Assalam
Setiap tahun, bila tanggal 31 bulan Lapan tiba, kita sama-sama akan meraikan hari kemerdekaan Malaysia. Alhamdulillah, kita masih wujud dalam keadaan yang masih okey lagi. Walaupun begitu, biarlah kita sama-sama fikirkan sama ada jiwa, minda dan hati kita sebenarnya sudah betul-betul merdeka dan bebas daripada sebarang penjajahan!
Cuba kita lihat di sekeliling kita, siapa agaknya yang sedang meraikan kemerdekaan negara ini? Dalam pada itu, cuba juga kita lihat, siapa agaknya yang sedang mula jadi 'tuan besar' dan siapa pula yang terus 'dijajah' di negara ini. Nauzubillah. Semoga anak-anak muda, anak bangsa kita jangan terlalu ralit dan leka dengan hiburan yang disogokkan kepada kita setiap hari dan jangan pula kita dirasuk fikiran hinggakan kita tidak sedar kita juga sedang dijajah dalam kemerdekaan! Jangan satu hari nanti, kita berputih mata. Wallahuaklam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, August 31, 2013
Friday, August 30, 2013
Kecantikan... Jangan Letak di Tepi Longkang
Assalam
Ada apa pada kecantikan? Sekadar suatu keindahan yang menjadi anugerah Tuhan buat sesetengah manusia kerdil di dunia ini. Pun begitu, setiap kita dijadikan Tuhan dengan keindahan, di dalam atau di luar. Namun keindahan itu akan menjadi lebih cantik kalau kita tahu menghargainya. Sebuah kecantikan itu menjadi betambah indah kalau hati dan budi pekertinya tinggi.
Tetapi malang sungguh kalau kita tidak menghargai pemberian Ilahi ini. Kecantikan akan menjadi sebuah beban kalau kita meletakkannya di tepi longkang! Bila-bila masa sahaja kita akan terjatuh dan bergelumang dalam air yang kotor lagi busuk. Nauzubillah.
Beginilah kehidupan, kalau kita tidak kukuhkan iman. Mungkin kita akan tersesat dan terlupa daratan, menyangkakan bahawa sebuah kecantikan patut kita biarkan menjadi bahan penghinaan.
Saya sekadar mengingatkan kita semua, terutama bagi mereka yang merasakan diri cantik, agar kita tidak biarkan kecantikan memakan diri kita suatu hari nanti. Wallahuaklam.
Sekadar Hiasan

Thursday, August 29, 2013
Drama Bunga-Bunga Kemboja
Assalam.
Hari ini, drama BBK akan masuk ke episod ke 12. Maknanya tinggal satu sahaja lagi. Isnin depan habislah. Tapi saya dimaklumkan bahawa drama ini akan diulangtayangkan di TV2 pulak. Sepatutnya drama ini TV2 yang punya. Apa-apa pun tak kisahlah, TV1 atau TV2, dua-dua pun sama saja.
Okey, mungkin anda nak tahu apa pandangan saya tentang drama BBK ini pulak. Mula-mula saya nak beritahu anda bahawa novel BBK memang menjadi kegemaran kaum lelaki. Memang ramai juga wanita yang minat, tetapi bagi kebanyakan lelaki, selain dari Aura Cinta, BBK merupakan 'favourite' mereka di antara novel-novel saya. Begitu juga dengan drama. Saya dapat banyak feedback daripada kaum Adam, termasuk mereka yang belum pernah baca novel saya. Ada yang sibuk mencari novel saya kerana tertarik dengan dramanya. Tak apalah.
Mula-mula tu, saya sangat bimbang untuk menonton drama BBK ini. Saya gerun, takut dramanya tak menjadi. Tapi alhamdulillah, walaupun agak lambat keluar di skrin TV, nampaknya drama BBK tidaklah mendukacitakan. Walaupun saya tak nafikan masih banyak kelemahannya, tetapi 'overall' drama itu mampu mengekalkan jalan ceritanya. Bagi mereka yang menonton dari mula, mereka akan terus menonton. Walaupun watak-watak utama tidak dipegang oleh mereka yang menjadi pelakon 'popular', namun BBK mampu juga untuk menarik perhatian mereka yang menonton. Setakat ini, paling saya suka ialah Episod 4, Episod 10 dan 11.
Saya tidak mahu komen tentang watak-watak yang dipilih untuk melakonkannya, kerana bagi saya mungkin tak adil kalau saya hanya mahu mereka pilih pelakon-pelakon kegemaran penonton masa kini. Misalnya kalau kita lihat, tak semestinya pelakon popular mampu untuk jayakan sebuah drama atau filem itu. Banyak juga drama dan filem gagal sekalipun dipegang oleh pelakon 'popular'. Biar saya berhenti di situ sahaja tentang isu ini kerana saya tidak mahu komen rezeki orang lain.
Apa pun, saya berasa agak lega juga kerana drama BBK tidak menghampakan saya. Syukur alhamdulillah. Saya juga suka pada lagu-lagu yang dipilih untuk dijadikan latar belakang drama ini. Semuanya menarik.
Wassalam.

