Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, December 27, 2017

Boring Betul

Assalam

Memang semenjak dua menjak ini saya jarang ke luar negara. Kalau keluar pun adalah kerana hal-hal tertentu. Jadi... kami teringin nak bawak cucu-cucu yang besar berjalan-jalan. Tanpa ibu dan ayah mereka, kami memang tak larat nak bawa semua. Al maklumlah... budak-budak ni boleh jadi nakal sangat. Jadi hujung minggu yang lepas, kami bercadanglah nak bawak budak-budak pergi ke Berjaya Bukit Tinggi. Konon-konon kami pakat nak naik Flying Fox atau Zip Line. Katanya di Bukit Tinggi tu yang terpanjang di Asia Tenggara. Kadar bayaran pun agak mahal juga. Sekepala RM85. Tapi sebabkan nak ada aktiviti lasak, kami pun pergi jugalah.

Malangnya, apa yang kami inginkan itu, tak kecapaian. Saya anggarkan yang Flying Fox di situ tidak diruskan dengan baik. Katanya conditionnya tak berapa baik dan si penjaganya ada seorang sahaja. Penjaga itu kena pergi uruskan aktiviti 'Paint Ball' dan katanya tak ada orang lain nak jaga 'Zip Line' itu. Memang boring! Dahlah masuk ke kawasan rekreasi Bukit Tinggi itu kena bayar agak mahal. Lepas tu Zip Line dan pelbagai aktiviti lain, tak dapat dijalankan! Aduh!

Kami masuk ke taman botani dan Japanese Garden, semuanya macam 'neglected'. Dulu-dulu, kami pernah ke sana. Taklah teruk sangat keadaannya. Tapi sekarang ini, bagi kami memang tak berbaloilah. Foot path nya sangat berlumut dan pokok-pokok bunga dan lain-lain macam tak diurus.

Bila kami ke Colmar pula, kami dapat lihat ada bahagian bangunannya yang seperti dalam keadaan yang agak uzur. Mungkin sebab cuti sekolah, maka ramailah orang. Nak makan pun kami kena tunggu. Last-last kami pergi tonton 6D cinema. Adalah aktiviti untuk budak-budak ni. Kesian. Overall, sangatlah mendukacitakan. Memang kesianlah orang KL, tak ada tempat nak berekreasi.
Selepas lunch, kami pergi ke Factory Outlet di bukit Genting pula. Tempat itu juga punyai berlambak manusia. Maklumlah, kaki shopping memang ramai. Factory Outlet ni oklah... saya suka dengan open concept nya. Dapatlah kita menghidu udara dingin.

Memang sedihlah duduk Malaysia ni bila nak makan angin. Kalau ada tempat best sikit, dah berlambak orang yang datang atau mahal pula harganya. Kalau rasa nak adventerous sikit, kebanyakan tempat kita tak berjaga dengan baik. Sungguh malang.

Oklah, semoga kita tak berlemah semangat dengan keadaan tempat-tempat berehat di Malaysia. Semoga orang kita lebih prihatin dan berusaha untuk menjaga fasiliti yang ada. Aamiin.

                                                              Di taman Botani
             Di Japanese Garden. Firas, Ali, Yusufia bersama Tunaris yang datang dari Uzbekistan.
                                                                          Di Colmar
                                                   Di Factory Outlet, Genting Highlands
                                                             Di Factory Outlet juga


Wednesday, December 20, 2017

Tunjuk Jangan Tak Tunjuk

Assalam

Masalah besar dengan orang hari ini ialah kerana kuat betul sifat menunjuk masing-masing. Tambah pula sekarang ini senang nak menunjuk dalam FB, dalam Instagram, dalam Whatsapp dan macam-macam lagi. Kalau dapat tayang, aduh memang seronoknya.

Mereka yang ada suami dan anak-anak dan rasa bahagia, tak habis-habis bercerita dan menayang kebahagiaan mereka itu! Suami akulah yang 'the best'! Anak-anak akulah yang bijak. Akulah ibu yang terbaik. Semuanya fantastic. Namun mereka semua lupa bahawa kita semua hanyalah manusia kerdil. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Macam-macam boleh berubah. Suami kita yang baik hati, yang macho dan handsome tu boleh buat hal. Tahu-tahu dah mula berkepit dengan minah lain. Lagi teruk sebab kita yang duk kat rumah ni tak tahu apa-apa. Hari-hari kena kelentong tapi hari-hari kita duk percaya dan rasa bertuah!

Kalau kita mampu beli barang-barang branded pun, tak payahlah kita duk 'show off' kat instagram tu. Tahulah orang yang kita ni banyak duit. Tapi mungkin orang tak tahu yang kita juga mungkin banyak hutang! Nauzubillah minzalik. Kalau ada kereta mewah, tak payahlah nak ambik gambar depan atau belakang kereta kita tu! Kalau ada handbag mahal, tak payahlah bila bergambar tu tayang bag tu kat tangan kita. Cukup-cukuplah, sebab kalau kita mati esok pagi, tak ada satu benda pun yang akan ikut kita pergi. Jadi, sementara hidup ni, tak payahlah suka sakitkan hati-hati!

Mungkin kita terlupa kot... tapi tak payahlah tunjuk sangat. Allah tak suka. Yang tu kita kena selalu ingat.

Wallahuaklam.



Tuesday, December 19, 2017

Kalau Hati Tak Bersih, Jiwa Pun Tak Tenang.

Assalam.

Dah hampir ke penghujung tahun sekali lagi. Macam-macam yang dah berlaku tahun ini dan tak tahu lagi tahun depan macam mana. Yang pasti, umur kita meningkat, masa terus berjalan dan semakin hampirlah kita kepada kematian. Tak perlulah kita bimbang kerana ini adalah kemestian dan ketentuan Ilahi. Apa yang penting kita sewajibnya sentiasa bersedia. Buat yang baik-baik dan elakkan yang buruk-buruk.

Semalam, sekali lagi saya dan kawan-kawan sekolah bergathering. Kali ini kami bergathering di Bukit Jelutung, iaitu di rumah salah seorang teman kami dan kebetulan, merupakan kawan baik saya di sekolah dulu. Alhamdulillah, kami berjumpa, berbual, makan-makan, bersantai dan berjanji untuk berjumpa lagi kalau panjang umur, insyaa-Allah.

Apa-apa pun, inilah kehidupan. Selagi ada umur dan bernafas, pasti ada aktiviti kita, kalau tak itu, mesti ada ini kecualilah dah tak boleh buat apa-apa lagi.

Sepanjang hidup kita, yang pastinya kita melalui pelbagai episod dan bab seperti sebuah buku atau novel. Ada yang manis dan tentu juga ada yang pahit. Namun kalau niat kita baik, pasti Allah bagikan yang terbaik juga, insyaa-Allah. Sekalipun mungkin kita berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian, namun kalau kita anggap itu sebagai ilmu dan pengajaran, semua yang rumit akan dapat kita atasi dengan jiwa yang tenang. Tetapi kalau kita tidak belajar untuk menjaga hati agar ia tidak berkarat dan menjadi racun, tentunya kita akan terus hidup merana. Mungkin semuanya tak kena, mungkin juga hati sakit tak mahu reda-reda. Perlulah kita ingat orang lain mungkin tak tahu apa yang tersirat, namun Allah tetap tahu jua. Jadi... pastikanlah hati kita sentiasa bersih.

Wallahuaklam.





Thursday, December 14, 2017

Buat Apa Beli Rumah Mahal?

