Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, December 11, 2015

Hati Yang Malap

Assalam

Hari ini kami semua relaks-relaks. Ada yang nak bawa budak-budak tengok wayang, ada yang nak ke salon rambut... hah biasalah kan... ambil peluang untuk relaks.

Ramai juga kaum kerabat saya yang ke tanah suci Mekah untuk tunaikan umrah pada bulan Disember ini. Cuaca sejuk dan nyaman di sana. Tahun ini nampaknya kami tak pergilah, tahun depan... kita cuba okey. Insyaa-Allah, ada umur dan rezeki, kita pergi.

Hidup ini sebenarnya penuh warna dan warni, namun kalau kita tak menjaganya, hidup menjadi kelam tak bermaya. Malah, hati akan sentiasa tersenyum dan berbunga kalau jiwa kita tenang dan aman. Tetapi hati yang muram dan sakit, akan terus menjadi kelam dan tak bertenaga. Mungkin hati yang begitu akan jadi parah dan terus merana, asyik nak marah. Hidup tak bercahaya walaupun di siang hari, apatah lagi bila malam menjelma.

Carilah suria untuk menceriakan jiwa anda. Dekatkan diri dengan Allah ta'ala semoga hati kita akan tersenyum semula. Aamiin.

Wassalam.


                                                         Be happy!