Assalam
Pernah buat janji tak? Kita berjanji pada si dia bahawa kita akan hidup se mati... tapi macam mana kita nak tahu yang kita mampu untuk mati bersama-sama? Mesti tak boleh kan? Sebab qada' dan qadar adalah hak Allah SWT... kelahiran dan kematian juga. Malah... jodoh kita pun begitu. Ada ketika, kita menjadi sangat pasti bila gagal perkahwinan pertama, pasti perkahwinan kedua akan jadi lebih baik lagi, tapi malangnya... tak sempat empat bulan kita dah bercerai sekali lagi! Ada tu... kahwin berkali-kali dan semuanya tak menjadi-jadi. Memang bukan hak kita untuk mendapatkan kepastian. Janjilah apa-apa pun... kadang-kadang janji tak mampu kita tepati kerana banyak benda yang menjadi luar dugaan.
Ada ketika kita marahkan seseorang yang mungkin pernah kata pada kita yang dia akan menolong kita lakukan sesuatu yang kita mahu. Tetapi orang yang nak menolong itu juga mempunyai syarat-syaratnya, dan akhirnya janji yang pernah diaturkan itu tak menjadi kerana mungkin syarat yang diatur itu juga tak menjadi. Maka terbatallah janji yang tak pernah cuba dibentangkan. Macam kita tanda tangan kontraklah... ada ketika kita yang tersalah, maka perjanjian yang diatur dalam kontrak terus sahaja terbatal. Kita nak salahkan siapa? Mestilah pada diri sendiri kan?
Sebenarnya, kalau kita fikir-fikirkan... tak semua yang kita mahu dalam dunia ini kita mampu dapat. Apatah lagi kalau apa yang kita mahukan bukan sesuatu yang ikhlas sebagai seorang Muslim. Apabila kita bergantung pada hal-hal yang pentingkan diri sendiri, biasanya Allah tak makbulkan permintaan kita. Kalau kita dapat pun, mungkin tak ada barakahnya dan akhirnya nanti akan menjadi satu kemudaratan untuk kita. Jadi... biarlah kita berjaga-jaga bila mahukan sesuatu janji itu ditepati. Sebelum berjanji, pastikan janji itu janji yang 'bersih' bukan sesuatu yang 'tak baik'. Mungkin baik untuk kita, tapi tak baik untuk orang lain.
Begitulah kita manusia. Terutamanya bila kita mahu dirikan rumah tangga. Macam-macam yang kita janji...
Wallahuaklam...
Scene-scene drama Setulus Janji - Insyirah dan Imanina di sekitar Manchester. Comel tak Fida dan Elfira? Cantik tak kawasan Manchester?

