Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 30, 2014

Nilai Cincin Batu Permata

Assalam

Alhamdulillah, orang kata 'patah tumbuh hilang berganti', semoga Sultan Perak yang baru dilantik mampu meneruskan legasi ayahanda baginda. Kami rakyat Perak sangat bangga kerana mendapat Sultan yang penuh ilmunya, semoga baginda menjadi Sultan yang mengikut petunjuk Allah swt, menjaga rakyatnya dengan penuh amanah dan iman, insyaa-Allah.

Okeylah, pada pagi Jumaat ini, saja saya nak berkongsi cerita. Ada seorang teman memaklumkan kepada saya. Dia mempunyai sebentuk cincin permata yang sangat indah dan tinggi nilainya. "Saya sentiasa sayang cincin batu permata saya ini."

Entah macam mana, tiba-tiba datang seorang kenalan yang beria-ia mahu dia mencari cincin lain untuk dipakainya. Kata temannya itu, "Apa salahnya ada dua cincin... biasa apa." Tapi katanya pada teman itu, "Aku ni dah biasa dengan cincin batu permata aku ni... aku sayang cincin ni."

"Alah... tak apa, pakai juga cincin yang lain pulak."

Teman saya membelek-belek cincin yang baru didapatinya. Katanya, "Cincin ni... nilainya tak berapa ada ni. Rupanya kurang, harganya murah aje... kaca ke ni?"

"Alah, apa salahnya dengan kaca pun... kau pakai aje."

Teman saya pun simpanlah cincin batu permatanya itu, dan cuba pakai cincin berbatu kaca. Memang dia tak serasi, tapi dia buat-buat okey sahaja, maklumlah dah pun membelinya, suka tak suka, dia buat-buat suka. Setiap hari dia merungut tetapi dia cuba untuk tidak melayan perasaan. Katanya, "memang aku tak puas hati dengan cincin ni, maklumlah... kita memang tahu bila cincin batu kaca ni, nilainya macam mana. Sebab tu lah murah. Tapi... aku memang tak puas hati!"

Satu hari, bila dia balik ke rumah didapatinya cincin batu permatanya sudah tiada lagi. Ada orang lain yang meminatinya. Tersirap darahnya bila diberitahu bahawa cincin batu permatanya akan bertukar tangan dan yang meminati cincinnya itu ialah orang yang kaya-raya. Terketar-ketar jejarinya, berdegub-degub jantungnya. Tiba-tiba dia jadi takut dan tidak mahu kehilangan cincin kesayangannya. Ketika itu, dia tahu dia kena buang sahaja cincin batu kaca yang tidak berharga itu. Maka dia terus mencampakkannya ke dalam longkang dan maka berkecailah cincin yang tiada nilai itu.

"Kenapa aku percaya cakap orang? Kenapa aku mudah terasuk dan percaya cincin yang murah itu boleh buat aku rasa happy? Memang aku tak pernah suka pun, aku sekadar buat-buat suka."

Dia menyesal kerana mengabaikan cincin batu permatanya. Mujurlah cincinnya itu belum sempat bertukar tangan. Katanya lagi, "Dalam hidup kita ini, kita kena selalu tahu apa yang ada nilai dan apa yang tiada. Jangan mudah sangat terpedaya kerana kadang-kadang akibat kebodohan kita, maka akan makan diri."

Subhanallah.

Petang ini, saya akan ke utara kerana akan menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara. Jadi, kemungkinan besar saya tidak update hingga hari Ahad.

Wassalam.

                                                  Cincin Batu Permata Yang Tinggi Nilainya