terpedaya dan mula melakukan kesalahan dan kesilapan. Nauzubillah min zalik. Memang ramai di antara kita manusia yang seringkali terperangkap dalam tipu daya syaitan. Kita sangkakan yang kita lakukan kebaikan tetapi rupa-rupanya ia adalah muslihat syaitan untuk membelit kita.
Bulan yang baik ini, jadikanlah masa yang ada dengan memberi fokus untuk muhasabah diri dan perbaiki diri kita. Kalau sedar yang iman sedang goyah, perbetulkan dan tegapkanlah.
Sebagai insan mulia, kita ampunkanlah mereka yang menyesal di atas kesilapan yang berlalu. Kalau mereka ikhlas meminta maaf, kita sepatutnya ikhlas juga untuk memafkannya. Mungkin yang minta maaf itu adalah teman baik kita, anak-anak kita, kawan sekerja kita, pasangan kita, adik-beradik kita dan siapa-siapa sahaja yang dekat dengan kita. Semestinya bukan mudah untuk meminta maaf, sebaik-baiknya kita hargai permintaan mereka yang menyesal itu.
Move forward... dan lupakanlah perkara lama yang mungkin pernah memudaratkan kehidupan anda. Allah maha mendengar dan maha mengasihani... kalau kita doa dan minta agar Allah swt memberi ketenangan jiwa kepada kita, insyaa-Allah kita akan berasa lega.
Jauhkanlah diri daripada manusia yang sebenarnya syaitan, kerana manusia yang begini, pasti mampu merosakkan iman dan kehidupan. Nauzulillah.
Semoga kita dilindungi Allah swt selalu. Aamiin.

Monday, June 22, 2015
Pelangi Di Waktu Senja
Assalam
Tiada kehidupan yang tidak menempuhi ujian. Besar atau kecil itu bukan soalnya. Malah, biasanya tiada sesiapa yang mahu pukul canang tentang musibah yang menimpa diri atau rintangan yang datang mengganggu-gugat kehidupan itu, namun sebagai manusia, mustahil segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau ujian. Pun begitu, sekalipun ada bencana yang datang menjengah, kita tetap harapkan pelangi untuk menghiasi langit senja, agar hati dan jiwa akan berasa tenang semula.
Hanya Allah swt sahaja yang mampu mendatangkan nur atau cahaya kegemilangan itu, hanya Allah swt sahaja yang mampu menghadiahkan kita ketenangan jiwa itu, sekalipun kita sudah melalui ujian kecil atau besar. Subhanallah.
Teguhkah iman kita? Percayakah kita bahawa Allah ada bersama kita walaupun kita diduga? Tahukah kita Allah sentiasa mendengar rintihan di hati kecil kita, tiada sesiapa pun yang tahu apa yang ada di hati itu, namun Allah tetap tahu. Di situlah letak kebesaran dan keteguhan iman kita kerana tiada manusia tahu apa yang ada di hati kita, kecuali Allah swt. Mungkin di luar kita kelihatan kasar, tegas dan keras, namun Allah tetap tahu akan kelembutan yang ada di hati kita. Masya-Allah.
Percayalah... sekalipun mungkin ada yang membohongi kita, ada yang cuba mengguna kita, ada yang ambil kesempatan di atas kebaikan kita, Allah tetap tahu dan pasti kalau kita berada di jalan yang benar, Allah akan sediakan pelangi senja buat kita setelah hujan dan ribut taufan, agar hati dan jiwa akan ceria dan bahagia. Allahuakbar.
Sujudlah kepada-Nya. Mohon keampunan daripada-Nya. Berdoalah pada-Nya. Allah maha mengasihi dan mendengar akan segala gundah gulana yang tersembunyi di celah hempedu. Tiada sesiapa pun yang mampu menandingi Allah swt, maka pastikan kita sentiasa berada di sisi-Nya. Ya Allah, ya Kareem.
Di hari baik dan bulan baik, mohonlah pada-Nya agar pelangi senja menghiasi hari-hari kita. Semoga Allah swt berkati hidup dunia dan akhirat. Aamiin ya Rabbal alamin.
Wassalam.
Pelangi di waktu senja

Sunday, June 21, 2015
Buat Banyak-Banyak
Assalam
Alhamdulillah kita masih mampu berblogging dan masih bernafas di sini. Semoga Allah swt berkati hidup di dunia dan akhirat kita, aamiin.
Semalam, di awal pagi saya dan suami, kami ke Lenggeng. Saya pasti kalau anda selalu follow blog saya, anda mesti tertanya-tanya, "Apa halnya di Lenggeng tu? Asyik ke sana saja." Memang kami ada hal di sana... ada sesuatu yang kami sedang lakukan dan saya akan bercerita bila dah siap semuanya. Sekarang ni masih terkial-kial lagi. Insyaa-Allah, kalau diizinkan Allah swt, adalah nanti.
Tengah hari pula, kami sibuk ke kedai untuk beli barang-barang dapur kerana kebetulan adik lelaki saya dan keluarganya bercadang untuk berbuka puasa dengan kami sekeluarga di Nilai. Alhamdulillah, kami sama-sama dapat berbukapuasa sama-sama. Memang meriah terutama sekali bila kami solat maghrib beramai-ramai, kalut dengan si kecil-kecil yang sama-sama ikut kami solat. Semoga silaturahim kekal hingga ke akhirat, aamiin.
Saya tak ada apa sangat nak bercerita di hujung minggu ini, apatah lagi di bulan Ramadhan, sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga anda yang sering ke sini, agar kita sama-sama cuba lakukan yang terbaik untuk agama kita, aamiin ya Rabbal alamin. Banyak-banyak bersabar, banyak-banyak bersedekah, jangan merungut-rungut dan jangan sekali-kali membazir.
Semoga kita dirahmati Allah taala, aamiin.
Wassalam.
Si kenit Niloufar nak solat
Hah tengok hah... dah ready dah
Yusufia pun sama... dah ready
Ni Cik Bihah pulak... duk try tudung Neeloufar
Roast chicken, Chef Nabil yang masak untuk iftar
Dah ready untuk dimakan
Kentang mash... buatan sendiri
Gravy untuk roast chicken, juga buat sendiri

