Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, December 04, 2012

Tahu Siapa Psy, Tapi Tak Tahu Belarus Itu Apa

                    Inilah peta negara Belarus
          Yang ini, semua remaja tahu sangat-sangat


Salam

Hari ini, remaja kita tidak lagi seperti dulu-dulu, sekalipun keputusan di sekolah mereka mungkin cemerlang, namun rata-rata mereka tidak peka dengan apa yang terjadi di dunia luar. Masing-masing terlalu taksub dengan gadget-gadget yang ada kini dan hampir setiap hari dan masa yang ada, ramai yang habiskan masa berkomunikasi dengan gadget mereka sahaja. Masing-masing ralit ber SMS atau bermain 'games', atau melayari You Tube dan yang lain-lain, hinggakan tak ambil peduli dengan apa yang sedang berlaku di tempat orang. Malah, kalau ada apa-apa yang berlaku di tempat sendiri pun mereka tak ambil tahu.

Remaja hari ini hanya mahukan hiburan dalam hidup mereka. Kalau dapat ketawa banyak-banyak, ramai yang suka sangat-sangat, hinggakan tak harapkan apa-apa lebih daripada itu. Mereka ke sekolah dan mungkin ada yang terpaksa hafal buku, tapi tak banyak ilmu yang mereka pungut. Kenapa begitu?

Remaja hari ini tidak hidup susah. Rata-rata semuanya cukup untuk mereka dan kerana itu, mereka tak perlu fikir sangat. Apa sahaja yang mereka mahu, mereka dapat. Mereka tak kisah pun negara Libya itu letak di mana. Tak tahu pun ada negara bernama Belarus. Tak kisah pun apa yang terjadi di negara China ke atau Afrika. Mereka suka tengok 'football', tapi tak tahu pun Manchester atau Liverpool itu letaknya di mana.

Okeylah, saya akui bukan semua remaja yang begitu, tapi tak usahlah beritahu pada saya yang apa saya katakan ini tidak benar langsung! Kalau anda tak percaya, cuba anda bersembang-sembang dengan pelajar sekolah yang cemerlang di sekolahnya.

Sebagai ibu bapa yang bijak, kita kena selalu berkomunikasi dengan anak-anak dan pastikan anak-anak tidak terlalu ghairah dengan alat komunikasi masing-masing sekadar untuk bermain 'game' atau berSMS kosong dengan teman-teman mereka. Ajaklah anak-anak kita untuk bersembang dengan orang luar, melihat berita di TV, membaca di komputer atau membaca buku yang mampu memberi ilmu buat mereka. Jangan biarkan anak-anak kita berkhayalan dengan hiburan kosong, taksub dengan pelajaran yang diturunkan secara 'lawak-jenaka', kerana hal-hal ini mampu merosakkan fikiran anak-anak kita. Biarlah anak-anak kita mempunyai akal dan fikiran yang matang, tidak ralit dengan hal-hal yang kosong sahaja.

Cuba kita lihat dunia Islam yang lain, banyak yang sudah dimusnahkan kerana itulah strategi mereka yang benci pada orang Islam. Mereka akan cuba musnahkan dengan apa cara jua. Kita di sini wajib peka dengan apa yang berlaku di luar sana. Biarlah anak-anak kita jadi orang yang bijak, bukan sekadar kenal siapa Justin Bieber dan siapa Psy... itu sahaja.

Wassalam.