Wednesday, August 28, 2013
Tentang Drama SMK
Assalam.
Ramai yang nak tahu apa komen saya tentang drama-drama yang diadaptasi dari novel-novel saya. Bunga-Bunga Kemboja dan Selamat Malam Kekasih.
Seperti yang anda semua sedia maklum, walaupun saya yang tulis skrip untuk semua drama-drama yang diadaptasi dari novel-novel saya, tidak semua yang ada dalam novel dapat saya letakkan dalam skrip. Misalnya dalam drama SMK, bahagian di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia dalam novel terpaksa saya ubah dan tukar. Tapi saya pastikan jalan cerita tidak terjejas. Bagi saya, yang penting ialah jalan cerita. Kemudian barulah pelakon-pelakon dan sebagainya. Kalau ceritanya diubah, maka hilanglah seni dalam novel dan originalitinya.
Alhamdulillah, walaupun drama SMK mungkin ramai yang tak sedar tentangnya yang disiarkan di TV Al Hijrah, tetapi saya percaya ramai juga yang sudah 'follow'. Setakat ini, saya berpuas hati dengan gandingan Aidil Aziz dan Anis Al Idrus, walaupun kedua-duanya bukan pelakon yang 'popular', tetapi mereka mampu membawa watak 'Misyal dan Maya' dengan cemerlang. Malah, kadang-kadang saya percaya yang Aidil itu memang the 'right' Misyal. Saya suka cara Aidil membawa dirinya sebagai Misyal. Dia sangat komited dan pertama kali saya jumpa dengan dia, Aidil berjanji untuk lakonkan watak 'Misyal' dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Anis juga (walaupun menggantikan watak utama yang ditinggalkan oleh pelakon sebelum ini) mampu berlakon sebagai Maya. Mungkin itulah hikmahnya bila produser terpaksa mencari pengganti untuk watak itu. Saya masih ingat macam mana produser saya panik dan sedih dan saya kata kepadanya, "Mesti ada hikmahnya". Untuk makluman anda, Anis Al Idrus memang bertudung (dulu2 tidak). Mungkin ada dua tiga watak (yang tak penting) yang rasa rasa macam tak berapa sesuai dalam SMK ini, tetapi saya tak kisah sangat, sebab saya pun tak mengharapkan kesempurnaan dalam apa jua pembikinan filem atau drama di negara kita ini.
Walaupun SMK hanya ditayangkan di TV Al Hijrah, saya sangat bersyukur kerana sambutannya masih okey. Tetapi yang penting, sebagai penulis, saya tidak terlibat dengan sebarang lakonan-lakonan yang menyakitkan mata atau hati. Tentang BBK, saya akan sambung esok, in syaa Allah. Wallahuaklam.

Tuesday, August 27, 2013
Kita Yang Tidak Sempurna
Assalam.
Mesti ada yang marah kalau saya katakan di sini bahawa orang kita, rata-rata tak suka berfikir panjang. Atau dengan kata mudah, kebanyakan orang kita malas hendak berfikir. Lebih suka ikut sahaja apa kata kebanyakan orang. Paling malang, kalau kata-kata itu keluar daripada mulut orang-orang yang kita anggap alim! Kita terlupa bahawa sekalipun bijak, alim, warak, tinggi melangit ilmu agamanya, apa sekalipun yang dia ada, dia tetap tidak sempurna. Tiada di antara kita ini dijadikan Tuhan serba tahu dan tidak mempunyai kekurangan. Dalam begitu, semestinya ada yang bijak untuk mengambil kesempatan terutama mereka yang tahu akan kelemahan orang kita yang suka 'ikut-ikutan' terutama kalau yang berkata itu konon-kononnya 'bijak pandai' atau alim dan warak!
Kita jadi lemah kalau kita tidak mahu mencari ilmu dan tidak mahu berfikir tentang apa sahaja yang terbentang di depan kita. Kita akan menjadi manusia serba kekurangan kalau kita suka ikut 'trend' atau terikat dengan 'fenomena' yang ada dalam masyarakat. Orang kita suka 'cut and paste' kata-kata orang tanpa mahu menyelidik dulu.
Semoga kita tidak lupa untuk menuntut ilmu dari kitab suci al-Quran, yang padat dan penuh dengan semua ilmu yang kita perlukan, kitab yang 'sempurna' buat insan tidak kira di zaman mana. Walaupun ada al-Quran, namun orang ramai lebih suka untuk percaya kata-kata orang lain yang kita tidak tahu lagi 'kesempurnaannya'. Wallahuaklam.
Apa-apa pun, jom nonton drama Selamat Malam Kekasih malam ini di TV Al Hijrah (dah tinggal beberapa episod sahaja lagi) jam 10 malam ini dan jangan lupa untuk tonton sambungan drama Bunga-Bunga Kemboja, episod ke 10 pagi ini, jam 11.30 di TV1.
Wassalam.
Aidil Aziz - pelakon yang memegang watak Misyal dalam drama Selamat Malam Kekasih