Assalam

Ramai orang rasa tertekan kerana harga rumah sekarang ini sangatlah tinggi. Rumah teres satu tingkat pun mahal, apatah lagi rumah banglo atau rumah mewah... sampai berjuta-juta harganya. Kalau dulu-dulu, bila dah bekerja beberapa tahun, memang dah mampu untuk mula beli rumah. Dalam lingkungan umur 20an, dah mampu beli rumah sekalipun rumah semi-D atau banglo. Tapi sekarang ini, dah masuk 30an pun belum tahu mampu atau tidak kecualilah memegang jawatan 'up' dan bekerja di tempat yang 'up' jugak.

Pun begitu, mungkin kerana tertekan dengan kehendak masyarakat, ramai yang terjerat dengan hutang yang tinggi kerana nak beli rumah! Macam segan kalau masih tinggal di rumah sewa sebab orang akan selalu bertanya, "Rumah yang awak duduk ni rumah sewa ke rumah sendiri?" Hah apa nak jawab? Masalah besarnya, ramai yang hidup berbelanja lebih dari gaji! Kalau gaji sekadar RM3K sebulan, berbelanja mungkin RM4.5K sebulan. Memang parahlah.

Kalau membeli rumah yang harga tak tinggi pun, mungkin menelan belanja lebih seribu sebulan untuk membayar ansurannya. Beli kereta pun tak mahu yang kokak, mesti nak cari yang ada standard. Akhirnya bila terima gaji, awak pun gigit jari. Nak beli minyak, nak makan and nak beli pakaian, awak mulalah meminjam sana-sini. Memanglah cari mati namanya!

Mungkin kalau kita belajar berjimat cermat dan buat tak tahu tentang kehendak masyarakat, kita akan hidup lebih tenteram. Ada duit sikit-sikit, kita kumpul. Tak usah beli rumah dulu tapi mungkin kita beli tanah dulu. Tak payahlah nak cari tanah dalam bandar, jauh sikit pun tak apa. Bila ada duit nanti, kita buatlah rumah atas tanah yang kita beli tu. Buat macam itu jauh lagi menjimatkan. Bila dah tua, kita akan rasa lebih selesa dan seronok. Yang utamanya, kita tak banyak hutang, selebihnya mungkin kita dapat tinggal dalam suasana yang lebih selesa dan sesuai dengan kita dan punyai kawasan yang jauh lebih luas. Udara juga jauh lebih baik daripada tinggal di bandar besar.

Memang tak salah pun kalau kita duduk di rumah sewa. Janji kita tidak terbeban. Janganlah pula menyewa rumah mahal yang kita tak mampu. Itu namanya memang bahlul lah! Cari yang patut-patut. Hidup hari ini memerlukan hati yang kental dan jangan suka ambil peduli dengan apa orang lain akan kata! Kerana kalau kita ambil pot pasal tu, kitalah yang akan kecundang nanti dengan hutang sekeliling pinggang. Akhirnya kita tak boleh tidur malam. Baik tak baik, kita akan selalu berkelahi dengan pasangan dan mungkin juga rumah tangga mampu roboh! Nauzubillah min zalik.

Fikir-fikirkanlah. Hidup mestilah sederhana dan hidup dengan apa yang kita mampu sahaja.

Wassalam.
                                   Kalau ada tanah, bolehlah buat rumah comel macam ni.


Tuesday, December 12, 2017

Berita HAMPEH Pun Kita Edar Juga!

Assalam

Sejak saya kecil hinggalah ke dewasa, tak pernah lagi dengar negara kecil yang dipanggil Palestine itu aman damai. Sentiasa berentap dengan pihak Zionis yang jahat hati! Memang kita sentiasa bersimpati pada rakyat Palestine. Bayangkanlah kalau kita juga hidup begitu, tunggang langgang tak pernah aman. Rumah tak tentu tempat tinggalnya, makan pakai pun tak tahu cukup ke tidak, apatah lagi nak bersekolah. Tapi kalau kita tak berjaga-jaga, tak mustahil apa yang dialami pihak Palestine juga mampu kena pada kita juga. Walaupun duduk di negara sendiri, tahu-tahu suatu hari nanti kita diusir atau dipinggirkan! Nauzubillah min zalik. Semoga  Allah swt melindungi kita. Aamiin.

Yang tentunya, mereka yang menjual senjata akan bertambah jadi kaya raya. Bila negara tak banyak berperang, lanun-lanun senjata susah hati. Jadi mereka akan cari cara terbaik untuk porak perandakan dunia agar ada yang berperang lagi. Ada negara tu kita lihat memang tak pernah ada apa-apa yang buruk berlaku, tapi hanya Allah swt yang tahu sama ada mereka tetap terlibat dengan peperangan di negara lain. Mungkin nampak aman, rupa-rupanya merekalah dajjal yang menjual senjata!

Apa-apa pun, sebagai orang biasa yang tak terlibat dengan peperangan di mana-mana, kita sentiasa bersimpati pada mereka seperti rakyat Palestine dan Rohinggya juga rakyat Syria, yang sentiasa hidup dalam kecemasan.

Namun begitu, kadang-kadang saya rasa macam manusia hari ini seronok betul buat cerita dan forward apa sahaja, konon-konon sangat prihatin hinggakan mereka tak sedar yang mereka sekadar menghantar bahan-bahan HAMPEH! Mana tak saya kata hampeh, sebab bahan yang diforward tu sekadar 'RECYCLED MESSAGE' yang pernah melular di sana sini. Misalnya tentang bakar al-Quran oleh Trump, tentang produk Yahudi di pasaran, tentang masjidil Al Aqsa dikepong dan sebagainya. Letih kita membaca benda-benda yang sekadar berita lama yang direcycled! Rasa macam diperbodohkan. Masalah besar ialah rata-rata orang kita ni suka main forward-forward apa sahaja yang diterima tanpa usul periksa. Kalau tentang perkataan 'Insyaa-Allah' atau 'In Shaa Allah' konon-konon diberitahu oleh Dr.Zakir Naik pun dah penat saya membaca. Tak ada siapa pun nak ambil kisah bahawa ejaan itu tak ada kena-mengena dengan makna yang tersonsang! Ejalah macam mana pun asal sebutannya serupa! Lagipun Dr. Zakir Naik sendiri mengaku yang dia tak pernah pun suruh orang eja 'Insyaa-Allah' macam lain, sebab perkara itu memang tak benar pun!

Malah apa-apa sahajalah... banyak sangat perkara-perkara tak benar yang kita edar di merata-rata tempat. Patutlah syarikat-syarikat digital jadi kaya-raya! Sebab manusia terlalu tak mahu berfikir!

Kalau malas nak periksa, rajin-rajinlah dengar berita misalnya menonton channel Al Jazeera! Semuanya ada di situ. Tak payahlah nak baca bahan-bahan hampeh!

Wallahuaklam.

Friday, December 08, 2017

Yeop dan Yong... Tak Usahlah Berdengki dan Sakit Hati

Assalam

Adik beradik. Masa kecil biasanya sangat baik. Buat apapun semua nak buat sama-sama. Beli baju pun ada yang serupa. Kalau adik jatuh, kakak atau abang akan tolong. Kalau kakak menangis adik pasti bersimpati.

Tapi bila besar dan jadi orang dewasa, adik beradik kerap bersaing dan berlumba-lumba. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih pandai atau lebih kaya. Kalau abang ada kereta besar, adik pun sibuk nak beli yang lebih besar dari abang. Apatah lagi bila masing-masing dah ada pasangan. Bertambahlah kuat datang hasad dengki dan sakit hati. Bukan sekadar berlumba, ada yang sanggup berperang! Astaghfirullah alazim. Semoga Allah swt ampunkan kita.

Ada tu sampai sanggup berhutang sana sini hanya sekadar kerana nak tunjuk hebat sesama sendiri!