Friday, June 19, 2015
Cantik Tak Ni?
Assalam
Hari kedua kita berpuasa, alhamdulillah.
Mungkin ada baiknya juga kalau kita terus ingatkan diri kita masing-masing, terutama kaum wanita. Semestinya ramai yang teruja untuk buat solat terawikh dan macam-macam lagi ibadah lain di surau atau masjid, tetapi kita jangan lupa bahawa apa sekali jua amal ibadah yang kita mahu lakukan atau sudah pun lakukan di bulan Ramadhan ini, kita buat kerana Allah swt, bukan kerana orang lain, jauh sekali untuk beritahu orang bahawa kita sedang buat amal ibadah. Buatlah apa sahaja yang kita mampu lakukan, pastikan kita lakukan untuk Allah taala.
Jadi... tak perlulah untuk berselfie di masjid atau surau dan upload gambar2 kita di FB atau instagram atau whatsapp, untuk maklumkan pada semua orang bahawa kita dah pun lakukan ibadah ini. Rasanya tak perlu kot untuk menunjuk-nunjuk, takut perbuatan kita ini dah jatuh dalam kategori riak. Nauzubillah min zalik.
Apatah lagi untuk tunjukkan telekung baru kita yang mungkin glamor, lip-lap lip-lap, punyai desain yang up-to date, atau mungkin punyai material mahal dan tentunya harga juga mahal. Kita jangan lupa bahawa budaya pakai telekung ini bukanlah merupakan sesuatu yang 'wajib', ini merupakan pakaian solat yang biasanya dipakai oleh orang-orang kita di Asia Tenggara. Tak pakai pun bukannya berdosa, asal sahaja menutup aurat dengan baik ketika lakukan solat dan perkara lain buat Allah taala. Jadi... tak payahlah kita nak tunjuk sangat telekung canggih kita tu. Sekali lagi takut kalau-kalau perbuatan kita mampu menaikkan sifat riak dalam diri.
Saya teringat lagi seorang teman yang sedang beli telekung baru. Memang cantik dan mahal harganya. Katanya pada saya, "I tak akan pakai telekung di masjid atau surau, I pakai kat rumah sahaja."
"Oh ya? Kenapa?"
"I takut kalau I pakai di tempat orang ramai, perbuatan itu akan jadi riak. Bukan semua orang mampu, tak nak ada yang terasa sangat berbeza daripada kita."
"Baguslah tu kalau fikir macam tu. Kita nak buat untuk Allah pun, bukan untuk orang nak tengok."
Semoga kita jaga tingkah laku kita di bulan Ramadhan ini, jangan sampai kita kerugian pula. Buatlah apa pun yang kita rasa akan mendatangkan kebaikan, tetapi jangan sampai kita rasa bangga dan megah. Elakkan perbuatan riak.
Wassalam.
Sekadar hiasan

Thursday, June 18, 2015
Berpuasa Ke Berpesta?
Salam Ramadhan buat semua yang menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah swt rahmati kita dunia akhirat.
Alhamdulillah, kita berada di sini di bulan yang mulia ini, semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan aman di sepanjang bulan, insyaa-Allah.
Bila kita sentuh tentang ibadah puasa, kita jangan lupa juga untuk pastikan hati dan jiwa kita juga turut berpuasa, tidak hanya menahan lapar tanpa faedah apa-apa. Tahan nafsu itu sangat penting dalam semua segi. Allah swt menyuruh kita berpuasa untuk menguatkan kesabaran dan iman, bukan untuk berjoli katak dengan tambahkan makan-makan.
Di bulan puasa ini biasa sangat orang akan adakan pesta puasa, maknanya makan berlambak-lambak masa berbuka puasa (terutama di hotel-hotel dan restoran) seolah-olah bulan Ramadhan adalah bulan makan-makan! Memang pelik sungguh sedangkan Allah swt menyuruh kita untuk kurangkan makan bagi membolehkan kita 'servis' seluruh tubuh badan dan kuatkan iman serta tingkatkan amal ibadah. Perbanyakan sedeqah dan jalankan ibadah di malam hari, bukan untuk berjoli-joli dan berpesta-pesta, semestinya akan melupakan diri. Nauzubillah.
Begitu juga dengan persiapan hari raya, memang biasa ada yang akan menyediakan persiapan hinggakan raya itu jadi jauh lagi penting daripada berpuasa. Astaghfirullah.
Semoga kita ingatkan diri agar cuba lakukan yang terbaik untuk bulan yang mulia ini. Buatlah apa yang termampu untuk kebaikan diri kita dunia dan akhirat. Berbelanjalah secara sederhana tetapi banyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan, semoga Allah swt meringankan dosa-dosa kita dan membawa kita ke jalan yang lurus lagi benar. Aamiin.
Wassalam.
Makanan yang disediakan di hotel untuk berbuka puasa. Inilah yang dikatakan pesta puasa.

