Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 18, 2016

Bila Jadi Gila Meroyan!

Assalam

Memang saya tak sempat nak sambung cerita  'Lima Kali Lima'. Kalau dah ada nanti, saya akan sambung okey.

Nampaknya hujung minggu yang lepas, jadual saya padat sangat-sangat. Ada kenduri lah, ada lawatan lah, ada membeli-belah lah... adoii...

Haha... nak cerita sikit tentang drama Setulus Janji, sekarang ini dah tinggal satu lagi episod... yang terakhir. Maknanya, Sabtu depan akan tamatlah drama 26 episod Setulus Janji. Dalam tiga episod terakhir ni, adalah nampak Yusufia, cucu saya yang berlakon sebagai Adila Sefia, anak kepada Ilham dan Insyirah.

Dah nak masuk bahagian penghujung, ada banyak scene yang terpaksa dicantas, sebab terlalu padat kot. Ada juga scene yang kena tambah khas untuk drama. Misalnya tentang Juwita. Dalam drama ni, Juwita nampak macam orang berada, dalam novel sebenarnya tidak. Begitu juga Rizuan, dalam novel
Rizuan tu anak orang berada tetapi dalam drama, itu tidak kelihatan. Nampak macam orang biasa-biasa sahaja.

Apa-apa pun, request daripada pihak produksi, mahukan saya lebih jahatkan Juwita dan ada ending tentang Juwita. Mereka mahukan yang lebih ada impak supaya penonton hilang rasa geram dan sakit hati pada Juwita. Jadi nak buat macam mana? Ada orang suggest pada saya agar Juwita diendingkan dengan denda yang membuatkan dia jadi macam orang 'meroyan'. Ada orang beritahu saya bahawa kalau perempuan mempunyai sifat jahat, sengaja mahu rosakkan rumah tangga orang lain, pasti akan merana akhirnya jua. Jadi... begitulah endingnya Juwita dalam Setulus Janji.

Sebenarnya ada macam-macam gila dalam dunia ni... tapi bila kita pernah sengaja menonjolkan kejahatan kita untuk pastikan kita dapat apa yang kita mahukan, pasti juga kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan kejahatan kita itu. Wallahuaklam. Kalau kita ending 'sweet2' untuk Juwita, takut ramai yang di luar sana akan menjadi seperti Juwita juga. Wallahuaklam.

Wassalam.