Kenapa kita tak belajar untuk jadi rendah diri? Rugi ke?

Ada tu, dulu tak menonjol kerana terasa kurang daripada orang lain, tapi bila Allah dah anugerahkan kesenangan, mulalah nak menunjuk-nunjuk. Rajin buat makan kat rumah, bukan kerana baik hati sangat, tapi hendakkan semua orang datang tengok rumah dia yang kini gah dan bergaya. Kalau tak ajak datang nanti orang lain tak tahu pulak!

Adoii... sampai bila agaknya kita nak belajar supaya terima diri seadanya? Bila mati nanti bukan nak bawak apa-apa pun! Buat apa masa hidup ni suka sangat nak berlumba? Buat apa nak berdengki dan sakit hati terutama dengan adik-beradik sendiri?

Kenapa perasaan sayang tu kita hilangkan dari diri? Mana pergi rasa sayang dan simpati yang ada masa kita budak-budak dulu? Hilang begitu sahaja ke? Kesian kan?

Sepatutnya kita janganlah ambil pot kalau ada adik-beradik kita yang lebih dari kita. Biarkanlah. Kita tumpang bangga tanpa perlu rasa sakit di hati. Kalau kita pula yang jauh lagi senang dari yang lain, janganlah kita nak menunjuk-nunjuk pulak. Relakslah. Tak payah nak sakitkan hati orang lain.

Kalau kita pandai bawa diri, insyaa-Allah kita akan selamat dunia dan akhirat. Semua itu Allah swt ambil kira. Ingatlah untuk berpijak di bumi nyata. Tak usahlah perasan seperti tinggal di atas awan. Kadang-kadang kita mampu jatuh tersungkur dan semasa itu mungkin tak ada yang nak menolong. Tukang gelakkan memang ramai.

Wallahuaklam.


Kalau rumah adik-beradik kita besar macam ni... biarkanlah. Nak menguruskannya pun bukannya senang. Biar kita duduk dalam rumah kecil, tak penat badan!

Friday, November 24, 2017

Hidup yang Tidak Tertekan

Assalam

Saya pasti ramai yang mahu hidup di dunia ini tanpa rasa tertekan. Tapi... ramai yang tak tahu nak buat macam mana! Betul tak?

Ramai yang tertekan dengan kehendak duniawi. Mesti ada rumah besar, kereta besar... anak-anak yang pandai yang dapat A yang bertimbun, pakai baju hebat ada brand terbaik, punyai kasut dan tas tangan berjenama tinggi dan macam-macam lagi!

Kalau tak ada semua tu, macam mana agaknya?

Mestilah rasa tertekan.

Mulalah kita fikir macam mana nak cari duit lebih. Kalau rajin dan baik hati, maka kita pun carilah jalan yang halal, tapi kalau hati tersepit dengan syaitan, maka ke jalan haramlah yang kita cari. Sungguh malang. Ini semua kerana rasa tertekan ada di dada.

Ada sang perempuan, nak mudah cerita... pergi sambar suami orang atau orang yang jauh umurnya dari kita, supaya hidup kita di dunia ini cemerlang dan gemilang. Mungkin kita dapat semua tu... tapi sekadar di dunia sahaja. Juga... yang pasti, hati tak akan tenteram. Masih rasa tertekan!

Cuba kita belajar untuk relaks relaks sahaja. Apa yang ada kita terima, apa yang kurang kita redha. Tak payah nak bersaing sana sini, tak payah nak berdengki! Campakkan rasa tertekan yang ada pada diri. Bukannya tak boleh, memang boleh! Tanyalah pada hati.

Belajar untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekalipun mungkin sedikit sahaja. Biar rumah tak besar atau sekadar duduk di rumah sewa, yang penting masih ada tempat tinggal. Biar tak merasa makan di restoran hebat atau hotel besar, janji kita masih mampu untuk makan. Biar pakai baju murah, masih juga kita berpakaian. Paling penting ialah bila hati kita rasa aman dan tenteram. Kita mampu tersenyum dan tak rasa ada beban berat di bahu. Apa guna rasa hebat kalau kita terbeban dengan hutang dan dosa?! Baiklah ada sedikit tapi hati senang.

Tak payahlah beri tekakan pada diri kita. Buatlah yang terbaik di dunia ini agar Allah swt senang dengan kita, semoga akhirat kita nanti jauh lebih berjaya. Kalau kita gagal di dunia, maka akhirat juga jauh lagi gagal. Berjaya di dunia dengan penipuan, samun, rasuah dan segala macam benda hanya sekadar membawa mudarat pada diri kita. Tiada cemerlang apa-apa!

Jadilah manusia dan insan yang simple yang tak suka sakitkan hati insan lain. Subhanallah.




Wednesday, November 15, 2017

Bila Bosan...

Assalam

Memang macam tu kan? Bila kita rasa bosan, mulalah kita akan lakukan sesuatu. Walaupun sibuk, pasti kita mahu lakukan sesuatu yang berbeza agar rasa bosan akan hilang. Jadi saya pun ubahlah sikit-sikit pada blog ni. Macam dah jemu dah... cuma malas nak ubah design nya secara total. Mungkin lain kali pulak.

Malam ini, saya akan bergerak ke Ipoh. Sebenarnya anak saya yang ada kerja, tapi saya pula suka nak ikut. Jadi kami pun akan pergi malam ini, agar saya mudah berehat nanti. Cadangnya nak pi cari durian lepas tugasan anak saya selesai nanti. Katanya banyak durian di kawasan Parit dan Kampung Gajah di Perak. Alahai... kalaulah ada Rasya Aleeya di Kampung Gajah, tentu lagi senang nak cari buah durian yang best-best! Apa-apa pun... doakan kami ok.

Wassalam.

                                           Kalau jumpa yang macam ni, gerenti saya beli

Tuesday, November 14, 2017

Hidup yang Penuh Warna-Warni

Assalam


Kadang-kadang, mungkin kita rasa bosan dengan hidup seharian yang tak banyak ubahnya. Semuanya rutin belaka. Pergi kerja balik kerja, apatah lagi dalam jalan yang sentiasa sesak. Bila sampai hujung minggu pula, terlalu banyak komitmen yang terpaksa kita lalui. Kendurilah, urusan mencuci rumahlah, basuh kain bajulah... tak habis-habis. Tak pernah dapat rehat yang cukup!

Sebenarnya, lagi kita merungut, lagilah merana yang kita rasakan. Banyak orang terlupa untuk bersyukur kerana kita sibuk rasa kekurangan. Kalau nak diikutkan, memang sampai mati pun tak akan cukup semuanya. Pasti ada yang kurang dan tak puas. Ada orang tu, kahwin pun tak best, tak kahwin lagilah tak best. Semuanya tak kena.

Kita mungkin terlupa nak pandang pada cermin dan fikirkan tentang orang lain. Ramai yang di luar sana tak ada tempat tinggal, tak ada kerja yang boleh bantu untuk cari makan, dan tentunya tak cukup makan dan tak ada pakaian! Kalau kita fikirkan orang-orang ini, pasti kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kita rasa semuanya tak kena, itulah ada yang sanggup buat apa sahaja asal dapat macam-macam. Sanggup berasuah, makan rasuah... mencuri... apa-apalah, asal hidupnya senang!

Apa-apa pun, mungkin kita boleh warnakan hidup kita dengan lakukan sesuatu yang lain.