Wednesday, June 17, 2015
Boleh Ke Hidup Kalau Tak Berduit?
Assalam
Baru-baru ini, adalah saya bersembang-sembang dengan seorang teman yang masih muda dan bekerja. Dia bercerita pada saya yang kawan-kawan bujangnya (perempuan) mereka tak kisah pun kalau ada boyfriend yang merupakan suami orang. Kata mereka, "Lagi senang kot jadi second wife daripada dapat laki yang tak ada duit." Mungkin itulah teori mereka yang sedang mencari jalan mudah. Memang mudahlah kot kalau nak ngorat suami orang! Lagi mudah daripada nak ngorat orang bujang, apatah lagi kalau orang bujang yang berduit! Wallahuaklam.
Beberapa hari yang lepas, saya juga melihat satu statement di instagram seseorang yang berkata, "Bahagia tak bermakna mesti banyak duit, tapi kalau tak berduit, tak mungkin akan bahagia. Jadi... duit tetap penting dalam hidup untuk mencari bahagia."
Mungkin betul kot kalau tak berduit, kita payahlah nak hidup. Tak mungkin akan senang kalau setakat kais pagi makan pagi...
Memang betul tu... tak ada duit boleh jadi kita akan mati! Mati kebuluran macam orang-orang Afrika yang kelaparan dan tak ada makanan. Hari ini, memang ada orang di Malaysia yang mungkin sedang kelaparan dan kebuluran kerana tak ada duit langsung untuk beli makanan!
Siapa boleh nafikan yang kita mampu hidup hanya dengan telan air liur sahaja? Sekejap mungkin bolehlah kot, tapi lama-lama kita akan mati jua.
Apa yang saya nak tekankan di sini, walaupun kita perlukan duit untuk hidup, janganlah kita anggap bahawa bahagia itu akan datang kalau kita ada duit yang banyak. Janganlah kita hidup dengan minda yang materialistik dan berfikiran yang kebahagiaan itu akan ada pada kita bila kita hidup mewah! Tak semestinya. Allah itu maha adil, tak semua kita dapat dalam dunia ini. Mungkin duit kita setinggi gunung dan dipenuhi segala kemewahan, tapi tak semestinya kita tidur lena dan jiwa tenang. Tak semua orang kaya itu happy, malah ramai yang tak happy pun.
Apa gunanya harta bertimbun kalau hati kita celaru dan tak tenteram?
Mungkin gaji kita jauh lagi besar dari teman-teman sebaya, tetapi tak semestinya kita sentiasa akan rasa senang dan tenang. Mungkin esok-esok kita akan diuji dengan satu ujian yang berat. Mungkin Allah berikan kita satu keadaan kesihatan yang meruncing hinggakan duit kita tak mampu menolong. Mungkin Allah beri kita dugaan yang lain pula yang membuat kita menderita.
Mungkin juga duit kita tak banyak mana, namun kerana barakah-Nya, jiwa kita sentiasa tenang. Mungkin duit tak banyak tetapi kita juga tak ada hutang, tak tertekan dengan rebutan untuk jadi manusia gemilang.
Kadang-kadang bila pendapatan lumayan, kita pun mula masuk gelanggang lumba siapa ada banyak harta dan siapa guna barang-barang branded! Bila keadaan berubah jadi begitu, tahu-tahu kita dikelilingi hutang yang tinggi menimbun. Bila terjadi sesuatu, kita pun mampu jatuh merudum! Nauzubillah min zalik.
Saya biasa melihat bagaimana ibu bapa yang punyai banyak harta benda, berasa sengsara kemudiannya apabila melihat anak-anak mereka kecundang untuk menjadi manusia yang baik. Mungkin anak-anak dibesar dengan dikelilingi kemewahan hinggakan mereka jadi manusia lupa daratan. Salah siapa agaknya?
Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada walaupun mungkin sedikit sahaja yang kita ada. Kualiti itu lebih baik daripada kuantiti. Biar sedikit tapi punyai nilai tinggi. Syukur itu besar untuk jiwa kita. Sabar itu juga sesuatu yang mulia dalam hidup kita yang mampu mengatasi segala macam kekurangan. Doalah untuk dapatkan kesederhaan dalam hidup, doalah untuk mendapatkan keredhaan, rahmat dan apa-apa jua yang terbaik untuk kita, kerana itu Allah yang lebih tahu. Semestinya itu lagi baik daripada jadi manusia yang tamak haloba yang mahu segala-galanya dalam hidup ini kerana terpedaya dengan 'material'. Ingatlah bahawa dunia ini sekadar sementara sahaja, yang kekal ialah akhirat nanti. Subhanallah.
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia, semoga kita dilindugi Allah swt dunia dan akhirat.
Wassalam.
Sekadar hiasan untuk entri
Wajah comel kemiskinan

Tuesday, June 16, 2015
Ramadhan Kareem
Assalam
Kata orang putih, "Ramadhan is just around the corner," dan kata orang Perak, "Bulan puasa dah dekat bebeno,". InsyaaAllah, kita akan merasa Ramadhan sekali lagi. Biarlah kita juga bersedia secara fizikal dan mental. Walaupun setiap tahun kita berdepan dengan Ramadhan, namun adalah lagi baik kalau kita perbaiki atau tambahkan amalan kita pada bulan yang indah dan penuh barakah ini.
Pun begitu, ramai yang suka forward macam-macam tunjuk ajar, macam-macam panduan dan macam-macam nasihat tentang amalan di bulan Ramadhan. Memang baguslah asal jangan tukang forward sekadar tolong forward sahaja, tetapi pada realitinya tak adalah nak buat apa-apa yang tambah baik untuk diri sendiri. Janganlah hari ini tolong forward macam-macam panduan ibadah puasa, esok-esok forward pula kisah umpat-mengumpat, tak kisahlah tentang siapa jua.
Lagi satu yang saya rasa mungkin elok kalau kita ingatkan diri kita, agar jangan terlalu ghairah untuk melakukan segala macam amalan ibadah hinggakan tak mampu untuk melakukannya. Ada orang, hanya di bulan Ramadhan sahaja nak baca al-Quran, di bulan lain tak ambil kisah pun. Walaupun memang baik (lagi baik daripada tak baca langsung pada bila-bila masa pun), mungkin elok juga kita cuba konsisten dengan mencari jalan yang diredhai Allah swt. Biarlah kita cuba yang terdaya dan terbaik pada setiap masa sepanjang tahun, setiap tahun selagi ada umur. Janganlah kita beramal ikut musim sahaja. Mungkin elok juga jangan kita cuba lakukan segala-galanya di bulan Ramadhan hinggakan kita jadi letih dan bosan. Buatlah apa yang kita termampu dan cubalah lakukan yang terbaik.
Jangan hanya nak jadi orang Islam hanya di bulan Ramadhan sahaja. Sedih tu.
Biarlah kita berasa excited kerana Ramadhan akan tiba, janganlah teruja kerana selepas Ramadhan Syawal pula menjelma. Utamakanlah Ramadhan dan amalan yang kita akan lakukan, bukan beratkan keseronokan hari raya nanti. Jangan pula dah mula berhutang kerana nak beli macam-macam untuk hari raya sedangkan diri memang tak mampu!
Biarlah kita jadikan Ramadhan ini bulan yang membawa kita untuk tuntut lebih banyak ilmu, biarlah kita kurangkan berhibur, biarlah kita belajar untuk lebih dekatkan diri dengan Allah taala, semoga hidup kita dan akhirat kita diberkati-Nya. Aamiin ya Rabbal alamin.

