Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, April 14, 2013

Pilih Betul-Betul

 
 Sebahagian dari lirik lagu 'Rembau Most Wanted'


Assalam semua

Saya ni bukanlah kaki dengar muzik, tapi kadang-kadang saya dengar jugak. Saya nak tahu juga perkembangan tentang semua hal di dunia ini. Tak mahulah taksub dengan satu benda dan melekat dengan itu sahaja. Baru-baru ini, saya dengar lagu baru yang berentak rap atau hip hop. Lagu nyanyian 'Waris' dan lagunya bernama 'Rembau Most Wanted'. Jangan ingat saya tak mampu dengar lagu rap, R&B, blues dan yang lain-lain. Saya boleh dengar semua. Kebetulan, saya rasa lagu slanga Negeri Sembilan yang dinyanyikan 'Waris' ni macam interestinglah pulak. Walaupun lagu itu berbahasa 'rojak', tapi macam okeylah pulak... ada lirik menarik dalam nya.

Okeylah... sebenarnya kita memang ada pilihan untuk buat apa yang kita suka. Ada orang pilih untuk dengar lagu 'Psy' penyanyi Korea berulang-ulang kali, sampai hafal. Lagu baru 'Psy' mempunyai ciri-ciri yang sama, tapi bagi saya lagu-lagunya membawa kita kepada 'mentaliti rendah', yang tak ada apa-apa makna, sekadar mengata-ngata sahaja. Tapi bayangkanlah, lagu-lagu seperti itu, mampu untuk membuat seluruh dunia terikut-ikut. Kesian, kan?

Berbalik pada kita yang hidup di negara Malaysia ini, terutamanya orang Melayu. Apakah kita berfikir tak, fikir masak-masak apa akan terjadi pada kita the next five years or ten years or fifteen years? Kali ini, siapa yang kita undi, itulah yang akan mencorakkan masa depan kita. Kadang-kadang, kita terikut-ikut dengan emosi, hinggakan kita terlupa bahawa ramai yang sedang mengatur kad dan menyusun baik-baik, agar orang Melayu akan terus terperangkap!

Undi Melayu akan berpecah tiga. Jumlah besar akan jadi ciput. Sangat mudah untuk dicampak kita ke tempat lain!

Kalau kita perhatikan betul-betul, kita sebagai orang Melayu yang mempunyai jumlah penduduk teramai, tetapi tidak mempunyai kekuatan ekonomi. Kita hidup dengan cara yang sipi-sipi, tumpang sana-sini. Sekarang ini pula, kalau tak betul gaya, kita akan terus hilang semuanya. Orang tua-tua kata, kita akan berputih mata. Semuanya kerana kita suka terikut-ikut dan kita suka beremosi. Selama ini pun, orang Melayu tak mahu bekerjasama, tak pernah mahu menyokong sesama sendiri. Orang lain melihat kelemahan kita ini dan tentunya orang sedang mengatur strategi.

Saya bukan kaki politik, tapi dalam politik, memang itu caranya. Atur strategi. Tak payah ramai orang pun tak apa, yang penting strategi mesti tepat. Bila tepat, yang lain-lain akan terjatuh dalam perangkap yang sedang diaturkan.

Jadi... kalau anda merupakan orang Melayu dan sedang fikirkan apa yang anda harus lakukan, nasihat saya ialah untuk anda ambil peluang ini berfikir secara positif untuk kebaikan anda sendiri, masa depan orang Melayu. Jangan sampai 'Melayu hilang di dunia ini'.  Orang putih kata, 'Lebih baik pilih hantu yang kita dah kenal daripada hantu yang anda tak tahu. Biasanya hantu yang kita tak kenal ini, jahatnya lagi dahsyat!' Wallahuaklam.