Di Indonesia, tempat-tempat seperti Malang, Semarang dan sebagainya, penduduk kampung merobah suasana yang boring dan kelihatan sepi, menjadi ceria dengan mengunakan pelbagai warna cat, untuk mencantikkan rumah-rumah mereka! Bukan hanya rumah, tetapi jalan-jalan, tembok dan macam-macam lagi. Dari yang sepi tadi dah berubah jadi pelangi! Subhanallah.

Dengan cara ini, maka bertambahlah rezeki mereka kerana tempat yang sepi kini dah berubah jadi ceria dan tempat menarik untuk pelancong!

Jom kita tengok!

Semoga kita juga mampu buat begitu untuk mewarnakan hidup kita yang boring dan sepi tadi.

Wallahuaklam.




Thursday, November 09, 2017

Coming Soon - Drama Seharum Kasih

Assalam

Ya... drama Seharum Kasih akan berada di udara tak lama lagi kerana mereka dah habis shooting untuk 18 episod.  Tarikh tepat saya memang tak tahu sebab produser pun belum tahu. Apa-apa pun, saya letak sedikit gambar-gambar ketika mereka shooting di Dubai baru-baru ini.

Rasya Aleeya bertemu Syed Reza di Dubai.




Friday, November 03, 2017

Sebar Fitnah Tapi Tak Perasan

Assalam

Kalau kita merupakan ahli 'media sosial' yang ligat, pasti dengan sengaja atau tidak, kita kerap mengedar fitnah!

Mungkin kita tak mahu mengaku, tapi kalau kerja kita hanya suka forward macam-macam benda yang kita terima melalui 'media sosial', pasti kita sama terlibat untuk mengedar fitnah!

Allahuakbar!

Ramai orang tak sedar yang mereka kerap berfitnah, sekalipun mungkin apa yang diedar itu merupakan maklumat agama. Masalahnya, kebanyakan kita tak tahu sama ada apa yang kita terima dan edar itu merupakan maklumat tepat dan bukan fitnah!

Macam mana kita nak tahu? Betul tak? Bukannya kita terdaya untuk semak dulu sebelum mengedar. Kadang-kadang tu, kita teruja kerana kita sangka apa yang kita terima itu merpakan berita benar. Kita pun bukannya pakar. Namun, kalau perkara yang kita sampaikan pada orang lain itu merpakan perkara yang tak benar atau tak tepat, samalah macam mengedar FITNAH!

Nauzubillah minzalik.

Janganlah kita anggap apa-apa yang kita terima tentang agama itu semestinya benar sekalipun ada nama ustaz atau imam yang diselitkan sekali. Masalahnya juga banyak ustaz yang kaki hentam atau mempunyai tafsiran dan andaian sendiri dan kerana itu, bila kita edarkan maklumat mereka, kita pun sama terlibat mengedarkan berita atau maklumat palsu! Samalah macam fitnah. Allah SWT mengharamkan kita untuk mempersendakan ayat-ayatnya. Jadi... berjaga-jagalah.

Wassalam.



Thursday, October 26, 2017

Rezeki Bersih Pasti Hati Tenteram

Assalam

Isu rezeki sentiasa menjadi isu penting dalam hidup kita. Selagi bernafas dan ada nyawa, kita kerap kali risaukan rezeki kita. Siapa yang nak beri kita makan?

Allah swt sudah janjikan kita bahawa setiap manusia ini ada rezekinya. Allah yang tentukan dan disebutkan hal ini dalam al-Quran. Namun begitu, sama ada banyak atau sedikit, barakah atau tidak, mungkin kitalah yang usahakan.

Trend hari ini, seolah-olah tak kisah pun kalau kita mendapat makan secara kotor. Mencuri, menipu atau melalui rasuah, janji kita dapat keuntungan yang banyak! Penting ke kalau kita ini hidup dalam dunia dengan material yang berlambak-lambak? Mestikah kita makan hingga tak muat perut? Mestikah kita hidup mewah hinggakan tak tahu nak buat apa lagi dengan wang yang kita ada? Sanggupkah kita untuk mengumpul harta melalui jalan yang tak pernah diredai Allah swt? Mengapakah kita membudayakan cara hidup yang langsung tak sihat dan tak berbarkat ini? Mungkinkah kerana kita kurang ilmu, atau tak ambil peduli, atau merasakan 'tak mengapa' kerana orang lain buat juga?! Allahuakbar! Di manakah agama kita dan di mana pula letaknya iman kita? Atau kita sebenarnya tak kisahkan semua itu kerana bagi kita asal sahaja hidup senang lenang, apa peduli dengan akhirat nanti!

Tak malukah kita ini... malu kepada Allah swt, kerana mungkin orang luar tak berapa nak tahu atau teka, tapi Allah swt tetap melihat dan tahu?

Kenapa kita tak amalkan mencari rezeki dengan cara yang bersih? Tak perlu berasuah, tak perlu menipu, tak perlu mencuri, tak perlu amalkan apa-apa yang tak baik untuk mencari keuntungan! Kalau makan duit haram, atau material yang haram, itu bukanlah kita panggil rezeki, kerana rezeki itu datangnya daripada Allah swt, yang haram itu datangnya daripada syaitan! Kita dah dirasuk dan terbelenggu dek penipuan syaitan, maka kita juga berubah menjadi sama seperti syaitan!

Kalau kita dapat rezeki yang bersih, walaupun mungkin tak banyak namun hati kita tetap tenteram. Nilainya sangat tinggi, tiada mata wang yang mampu memberi ketenteraman itu! Selagi kita mencari duit secara tidak bersih dan tidak halal, sampai ke lubang kubur pun hati tak akan tenteram! Apatah lagi di akhirat nanti.

Jangan fikir 'ah sikit aje ni'... sekalipun sikit duit haram yang kita libatkan diri, namun ianya tetap haram dan kotor! Apatah lagi kalau banyak... takut kita taubat pun Allah tak mahu terima, atau mungkin kita tak sempat nak taubat, tapi dah mati! Allahuakbar!

Semoga kita berhati-hati, didiklah anak-anak untuk tidak hidup berasuah, jangan amalkan budaya rasuah dan menipu, jangan dekat dengan mereka yang suka berasuah dan menipu, jangan kita berpura-pura baik tetapi sebenarnya hati kita kotor!

Ya Allah ya Tuhanku... Kau tunjuklah kami jalan yang benar, jangan sesatkan kami seperti syaitan yang sudah lama sesat dan jahat. Kau berilah kami, anak-anak dan keturunan kami barakahMu, rezekiMu yang halal, hidup kami yang bersih, hati yang mulia, iman yang tegap dan teguh, terimalah kami disyurgaMu yang tertinggi. Aamiin ya Rabbal alamin.

Wednesday, October 25, 2017

Nak Ke Bandung

Assalam

Memang dah lama tak ke luar negara. Malah, tahun ini saya hanya ke Singapura. Hah, luar negara lah tu... huhu, tapi saya ke sana pun sebab melawat arwah abang saya yang sakit. Kemudian, abang saya meninggal dunia.

Ahad ini saya akan ke Bandung. Sepatutnya pertengahan bulan Oktober saya ke sana, tapi malangnya banyak sangat halnya. Tapi Ahad ini insyaa-Allah kami akan ke sana. Bukan untuk libur tetapi untuk melawat ayah saudara saya, Ami Mus yang kini sedang sakit. Semoga Ami Mus diberi kemudahan Allah swt. Aamiin.

Memang tahun ini bukan merupakan tahun untuk kami makan angin. Saya dan suami tak habis-habis sibuk dengan urusan. Suami saya masih ligat bekerja dan ligat pula dengan projek di Lenggeng. Saya pun begitu... macam-macam rancangan kami. Alhamdulillah, kami bersyukur di atas nikmat dan barkat yang Allah berikan. Semoga mampu untuk menjalankan aktiviti dunia dan akhirat. Aamiin.

