Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, September 14, 2011
Berharga Sangat Ke Nyawa Orang Amerika?
Salam semua
Sebenarnya saya nak berbual tentang hal satu ini, tapi duk kalutkan hal lain, saya tak sempat nak bangkitkan subjek ini, iaitu tentang kekecohan puak Amerika dalam mengingati kisah tumbangnya 'Twin Towers' mereka di New York, sepuluh tahun yang lalu.
Hal ini memang saya susah nak lupa pun, kerana ketika 'Twin Towers' di New York telah dikatakan kena serang, banyak kesannya buat umat Islam seluruh dunia. Kebetulan, anak sulung saya ketika itu masih berada di Montreal, Canada kerana melanjutkan pengajiannya. Kebetulan juga beberapa bulan sebelum itu, kami sekeluarga telah ke New York (sempat lihat kedua-dua bangunan itu) dan seterusnya ke Montreal. Ketika kejadian tumbangnya 'Twin Towers', anak saya sedang menunggu penerbangan untuk ke London kerana dia telah memilih untuk berpindah benua, dari Canada hendak ke UK pula. Kerana kejadian itu, saya terpaksa menukar penerbangannya (dengan kerugian) kerana kami tidak mahu Faiz ditahan di Amerika Syarikat. Dari Canada, Faiz telah terus terbang ke UK tanpa melalui Amerika (pada asalnya kena melalui Amerika). Itu merupakan satu keadaan yang saspens buat kami semua. Faiz terpaksa tinggalkan semua buku-buku (Islamik) dan juga mencukur jambangnya untuk keselamatannya.
Apa pun, saya percaya kejadian yang berlaku di 'Twin Towers' New York itu adalah satu konspirasi puak Amerika (Bush dan CIA juga Israel) untuk memberi lesen kepada mereka untuk menyerang Iraq dan juga Afghanistan. Sehingga hari ini (setelah sepuluh tahun), keadaan kedua-dua negara (Iraq dan Afghanistan) itu masih huru-hara sedangkan Amerika tidaklah terseksa, sekadar hilang lebih tiga ribu nyawa, itu sahaja. Kalau dibandingkan dengan apa yang Iraq dan Afghanistan hilang, bukan sekadar melebehi sejuta yang hilang nyawa (kanak-kanak, perempuan, orang awam), juga hilang harta benda, musnah negara. Siapa yang peduli? Tak ada siapa pun yang kisah. Satu dunia masih kecohkan 9/11 atau 11/9? seolah-olah nyawa orang Amerika jauh lebih berharga daripada nyawa orang lain di dunia ini, apatah lagi nyawa orang Islam.
Saya percaya, nikmatnya jadi orang Islam ialah kerana kita tidak takut dengan kematian kerana kita semua tahu, akhirnya nanti kita akan mati jua. Sekalipun ramai yang terkorban, namun semangat juang umat Islam terus kekal, sedangkan askar-askar Amerika yang pulang ke negara mereka (dari Iraq dan Afghanistan) terus hidup merana, kalau tidak yang sampai jadi gila.
Saya juga berharap agar kita semua tidaklah mengangung-agungkan kejadian 9/11 atau 11/9 itu, kerana sebenarnya banyak lagi hal lain yang lebih penting. Misalnya tentang kebuluran di Somalia, banjir di India dan Pakistan dan banyak lagi negara-negara dunia ketiga. Lagipun, tak ada apa sangat yang istimewa tentang orang Amerika. Mereka juga pernah membunuh orang-orang asli di negara mereka dan pernah juga menjadikan orang kulit hitam sebagai hamba abdi. Jadi... biarlah kita lihat akan kesengsaraan orang lain, yang jauh lebih teruk lagi daripada mangsa-mangsa 9/11 itu!
Sebagai orang Islam, bukalah hati dan fikiran kita, jangan terlalu mudah terasuk dengan kempen orang-orang Barat!
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)