Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, October 07, 2014

Ingat Perempuan Tak Boleh Bosan Ke?

Assalam...

Semoga anda semua bersemangat untuk melakukan rutin harian, tak kiralah bekerja di tempat kerja atau bekerja di rumah.

Sengaja saya bangkitkan tajuk di atas ini untuk dijadikan bahan cerita entri kali ini. Pernah beberapa tahun yang lalu, saya mengisahkan tentang rungutan seorang kenalan wanita tentang kebosanannya terhadap suaminya. Hahaha... kita biasa dengar tentang lelaki atau suami yang suka buat hal, konon-konon nak cari perempuan lain kerana merasakan bahawa isteri mereka mungkin membosankan. Malah, lelaki memang senang nak buat hal, kadang-kadang mungkin sengaja mencari sebab dan alasan. Maklumlah, konon-konon kuota mereka ada empat! Paling nak buat hal kalau terasa macam poket mereka banyak isi. Malah, perempuan luar pun memang suka yang lelaki berpoket penuh. Ramai yang nak cari macam ni. Kalau yang papa kedana, semua pun tak nak!

Tapi ini yang saya nak ceritakan bila mana para isteri berasa bosan dengan suami mereka. Eh, ingat perempuan tak boleh bosan ke? Memang ramai wanita yang juga mempunyai wang sendiri. Mereka tak berasa gerun dengan lelaki. Jangan ingat lelaki sahaja yang hendakkan isteri menarik, ramai para isteri bosan melihat suami mereka yang semakin hari semakin selekeh! Perut mula buncit mengalahkan perempuan mengandung! Rambut pula kalau yang masih ada tu, macam kusut masai... tak terurus. Pakai pakaian pun comot-comot. Tidur pulak kuat berdengkur macam keretapi lokomotif!
Ya... perempuan juga punyai perasaan. Bukan bermakna bila perempuan bosan mereka nak cari lelaki lain, tetapi mereka malas nak layan suami mereka kerana lelaki yang mereka kahwini itu tidak lagi menarik seperti dulu!

Jadi... ramai perempuan yang sibukkan hal lain. Misalnya sibuk dengan kerjaya mereka. Ada juga lebih seronok belajar agama dan tumpukan perhatian pada Tuhan. Bukan dah tak sayangkan suami, tapi... just boring!

Hahaha... lelaki juga mesti tahu semua ini. Jangan ingat mereka sahaja yang boleh berubah angin. Malah, memang wajib juga lelaki bertanggungjawab untuk jaga  penampilan untuk kerutukunan rumah tangga. Perempuan pun macam tu juga, mereka ada cita rasa. Jangan lelaki hanya tahu mahukan isteri yang bergaya menarik, tetapi diri sendiri semakin tak terurus. Kadang-kadang duit banyak, tapi 'take things for granted'.  Kalau semakin hari semakin tak menarik, macam mana para isteri nak beri layanan yang baik-baik. Boring maaa!

Inilah cerita teman-teman yang dah lama berkahwin. Kadang-kadang ada para suami yang mula merasakan bahawa isteri-isteri mereka malas nak layan, mereka pun mulalah nak cari lain di sana-sini. Sebenarnya kalau mereka tengok pada cermin betul-betul, mungkin para isteri tak berubah rasa. Para isteri pun inginkan suami-suami yang menarik. Perut biarlah tak buncit sangat. Tidur janganlah macam kapal kargo belayar di lautan, badan tu biarlah selalu wangi. Tak naklah asyik bau peluh yang hanyir....

Memanglah kalau dapat pada wanita yang desperate, mereka tak kisah pun asal sahaja dapat duit. Tak banyak pun tak apa. Sanggup aje...

Tapi bagi para wanita yang tak desperate... adoii... mestilah mereka mula jadi bosan.

Kata seorang kenalan, "I terpaksa bagi tahu my hubby... 'kalau you nak I layan you macam dulu-dulu, you pun kenalah jadi macam dulu-dulu. Walaupun tak mungkin boleh jadi muda dan handsome macam dulu, tapi biarlah tak comot melampau. Janganlah pakai kain pelekat sana sini macam mamak roti canai. Biarlah romantik sikit... tak kaku macam kayu. Asyik mengadap TV'..."

Iyalah... perempuan pun ada perasaan. Jangan ingat lelaki sahaja yang nak isteri bergaya cantik, tetapi ramai para isteri yang mahukan suami mereka sentiasa bergaya. Tambah pula kalau isteri yang selalu expose kepada benda-benda yang menarik! Mata mereka pun mahu yang elok-elok, tak membosankan!

Biarlah sama-sama nampak menarik, barulah senang nak ngam!

Wassalam.

PS:

Anak kedua saya Irfan sudah pun berada di Jerman bersama rakan tugasnya. Mereka bukan melawat tetapi berexhibit di sana.

Pelakon dan krew drama Setulus Janji kini sudah pun berangkat ke Manchester, England untuk 'shooting' di sana.