Monday, August 26, 2013
Jangan Jadi Si Tanggang
Assalamualaikum
Hari ini, saya ingin berpesan kepada anda sekelian yang bernama 'anak' terutama anak lelaki. Janganlah sekali-kali anda takutkan isteri atau terlalu sayangkan isteri hinggakan anda abaikan ibu anda sendiri. Kalau apa-apa hal isteri, anda beria-ia sungguh, sanggup balik kampung setiap hujung minggu kerana mahu menjenguk ayah dan ibu isteri. Tetapi dengan ibu anda sendiri, anda tak kisah untuk melawatnya sedangkan dia tidaklah tinggal jauh mana pun. Sudahlah anda tidak sanggup pikul tanggungjawab untuk menjaga ibu, untuk melawatnya pun anda tiada masa. Tapi bila anda kesempitan 'wang', tahu pula anda mencarinya. Anak apakah anda ini?
Anda akan melihat keadaan seperti ini dalam cerita 'Bunga-Bunga Kemboja', cuma mungkin dari sudut yang berbeza. Sebagai anak, terutama kalau anda itu seorang lelaki, janganlah tak ambil kisah pada ibu dan ayah yang masih ada lagi. Jangan lupa, satu hari nanti anda juga akan jadi ibu atau ayah yang tua. Kalau orang tak peduli, bagaimanakah rasanya nanti?
Suara saya mungkin berbunyi 'marah' tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri. Setakat ini, ibu saya berada dengan saya sudah bertahun-tahun lamanya. Alhamdulillah dia sihat dan mungkin juga bahagia kerana berada di samping kami anak-anaknya, cucu-cucu dan cicit-cicit. Ambillah peluang keemasan ini untuk berbuat baik pada ibu bapa. Tak guna kalau kita sekadar melawat pusara sedangkan semasa dia ada, kita buat sambil lewa.
Okeylah... bagi anda yang ada masa, jom tonton drama Bunga-Bunga Kemboja di slot Bidadari jam 11.30 nanti, Isnin hingga Khamis di TV1. Lagu yang menjadi dendangan latar drama 'BBK' ialah 'Tentang Rasa' sebuah lagu Indonesia yang dinyanyikan oleh 'Astrid' dan juga beberapa lagu Opick, juga dari Indonesia.

Saturday, August 24, 2013
Sibuk Memanjang
Assalam
Hari ini saya kesibukan kerana salah seorang anak saudara saya akan berkahwin. Esok juga saya kesibukan kerana ada teman-teman yang akan berkunjungan di rumah saya. Biasalah kan... bulan Syawal biasanya kita akan kesibukan. Semoga Allah SWT curahkan rahmat buat kita semua. Kebetulan juga, anak-anak saya kesibukan di KL Convention Centre kerana ada pameran digital Lifestyle bermula sejak semalam hingga esok malam. Adoii... sibuk memanjanglah kita kan.
Okeylah, saya agak kesibukan hari ini, maka tak dapatlah berlama-lama di depan komputer.

Friday, August 23, 2013
Jangan Leka Dengan Berita Internet
Assalam dan selamat menghayati hari Jumaat yang mulia, semoga kita diberkati Allah SWT.
Seperti biasa, bila masuk sahaja bulan Syawal, kita akan kesibukan bagaikan tak henti-henti dengan aktiviti hinggakan kita tak punyai masa untuk urusan peribadi. Di bulan Syawal, banyak majlis perkahwinan yang diaturkan dan banyak juga majlis 'Open House' setiap hujung minggu.
Saya terpaksa tangguh segala apa yang mahu saya lakukan kerana terpaksa beri laluan untuk majlis-majlis ini. Kalau tidak libatkan diri, takut ada yang berkecil hati. Jadi... layan sahajalah.
Dalam berkata hal-hal ini, jom kita lihat di dunia-dunia Islam yang lain, yang sedang berdepan dengan kekalutan. Mungkin kita berasa hairan kenapa dunia Islam jadi begini, tapi bagi saya, ilmu itu sangat penting. Kalau tiada ilmu yang cukup, maka manusia akan jadi bingung dan syaitan mudah merasuknya. Sesama Islam, mereka sanggup berbunuhan dan kita di sini janganlah pula pandai-pandai aturkan teori itu dan ini. Sebenarnya kalau manusia masih tidak ada ilmu yang cukup, mereka akan terus menjadi jahil. Malah, mengikut sejarah sekalipun, sebaik sahaja Nabi besar kita Muhammad SAW mangkat, sudah tercetus kekecohan dan tentunya ini menunjukkan betapa manusia ini sangat lemah. Sebagai umat Islam, kita wajib kembali kepada ilmu di dalam al-Quran kerana ilmu itulah yang mampu membuat kita jadi insan yang berjiwa kental dan sayangkan agama kita ini. Tidaklah kita sanggup untuk berperang sama sendiri. Kalau umat Islam bertelingkah kerana apa jua sebabnya, pasti orang lain akan mengambil kesempatan.
Fikir-fikirkanlah. Dalam hal ini juga, kita jangan terlalu leka dan percaya pada segala yang diedarkan di Internet, kerana Internet juga mampu menjadi bahan untuk memporak-porandakan silaturahim kita sesama Islam. Wallahuaklam.
Wassallam.

