Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, May 19, 2009

Sayangilah Diri

Saya pernah muda. Mungkin kerana itulah saya memahami hati orang muda. Bila kita masih muda, jarang-jarang kita nak fikirkan apa akan terjadi kepada kita bila kita tua nanti. Kita rasa yang hidup kita akan begitu sahaja... terus muda. Dan mungkin kerana itu juga, orang muda tak ambil kisah dengan perancangan masa depan. Kalau kita nak rancang sebuah kehidupan yang indah, eloklah dirancangkan semasa muda lagi. Jangan tunggu sehingga kita dah tua dan jangan tunggu sehingga kita dah melalui segala kesilapan dalam dunia. Takut kita tak sempat nak mengubahnya.

Dengarlah nasihat saya, kerana saya pernah melihat betapa ramai yang menderita dan merana kerana kesilapan diri sendiri. Percayalah, memang tak salah kita sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dari muda lagi. Biar kita berkira-kira pada setiap langkah yang kita ambil.

Sayangilah hidup kita. Hidup yang bermakna akan membawa besar ertinya buat akhirat kita. Tak ada sesiapa yang boleh menolong kita kecuali Tuhan dan diri kita. Namun Tuhan akan menunjuk jalan kalau kita berusaha.

Berjaga-jagalah dalam memilih kerjaya, teman hidup (bercinta), pilih kawan... kerana ini semua akan menentukan masa depan kita. Jangan cepat buat keputusan atas dasar percaya cakap orang. Jangan lupa diri dan jangan terlalu manjakan diri hinggakan tak ada benda kita boleh lakukan.Jangan suka buat salah dan silap kerana ini akan makan diri. Jangan suka mencucuk dan jangan suka mengadu domba, ini juga akan memakan diri. Pandai-pandailah bawa diri agar ketika kita masih muda lagi, orang sudah menyenangi diri kita. Biar ramai suka daripada ramai yang benci. Yang penting, sayangilah diri sentiasa.