Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, October 17, 2012
Ku Sangka Nak Hujan, Rupa-Rupanya Tak Jadi
Salam
Hari ini hari Rabu dan di luar sana kelihatan gelap, tapi burung sedang berkicau-kicauan, mungkin tak hujan kot. Lagipun malam tadi dah hujan. Tapi kalau hujan pun saya okey aje. Mungkin ada orang tak berapa gemar kalau hujan di siang hari, susah nak cari rezeki, terutamanya kalau anda meniaga makanan di gerai-gerai. Tapi kan, kadang-kadang kita rasa yang hujan mungkin akan mengganggu rezeki orang tapi di sebaliknya pula, kalau dah rezeki tu ada, ribut taufan pun masih okey juga. Orang tetap berpusu untuk datang membeli. Insya-Allah. Bila hujan, perut terasa lapar. Kalau boleh nak beli makanan dan terus pulang ke rumah untuk makan.
Okeylah... seperti yang kita sedia maklum, kita tak pernah tahu apa yang ada di masa depan kita. Kita rancang macam-macam, tapi kadang-kadang apa yang kita rancang dan impikan tak jadi ke situ. Namun begitu, bila Tuhan sudah menentukan masa depan kita dengan sesuatu itu, insya-Allah itu lebih baik daripada apa yang pernah kita fikirkan. Termasuklah bidang pengajian, pekerjaan dan insya-Allah juga jodoh. Mungkin kita belajar dalam bidang tertentu, tapi bila kita keluar dan mencari rezeki, bidang kerjaya kita tu tak ada kaitannya dengan apa yang kita belajar dulu. Tak rugi, beb.... sebabnya apa sahaja yang kita belajar dulu tu, itu adalah ilmu untuk kita matangkan fikiran. Bila kerja pun, kadang-kadang setelah lakukan sesuatu, kita tak rasa sesuai, lalu kita pun tukar kerja. Tahu-tahu, ada kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa kita. Orait, kita pun okey aje.
Ada orang bercinta dari sekolah rendah lagi. Tapi bila dah ready untuk berkahwin, tahu-tahu tak menjadi. Walaupun mungkin hati tak berubah dan tak ada pun orang ketiga, tapi sesuatu di keliling kita tak mengizinkan kita untuk bersatu. Maka terputuslah ia. Tak apa... jangan panik dan berasa hampa. Kerana apa yang akan jadi jodoh kita kemudiannya, insya-Allah itu lagi baik daripada apa yang anda tinggalkan itu.
Itulah dianya, bila hari gelap, kita sangka nak hujan, rupa-rupanya tak jadi.
Okeylah... mulai esok, blog ini tidak akan diupdatekan hinggalah hari Isnin depan, insya-Allah. Saya akan ke Jogja (YogYakarta) dan juga Solo, Indonesia, bersama suami, dua orang anak dan seorang cucu. Saja-saja je... nak relaks2, dah lama tak berjalan. Semoga saya akan kumpulkan ilham kalau diizinkan Allah swt. Sehingga kita berjumpa lagi, salam sayang saya buat anda yang rajin ke mari dan jaga diri ya!
Wassalam.
PS: Ada yang mencari novel saya 'Buah Hati Meera'. Untuk makluman, novel itu diterbitkan secara digital sahaja atau apa kita panggil e-book.
Masuklah ke :
http://www.e-sentral.com/search/byid/1713
Subscribe to:
Posts (Atom)