Monday, June 15, 2015
Mulut Jahat Dan Kaki Pukul
Assalam
Alhamdulillah, hari Isnin yang dingin. Semalam hujan lebat, pagi ini juga hujan lebat di sini. Rasa seronok, macam berada di negara bercuaca dingin. Syukur sekali lagi. Saya pun taklah banyak menyiram pokok, kecuali yang berada di bawah bumbung.
Pagi ini saya nak bawa suatu topik sensasi yang mungkin merupakan sesuatu yang dipendam ramai wanita di luar sana. Bukannya apa tetapi saja nak mengingatkan diri sendiri dan juga semua wanita tentang hak kita sebagai wanita di sisi agama dan masyarakat Islam. Sebagai insan, kita semua mempunyai hak, tidak pernah Islam meletakkan wanita di taraf yang lebih rendah daripada lelaki. Kalau di zaman jahiliah memang ada anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, tetapi dalam Islam tidak pernah begitu. Allah swt mahukan setiap insan yang dilahirkan sebagai perempuan sentiasa menjaga aurat, maruah dan darjat agar wanita itu tidak menjadi bahan atau dizalimi oleh mana-mana pihak, termasuk suami sendiri atau ayah dan abang.
Dalam urusan pemberian harta, pihak lelaki sentiasa diberi lebih daripada perempuan kerana tanggungjawab mereka untuk melindungi perempuan. Kalau ada adik, ibu atau kakak yang belum berkahwin, sudah bercerai atau menjadi balu, ia merupakan tanggungjawab adik-beradik lelaki atau ayah (kalau masih ada) atau anak lelaki (yang sudah dewasa) untuk pastikan wanita-wanita ini dilindungi dalam semua segi.
Namun hari ini, kebanyakan lelaki tak menjalankan tanggungjawab mereka. Bila sampai bab mendapat harta, mereka mahu lebih, tapi bila tiba masa untuk menjalankan tanggungjawab, ramai yang lepas tangan. Malah, anak lelaki ramai yang tak ambil berat tentang ibu mereka, tetapi bila tiba masa untuk mendapat harta ibu, merekalah yang akan berebut!
Begitu juga dalam hal rumah tangga. Banyak suami yang lepas tangan tentang hal urusan perbelanjaan. Makan minum, bumbung untuk melindungi diri, kadang-kadang menjadi beban perempuan. Hari ini, kebanyakan perempuan terpaksa keluar mencari rezeki kerana tanpa berbuat begitu, mungkin hidup mereka tidak selesa. Namun dalam banyak hal, anak-anaklah yang akan terabai kerana tiada yang fokus padanya. Ibu bapa mula mengharapkan servis orang lain termasuk pihak pengurusan penjagaan anak-anak atau 'orang gaji' yang digajikan di rumah!
Paling malang bagi wanita, kalau mereka berkahwin dengan lelaki yang suka marah-marah atau kaki pukul. Bila tak kena saja, maka keluarlah kata-kata kesat yang menyinggungkan atau menyakitkan hati. Kata-kata pedih kadang-kadang mampu merosakkan jiwa seseorang, lalu meruntuhkan semangatnya. Tetapi kalau dapat suami kaki lempang atau kaki terajang, lagilah sakit, bukan hanya jiwa raga, tetapi secara fizikal dan mental!
Kalau dah tahu lelaki itu punyai mulut jahat dan kaki pukul, elok elakkan saja daripada mereka!
Mungkin taklah terlalu ramai yang macam tu, tapi memang ada di merata-rata tempat. Bagi wanita yang mempunyai suami yang begitu, pastikan anda tahu hak anda. Jangan biarkan diri dizalimi kerana tiada peruntukan dalam Islam untuk dijadikan hak lelaki mendera isteri mereka.
Dalam begitu, wanita juga perlu tahu akan 'limit' mereka. Janganlah pula jadi wanita yang kuat membebel, kemaruk material dan mahukan suami lakukan segal-galanya untuk mereka hinggakan suami tak mampu! Jangan bebankan suami. Memang ada ramai wanita yang begitu, yang tahu 'mahu semuanya' sedangkan suami tak berdaya.
Apa-apa pun, jadilah insan yang dekatkan diri dengan agama, lalu tahu akan hak dan keperluan serta tanggungjawab masing-masing. Jadilah manusia yang mulia, menjaga maruah diri dan menjaga maruah agama.
Wassalam.
Sekadar hiasan - cilok dari Yahoo

Sunday, June 14, 2015
Macamlah Aku Sahaja Yang Sibuk Kot...
Assalam
Rasa macam dah lama tak duduk di sini. Waaahhh... memang banyak betul kerja kami hinggakan tak ada masa nak check blog. Malah, instagram pun saya tak tengok. Kalut betul. Dari hari Jumaat lagi dah sibuk.
Hari Sabtu... di awal pagi kami ke surau kawasan tempat tinggal kami, bekerjasama dalam gotong royong mengemas surau. Saya bukanlah rajin sangat, tapi bila dapat peluang macam tu, saya memang suka. Cepat-cepat saya volunteer untuk mencuci tandas. Hahaha... mesti anda hairan, kan? Saya memang suka tengok tandas bersih dan pantang kalau tandas kotor. Kalau suruh orang lain buat kerja tu, mungkin mereka tak berapa suka, jadi saya buatlah. Lepas tu tolong pula kemas bilik stor surau. Tolong mop lagi. Sebenarnya saya memang suka tengok tempat yang kemas dan bersih walaupun sebenarnya saya bukanlah rajin sangat.
Lepas itu, kami bersiap-siap dan pergi ke Kuala Lumpur pula. Kami menghala ke Ampang untuk melawat abang angkat saya yang sedang sakit. Kami ke rumah kakak saya dulu, lepas tu makan dan pergi melawat. Saya berpuas hati sebab dapat melawat Abang Isa.
Kemudiannya kami pergi shopping di kawasan Ampang. Makan pancakes dan pulang agak lewat.
Hari ini pula, awal pagi kami duduk di rumah sebab hujan lebat sangat. Lepas tu kami ke Lenggeng. Setelah itu, kami meronda-ronda pergi cari pokok pelbagai species. Memang banyak kerja. Si Firas dan Yusufia ikut sekali, maklumlah mereka memang suka mengekor Habib ke mana sahaja Habib dan Lola pergi.
Sebelah petang, kami mengemas kawasan rumah dan taman kami di Nilai. Banyak kerja dan sekali lagi mengutip buah markisa yang dah banyak masak. Saya memang seronok mengutip dan makan buah markisa ni. Alhamdulillah... ada sahaja buahnya.
Okeylah, nampaknya macamlah saya saja yang sibuk kot... perasan tu. Saya pasti orang lain juga sibuk, maklumlah dah dekat bulan puasa ni.
Apa-apa pun, sehingga kita jumpa lagi, please take care.
Wassalam.
Yusufia dan Firas semasa kami di Semenyih tadi.
Firas membelek buah markisa yang baru dipetik tadi.