Thursday, August 22, 2013
Kadang-Kadang Kita Sangka Cinta Pasti Akan Datang...
Assalam.
Kadang-kadang, kita sangkakan cinta itu pasti akan datang kepada kita. Mungkin betul. Mungkin akan datang sekali, mungkin juga berkali-kali. Mungkin tidak langsung. Kita tak akan tahu sekalipun kita rancang macam-macam dalam hidup ini, ketentuan-Nya adalah hak Allah SWT. Pun begitu, tidak pernah salah untuk kita berusaha, malah manusia memang dipinta untuk terus berusaha bila mahukan sesuatu.
Cari rezeki pun begitu. Orang Islam wajib bekerja kuat seolah-olah kita akan terus berada di dunia ini. Pun begitu, kita wajib ingat tentang kematian kerana itu adalah satu kepastian. Bila kita mati kita tak akan tahu. Di mana dan bagaimana juga kita tak tahu. Kita hanya perlu berusaha untuk jaga diri agar kita tidak ditimpa kesakitan.
Dalam semua hal yang diperkatakan ini, ada turun naik dalam hidup ini. Ada musibah yang mungkin akan datang pada diri. Ada ujiannya, ada rintangan dalam hidup ini. Tak perlulah kita kesal bila sesuatu buruk yang berlaku kerana ia adalah lumrah sebuah kehidupan. Selagi ada umur di badan, selagi itulah kita akan diuji. Yang penting, pastikan iman terus kental, tidak tergugat, dan tidak pula kita cepat melatah untuk tuduh itu dan ini.
Semoga anda sekelian terus sihat dan dapat beribadat kepada Dia Yang Maha Satu.
Bagi followers drama BBK, jangan lupa untuk tonton episod ke lapan pagi ini jam 11.20 di slot Bidadari TV1.

Wednesday, August 21, 2013
Drama SMK Malam Tadi
Assalam semua.
Ya, sebenarnya saya sangat seronok menonton episod drama Selamat Malam Kekasih malam tadi. Kami pakat ketawa walaupun sebenarnya saya dah tahu pun skripnya. Saya tahu apa dialog pelakon-pelakon, tetapi saya tetap seronok melihat mereka lakonkan seperti apa yang saya mahukan. Saya patut hulurkan kata-kata syabas kepada pelakon-pelakon baru seperti Aidil Aziz dan juga Anis Al Idrus. Saya juga patut ucapkan terima kasih kepada pelakon-pelakon (tak sure nama mereka) yang lakonkan watak Nazlah dan Amir dalam drama SMK. Sangat menjadi dan menghiburkan. Malam tadi, blog saya jadi kalut kerana terlalu ramai yang masuk, tak tahulah nak cari apa. Apa-apa pun, bagi mereka yang follow drama ini, jangan miss minggu depan dan beberapa minggu lagi sebelum selesai drama 13 episod ini.
Beberapa orang hantar mesej kepada saya dan berkata mereka sangat puas hati dengan lakonan Aidil Aziz yang pandai membawa watak Misyal. Malam tadi, Misyal terserlah watak romantik, kelakar dan seksinya, maklumlah sebab Misyal dah bernikah dengan Maya. Maya pula, tiba-tiba jadi cemburu giler kerana dia tahu yang Misyal itu dia punya!
Okeylah... hari ini, jangan lupa untuk tonton drama Bunga-Bunga Kemboja. Saya sangat suka lakonan Ruminah Sidek dalam BBK yang sangat berkesan. Dia mampu untuk buat saya rasa sedih. Memang terserlah lakonan seorang veteran!

