Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, September 13, 2016

'True Colors' Atau Warna Sebenar Karakter

Assalam

Hari kedua hari raya korban. Mungkin banyak masjid dan surau yang sedang ushakan penyembelihan korban untuk penduduk kawasannya. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, jom kita bual-bual tentang subjek 'korban' yang berkaitan dengan 'true colors' yang saya mahu bangkitkan. Dalam hal seharian dan kehidupan kita, kadang-kadang kita terpaksa melakukan pelbagai pengorbanan. Kadang-kadang korban ini ada kaitan dengan keluarga, dengan pasangan, dengan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Namun demikian, biarlah apa sahaja pengorbanan yang kita mahu lakukan, kita lakukannya kerana Allah SWT, bukan untuk niat yang lain.

Pun begitu, ada kala dan ketika, kita mampu jadi keliru dengan karakter atau personaliti individu-individu tertentu. Sebagai contoh, dalam 'group whatsapp' individu itu kerap tonjolkan karakter 'religious' nya kerana rajin benar menghantar post2 yang berkaitan dengan agama, seolah-olah dia sudah mendapat taraf 'ustaz' atau 'ustazah'. Setiap kali akan ada sahaja post2 yang menegur orang lain untuk berbuat baik dan kerana usahanya yang begitu, kita akan menganggap yang individu berkenaan semestinya merupakan seseorang yang sangat ambil berat tentang agama, hukum-hukumnya dan semestinya juga sedang mengumpul pahala sebanyak mungkin untuk bekalan akhiratnya.

Dalam kita fikirkan begitu tentang individu berkenaan, tiba-tiba terjadi sesuatu dan ketika itu barulah kita melihat 'the true colors' atau warna sebenar karakter individu berkenaan. Selama ini kita lihat biru, rupa-rupanya sebenarnya dia hijau atau oren. Mungkin kita tak akan menyangka yang individu ini mampu melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kata-kata yang agak menyakitkan hati hanya kerana sesuatu yang 'tidak besar'. Kita tak akan menyangkakan yang individu itu boleh merungut dan mengungkit serta 'menghina' hanya kerana kesalahan yang tidak disengajakan!

Allahuakbar. Kadang-kadang manusia terlupa, dalam keghairahan nya untuk menonjolkan sifat mulianya, dengan sengaja atau tidak, dia juga memaparkan akhlak yang rendah kerana tak mampu menyorokkan sifat jengkelnya! Wallahuaklam.

Begitulah keadaannya, sekalipun biasa memperlihatkan karakternya yang seolah-olah sangat religious itu, rupa-rupanya dia masih merupakan manusia yang rendah akhlaknya kerana bila tiba soal 'material' dia berubah menjadi sesuatu yang kita tak menjangkakan.

Semoga Allah SWT pelihara akhlak kita agar tidak memaparkan sesuatu yang hina di mata sesiapa jua, tentu sekali buat Allah SWT. Aamiin ya Rabbal alamin.