Friday, June 12, 2015
Suami Mu Bukan Malaikat...
Assalam
Salam Jumaat, semoga dipermudahkan urusan kita di hari ini, dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikan. Aamiin.
Di atas ini bukan judul novel baru saya, tapi kalau ada yang nak ambil judul ni... ambillah, saya tak kisah. Trend kan sekarang ni... semua judul tentang suami dan isteri. Suami ini, Isteri itu... asal jangan melampau khayalnya sudah lah. Biarlah realistik jalan cerita kita kan?
Okeylah, berbalik pada judul entri saya ni. Bila kita sudah berkeluarga, biarlah kita dahulukan keluarga kita dalam apa jua halnya, termasuklah masa untuk ibu bapa kita. Jangan bila dah kahwin, kita masih terasa seperti orang bujang, asyik nak melepak sahaja dengan teman-teman.
Banyak lelaki yang tetap setia berkawan rapat walaupun dah ada anak isteri. Mereka lagi seronok melepak dengan teman-teman. Biasanya, kalau melepak dengan teman, tidaklah melepak di masjid! Lepak di kedai kopi atau kedai makan. Lepak di kelab. Tengok wayang dan macam-macam. Memang tak ada hasilnya!
Begitu juga bagi mereka yang dah dapat kawan baru. Kadang-kadang tu, masa kerja jumpa kawan baru. Mulalah melepak pula dengan kawan-kawan baru. Ada tu rajin pergi lunch sama-sama. Lepas tu mulalah melepak lepas time kerja. Lepas tu lepak pula malam-malam. Ada -ada sahaja alasan untuk berkumpul dan berjumpa. Ada tu, dengan cara menipu isteri. Konon-konon ada kerja, tetapi rupa-rupanya melepak dengan teman.
Tapi penyakitnya, yang mula-mula ini akan melarat. Pada mula-mulanya tak ada maksiat. Tapi lama-lama... akan berubah. kalau mula-mula sekadar dengan teman lelaki, tetapi lama-lama dah mula libatkan perempuan pula. Kalau seorang dah mulakan, yang lain akan mengikut. Mulalah ke sana sini ajak awek-awek makan sekali. Sana sini ada sahaja perempuan yang tak kisah pun kalau diajak makan sekali dengan lelaki-lelaki suami orang ni. Tak kisahlah yang belum kahwin ke, yang janda ke, yang isteri orang ke. Kalau ada lelaki yang mula nak menggatal, memang ramai perempuan yang macam tu, tunggu sama. Maka, perkara yang mula-mula tadi nampak macam okey, lama-lama akan berubah jadi tak okey. Malah, maksiat pasti menunggu.
Nanti... akan ada pula episod pergi ke hotel bajet lepas time office atau time makan tengah hari. Maka masuklah bab 'berzina'. Memang Iblis suka macam ni. Inilah yang dibisikkan Iblis di telinga mereka yang sesat jalan.
Sangat senang untuk dekatkan diri dengan maksiat. Malah, sekalipun berkawan dengan lelaki yang konon-kononnya 'religious', Iblis tetap datang untuk merasuk diri kita yang suka 'berseronok' lebih daripada hal lain.
Masa dengan keluarga itu sangat penting. Kalau kita ketepikan, maka diri kita mudah tergoda dengan maksiat, kerana itu adalah perancangan syaitan buat manusia yang semestinya bukan malaikat! Suami kita bukan malaikat... jadi... jangan biarkan mereka abaikan masa keluarga.
Kalau keluarga diutamakan, insyaa-Allah, Allah akan berikan ganjaran baik dunia akhirat.

Thursday, June 11, 2015
Semoga Berjumpa Lagi
Assalam
Hari ini cik abang saya cuti. Kami ada banyak hal yang perlu diuruskan. Nak ke sana dan ke sini. Kebetulan kawan saya juga nak datang ke mari. Apa-apa pun, saya doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaa-Allah. Semoga berjumpa lagi.

Wednesday, June 10, 2015
Hidup Biar Selesa, Jangan Nak Bergaya Tapi Sengsara!
Assalam
Semalam, kami sibuk melayan si kecil Syed Tawfiq, walaupun baru setahun tetapi sudah faham yang dirinya sedang diraikan. Siap bertepuk-tepuk tangan dia kerana seronok sangat. Alhamdulillah.
Pagi tadi, kami bersembang-sembang di meja makan sambil bersarapan. Irfan yang memaklumkan kepada kami tentang satu laporan 'real estate' atau 'hartanah' di Malaysia. Rata-rata harga rumah naik melambung tinggi, sedangkan pendapatan bulanan setiap keluarga tidaklah tinggi mana. Paling teruk ialah di Kuala Lumpur, walaupun jumlah everage pendapatan sekeluarga ialah sekitar RM10,000, namun harga rumah mampu milik ialah sekitar RM815,000. Tinggi tu! Maknanya kalau anda tinggal di Kuala Lumpur tetapi pendapatan satu keluarga ialah kurang dari RM10,000 anda sedang berada dalam keadaan yang sempit dan meruncing. Kalau belum ada rumah, mungkin tak mampu nak beli di KL. Sekadar menyewa sahaja.
Di luar Kuala Lumpur pula, misalnya di Negeri Sembilan, purata pendapatan keluarga ialah RM4,000 dan harga rumah mampu milik ialah RM 350,000. Bermakna kalau pendapatan anda lebih daripada itu, anda hidup sangat selesa apatah lagi harga rumah agak berpatutan. Jangan lupa, kedudukan Negeri Sembilan terutama beberapa bandar dan pekan tidaklah jauh dari Kuala Lumpur. Jadi... fikir-fikirkanlah.
Negeri seperti Kelantan dan Sabah, rata-rata pendapatan sekeluarga sangat rendah. Walaupun mungkin harga rumah tidaklah terlalu tinggi, namun rata-rata kadar kemiskinan juga tinggi.
Namun kalau anda merupakan seorang yang bijak, anda akan mampu untuk mengaturkan kehidupan anda mengikut pilihan tempat tinggal dan juga pekerjaan yang anda lakukan. Jangan sampai terperangkap dan terjerat kerana ingin berada di tempat yang kelihatan sofistikated atau 'up market'! Kalau anda tak mampu, jauh lagi baik kalau anda pilih tempat yang bersesuaian dengan pendapatan anda sekeluarga. Biar hidup selesa, jangan biarkan hidup sengsara.
Lagipun jangan lupa, kalau anda mahukan satu kehidupan yang jauh lagi sihat, pilihlah tempat yang lebih banyak kehijauannya, bukan yang dipenuhi dengan hiasan konkrit!
Wassalam.
Aman damai penuh kehijauan