Tuesday, August 20, 2013
Drama Selamat Malam Kekasih dan Drama BBK
Assalam
Pagi ini, di TV1, jom sambung tonton drama Bunga-Bunga Kemboja. Kalau anda terlepas, jom masuk website RTM, pergi ke MyKlik, kemudian cari drama, masuk pula ke drama BungaBunga Kemboja, lihat pada menu di bahagian bawah, anda akan jumpa semua episod di situ. Hari ini ialah Episod 6, am sekitar 11 atau 11.30 pagi.
Malam ini, jangan lupa untuk tonton sambungan drama Selamat Malam Kekasih di TV Al Hijrah, jam 10.00 malam.
Wassalam.
Drama Selamat Malam Kekasih

Monday, August 19, 2013
Sambung Drama Bunga-Bunga Kemboja
Assalam.
Bagi mereka yang perlu kembali ke sekolah, selamat belajar dan bertugas. Bagi mereka yang mempunyai kesempatan untuk tonton sambungan drama Bunga-Bunga Kemboja, selamat menonton di TV1 dari hari Isnin hingga Khamis di slot Bidadari jam 11 pagi.

Sunday, August 18, 2013
Siapakah Musuh Kita?
Assalam.
Ramai yang sedang berbicara tentang hal di negara Mesir. Dulu, kita sibuk di Syria. Sibuk juga di Palestin. Sebelum itu kita sibuk tentang hal yang terjadi di Mesir juga, di Libya, Tunisia, di Iraq, juga di Afghanistan. Kita akan terus sibuk bincangkan macam-macam hal yang terjadi di negara-negara Islam di merata dunia. Saya percaya, segala kejadian seperti ini akan terus berlaku dan mungkin sampai kiamat akan terus terjadi. Selagi ada syaitan, selagi ada zionis, selagi ada yang sakit hati dengan Islam, selagi itulah akan terjadi huru-hara ini. Sebagai orang Islam, apakah kita terlalu takut dengan hal-hal seperti ini? Mungkin kita tak mahu lihat orang Islam hidup dalam kesusahan.
Jom kita lihat di negara kita sendiri. Adakah kita berasa aman dan bagus? Tidakkah kita terasa bahawa orang Islam di negara kita sendiri semakin hari semakin menurun prestasi 'daya kuatnya' dan semakin hari semakin tidak kelihatan 'smart' atau bijak? Semakin hari semakin terhakis 'kepunyaan' kita. Orang lain merungut-rungut mengatakan mereka tidak mempunyai banyak hak, tetapi orang Melayu di negara ini kelihatan sangat 'berpuas hati' dan kita sama-sama cuba menjatuhkan kumpulan lain yang juga berbangsa dan beragama yang sama. Kalau dilihat betul-betul, apakah kita satu hari nanti akan bergelumang dengan masalah seperti di negara-negara Islam yang lain, atau sebenarnya kita sedang sama-sama berpakat-pakat untuk jatuhkan kaum Melayu yang beragama Islam ini dengan melemahkan diri sendiri?
Walaupun orang Melayu mempunyai hak itu dan hak ini, tetapi malangnya orang Melayu sudah banyak hilang hak-haknya. Hinggakan bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan itu sudah tidak ada tempat lagi di negara ini! Cuba kita perhatikan di peti televisyen, berapa banyakkah orang bukan Melayu yang bercakap dalam Bahasa Melayu bila perlu berbicara?
Bukan sekadar bahasa Melayu, sebutlah apa sahaja, terutama tentang ekonomi, apakah yang orang Melayu ada? Cuba masuk ke bandar dan kota dan lihatlah kepada bangunan-bangunan yang ada, berapa keratkah yang dipunyai orang Melayu? Tidakkah kita sebagai Melayu berasa sedih kerana sekalipun kita sepatutnya bangga dengan apa yang kita ada, tetapi pada hakikatnya hak-hak kita semakin terhakis dan kita masih bimbang melihat negara-negara luar yang sedang berdepan dengan musibah, tanpa sedar kita sedang bina musibah besar untuk berdepan dengan kita suatu hari nanti. Sungguh, kita patut berasa sedih dengan apa yang sedang berlaku di negara-negara luar sana, kita juga sepatutnya perlu bimbang dengan keadaan yang menghampiri kita semua.
Kita masih kelihatan 'happy-happy' dan tak ambil kisah. Kita masih sibuk untuk kafirkan orang Islam yang lain yang konon-konon tidak ikut akidah, sedangkan kita sebagai orang Islam di negara ini semakin hari semakin 'kehilangan'. Kita masih sibuk untuk racunkan fikiran orang Melayu dengan hal-hal yang sepatutnya urusan Allah SWT, bukan urusan kita. Urusan kita ialah untuk membuat kebaikan kepada semua umat Islam yang percaya pada Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kenapa kita tak fikirkan hal-hal yang menjadi kewajipan kita seperti yang tertulis dalam al-Quran? Adakah syaitan sudah merasuk jiwa kita yang hanyut dengan hal-hal lain yang kita sangkakan terlalu penting hinggakan kita tidak sedar bahawa kalau kita biarkan begini, kita mungkin akan berada dalam keadaan yang sama seperti mereka yang kucar-kacir di negara Islam lain, yang berbunuhan sesama sendiri! Nauzubillah.
Semoga Allah SWT memberi kita hidayah dan menyedarkan kita untuk bersangka baik sesama Islam dan sedar juga siapakah musuh kita yang sebenar. Wallahuaklam.
Mungkinkah kita juga akan begini?

