Assalam
Okeylah... kalau bertanya pada orang bujang, mungkin ramai yang suka jawab, "Saya masih belum bersedia untuk kahwin lagi." Jawapan yang sangat tipikal bila soalan tentang kahwin diajukan. Itu kalau belum ada pasangannya lagi, tapi kalau dah ada, mesti soalan kahwin itu menjadi sangat penting, kan? Apa-apa pun, kalau nak kahwin, biarlah kita lakukan kerana Allah taala, semoga perkahwinan kita itu diberkati-Nya. kalau kita pilih untuk kahwin di atas sebab-sebab lain, mungkin payah, kan?
Saya pula, masih belum bersedia untuk bepergian walaupun esok saya akan belayar lagi. Masih kesibukan dengan kerja-kerja yang terpaksa saya siapkan. Maklumlah dah berjanji kan. Insyaa-Allah akan saya siapkan secepat mungkin dan lepas itu barulah boleh pack pakaian untuk bermusafir lagi.
Apa-apa pun, jom tengok gambar cucu baru saya dan juga beberapa foto lain yang saya nak share dengan anda semua.
Jangan lupa, hari ini mungkin episod terakhir bagi ulangtayang drama Selamat Malam Kekasih di TV Al Hijrah, jam 2.30 petang nanti. Jom tengok!
Wassalam.
Syed Tawfiq yang tembam
Baby macho
Keluarga Indonesia ketika kami melepak di Pavilion
Farid Ismeth Emir, Aina Emir dan DJ Fuzz Emir (anak sedara dan cucu sedara saya)
Habib dengan cucu-cucunya
Saya dan Misyal (anak cousin saya)- CEO di Indonesia