Tuesday, June 09, 2015
Happy Birthday, Sayang!
Assalam
Hari ini ialah hari lahir Syed Tawfiq, anak kepada anak saya, Syed Irfan. Ini adalah anak bongsunya... buat masa inilah.
Tawfiq baru setahun umurnya tetapi masya-Allah tubuhnya tegap, seperti budak dekat tiga tahun. Alhamdulillah. Baru sahaja pandai berjalan, dia sangat aktif dan suka tersenyum. Pagi-pagi, babahnya akan membawanya ke rumah saya dan dia terus akan duduk di atas riba suami saya. Itulah rutin hariannya apabila kami duduk untuk bersarapan anak beranak.
Alhamdulillah, Allah swt berikan nikmat ini. Semoga Syed Tawfiq menjadi Muslim yang saleh dan selamat dunia akhirat, aamiin.
Wassalam.
Syed Tawfiq

Monday, June 08, 2015
Tak Boleh Percaya Sangat!
Assalam
Sebelum saya ke judul entri, saya ingin ucapkan selamat bekerja dan menjalankan tugas kepada semua, agar kita jadi manusia yang amanah di dunia untuk kebaikan di akhirat nanti. Aamiin.
Saya ingin menarik perhatian anda semua kepada kitab suci al-Quran, surah ke 7, Al-A'Raf, dari ayat 11 hingga ayat 30, di mana Allah swt telah berfirman bagaimana Adam dijadikan Allah di syurga, kemudian mendatangkan Hawa pula sebagai temannya dan Allah berpesan agar mereka tidak mempercayai kepada Iblis, namun bisikan Iblis mampu memperdayakan Adam dan Hawa hinggakan mereka tercampak keluar dari syurga turun ke bumi nyata. Iblis terus berjanji untuk merasuk manusia, ayat 16, surah Al-A'Raf yang membawa maksud, :'(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus."
Janji Iblis selalu ditepati dan kerana itulah terlalu banyak manusia di dunia ini tertipu. Memang ramai yang mengaku untuk melakukan perkara baik-baik, namun rasukan Iblis dan bisikan Iblis mampu untuk menundukkan manusia daripada melakukan kebaikan, berubah untuk buat perkara yang tak baik, termasuklah menipu, takbur, sombong dan iri hati. Macam-macam lagi sifat manusia yang sangat jelek.
Saya bercakap melalui pengalaman. Saya juga mempunyai banyak kelemahan, namun sebaik mungkin saya elak diri daripada menipu orang lain. Memang saya pantang kalau ditipu apatah lagi jenis yang suka ambil kesempatan. Bila kita baik, dia pun cari peluang untuk berlaku tak jujur. Saya tak akan lupa dunia akhirat terutama bila saya meletakkan kepercayaan kepada insan berkenaan tetapi dia menipu saya. Tak kisahlah siapa pun, bagi saya kejujuran dan keikhlasan itu sangat mustahak dalam apa jua perhubungan dan ikatan. Kita mahu mempercayai orang yang kita anggap baik dengan kita. Apatah lagi dengan orang yang buat bisnes dengan kita, namun rata-rata kita akan berdepan dengan penipuan. Memang kita tak boleh percaya sangat dengan sesiapa pun!
Tidaklah bererti yang kita jangan percaya terus pada sesiapa pun, namun kita wajib berjaga-jaga kerana kita ingatlah pada ayat al-Quran yang saya sentuh seperti di atas. Iblis sentiasa ada untuk merasuk manusia untuk tidak mengikuti jalan yang lurus. Bermakna, sangat mudah untuk kita jadi manusia yang tersesat dan melakukan kejahatan seperti tidak jujur dan menipu! nauzubillah min zalik.
Kalau kita mahu tempat yang terbaik di sisi Allah swt, pastikan kita boleh dipercayai dalam apa jua hal di dunia ini. Jangan biarkan diri kita dilabel sebagai 'tak amanah' atau 'tak jujur', atau pengkhianat atau... 'Dia tu memang tak boleh percaya sangat!'

Ruang-ruang rehat yang menarik.
Sunday, June 07, 2015
Markisa Oh Markisa
Assalam
Hujung minggu yang sangat menyibukkan saya dan cik abang saya. Ada sahaja aktiviti kami berdua. Sabtu sibuk, hari Ahad lagi sibuk. Kedua-dua hari kami ke Lenggeng. Semalam kami pergi juga ke Outlet baru Mitsui Outlet Park yang terletak tak jauh dari rumah kami ia itu di KLIA Sepang. Tapi manusia terlalu ramai sangat hinggakan kena beratur dan nak makan pun susah. Adoii...
Hari ini pula selepas pulang dari Lenggeng, anak dan suami saya sibuk mahu saya masakan Mi Kari, jadi kenalah buat special untuk mereka. Lepas tu, kami habiskan masa melayan pokok markisa kami dan juga memetik hasil buah-buahnya yang sudah masak. Alhamdulillah, buah markisa kami ada beratus biji. Barakah yang diizinkan Allah swt.
Kalau anda tak tahu apa benda buah markisa ni, biarlah saya cerita dan kongsi info sedikit di sini. Buah ini kalau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil 'Passion Fruits' dan berasal dari negara selatan Amerika seperti Paraguay dan Brazil. Biasanya buah markisa dijadikan jus minuman dan kalau makan begitu sahaja pun sangat sedap. Boleh juga makan dengan ais krim, dengan yogurt atau pavlova. Semuanya sedap dan khasiatnya memang fantastic!. Buah markisa mempunyai pelbagai minerals, fiber yang tinggi, pelbagai Vitamin, kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A. Punyai antioxidant yang sangat baik untuk melindungi tubuh badan daripada pelbagai penyakit. Walhasil, kalau rajin makan buah markisa, insyaa-Allah kita dapat mengelakkan tubuh daripada penyakit-penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, athritis, depression, asthma, malah termasuk canser. Kerana Vitamin C yang tinggi dalam markisa, kulit juga mampu jadi lebih baik dan maintain awet muda! Semuanya dengan izin Allah swt.
Kami pun tanam pokok markisa ini secara kebetulan sahaja bila ada member yang berikan benihnya. Mula-mula tu saya tak tahu pun yang itu pokok markisa. Kemudian bila dah naik tinggi barulah saya tanya kakak saya. Alhamdulillah pokoknya tak banyak pun, tapi buahnya jadi beratus biji. Markisa agak mahal juga bila dibeli di pasar raya, kadang-kadang payah nak jumpa. Kalau di Indonesia, memang sangat popular.
Okeylah... mungkin lepas ini anda semua boleh cuba tanam markisa pula. InsyaaAllah anda akan suka dengan buahnya. Saya dan cik abang saya, kami makan setiap pagi... memang lazat!
Wassalam.
Semua gambar di atas ini adalah pokok dan buah markisa yang kami tanam di depan rumah kami di Nilai. Alhamdulillah.

