Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 04, 2016

Kawan Oh Kawan

Assalam

Dah lama bercuti panjang untuk budak-budak sekolah, hari ni bermulalah sekolah semula. Ada yang suka, ada juga yang sedih. Drama hidup kita kan. Kalaulah kanak-kanak ni tahu yang zaman persekolahanlah yang akan banyak tinggalkan kenangan buat kita. Tak tahulah saya orang lain, tapi buat saya, zaman persekolahan lah yang paling banyak kenangan manis. Sebab itulah sampai sekarang, saya tetap rapat dengan kawan-kawan sekolah, ada yang sejak sekolah rendah lagi hinggalah sekarang. Alhamdulillah, nikmat Allah buat hamba-Nya. Syukur.

Bila bercerita tentang kawan dan rakan, semestinya kita semua tahu betapa hidup kita sentiasa dikelilingi rakan-rakan kerana hidup tanpa rakan, memang sesuatu yang sangat pelik. Pun begitu, walaupun ada kawan-kawan baik yang kita jadikan pohon rendang untuk berteduh, ada ketika, kawan-kawan juga yang akan membawa bala dalam hidup kita.

Kita kena betul-betul bijak memilih kawan. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa wajib menasihati anak-anak untuk betul-betul memilih kawan mereka kerana kalau tersilap, akan mengundang padah dalam hidup anak-anak itu. Kalau kita mengajar anak-anak untuk memilih kawan, hingga ke dewasa insyaa-Allah mereka akan bijak mendekatkan diri dengan orang-orang yang membawa kebaikan buat mereka. Kalau tersilap langkah, hidup kita mampu kecundang dek kerana bertemankan mereka yang bertopengkan syaitan! Berjaga-jagalah.

Kadang-kadang, bila kita terlalu baik, akan datanglah syaitan-syaitan menghampiri dan berbisik-bisik di telinga kita. Konon-konon merekalah kawan.

Semoga kita dilindungi Allah swt daripada mereka yang berpura-pura menjadi teman, tetapi sebenarnya merekalah yang boleh menjahanamkan kehidupan kita termasuk keluarga kita. Aamiin ya Rabbal alamin.