Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, May 23, 2013

Cakap Tak Serupa Bikin


               cilok dari yahoo

Assalam

Pernah tak dengar ungkapan 'Cakap tak serupa bikin' ni? Mesti ada, kan? Tambah semasa sibuk dengan kempen politik, memang banyak sangat yang bunyi macam tu. Tapi... biarkanlah ahli politik, biasanya semua pun sama, cakap tak serupa bikin. Sebabnya, cakap memang senang, nak buat tu lah yang jadi payah. Masa bercakap atau masa berkempen, semua pun bagus... hehe.

Tapi dalam kehidupan kita seharian pun, ramai yang macam tu. Bila bercakap, semuanya okey belaka. Kalau kita dengar, turut sama jadi berkobar-kobar. Bersemangatlah. Tahu-tahu, janji tak ditepati... lain cakap, lain pulak jadinya. Dengan kawan, mungkin dengan jiran, dengan sanak saudara dan teman sekerja. Ada-ada sahaja. Kata orang, masa bercakap tu, semuanya sedap belaka.

Kata-kata orang, kita boleh dengar atau lihat (sekarang ni zaman visual), tapi hati orang kita tetap tak tahu. Masa baik, masa suka, cakap bunyi macam turun dari kayangan. Tapi bila tak suka atau dah muak, perbuatan dah macam ahli neraka! Nauzubillah. Begitulah kita manusia... sentiasa buat kesalahan. Cepat-cepat buat solat taubat, agar Tuhan ampunkan perbuatan kita tu.

Tapi janji... mana boleh lupa pada janji, kan? Berdosa kalau tak tepati janji. Apa sahaja yang kita janji, kenalah tunaikannya, kecuali kalau janji kita itu bercanggah dengan hukum agama.

Kalau kita pinjam duit orang, kita mestilah bayar, kalau tak ada duit, kita bagi tahu pada si tukang pinjam. Minta maaf dan mungkin tunda tempoh untuk bayar balik. Janganlah buat macam tak tahu aje, seolah-olah kita tak pernah pinjam apa-apa. Tahu-tahu kita mula bercakap macam ustaz atau ustazah, macam kita ni baik sangat, dah diberi kunci untuk jaga pintu syurga. Pada hal, janji yang kita buat tu, kita belum tunaikan pun. Duit yang kita pinjam, kita buat-buat lupa pulak! Nauzubillah.

Bila kita bercakap, pastikan kita buat. Jangan cakap kosong. Siapa nak percaya pada kita lagi?

Semoga kita sama-sama jaga pada janji-janji kita. Biar kita buat apa yang kita cakap. Wallahuaklam.

Wassalam.