Tuesday, October 10, 2017

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalam

Dah lama tak update blog ni. Maklumlah... banyak sangat aktiviti. Namun alhamdulillah, masih bernafas lagi, masih sihat yang Allah swt berikan, masih mampu untuk lakukan pelbagai tugasan.

Baru-baru ini, kami ke Yan Kedah. Adik saya yang mengajak. Konon-konon nak jalan-jalan sambil cari makan. Jadi kami tinggal di sebauh retreat yang bernama Casa Murni, yang bertuan tanah dua orang suami isteri yang bergelar 'Datuk'. Alhamdulillah, kedua-dua mereka mempunyai budi yang tinggi. Sekalipun mereka merupakan orang yang bergelar, namun budi bahasa mereka sangat mulia. Melayan kami bagaikan kami ini merupakan tetamu istimewa.

Merata dibawanya kami. Kami minum air nira dan laksa kedah di sebuah laman indah yang mempunyai tanaman palma yang menghasilkan air nira. Hebat!

Kami ke Tanjung Dawai membeli hasil laut buatan orang kampung seperti belacan, kicap, kuah rojak, ikan bilis, ikan masin dan macam-macam lagi. Di malam hari, makan pula seafood yang sedap lagi lazat dan yang termurah yang pernah kami makan... memang hebat!

Puas kami berjalan sana-sini, melihat kawasan air terjun (ada tiga yang kami melawat), pergi ke muzium Tamadun Lembah Bujang, pergi ke Alor Star dan juga Sungai Petani, pergi ke Kuala Kedah dan Pantai Merdeka dan macam -macam lagi. Semuanya ecotourism. Masa nak balik tu, siap pergi ke tempat orang buat buahulu (sebelah retreat kami) dan makan panas-panas buahulu berbentuk ikan! Paling best, kami juga makan mee rebus tulang dan pulut udang. Terbaik!

Jangan ingat di tempat kita tak ada apa-apa nak tengok, sebenarnya memang banyak! Kebetulan tahun ini saya memang tak berkesempatan untuk bercuti-cuti keluar negara kerana kesibukan tugasan, namun kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di dalam negeri. Alhamdulillah. Jomlah kita...


                                                     Casa Murni, Yan Kedah

Monday, September 18, 2017

Anak Oh Anak

Assalam

Memang tak mudah untuk pelihara anak kita. Tapi itu memang dah jadi tanggungjawab, kan? Kalau tak nak bela anak, maknanya janganlah kita beranak. Betul kan? Kalau dah beranak tu, kenalah bela anak elok-elok. Tak kiralah sama ada kita lelaki atau perempuan.

Sekalipun mungkin satu hari nanti anak kita tak peduli pun pasal kita, namun kalau kita dah punyai anak itu, kita kenalah jalankan tanggungjawab. Belalah anak-anak dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Tak mungkin kita tak mampu kerana apa jua sekalipun, Allah sediakan kita rezeki. Banyak rezeki, merasalah macam-macam, kalau kurang rezeki, maka kuranglah mungkin. Tapi rezeki itu bukan maknanya soal material, makanan dan benda-benda seperti itu sahaja, tetapi pelbagai kebaikan yang lain, termasuklah anak-anak kita, budi bahasa mereka, amalan mereka dan macam-macam lagi.

Kalau kita bela anak kita dengan baik, insyaa-Allah jadilah mereka orang yang baik-baik. Bila dah dewasa, terpulanglah mereka nak jadi orang yang baik atau tidak, nak amalkan agama cara yang baik atau tidak, kerana tanggungjawab itu dah lepas daripada kita, kecuali kalau anak kita perempuan dan tak punyai suami atau mungkin anak kita itu cacat atau punyai kekurangan.

Memang tak mustahil selepas kita bersusah payah untuk anak-anak, bila besar mereka jadi manusia yang tak pedulikan kita. Biarkanlah sahaja, kerana tanggungjawab kita dah lepas. Rezeki kita tetap diberikan Allah swt, sekalipun mungkin anak kita tak kisahkan kita, mungkin ada orang lain yang akan ambil berat tentang kita. Kerana segalanya adalah urusan Allah swt.

Tapi... bila kita ada anak, janganlah kita tak ambil peduli. Sibukkan hal lain, sibukkan aktiviti personal kita, sibukkan cari duit, sibukkan hal dunia... hinggakan tak sedar anak-anak kita dah jadi golongan yang tak ada akal dan hati perut. Nauzubillah minzalik.

Sedih kalau kita dengar cerita anak-anak yang dah jadi jahat macam setan!

Dalam pada itu, ada juga ibu dan ayah yang gemar ambil kesempatan. Nak suruh anak-anak jadi terbaik dengan harapan itulah tiketnya nak masuk syurga! Suruh anak-anak jadi hafiz dengan harapan esok-esok kita masuk ke syurga kerana anak kita itu hafal al-Quran. Jadi... dalam usia yang muda lagi, kita dah campak anak-anak kita biar duduk di asrama atau pondok, hinggakan anak-anak kita hilang rasa kasih dan sayang dengan ibu bapa sendiri!

Sedih juga bila kita dengar cerita-cerita yang begini. Seolah-olah ibu bapa lupa tanggungjawab mereka untuk besarkan anak-anak dengan cara yang terbaik, tetapi lebih yakin pada orang luar sekalipun mereka itu ustaz atau ustazah untuk membesarkan anak-anak kita di luar rumah kita sendiri. Kesian anak-anak ini kerana mereka masih budak dan dalam usia yang muda sudah tak merasa lagi kasih sayang ibu bapa mereka!

Mungkinkah orang-orang sekarang berfikir cara yang berbeza?

Mahukan anak-anak jadi yang terbaik, tetapi sebagai ibu dan bapa mereka lupa tanggungjawab untuk jadi ibu dan ayah yang terbaik juga! Nauzubillah minzalik.

Kalau sayang anak-anak, tak payahlah kita berikan segala-galanya hingga anak-anak terlupa pada kesusahan, tetapi jangan pula lupa bahawa apa jua sekalipun, kasih sayang ibu bapa itu tak boleh dibeli di mana-mana!

Sayangilah anak-anak kita sekalipun satu hari nanti mereka lupa untuk sayang kita! Itu adalah kerja Allah swt, yakinlah pada-Nya.

Wassalam.

Tuesday, September 12, 2017

HATI

Assalam.

Dalam semua hal, apa sahaja yang kita bicarakan, hati seseorang itulah yang paling penting kerana hatinya kita tidak nampak. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Katalah apa pun, lihatlah apa pun, buatlah apa pun... namun hanya di hatinya sahaja terletak kebenaran. Kita manusia hanya mampu melihat apa yang ada pada luaran, namun di hati jua yang utama. Kalau hatinya tidak baik atau busuk, maka semua yang indah di luar itu turut jadi buruk dan busuk.

Manusia mudah buat-buat baik, mudah mempermainkan mata yang melihat, namun hatinya sahaja Allah yang tahu.

Apa guna kalau elok dan cantik di luar tapi di dalam hati semuanya tak elok belaka. Hati yang buruk sering berdengki, sering sakit hati, sering jadi haloba, sering pentingkan diri sendiri, sering memburuk sangka dan sering terasa diri seperti terbijak, terpandai, terbaik... tapi semuanya hampeh!

Bila kita berdongeng buat-buat macam baik, jangan lupa Allah swt tetap tahu apa yang berada di hati kita. Maka berjaga-jagalah jangan sampai menyesal di satu hari dan masa nanti.

Wallahuaklam.




