Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, June 22, 2013
Hebat Ke?
Assalamualaikum.
Pagi ini, jerebu di luar rumah saya tidak seteruk semalam. Tapi, bila tengah hari nanti, tak tahulah pula bagaimana keadaannya nanti. Malah, di malam hari, bila buka pintu, kita boleh bau 'terbakar' di luar sana. Dahsyatnya, seolah-olah ada kebakaran di luar rumah kita!
Saya biasa ke Sumatera, terutama di daerah Riau, malah suami saya memang selalu sangat ke sana dan kami memang tahu, kebanyakan ladang-ladang yang luas terbentang di kawasan itu, adalah kepunyaan rakyat luar, bukan pun semuanya dimiliki orang Indonesia. Jadi, bila cuaca berjerebu, maknanya sama-sama bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini.
Okeylah, mungkin kita tak usah terlalu beremosi dengan hal jerebu ini, kerana dalam keadaan sekarang ini, sudah menjadi 'bencana alam' yang dilakukan oleh manusia sendiri. Mungkin kesannya bukan hari ini, tetapi di kemudian hari.
Saya nak bualkan tentang rakan dan kawan, mungkin juga kenalan kita. Bila saya bercerita ini, bukanlah maksudnya untuk 'mengaibkan' siapa-siapa, sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, mungkin juga untuk mengingatkan diri saya sendiri. Kadang-kadang, dalam keadaan tertentu, kita sering terlupa bahawa kita hanyalah manusia kerdil yang mempunyai banyak kekurangan. Bila kita rajin ke surau, bila kita suka mengikut kumpulan usrah, bila kita belajar mengaji dan dah pantas membaca al Quran, itu tidak bermakna bahawa kita sudah duduk di depan pintu syurga. Bila kita rasa yang diri sudah tinggi ilmu, bila kita rasa yang kita dah jadi orang yang bijak pandai, dah puas merantau sana-sini, tidak semestinya kita boleh berbangga dengan diri kita itu, kerana sehebat mana kita sekalipun, kita tetap mempunyai kekurangan.
Kalau kita rasa yang kita dah jadi kaya-raya, mempunyai kereta mewah dan rumah besar yang tersergam indah, wang setinggi gunung, tidak bermakna yang kita sudah mengecapi kebahagiaan dunia akhirat.
Allah SWT tidak suka kepada manusia yang rasa hebat, kerana tiada apa-apa yang lagi hebat daripada Allah SWT. Selagi kita tidak lupa diri, selagi kita rasa rendah diri pada Allah, mungkin kita akan sentiasa jadi insan yang 'cool', tidak berbangga diri, di atas apa jua nikmat dan anugerah yang ada pada kita. Subhanallah.
Wallahuaklam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