Friday, August 16, 2013
Drama Bunga-Bunga Kemboja di RTM MyKlik
Assalam
Sekadar memaklumkan kepada anda yang teringin untuk tonton drama BBK tapi tak berkesempatan, anda boleh masuk ke link RTM dan pergi ke MyKlik... kat situ ada drama BBK.
Sekian terima kasih.

Jangan Jadi Orang Zalim
Assalam.
Hari Jumaat yang mulia, semoga kita sama-sama terus kekal taat pada Allah SWT, semoga kita dilindungi-Nya.
Kadang-kadang kita merungut, rasa tak puas hati dengan kehidupan. Kita rasa hidup kita tidak sempurna, tidak seperti orang lain. Tidak seperti jiran kita, kawan kita, atau mungkin kaum kerabat kita.
Tapi sebenarnya kita tak tahu, kan? Mungkin di sebalik segala kerumitan yang kita hadapi itu, ada hikmahnya. Satu hari nanti, kita mungkin berasa lebih tenang daripada biasa. Ketika itu, janganlah merungut lagi, nauzubillah. Kita sebagai manusia memang mudah buat kesilapan. Kita rasa kita benar dan orang lain salah. Kita juga rasa kita tak buat dosa tapi orang lain banyak dosanya. Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga dengan apa yang kita tulis dan tuturkan, tak kira di mana sahaja. Orang yang buat fitnah itu berdosa besar. Orang yang suka mengaibkan orang lain juga banyak dosanya.
Kadang-kadang kita rasa memang hak kita sebagai orang ramai untuk mengutuk siapa sahaja yang kita tak suka. Kalau kita tak suka seseorang pelakon itu, kita kutuk dia dengan mengarahkan kepadanya. Kalau kita tak suka sesuatu karya itu, kita juga kutuk si tukang buat karya dengan mengarah juga padanya. Paling malang kerana kita paparkan kata-kata keji di media sosial seperti Facebook atau Blog atau Twitter. Sedih, kan? Kerana setiap apa kata kita di laman itu, sebenarnya menunjukkan keperibadian kita. Bila kita mudah kutuk orang atau hina orang, itu bermakna kita memang jenis suka buat musuh. Jadi... biarlah kita berjaga-jaga dengan apa yang kita keluarkan untuk paparan orang lain. Paling malang, selepas kita kutuk orang, mungkin hati kita tidak tenteram. Kita jadi tertanya-tanya, kenapa aku jadi begini? Sebenarnya kita terlupa dengan apa yang kita telah buat kepada orang lain. Nauzubillah.
Semoga Tuhan jauhkan kita daripada segala perbuatan zalim, in syaa Allah.

Thursday, August 15, 2013
Lagi Pasal Drama Bunga-Bunga Kemboja
Assalam.
Ya, saya dapat banyak emel dan juga message di Facebook, pembaca saya ramai yang terkilan kerana tak dapat menonton drama Bunga-Bunga Kemboja. Ramai yang tak tahu tentang hal TV1 sedang tayang drama itu. Saya juga terkilan, tapi tak apa kot. Walaupun saya dimaklumkan bahawa drama ini akan berakhir pada 22 Ogos, mungkin tarikh itu tak tepat kot, sebab setahu saya, semalam ialah episod ketiga, jadi hari ini ialah episod keempat. Kalau diikutkan, slot Bidadari hanya ke udara dari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Jadi, mungkin tak tamat pada 22 Ogos kot. Apa-apa pun, sebenarnya drama ini sepatutnya ditayangkan di RTM2, seperti Kau Laksana Bulan dulu, tapi saya tak tahu kenapa ditayangkan di RTM1, mungkin kerana bulan raya kot. Apa-apa pun, saya juga dimaklumkan bahawa RTM2 akan siarkan semula, tetapi saya tak tahu tentang tarikhnya.
Kalau ada pembaca saya yang sempat rekod, mungkin kita boleh kongsi kot, sebab ramai yang nak tengok tetapi tak berkesempatan.
Setakat yang saya tengok, memang tak lari jalan ceritanya. Nampak menarik.
Okeylah, bagi mereka yang tak ke mana-mana hari ini, jom tengok BBK pada jam 11 pagi, hari ini di TV1, atau boleh tonton secara online.
Hari ini, saya letakkan gambar kami ketika berada di Port Dickson, tapi tak sempat nak letak semua.
Wassalam.
Tak semua ada dalam gambar ni. Yang hujung sebelah kiri berbaju biru muda ialah Ali Muhammad, anak angkat saya yang berasal dari Yemen
Bergambar dengan adik ipar saya
Bergambar dengan cik abang dan Sharifah Niloufar