Friday, September 08, 2017

Drama Seharum Kasih - Sedang Shooting

Assalam

Untuk makluman mereka yang gemar kepada novel saya Seharum Kasih, drama 18  episod  sedang mula 'shooting'. Drama ini akan ditayangkan di RTM2 bila dah siap nanti dan produsernya ialah Million Pictures, penerbit yang sama yang menerbitkan drama Selamat Malam Kekasih di TV Al Hijrah. Semoga berjaya hendaknya, aamiin.  Saya letakkan beberapa gambar Syed Reza dan Rasya Aleeya untuk anda semua. Wassalam.





Yang Hidup Pasti Akan Mati

Assalam.

Itulah janji Allah kepada kita. Sekalipun hidup lama atau sebentar sahaja, yang pasti ialah kematian. Hujung minggu lepas, saya kehilangan seorang abang. Alhamdulillah, pada hari raya haji, saya telah turun ke Johor Bahru untuk berjumpa dengan abang saya dan keluarganya. Mereka adalah rakyat Singapura tetapi mempunyai rumah juga di Johor Bahru. Pada hari Sabtunya pula, abang saya jatuh dan terus koma. Hari Ahad dia pulang ke rahmatullah dan kami semua berada di sampingnya ketika itu, di Hospital Changi, Singapura. Dari Dia kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Semoga abang saya tenang dan aman di alam barzakh. Semoga Allah juga ampunkan dosa-dosanya, aamiin.

Thursday, August 24, 2017

Ambil Kesempatan

Assalam

Biasanya kita memang suka berkawan kan? Biasanya juga kita terima kawan-kawan dengan niat yang baik. Tapi ada ketika, walaupun kita anggap mereka kawan, ada juga yang suka ambil kesempatan. Pernah kena tak?

Hahaha... saja lah nak bercerita. Ada kawan-kawan kita, memang suka tunjuk baik. Tulis yang baik-baik, cakap yang baik-baik... tapi tak semestinya bila nak buat tu mereka buat yang baik!

Konon-konon baik hati, tapi bila dapat buli, mereka akan buli!

Bila bab nak ambil kredit, merekalah di depan, tapi bila ada kesilapan atau kesalahan, mereka akan mencari kita seolah-olah kita yang buat salah!

Teruk kan?

Itulah yang kita kata dia ambil kesempatan.

Tentang mengajak orang dia memang rajin. Tapi tentang nak bayar makan, dia buat-buat tak perasan! Tunggu sampai orang lain hulur dulu. Hebat tu!

Memang kaki mengena orang!

So... berjaga-jagalah anda dengan kawan-kawan yang jenis ini. Jangan tak perasan hinggakan terperangkap diri sendiri. Dalam dunia ni memang ramai yang jenis begini. Mencari kesempatan dan mengambil kesempatan!

Allahuakbar.


Wednesday, August 23, 2017

BERGUMBIRA

Assalam

Kadang-kadang, itulah yang menghiburkan hati kita. Bila dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama lagi setia. Minggu lepas, termasuk hujung minggu, kami sangat sibuk di kebun. Ramai teman-teman yang datang berkunjung sambil makan nenas manis yang kami tanam. Alhamdulillah. Sebelum itu, saya berjumpa kawan-kawan lama dari Universiti Malaya di Hilton, dan kemudian ada kawan-kawan yang datang ke kebun. Jumaat yang sama, teman-teman lain juga datang, termasuk Rozie dan Rozita. Hari Ahad, jiran pula datang ke kebun. Semua orang seronok dan terhibur, alhamdulillah. Isnin yang lepas, saya berjumpa kawan-kawan sekolah pula. Kami mengalu-alukan teman yang nak ke Mekah untuk tunaikan ibadah haji. Alhamdulillah.

Itulah yang saya katakan sebagai bergumbira. Bergembira bersama-sama teman-teman. Alhamdulillah, masih Allah SWT memberi kesempatan ini. Syukur.

                                              Dengan kawan-kawan sekolah di Lake Club

                                       Bersama Rozie and Rozita, juga isteri kawan dari UM

Thursday, August 10, 2017

Kita Hanya Merancang...

Assalam

Iya betul... kita sekadar mampu untuk merancang tetapi Allah swt yang menentukan segala-galanya. Saya dah lama hilang mood untuk menulis, dan fikir saya, mungkin saya tak akan sambung menulis lagi. Malah, ada dua tiga manuskrip yang saya mula tulis tapi tak habiskan. Rancangnya nak berhenti saja mungkin. Namun tiba-tiba, Allah swt gerakkan hati saya untuk menulis semula. Tiba-tiba datang moodnya dan sekarang ini dah mula berdepan dengan komputer semula. Betapa mudahnya Allah mengubah fikiran dan hati kita.

Bukan itu sahaja, malah minggu depan ini saya telah pun berkata iya untuk memberi 'talk' tentang buku saya kepada kumpulan pelajar universiti di Selangor. Memang dah lama tak ambil kisah, tapi tiba-tiba semuanya berubah.

Apa-apa pun, cinta saya pada menanam tetap mendalam, cuma saya lebih banyak jadi supervisor sebab mungkin tenaga tak hebat mana dah.

Pun begitu, saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca setia saya, yang ramai follow saya di instagram. Masing-masing selalu bertanya "Bila Kak Aina nak tulis novel lagi?"

Ya Allah... betapa Agungnya Tuhan ini... mengizinkan saya untuk mendapat pembaca-pembaca yang ramai di antara mereka telah menjadi kawan-kawan saya, mungkin adik-adik dan ada juga anak-anak... alhamdulillah. Mereka sentiasa ingat pada saya. Terima kasih ya Allah.




Wednesday, August 09, 2017

Barangkali Aku Mahu Menulis Lagi...

Assalam

Iya mungkin juga kan? Apa salahnya. Memang dah ada ceritanya, jadi memang tak salah kalau tiba-tiba aku menulis lagi.

Jiwa penulisku tetap ada, bukan pergi ke mana-mana pun, cuma kadang-kadang aku kepenatan. Tapi ada ketika, aku terasa seperti mahu menulis lagi. Insyaa-Allah, bila ada peluang akan aku terus tulis dan yang terasa rindu untuk baca novelku... doa-doakan agar aku mampu untuk teruskan.

Oh ya... nak juga bercerita tentang hal ini. Novel saya, iaitu 'Seharum Kasih', novel kedua saya, alhamdulillah akan ke layar TV sekali lagi sebagai drama bersiri 18 episod. Tetap di RTM tetapi kali ini, saya memilih untuk tidak menulis skripnya. Ini merupakan novel kelima yang dipilih untuk ke layar TV. Mula-mula dulu, Kau Laksana Bulan. Lepas itu Bunga-Bunga Kemboja. Lepas itu, Selamat Malam Kekasih (TV Al Hijrah), kemudian Setulus Janji dan kini, insyaa-Allah Seharum Kasih. Kata penerbit drama berkenaan, episod di Dubai akan ditukar ke Morocco. Amboi mak oii... jauhnya.

Siapa pelakonnya?

Katanya Syed Reza hero Seharum Kasih akan dilakonkan oleh Harris Baba. Raisya pula oleh Elvina Mohd. Hilda Mira Filzah dan TM, Reen Rahim. Mama Rasya ialah Noniswara.

Sebenarnya saya tak kenal pelakon-pelakon ni, terpaksalah saya google. Oklah kot Harris Baba tu... saya suka dengar lagu dia. Tapi saya tak pasti lakonannya.

Apa-apa pun nanti saya akan updatekan lagi. InsyaaAllah.

                                                              Inilah kot Harris Baba nya

Tuesday, July 18, 2017

Mana Pergi ADAB?

