Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 11, 2012

Dendam Kesumat

                              sekadar hiasan


Salam

Apa yang saya ingin bicarakan ialah bukan tentang 'rindu'. Maksud dendam mungkin juga bererti 'rindu' tapi apa yang saya nak bualkan bukan hal itu. Hehe... ini hal bila hati terlalu sakit, rasa macam nak membalasnya serta-merta. Kalau boleh, nak lempang-lempang, nak tendang atau nak terajang! Huhu... pasal apa ni? Mestilah bersebab, kan?

Saya percaya, kita hidup sebagai manusia, sekalipun alim bukan main, masih juga mempunyai sifat 'geram' dan 'sakit hati' kerana dipermainkan orang lain, atau mungkin dianiayai oleh orang lain. Kadang-kadang perbuatan orang boleh menimbulkan perasaan sakit hati teramat sangat terutama bila maruah kita dipersendakan, ahli keluarga dianiayai orang, harta benda dimusnahkan atau dihilangkan, diri kita dicederakan dan macam-macam lagi.

Kerana dendam kesumatlah, ada orang sanggup guna ilmu hitam untuk membalas. Malah, kerana dendam yang berpanjangan, manusia hidup di dunia ini huru-hara. Sakit hati akan terus terasa, malah jiwa-raga mungkin sengsara.

Ada kala, dendam itu berbaloi apabila kita membalasnya kerana Allah SWT. Misalnya bila negara atau tempat tinggal kita diganggu oleh anasir luar. Ketika itu, takkanlah kita nak biarkan saja, betul tak?

"Kak... kalau boleh saya nak cincang-cincang dia. Bagi dia makan racun tikus, biar dia mampus!" Begitulah bunyi orang yang sedang sakit hati kerana perasaannya terkesan dek perbuatan seorang lelaki durjana. Huhu.

"Dik... kalau buat macam tu, bila dia mati awak pulak masuk penjara. Apa gunanya, kan?"

Pun begitu, dalam hal sakit hati kerana dianiyai orang lain ini, ada ketika lebih baik kita redha sahaja dan biarkan Allah SWT yang membalasnya. Lebih baik kita menjaga hati kita lalu memberi ruang untuk orang yang menyakitkan hati kita untuk merenung-renungkan kembali dan kita boleh berharap agar dia akan menyesal suatu hari nanti. Memanglah perasaan dendam kesumat yang ada pada kita tak terubat, mungkin tidak serta-merta, tetapi insya-Allah, hati kita akan jadi lebih baik, lebih tenang, lebih aman, jika kita biarkan sahaja. Tak guna berdendam, tak guna juga berdengki. Lebih baiklah kita percaya bahawa Tuhan akan peliharai kita dan biarkan dia sahaja.

Ubat yang terbaik bila rasa diri teraniayai, berdoalah pada Ilahi.

Hati kita dan jiwa kita, itu adalah kepunyaan kita yang dipinjamkan Tuhan buat kita, biarlah kita menjaganya. Tak payahlah kita tambahkan sakit hati dan dendam kesumat yang berpanjangan. Lebih banyak kita menaruh dendam, lebih sakit hati yang kita akan rasai. Percayalah, semua perbuatan yang tak baik itu, akan ada balasannya. Lebih baiklah kita biarkan diri kita jadi yang baik. Wallahua'lam.

Wassalam.