Wednesday, August 14, 2013
Jom Tengok Drama BBK
Assalam.
Saya sudah pun pulang ke rumah setelah berehat di luar. Kami tak pergi jauh pun, hanya ke Port Dickson sebab takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tapi... kat PD pun okey sangat-sangat. Kami dapat bermain-main, siap main panah kat kawasan resort, main futsal, ada yang cuba flying fox, tentunya si kenit-kenit tu habiskan masa di dalam kolam renang. Di mana-mana pun nampaknya memang ramai orang. Kedai makan masih banyak yang belum buka. Dua kali kami berkelah, sekali di tepi laut (waktu malam) dan sekali di dalam kawasan hutan pelihara. Memang best! Salah seorang anak angkat saya dari Yemen juga turut ikut kami sekali, begitu juga famili adik saya. Alhamdulillah, inilah cara kami untuk eratkan silaturahim. Saya akan letakkan gambarnya kemudian.
Setakat ini, saya berpuas hati juga dengan drama Selamat Malam Kekasih walaupun pelakon-pelakon utama merupakan pelakon baru. Nampaknya kedua-dua Aidil Aziz dan Anis Al Idrus pandai membawa watak Misyal dan Maya. Mula-mula tu, saya gerun juga takut mereka tak biasa berlakon sangat, tapi saya tak menyesal mereka memegang watak-watak itu. Saya tidak pernah kisah sama ada pelakon itu popular atau tidak, yang penting bagi saya ialah mereka pandai membawa watak yang mereka pegang.Kalau tak popular pun, mungkin satu hari mereka mampu juga jadi pelakon yang popular. Setakat ini, kedua-dua Aidil dan Anis sangat friendly dan tak sombong. Itu saya sangat suka! Teringat saya pada Zul Huzaimy yang tak pernah sombong dengan saya. Alhamdulillah.
Saya tak dapat nak komen tentang drama Bunga-Bunga Kemboja sebab tak banyak menontonnya lagi. Tapi ramai yang tak perasan itu adalah adaptasi dari novel saya, sebab agaknya produser lupa nak letak tu kat depan atau belakang. Hanya ada nama saya sahaja. Apa-apa pun, saya suka melihat scene2 di Kemboja. Sangat menarik. Okey, kalau anda tak tonton lagi, jom tonton BBK di TV1 jam 11 pagi dari Isnin hingga Khamis. Cikgu2 dan pelajar2 yang cuti tu, jom tengok drama ni! In syaa Allah RTM akan ulang lagi, mungkin di RTM2 pulak.

Tuesday, August 13, 2013
Drama Selamat Malam Kekasih dan Bunga-Bunga Kemboja
Assalam.
Drama Bunga-Bunga Kemboja akan bersiaran dari hari Isnin hingga Khamis, jam 11 pagi di TV1. Siapa yang miss, boleh buat request pada RTM. Saya akan usahakan untuk dapatkan episod-episod yang dah terlepas tu. Apa-apa pun, bagi follower drama Selamat Malam Kekasih, jangan miss malam ini, akan bersiaran di TV Al Hijrah jam 10 malam!

Monday, August 12, 2013
Drama Bunga-Bunga Kemboja di TV1
Assalam.
Saya hanya ingin maklumkan kepada pembaca-pembaca saya bahawa drama Bunga-Bunga Kemboja adaptasi dari novel saya, sedang bersiaran di TV1, slot Bidadari jam 11 pagi dan dikatakan akan habis pada 22 Ogos nanti. Saya tak tahu dah berapa episod, sebab saya baru sahaja dapat tahu tentang hal ini. Jadi bagi mereka yang suka novel Bunga-Bunga Kemboja, jangan miss untuk tonton dramanya!
Wassalam

Saturday, August 10, 2013
Macam Inilah Raya Saya
Assalamualaikum semua, semoga berbahagia bersama orang-orang yang tersayang.
Hari Raya saya macam biasa sahaja. Raya pertama berada di rumah dan melayan tetamu yang datang. Alhamdulillah memang ramai yang datang ke rumah. Maklumlah rumah saya ni dah kira macam rumah orang tua, jadi raya pertama semestinya busy.
Hari Raya kedua, kami ke Johor Bahru seperti biasa. Pergi pagi dan pulang lewat malam. Sempatlah ziarah kaum kerabat sebelah suami saya. Alhamdulillah, raya kedua biasanya ahli keluarga suami saya berkumpul di rumah ibu saudaranya di kota Johor Bahru.
Hari ini, saya di rumah dan akan melayan tetamu yang akan datang berkunjungan. Esok, kami anak beranak akan ke Port Dickson untuk berehat hingga hari Selasa. Tahun ini kami tak pergi jauh sebab takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
Okeylah, semoga anda semua bergembira, tapi jangan seronok sangat ya. Take care dan Wassalam.