Assalam

Masih di bulan Syawal dan masih orang kita sibuk beraya. Kata orang masih beraya sakan. Kalau ke pejabat-pejabat kerajaan atau ke gedung-gedung swasta, masih kesibukan, ramai yang tak habis-habis beraya. Malah, kalau di Negeri Sembilan, ketika hujung Ramadhan lagi masing-masing sibuk dengan 'Mantai' untuk menyambut Syawal tiba hinggakan kerja pun terpaksa ditolak tepi! Subhanallah.

Agaknya, kalau tiba-tiba negara kita dilanda musibah, masihkah kita ralit dengan beraya? Seolah-olah kalau tak beraya, maka dunia akan kiamat!

Tak apalah tu kalau dah seronok sangat nak beraya. Berayalah! Tapi yang mengecewakan, dalam sibuk-sibuk beraya ni, kita akan melihat ada juga anak-anak muda kita yang tersesat dan tak tahu adab. Konon-konon beraya sangat, tapi bila jumpa orang tua daripada mereka, tidak pula tahu untuk bersalaman. Pada hal orang tua yang dimaksudkan itu merupakan ibu saudara mereka sendiri atau ayah saudara! Bukankah itu tujuan beraya? Atau saya yang salah? Maksudnya raya tu hanya sekadar suka-suka sahaja?

Dah tu, ada pula yang janji kata nak datang, dan bila emak saudara dan ayah saudara dah siapkan 'makan-makan', mereka boleh tak jadi datang. Begitu sahaja! Tak pelik ke tu? Mana pergi adab mereka yang muda ni? Tak tahu adab? Kalau dah janji, kenapa tak tepati? Kalau dah rasa macam tu, lain kali jangan janji dan jangan buat rancangan untuk datang. Tak adalah menyusahkan orang! Betul tak?

Mungkin itulah budaya orang muda sekarang. Budaya yang tak reti beradab! Buat sesuka hati sahaja.

Maaflah ya kalau saya macam bunyi marah-marah. Tapi kalau ikutkan hati, nak saja saya tegur dan cakap pada mereka yang berkenaan. JAGALAH ADAB! Tak ada adab serupa macam tak tahu agama! Sebab orang Islam tinggi adabnya. Nauzubillah.

Serupalah kalau kita nak menjemput kaum kerabat yang senior. Jangan main letak jemputan dalam group. Apa salahnya kalau jemput secara personal? Kan cantik. Barulah ada adab!


Tuesday, May 30, 2017

Ramadhan Kareem

Assalam

Ramadhan kareem buat anda semua, semoga Allah rahmati dan terima amalan dan ibadah kita semua. Aamiin ya Rabbal alamin.

Di bulan yang penuh barkat ini, saya cuba penuhkan masa dengan amalan-amalan yang mungkin baik dan diterima Allah SWT dengan baik juga. Semestinya banyak masa saya habiskan dengan ahli keluarga. Seronok bila tiba masa untuk berbuka kerana melihat si kenit-kenit yang kini sudah pandai berpuasa, teruja untuk berbuka dan kemudian kami bersolat sama-sama. Alhamdulillah.

Begitu pantas masa berjalan dan tanpa sedar saya kini sudah pun berusia. Masih teringat semasa saya sendiri merupakan kanak-kanak kecil, kini sudah lama tidak lagi. Namun Allah Maha Agong, masih diberi peluang untuk habiskan masa bersama kawan-kawan yang dulunya pernah membesar bersama-sama saya. Kini, kami melalui jalan yang mungkin tidak sama, namun silaturahim tetap ada. Syukur ya Allah.

Semoga puasa kita pada bulan ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

Ramadhan al mubarak.


Wednesday, April 26, 2017

Buat Benda Gila-Gila!

Assalam

Ya memang menyeronokkan bila dapat buat benda-benda yang diidamkan termasuklah semua kerja gila! Walaupun agak gila-gila, namun sangat memuaskan hati. Dulu-dulu macam berangan-angan sahaja, tapi mungkin tak tergamak nak buat, kini dah tak kisah dah. Apa sahaja yang saya nak buat, saya buat. Tiada sesiapa pun boleh menghalang! Alhamdulillah, segala-galanya dengan keizinan Allah yang Maha Kuasa.

Sebagai contoh, macam-macam yang saya tanam di kebun dan kini semuanya dah berhasil. Syukur alhamdulillah. Dulu-dulu berangan-angan sahaja. Cuma pokok kelapa sahaja yang belum berbuah. Durian belanda sudah, nanas pun sudah, lemon pun sudah, buah markisa berlambak-lambak, begitu juga dengan pisang.

Dulu-dulu saya bimbang kalau terlalu aktif, takut badan tak kuat, maklumlah dah lama tak buat benda-benda macam tu. Tapi alhamdulillah, bila ada keinginan dan usaha, sebenarnya Allah akan izinkan. Saya mampu turun naik bukit dengan berjalan kaki. Kini saya lebih fit hinggakan mereka yang jauh lebih muda pun tak mampu buat apa yang saya buat. Alhamdulillah, masih ada lagi semangat dan tenaga.

Saya boleh berbasikal berbatu-batu jauhnya, boleh berjalan dan bertrekking, memang semuanya kegemaran saya. Dulu kalau cik abang saya kurang minat dengan 'outdoor' aktiviti ni, kini dia pun sama naik dengan saya. Ada-ada sahaja rancangannya. Kami buat treking basikal, buat taman herba dan macam-macam lagi di kebun kami. Walaupun dia masih sibuk bekerja, dia tetap sibuk di kebun kami.

Tak lama lagi saya akan melakukan sesuatu yang dah lama saya idam untuk lakukan. Insya-Allah kalau sudah bersedia saya akan cuba lakukan dalam sedikit masa lagi.

Inilah prinsip saya, selagi Allah izinkan saya akan buat apa sahaja yang selama ini saya idam untuk lakukan. Semoga Allah swt tunaikan impian saya ini. Aamiin.



Friday, April 07, 2017

Buat Apa Yang Aku Senang

Assalam

Dah lama saya tak update blog ni. Dah masuk bulan April pun. Tak sedar betapa pantasnya waktu berubah. Sekarang ini memang sibuk dengan pesta buku sana sini dan entah mengapa saya memang terasa lega kerana dah lama tak terlibat. Kalau tidak, pasti saya pun sedang kelam kabut sekarang ini. Alhamdulillah.

Ramai pembaca saya yang tanya, "Kak Aina ada tak kat Pesta Buku nanti?". Hihi... memang tak ada. Dunia saya sekarang ini memang dah berbeza. Sibuk dengan kebun, sibuk dengan famili dan sibuk dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah.

Dulu, sebab terlalu sibuk dengan penulisan, banyak yang saya terpaksa ketepikan. Sekarang ini, saya lebih selesa dan lebih seronok sebenarnya. Puas hati juga kerana pernah sibuk menulis. Walaupun kini tak lagi, tapi saya tak kempunan. Allah swt memberi kesempatan itu buat diri ini yang pernah suatu ketika dahulu memang terlalu suka untuk menulis.

Namun begitu, kini saya lebih tenang, lebih aman dan mungkin jauh lebih bahagia... kerana saya mampu menghabiskan lebih banyak masa dengan orang-orang yang saya sayang, termasuk kawan-kawan sekarang dan kawan-kawan lama. Melalui penulisan, saya mempunyai ramai pembaca yang akhirnya menjadi kawan-kawan saya. Insyaa-Allah hingga ke syurga.

