

Okeylah... apa nak katakan, tak ada third world yang masuk final World Cup. Yang tinggal hanyalah Eropah vs Eropah. Jadi, antara Belanda vs Sepanyol.
Siapakah pilihan anda?
Saya pernah ke Holland dan pernah ke Sepanyol. Okey, kalau ikut tempat... saya suka Sepanyol. Tempatnya cantik (Holland pun cantik) dan orang Sepanyol lebih mesra dan tak sombong.
Okeylah, saya pilih Sepanyol. Kebetulan, saya teramat suka Granada dan Andalusia. Tempat favourite ialah Istana AlHambra di Granada. So... Spain! Spain! Spain! Sebenarnya, siapa menang pun tak kisah, tetapi setakat ini, saya tak suka sangat team Belanda. Ahli kumpulannya kasar... oops, player nya tak handsome macam Sepanyol... hehe... lawak je tu. Tapi, saya memang suka Spain dan bercadang untuk ke sana lagi... kalau ada rezeki.
Saya tahu ramai di Malaysia yang pilih Belanda untuk menang, biarlah saya pilih Sepanyol. Kebetulan, anak saya Faiz juga mempunyai ramai teman baik-baik yang datangnya dari Sepanyol. Suatu masa dulu, saya juga mempunyai teman yang bekerja dengan Embassy Spain... orang Sepanyol yang sangat baik budi bahasanya. Kalau Sepanyol kalah pun, saya tak kisah.