Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, May 07, 2015

Budaya Ada Kelas vs Tak Ada Kelas.

Assalam

Semalam, saya dan teman-teman bercakap-cakap tentang pertabalan Sultan Perak yang baru dan kami bualkan tentang apa yang dibicarakan tuanku. Kami semua percaya apa yang diucapkan tuanku merupakan catatan yang diatur secara peribadi, bukan hasil usaha orang di bawahnya. Sultan Perak amat suka membaca dan beliau juga rajin buat research dan kami kagum dengan apa yang dibentangnya. Ada kelas, beb! Hari ini, memang payah nak jumpa ketua negeri yang bijaksana. Harap-harap Sultan Perak menjadi contoh yang baik, mendahulukan agama, negeri dan rakyat. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Lagipun... siapalah kita kalau bukan hamba Allah yang kerdil sekalipun memegang gelaran sultan! Allahuakbar!

Okeylah berbalik pada realiti alam ini, semalam juga saya marah-marah pada seorang rakan lelaki saya. Bukannya apa, tetapi dia forward pada saya satu klip 'gurau' yang dibuat oleh kaum Adam dan bagi saya klip itu menyinggungkan perasaan para wanita seperti saya. Saya pasti ramai yang tak suka kecuali kalau wanita itu merupakan wanita yang tak ada kelas! 'Klip gurau' yang saya maksudkan konon-konon menggambarkan wanita seperti 'washing machine', bukan hanya mampu untuk masak dan menghidangkan suami mereka dengan makanan yang enak, tetapi juga menjadi seperti pelacur jalanan untuk puaskan nafsu sang suami. Klip itu bercerita kalau wanita tak boleh beri layanan sebegitu, pasti suami akan cari lagi satu!

Mentaliti bahlul! Itulah deskripsi saya buat lelaki yang merasakan wanita dijadikan Tuhan seolah-olah seperti 'washing machine' yang tiada nilainya. Bila-bila pun boleh beli, kalau rosak boleh ganti.

Saya percaya memang ramai lelaki yang begitu kot. Sebab itulah minuman seperti kopi jantan lah, kopi tongkat ali lah... sangat laku, kerana rata-rata kepala otak lelaki sangat lucah, hanya fikirkan tentang seks! Sangat low class!

Beginilah dunia hari ini bila semuanya menjadi budaya 'forward', maka keluarlah segala macam fitnah, seolah-olah kita manusia sudah tiada imannya. Masing-masing gelak dan seronok bercakap tentang seks, pada hal terlalu banyak perkara penting yang harus difikirkan untuk dunia dan akhirat. Bagaimana mahu kita hormati mereka yang mempunyai mentaliti begitu?

Ada kelas dengan tak ada kelas, inilah dianya.

Wassalam

                                             Sharifah Nabeehah bersama Habibnya di Fort Supai