Kawan-kawan sekolah kini kerap muncul dalam hidup. Kalau dulu, masing-masing sibuk, kini kami semua merasakan bahawa kawan-kawan juga penting dalam hidup kita. Saya memang ramai kawan, sejak sekolah rendah hingga ke menengah. Kawan-kawan universiti lagi. Alhamdulillah... semuanya penting buat saya. Merekalah penghibur hati saya selain daripada ahli keluarga. Syukur di atas nikmat anugerah Ilahi.

Kini, saya juga ada masa yang terluang dan sempat membaca. Syukur kerana masih terdaya untuk membaca kerana membaca adalah kesukaan saya sejak kecil. Bukan sekadar buku biasa-biasa sahaja, namun banyak masa yang saya luangkan untuk membaca al Quran dan mendengar kutbah-kutbah daripada mereka yang pakar. Semua ini saya jadikan ubat untuk jiwa. Jiwa kita perlukan sesuatu yang luar biasa hebatnya dan tiada penulisan yang lebih hebat daripada al Quran.

Semoga Allah swt memberi saya kesihatan dan umur untuk terus lakukan apa yang saya suka dan cinta. Aamiin ya Rabbal alamin.

Wassalam


Wednesday, March 01, 2017

Hairan Sungguh, Kenapa Tiada Yang Suka?

Assalam


Saya selalu tanya pada diri. Aku mahu jadi orang yang baik hatinya atau orang yang jelik hatinya? Semestinya saya pilih mahu jadi baik. Tetapi kadang-kadang, tak semestinya bila kita pilih nak jadi baik, akan jadi baik semuanya. Tanpa kita sangka yang baik mungkin akan jadi tak baik kerana manusia ini telah dijadikan Tuhan lain-lain akal fikiran dan hatinya. Mungkin di mata kita itu merupakan satu kebaikan, tetapi di hati orang lain, itu bukan! Maka bila itu yang terjadi, semestinya akan wujud suatu keadaan yang kita panggil 'clash'!

Masing-masing akan cuba tegakkan benang yang basah! Masalahnya benang yang basah tak mampu ditegakkan kecuali kita yang tegakkan dengan cara 'artificial' atau dengan cara penipuan! Nauzubillah minzalik. Kita mampu lakukan dengan fitnah kerana yang penting bagi kita ialah untuk tutup segala kesalahan dan kesilapan. Yang paling dahsyat bila kita sengaja kata yang salah itu memang betul kerana kita memang jenis begitu kerana merasakan diri paling betul, tak ada cacat-cela!

Pernahkah anda berhubungan dengan mereka yang sentiasa berkira-kira? Semuanya kena kira dan tak ada apa-apa yang dilakukan kerana keikhlasan! Kalau dibayar okey, kalau tidak maka jadi tidak okey. Tapi paling teruk walaupun dibayar tetapi kita terlupa bahawa apa yang kita lakukan itu sebenarnya dibayar! Akibat kita terlalu berkira dan materialistik, maka kita terlupa segala-galanya, malah kita mula berkira-kira segala-galanya seolah-olah kita itu serba sempurna!

Begitulah manusia, ada hati tetapi tiada akal! Mudah berasa hati tapi tak bijak mengguna akal!

Semoga kita jadi manusia yang tabah hatinya dan waras akalnya, jangan mudah melatah. Takut sedar-sedar kita tak punyai kawan atau jiran, kerana tak ada sesiapa pun yang suka pada kita! Allahuakbar!

Wassalam.


Monday, February 20, 2017

Macam-Macam Yang Kita Tak Tahu Lagi

Assalam

Memang betul pun, sebagai insan kita tak akan habis belajar sehingga akhir hayat nanti. Walaupun umur dah banyak, jangan pula kita ingat kita bijak sangat. Ada Masters ke ada PhD ke... masih tetap kekurangan! Yang itu kita kena tahu dan ingat.

Yang peliknya, kadang-kadang manusia ni jadi bongkak. Sekalipun masih mempunyai kekurangan, namun mereka tetap fikir yang mereka hebat. Memang pelik, apatah lagi kalau tahu diri itu memang banyak cacat-celanya. Buat apa nak berlagak, betul, kan?

Saya suka mendengar ceramah-ceramah agama melalui You Tube. Saya tak main dengar siapa-siapa sahaja, insyaa-Allah saya pilih mereka yang benar-benar ada ilmu dan bertauliah. Paling menarik, pernah saya dengar tentang ilmu yang kita perlu timba. Kadang-kadang memang macam-macam kita tahu, namun tetap belum 'complete'. Tak mungkin akan complete pun. Namun begitu, kita tak perlu obses dan mahu tahu segala-galanya. Konon-konon kita mampu menjadi orang hebat yang serba tahu dan serba mampu lakukan. Kalau kita dengar orang mengaji, kita pun menghukumnya, konon-konon tak pandai baca. Kalau orang solat, kita cari kekurangannya. Malah kita sentiasa terasa yang kitalah manusia hebat yang serba tahu. Mengikut apa yang saya dengar, sebaik-baiknya kita lakukan apa yang kita mampu laku dengan baik tanpa perlu risau untuk lakukan segala-galanya kerana semestinya kita tak mampu pun! Sebab itu jangan ingat kita hebat. Biar Allah yang tentukan sama ada kita hebat atau tidak.

Paling terbaik, biarlah hati kita yang jadi baik. Tak guna berhijab kalau hati kita busuk macam bangkai, apatah lagi kalau kita berhijab tapi solat pun tidak! Kita jadi manusia hipokrit. Bila jumpa orang kita pun beria-ia salam, tapi dalam hati kita tak suka pun. Segala benda kita kira dan tak pernah lakukan apa-apa dengan ikhlas!

Memang malang kalau kita tak sedar bahawa kita tidak berjalan di jalan yang tepat. Kita buat baik kerana mahu mata orang pandang kita baik, kita tak buat baik kerana kita mahu lakukan dengan baik di atas hati budi yang ikhlas!

Semoga kita jadi manusia yang rendah diri tetapi tinggi akhlaknya! Jangan tinggi diri tetapi rendah budi pekerti! Aamiin.


                                                     Semoga menjadi anak yang solehah






Monday, February 13, 2017

Bila Dah Cinta Yang Lain...

Assalam

Memang pelik kan? Kalau hati dah berubah, memang kita akan berasa lain di hati. Walaupun mungkin suatu hari yang dulu, hati kita terikat pada yang satu itu. Tapi bila hati berpindah rasa, maka mood pun ikut berubah sama.

Isy isy isy... cerita apa ni Kak Aina oi?

Hihi... tak cerita apa-apa yang pelik, cuma mengisahkan apa yang saya rasa. Dulu cintaku hanya pada tulisan sahaja, namun setelah hati berubah dan jatuh cinta pada tanaman, tulisan pun kumampu tolak tepi. Mood dah jadi lain. Nak buka lap top dah jadi malas. Kadang-kadang sampai berhari-hari tak buka lap top sekadar pakai hand phone sahaja. Dulu-dulu tak pernah pun macam tu. Sekarang ni, semuanya dah jadi lain.

Sekarang ni barulah saya mengerti. Agaknya sama juga dengan orang yang dah berubah hati. Kalau saya berubah hati, agaknya begitulah jadinya. Malas nak layan yang lama. Hahaha...

Sekarang ni memang seronok sebab saya dan cik abang saya, kami sama-sama sibuk di kebun. Ada-ada sahaja projeknya. Tak habis-habis. Walaupun suami saya masih bekerja, tapi kami habiskan masa petang kami di kebun dan bila hujung minggu atau hari bercuti, kami memang lepak di kebun. Memang tak pernah menjemukan, alhamdulillah. Sebab itulah blog ini kesunyian sebab tuannya sibuk dengan cinta barunya. Nak buat macam mana kan?

Layan ajelah...