Saturday, June 06, 2015
Tahniah Kepada Datuk Salmah!
Assalam
Tak bercadang untuk update blog pada hari ini, tetapi update juga. Bukannya apa, tetapi rasa seronok pulak hari ini kerana BFF saya dah dianugerahkan gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan Agong pada hari ini! Alhamdulillah. Sekadar untuk ucapkan tahniah dan syabas kepada Salmah, orang besar di MARA, my best friend!
Semoga Allah rahmati hidupnya dunia akhirat.
Nampak gayanya, empat orang rakan-rakan baik saya (wanita) dah pun bergelar Dato' atau Datuk, tak termasuk rakan-rakan lelaki. Waaahhh... seronoknya.

Friday, June 05, 2015
Hidup Dalam Dunia Khayalan
Assalam
Saya tak tahulah kenapa tetapi banyak yang search mencari novel terbaru saya terutama yang diterbitkan pada tahun ini. Mungkin sebab dah lama saya tak keluarkan novel baru kot. Mungkin ada yang rindu nak baca karya saya. Mungkin juga ada yang terbiasa dan dah jadi tabiat untuk mencari novel saya.
Saya difahamkan bahawa sekarang ini memang terlalu ramai penulis yang menulis novel cinta dan macam-macam cerita cinta fantasi yang diceritakan hinggakan ramai remaja dan juga pembaca yang berusia, terasa seperti teringin untuk berada di dunia fantasi ini. Hahaha... biasalah kan, mungkin dunia ini penuh dengan ujian dan penuh dengan cabaran dan rata-rata, tak ada apa yang indah sangat bagi kebanyakan orang. Itulah sebabnya seronok untuk berfantasi dan berkhayalan. Orang kata mimpikan benda-benda yang secara logiknya tak mungkin dapat.
Begitu juga dengan penulis, seronok menulis cerita-cerita tak logik kerana terpengaruh dengan sesuatu yang berada di luar kebiasaan. Bayangkanlah, rata-rata kita tak mempunyai paras rupa seperti pelakon-pelakon di peti TV atau model yang rupawan. Rata-rata juga tak berduit banyak dan tak merasa benda-benda yang menjadi impian. Kadang-kadang rupa tak ada, tapi mungkin duit banyak kot, tapi ada yang berupa tapi tak berduit pula. Alangkah indahnya kalau ada rupa, ada duit yang berlambak pulak... mesti seronok, kan? Bertambah hebat kalau dapat pula kahwin dengan lelaki kacak yang punyai duit tinggi macam gunung, bawa pula kereta mewah yang menjadi idaman!
Huhu... memang seronok sangat-sangat! Saya ketawa mendengar cerita seseorang. Katanya, "Memanglah seronok baca novel cinta ni, sebab heronya tak ada yang tak handsome. Dah tu banyak duit pulak. Nak apa pun dapat aje. Kalau kita tengah baca di waktu malam, tiba-tiba kita kembali ke alam realiti dan terpandang pada suami yang sedang 'megholoh', mana dengan perut buncitnya, muka pun tak handsome, ternganga lagi, kalau silap-silap berdengkor pulak... memang tak ada selera nak pandang. Lebih baik terus ajelah baca novel yang ada kat tangan. Lagi seronok berkhayalan dan berangan-angan!"
Iya ke macam tu?
Saya tertanya-tanya juga. Kalau ada pembaca yang baca novel sebab mencari satu 'escapism', mungkinkah juga ramai penulis yang menulis cerita tak logik dan melampau fantasinya kerana penulis juga perlukan 'escapism' yang sama?
Hahaha... saya tak mahu jawab sebab saya pun tak tahu apa yang ada di fikiran orang hari ini!
Semoga negeri Sabah selamat dari bencana gempa bumi dan rakyat Sabah juga diselamatkan, amiin.