Wednesday, August 07, 2013
Ampun Dan Maaf
Assalam.
Buat semua yang rajin datang ke blog ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, menghulurkan kata-kata maaf di atas segala tutur kata yang mungkin menyinggung perasaan anda sekelian. Semoga kita dirahmati Allah SWT dan selamat dunia dan akhirat. Akhir kata, selamat menyambut Eidul Fitri buat semua yang saya sayang.

Tuesday, August 06, 2013
Drama Selamat Malam Kekasih - Episod Lapan
Assalam.
Mungkin semua sibuk untuk menyambut hari raya yang akan tiba tak lama lagi. Apa sekalipun, jangan lupa yang kita masih ada Ramadhan, dan jangan terlepas peluang barkat di bulan Ramadhan yang mulia ini walaupun mungkin seronok untuk sambut hari raya.
Bagi penggemar drama 'Selamat Malam Kekasih', jangan lupa malam ini ialah episod ke lapan. Jam 10 malam di TV Al Hijrah.

Friday, August 02, 2013
Apa Salahnya?
Assalam
Kadang-kadang, kita jadi sakit hati bila melihat orang lain lagi elok keadaan hidupnya. Mungkin rumah dia lagi besar dari rumah kita, kereta dia lagi mewah dari kereta kita, buku dia lagi popular dari buku kita, orang lagi suka dia daripada kita, semua yang dia ada memang lagi hebat daripada kita. Kalau kita fikir macam tu, hati kita memang gundah gulana dan malam-malam kita payah nak tidur sebab teringat yang bukan-bukan. Apatah lagi kalau dia itu tinggal dekat dengan kita atau selalu menghubungi kita. Mungkin juga dia sedara kita atau jiran kita, atau kawan kita.
Tapi... apa salahnya dia dapat benda-benda yang lagi baik daripada kita?
Itu bukankah soal material yang kita dapat tengok dengan mata? Mungkin duit dia lebih banyak daripada kita.
Tapi... kita tak tahu apa yang merunsingkan dia.
Entah-entah hutangnya keliling pinggang. Mungkin juga dia mempunyai penyakit yang payah nak diubati. Atau mungkin juga jiwa dia tak pernah tenteram. Barangkali juga dia tak ambil kisah untuk bayar zakat, atau lakukan amal-amal yang wajib dan sunat dilakukan. Semua itu kita tak tahu.
Lagipun... biarlah dia dengan kehidupannya. Kita doakan yang baik-baik buat dia. Walaupun kita lebih kurang daripada dia, masih ramai lagi yang jauh lagi teruk daripada kita. Ada yang tak cukup makan, ada yang tak bertempat tinggal, ada yang tak bertempat untuk tidur. Ada yang tak mempunyai suadara mara, hidup sebatang kara. Ada yang tak bahagia. Tapi... ada juga yang jauh lagi bahagia daripada kita dan juga si dia, walaupun dari segi material dia tak mempunyai apa-apa. Hatinya tetap tenang, wajahnya masih berseri-seri... semua kerana dia redha dengan apa sahaja yang ada padanya.
Apa salahnya kita hidup seadanya? Bukankah kita di sini sekadar sementara? Menumpang buat seketika.
Wallahuaklam.

Thursday, August 01, 2013
Jom Jadi Orang Yang 'Cool'
Assalam
Antara penyakit yang payah untuk diibati ialah penyakit sakit hati, penyakit ada kaitan dengan stres dan tekanan jiwa. Perkara ini diakui oleh semua pakar perubatan di dunia. Pun begitu, para saintis dan pakar perubatan sudah membuat kajian dan mereka dapati bahawa insan-insan yang 'religious' atau mereka yang memberi tumpuan pada agama, mudah untuk jauhkan penyakit-penyakit ini. Malah, kalau manusia itu orangnya sabar, menghindar perasaan benci dan dendam, maka hatinya tidak akan jadi sakit. Orang yang senang memaafkan orang lain, mudah juga untuk tenangkan jiwanya.
Jom kita fikir-fikirkan tentang hal yang sangat logik ini. Lagi dekat kita dengan Allah SWT, bertambah tenang jiwa dan raga. Hindarkan rasa benci, dendam kesumat, rasa marah yang melampau, kerana perasaan ini sangat membebankan hati dan jiwa, akhirnya nanti akan tertekan.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,cuba kita fikirkan hal ini. Jom kita jadi mereka yang lebih 'cool' dan bersabar, agar kita juga jadi mereka yang lebih sihat. Wallahuaklam.

Subscribe to:
Posts (Atom)