Baca novel dalam kelambu
Thursday, June 04, 2015
Ramai-Ramai Buat Kerja Haram!
Assalam
Memang kecoh dengan cerita kezaliman yang berlaku pada puak Rohingya di Sempadan Malaysia. Malah, bagi kita yang prihatin, apa yang berlaku ini sungguh memalukan negara ini. Bayangkanlah, bukan hanya yang kaki gengster terlibat untuk 'human traficking' tetapi kakitangan kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas untuk negara pun sama macam gengster juga. Nampaknya terlalu ramai manusia tamak haloba yang fikirkan tentang perut mereka sahaja. Bukan sekadar yang mahu jadi kaya raya, tetapi mereka yang biasa-biasa pun terlibat sama tanpa ambil peduli yang mereka sedang melakukan satu kezaliman kepada orang Islam Rohingya.
Tak payahlah kita nak kecohkan konon-konon orang Rohingya ini bukannya baik sangat, kerana sekarang ini memang terbukti memang banyak orang Malaysia yang sama-sama jahat! Nauzubillah. Bila kes dah jadi besar dan satu dunia kecoh, barulah kita kelam-kabut padahal dah ramai yang tahu dan sedar tentang apa yang berlaku sejak bertahun-tahun lamanya. Sungguh-sungguh memalukan! Tak tahu mana nak sorok muka di muka bumi ini, apatah lagi pada Tuhan.
Semalam, saya menghadiri satu forum yang dikendalikan oleh UKM dan mereka berbicara tentang hak puak Rohingya sebagai manusia yang hidup di bumi ini. Rata-rata, apa yang disampaikan oleh pakar dan juga mereka yang berkorban untuk membantu orang-orang Rohingya ini menyentuh hati saya secara total. Seorang wakil NGO telah bercerita apa yang dilihatnya dan pengalamannya dengan mereka yang uruskan orang-orang Rohingya yang teriniaya ini. Kata Cikgu Azmi, ada imam sebuah masjid (dia tidak mahu menyebut nama masjidnya), tidak mahu membenarkan jenazah orang Rohingya disembahyangkan di masjidnya dengan alasan orang Rohingya ini bukan rakyat Malaysia. Terpaksa mereka sembahyangkan jenazah di atas tangga masjid sahaja. Kemudiannya pula mereka tak benarkan jenazah di kebumikan di tanah perkuburan kerana katanya jenazah bukan rakyat Malaysia. Astaghfirullah... saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Bila Cikgu Azmi kata mahu campak sahaja mayat ke dalam tong sampah, mereka kata, "Takkan kot nak buat macam tu?"
Adoii... bila saya mendengarnya saya jadi hairan sungguh-sungguh, kalau dah imam masjid sikapnya begitu, memang tak boleh nak kata apalah kalau yang lain-lain lagi teruk kelakuannya! Secara logik, saya tak tahu nak fikir macam mana lagi. Tapi realitinya memang banyak sungguh orang yang tak punyai akhlak, tak punyai iman termasuklah mereka yang bertopengkan agama!
Sebab itulah aktiviti seperti ini bermaharajalela di Malaysia kerana terlalu ramai sangat manusia yang sanggup beri keluarga mereka makan duit hasil dari wang haram! Orang yang datang kita panggil pendatang haram, tetapi kita pun terlibat sama melalui hasil haram!
Terlalu banyak gengster di negara ini!

Wednesday, June 03, 2015
Jangan Melangit!
Assalam
Selamat pagi semua semoga kita dilindungi Allah swt.
Sentiasa saya nak mengingatkan diri dan juga ahli keluarga saya, jangan sekali-kali jadi manusia sombong dan bongkak! Allah swt tak pernah suka perangai yang sebegini. Tapi memang menghairankan terlalu ramai manusia yang sombong lagi suka berlagak. Yang paling teruk kalau kita tak punya apa sangat tapi melangitnya terlalu tinggi. Sangat biasa juga bagi yang dulunya tak pernah rasa dan bila dah dapat sikit atau banyak, jadi lupa diri terus melonjak seolah-olah duduknya dah sampai langit.
Agaknya susah sangat kot kalau nak merendahkan diri. Mungkin dah ada banyak material yang terkumpul, tapi apa salahnya kalau tak jadi manusia bongkak? Kan kita ni asalnya dari air dan tanah dan ke tanah juga kita akan kembali, tapi mengapa bila ada sedikit, kita dah melangit?
Dalam hidup saya ini, memang ramai benar yang saya jumpa begini. Kadang-kadang datangnya dari kaum kerabat sendiri. Padahal bukanlah hebat mana pun. Tapi sebenarnya, orang hebat biasanya merendah diri, jarang jumpa yang bongkak sombong. Lagi rendah dirinya, lagilah dihormati orang sekeliling. Kalaupun kita jadi bos besar, tak payahlah nak bongkak sangat. Nak jadi orang yang tegas, okey saja, tak perlu jadi mereka yang menongkat langit.
Kata orang putih, "Be humble" and "Be polite", sepatutnya kita orang Islam memang begitu. Tak lupa pada kawan, tak lupa asal-usul kita, tak lupa pada orang-orang yang pernah menyokong kita, tak jadi kacang lupakan kulit!
Kalau kita pernah jadi bos, dan bila kita dah tak jadi bos lagi, namun orang-orang yang pernah kerja dengan kita akan terus hormat kita. Mereka pandang pada sikap kita dulu yang tak pernah menyombong diri. Lagipun... siapalah kita ni, kan? Hanyalah hamba Allah swt... insan biasa yang kerdil dan hina. Biar kita merendahkan diri asal Allah rahmati hidup dan akhirat kita nanti. Subhanallah.
Wassalam.
Comel, kan?

Tuesday, June 02, 2015
Jangan Kedekut Sangat
Assalam
Dari pagi hingga ke tengah hari, kami di Lenggeng kerana ada urusan. Sejak kebelakangan ini, saya sering sibuk, bukan sekadar kerana kerja menulis, tetapi banyak sangat urusan peribadi. Namun alhamdulillah, Allah swt berikan tenaga dan inspirasi.
Tadi, saya mendapat info tentang seorang wanita yang bekerja dengan salah seorang kenalan saya dan wanita berkenaan mempunyai dua orang anak yang OKU. Kebetulan salah seorang jatuh dan dimasukkan ke hospital. Kesian betul melihat keadaannya. Yang pasti, si ibu pula perlukan bantuan orang ramai dalam bentuk kewangan untuk meringankan bebannya.
Seelok-eloknya, kita yang mempunyai keupayaan, hulur-hulurkanlah di mana perlu. Malah, tak payah kaya pun tak apa kerana sedekah semestinya membawa hikmah buat sipemberi. Bukan sekadar mendapat ganjaran di akhirat nanti, tetapi di mana yang patut, Allah pasti ringankan dosa kita. Semoga kita tak menjadi manusia yang bakhil dan kedekut. Jauh lagi baik bagi kita menghulurkan bantuan kepada ibu yang begini, semestinya sangat memerlukan bantuan kita, kalau dibandingkan dengan ibu yang sengaja meminta di sana sini sekadar untuk mendapat keselesaan hidup dari segi material.
Memang ada ibu-ibu di luar sana yang mahu cari jalan mudah untuk mencari wang dan keselesaan. Ada ibu yang sanggup jual maruah untuk jadi cepat kaya. Ini adalah kes malang sebenarnya.
Namun, memang layak buat ibu yang memerlukan bantuan seperti cerita yang saya sampaikan di atas tadi. Bayangkanlah kalau kita mempunyai dua orang anak-anak OKU, semestinya banyak belanja dan keperluan yang perlu ditampung.
Semoga kita membuka hati dan jiwa untuk bersedekah dan menginfakkan harta kita di mana-mana yang kita mampu dan perlu. Allahuakbar.

Subscribe to:
Posts (Atom)